MASJID BARU KAMPONG AIR MATI.
Jalan Masuk Ke Kampong Air Mati dan
Makam Sultan Muzaffar Shah 2.
Makam Sultan Muzaffar Shah 2.
MASJID AIR MATI
.
Masjid ini pada asalnya dibina dari kayu yang dipindahkan dari Masjid Bota Kiri ke Kampong Air Mati, masjid ini mempunyai empat batang tiang utama yang dibuat dari teras kayu nangka. Teras ini dibuat semasa Masjid berkenaan mula dibina di Bota Kiri, orang yang membina tiang teras kayu nangka ini menebang dan memotongnya sendiri serta menyiapkannya khas untuk masjid ini. Tidak diketahui bila masjid ini dibina atau dipindahkan ke Kampong Air Mati, kemungkinan semasa kerajaan Perak di perintah oleh Sultan Perak yang ke 10 iaitu dibawah Sultan Muzaffar Shah 2. Jaraknya Masjid ini dengan makam Sultan Muzaffar Shah 2 adalah kira-kira 250 meter dari masjid ini.
Masjid lama ini terkenal dengan karomahnya serta “Tempayan Bedene”dikalangan penduduk mukim Bota dan Mukim Lambor pada era sebelum merdeka dan pemerintahan Sultan Muzaffar Shah 2 sebagai Sultan perak ke 10.
Masjid lama ini terkenal dengan karomahnya serta “Tempayan Bedene”dikalangan penduduk mukim Bota dan Mukim Lambor pada era sebelum merdeka dan pemerintahan Sultan Muzaffar Shah 2 sebagai Sultan perak ke 10.
Tuan Haji Shuib - Setiausaha Masjid Air Mati menunjukkan
Empat Tiang Teras Nangka yang dikekalkan
binaannya didalam masjid baru.
Empat Tiang Teras Nangka yang dikekalkan
binaannya didalam masjid baru.
Marilah kita selami dulu ayat suci ini dan doa menuju ke Masjid.
Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang.
(QS. An Nuur, 24 : 36)
(QS. An Nuur, 24 : 36)
Doa Menuju ke Masjid
اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ يَسَارِي نُورًا وَفَوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي نُورًا وَخَلْفِي نُورًا وَعَظِّمْ لِي نُورًا
“Ya Allah! Jadikanlah dalam hatiku suatu cahaya, dalam pandanganku suatu cahaya, dalam pendengaranku suatu cahaya, dari arah kananku suatu cahaya, dari arah kiriku suatu cahaya, di atasku suatu cahaya, di bawahku suatu cahaya, di depanku suatu cahaya, di belakangku suatu cahaya dan limpahkanlah kepadaku dengan cahaya. (H.R.Bukhari- Muslim)
SEJARAH PEMBINAAN MASJID AIR MATI.
Masjid asal di Bota Kiri terletak ditepi sungai dan pemunggahan kayu-kayu masjid telah dilaksanakan secara bergotong royong oleh orang-orang kampong serta kariah masjid Bota Kiri dan pihak Kampong Air Mati. Setelah disiapkan rakit yang besar maka di isilah semua ramu kayu-kayan masjid ke atas rakit untuk dibawa menghilir sungai perak. Setelah semuanya siap berlaku kejadian yang aneh iaitu rakit yang dipenuhi dengan kayu kayan tadi tidak mahu menghilir, bahkan berpusing-pusing sahaja dan didapati rakit berkenaan yang tadi kelihatan elok sahaja telah tenggelam paras lantai rakit. Keadaan ini mencemaskan anak-anak kariah dikedua-dua kampong. Sepatutnya tiada masalah kerana air sungai ketika itu amat deras dan laju serta keadaan rakit yang amat selesa, “tiadakah barang-barang masjid yang utama ditinggalkan disini soal imam” anak kariah menjawab hanya tinggal tempayan “Bedene” sahaja imam, rasanya perlu ke kita bawa bersama tempayan ini !!! marilahlah kita sama-sama berdoa kehadrat Allah supaya kerja-kerja kita pada hari ini dimudahkanNya. Oleh itu bawalah apa sahaja semua barang-barang masjid ini kedalam rakit termasuklah tempayan bedene tadi, sahut imam dengan nada suara yang lembut.
Foto gambaran penulis -
Raket, kayu-kayan Masjid dan Tempayan Bedene.
Setelah tempayan “Bedene” tadi dinaikan diatas rakit dengan tak semena-mena rakit yang tenggelam paras lantai terus ternaik sebagaimana keadaan asal serta meluncur laju menghilir sebagaimana yang dirancang oleh semua anak-anak kariah.
Setelah pemunggahan kayu kayan kedaratan di Kampong Air Mati selesai bermulalah kerja-kerja gotong royong memasang kembali Masjid di tempat baru. Dan setelah siap sepenuhnya kelihatan Tersergam indahlah Masjid ditempat baru iaitu di Kampong Air Mati.
TEMPAYAN BEDENE.
Disudut inilah Tempayan Bedene diletakan.
Tin Biskut atau Tin Minyak Tanah = 16 x.
Sukatan muatan air didalam Bedene.
Buah Remenia yang muda.
Pengertian Tempayan “Bedene” ini adalah bermaksud bekas atau tempat yang berisi emas karun yang didapati atau yang berasal dari alam ghaib. Masa dulu tempayan inilah digunakan untuk meyimpan air bagi semua jemaah mengambil wuduk. Mengikut ceritanya tempayan tersebut diletakan disudut kanan masjid dibawah pokok remenia (semenia – bahasa tempatan) atau pun bahasa yang mudah pokok kundang. Muatan air didalam tempayan ini bersamaan dengan 16 tin minyak gas/tanah atau kira-kira 256 liter air atau 64 gelen air. Tempayan berkenaan telah pecah disebabkan ditimpa oleh dahan remenia yang patah lalu jatuh diatas tempayan berkenaan, kejadian ini berlaku kira-kira diakhir tahun 1890an. Bagi mengekalkan tempayan bedene ini dimasjid tersebut semua pecehan-pecahan tempayan berkenaan diletakan dibawah kolah air tempat mengambil air sembahyang (wuduk) semasa pembinaan kolah tersebut.
Buah Remenia atau menia.
Menurut cerita Tuan Haji Shuib pernah suatu ketika dahulu sepasang suami isteri mengalami masalah kerumitan rumah tangga dengan perhubungan suami isteri yang tidak bertegur sapa serta selalu bermusuhan. Setelah puas berubat hingga ke Johor serta sampai ke utara iaitu Perlis penyakit atau masalah suami isteri ini tetap juga begitu tanpa ada jalan penyelesaian. Maka setelah dinasihatkan supaya mengambil wuduk dengan air tempayan “Bedene” ini serta bersembahyang sunat bermohon didalam masjid ini supaya segala masalah rumahtangga mereka akan menemui hidayah dari Allah, si isteri telah bersembahyang sunat didalam masjid dengan ditemani oleh suami dan anak-anaknya dan ketika dalam sembahyang sunat tersebut isteri telah jatuh pengsan dan sempat di pangku oleh si suami diribaannya. Apabila si isteri tersedar maka berpelukanlah anak-anak serta suami isteri tersebut sesama mereka dan dari situlah masalah rumah tangga pasangan tersebut terus selesai dan tidak lagi bergaduh dan aman damai hingga ke akhir hayat. Begitulah karomah masjid kampong Air mati ini yang begitu sinonim dengan cerita tersebut dari generasi ke generasi sehinggalah sekarang. Cerita ini merupakan salah satu cerita yang berlaku didalam masjid ini dan banyak lagi cerita berkenaan masjid ini, hanya generasi yang lahir sebelum merdeka yang banyak menyimpan cerita tentang masjid ini.
PEMBINAAN MASJID BARU.
Masjid baru dibina pada tahun 2008 dan kini masjid lama telah menjadi sejarah dan kenangan sahaja pada generasi baru. Penulis tak dapat merakam gambar masjid lama kerana tiada foto yang disimpan didalam masjid. Walaubagaimana pun tiang teras nangka didalam masjid lama masih dikekalkan dengan menanamnya didalam kerangka batu dikeempat-empat tiang didalam masjid baru. Dengan RM50,000 sumbangan dari kerajaan serta selebihnya dari 200 penderma maka terbinalah masjid baru di Kampong Air Mati ini dengan kerja kuat yang diketuai oleh Setiausahanya Tuan Haji Shuib bin Ahmad serta barisan Ahli Jawatankuasanya yang dipimpin oleh Pengerusi Masjid iaitu Tuan Haji Abdul Shukur bin Haji Khalid dan hanya Allah sahaja akan membalas segala amal jariah yang dilaksanakan oleh kesemua Ajk-ajk yang mendirikan rumah Allah ini.
Laluan pintu masuk utama untuk kedalam masjid.
Senarai AhliJawatanKuasa Masjid.
Mimbar.
Ruang Pejabat Masjid.
Bilik Mesyuarat Masjid.
Dewan masjid.
Kerantong-Beduk (Nakuih)
Pihak Jawatankuasa Masjid Air Mati ini masih mengekalkan kehadiran Tempayan di sekitar kawasan tangga masjid dan kaki limanya. Walau pun tiada lagi kehadiran Bedene tapi kehadiran tempayan-tempayan berkenaan adalah bagi mewujudkan ingatan kepada suatu masa dahulu bahawa Masjid Air Mati ini pernah mempunyai Tempayan Bedene yang cantik serta besar untuk menampung semua jemaah mengambil wuduk bagi menunaikan sembahyang waktu di Masjid Air Mati ini.
Kelihatan tempayan biasa di letakan dikaki lima masjid.
Takungan air masih diwujudkan didalam tempayan.
Tempayan yang muatannya mungkin 3 tin minyak
tanah sahaja berbanding "Bedene" 16 tin.
Kediaman Setiausaha Masjid Air Mati ini tidak jauh dari kawasan masjid, rumah kediaman Tuan Haji Shuib hanya berhadapan atau seberang jalan masjid ini sahaja dan beliau merupakan menantu kepada Hajjah Nobah dan isterinya Allahyarhamah Hajjah Che'Ah merupakan piut Ngah Pidup (rujuk salasilah Ngah Pidup).
Tuan Haji Shuib bin Ahmad didepan rumahnya.
Kereta Datsun kesayangan beliau yang masih beroperasi dengan baik untuk meluncur kemana-mana destinasi yang diarahkan oleh Tuan Haji Shuib.Kelihatan juga bangunan masjid dibelakang gambar ini.
2 ulasan:
tq for the history, you help us to finished our project about kg. Air Mati mosque
Sama-sama.
Catat Ulasan