BUAH SUKUN.
BUAH SUKUN SEDANG DIMASAK.
Sebagai selingan dalam pencarian salasilah keturunan Tok kadok marilah kita ikuti cerita ini yang melibatkan buah sukun dan jelatang gajah serta kehebatan orang Perak dalam menyelamatkan kerajaan mereka dari serangan bala tentera siam atau negeri Gajah Putih sebagaimana disebut oleh orang dahulu dimukim Lambor ini.
Sebenarnya banyak cerita-cerita lagenda rakyat yang diceritakan oleh orang tua-tua dahulu tentang peristiwa serangan tentera siam keatas Tanah Abang dan Padang Marhom serta semasa kerajaan Perak berada di Kampong Tua Lambor Kanan. Sesetengah orang menceritakan makam Toh Maharaja Lambor dan pengikut-pengikutnya berada di sekitar Kampong Tua, kemungkinan juga betul tapi oleh kerana semakan dan kajian tidak dibuat,maka cerita dan sejarah tidak dapat dibuktikan untuk tatapan generasi akan datang dan kini..Sejarah tersebut amat berharga untuk diketahui oleh generasi sekarang, agar semangat dan jasa orang terdahulu dikenang disepanjang zaman oleh anak cucunya.
Sebuah catatan menyatakan Kerajaan Kedah dan Siam telah menyerang Tanah Abang. Kenapa Tanah Abang dan Padang Marhom diserang oleh kedua-dua Kerajaan tersebut. Catatan sedemikian seharusnya dibaca oleh pihak yang berwajib berkenaan melakukan serangan terhadap Kerajaan Negeri Perak yang pada masa itu berada di Tanah Abang. Jika tidak, tiada sebab kenapa Tanah Abang seharusnya diserang oleh mereka.
Maka setelah terdengar khabar ke Negeri Siam iaitu setelah Sultan Muzzafar Shah ditabalkan sebagai Sultan yang pertama negeri Perak maka askar-askar daripada negeri Siam telah dihantar untuk melanggar dan menakluk negeri Perak yang baru sahaja berkerajaan sendiri. Mereka datang dengan angkatan yang besar dan Sultan Muzzafar Shah 1 serta orang-orang Perak telah menyambut mereka cara damai dan bermuslihat. Mereka sediakan makan minum dan tempat-tempat bagi askar-askar siam berehat dan melepaskan lelah setelah belayar jauh dari Negeri Siam .
Pokok dan Daun Jelatang Gajah
Orang-orang Perak telah masakkan berkawah-kawah nasi dengan bertungkukan buah-buah sukun yang besar yang dipetik daripada pokok-pokok buah itu yang banyak disekeliling Kampong Padang Marhom. Buah sukun yang dijadikan tungku itu sudah masak dan sedap dimakan, maka tentera Siam yang memerhatikannya hairan melihat perkara itu yang mereka anggap ganjil kerana mereka menyangkakan ubi yang biasanya jadi di dalam tanah telah berpokok pula. Selepas tentera Siam itu dijamukan makan-minum maka disediakan pula tempat mereka hendak tidur. Oleh itu, telah disediakan satu tempat yang lapang dengan bertikarkan daun jelatang gajah yang banyak tumbuh disekitar Padang Marhom.
Sungai Perak yang deras dan dalam.
Apatah lagi apabila mereka tidur di malam itu maka masing-masing mereka telah terkena rasa yang amat gatal dari daun jelatang gajah tersebut,oleh kerana tubuh mereka bersentuh kepada tikar-tikar jelatang gajah itu sehingga mereka masing-masing tidak tertahan lagi lalu terjun ke Sungai Perak yang berhampiran yang terlalu deras airnya dan setengah daripada mereka telah hanyut dibawa arus yang deras itu dan langsung mati. Mana-mana tentera Siam yang masih tinggal lagi terus cabut lari pada malam itu juga kerana mereka telah memikirkan iaitu alangkan daun kayu kayan yang tumbuh di negeri itupun lalu melawan mereka dan tungku-tungku tempat mereka memasak nasi pun boleh dimakan apatah lagi orangnya melawan berperang. Tentulah mereka tewas, maka selamatlah kerajaan Perak ini dari bijak pandai dari seorang Sultan yang berketurunan dari Melaka ini. Turutan dengan peristiwa ini Sultan ketika itu telah mengarahkan supaya mengorek parit dan tanah dari korekan parit tersebut dibina binaan kubu yang tinggi lagi kukuh untuk mempertahankan Tanah Abang dari serangan musuh-musuh khususnya serangan dari tentera Siam atau Gajah Putih.
Parit Siam.
Parit tersebut dibina dengan mengatur rakyat jelata beramai ramai dari Air Mati hingga ke Tanah Abang bagi menghulur tanah-tanah yang dikorek dari parit tersebut dari tangan ke tangan sehinggalah binaan kubu tersebut siap. Parit berkenaan dikorek sehingga dari muka (muara) Air Mati sehingga lah ke Kampong Sedingka. Air dari aliran parit ini digunakan oleh penduduk setempat untuk mengairi bendang-bendang yang luas di Kampong Sedingka dan Padang Pak Beruk (Padang Changkat). Parit tersebut telah dinamakan dengan nama Parit Siam, sehinggalah ke hari ini parit tersebut telah mengecil sebesar sebagaimana foto diatas..Menurut ceritanya disebelah hilir Padang marhom ditepi sungai merupakan kawasan lapang atau padang dan disitulah ditempatkan semua bala tentera siam berkenaan.
Bendang Padi.
* Cerita ini diambil dari cerita-cerita orang tua yang terdahulu dan dari mulut kemulut dah jadi macam-macam cerita dan penulis blog mengatur dan menyusun kembali kesemua cerita tersebut dan dipadankan dengan beberapa cerita yang lain pula tetapi ianya tidak lari dari cerita asal iaitu Siam menyerang Tanah Abang serta cerita kepandaian bermuslihat oleh seorang Sultan serta orang-orang Besar Perak ketika itu.Wallahualam.
4 ulasan:
sebut kampong tue lambor kanan tersenghih lah kita walaupun sudah lame tak kesana putus langsung dgn saudara mare belah bapak teman, lepaih bapak teman Pandak osman bin idris meningge ate sapa yg kena tu tulong ler cuit kat teman... hanif bin pandak osman{adik sopian dan nasaruddin}
Agaknye mike merantau dan udah tak balik-balik, moga deme mace tulisan mike tu.
begitu lah yop moga2 tulisan yop dapat jadi panduan perantau macam teman...betuk ke arwah tun razak tu keeterunan tun kadok sbb teman ada dengo tun razak tak bolih makan ikan tapah tapi kalau dikaitkan dgn tulisan yop fasai tok perak ada ke raub,ulu dong mmg ada betui juga,,cuba yop soreh cerita ini,,,hanif pandak ossman
tak tahu pula sedemikian,setahu saya ia keturunan bugis tapi di Lambor pun keturunan bugis tak boleh makan ikan tapah juga....nanti teman bersoreh balik nyemak dengan pihak waris kite. Terima kasih Encik Hanif Pandak Osman.
Catat Ulasan