Ahad, 7 November 2010

PERBUALAN AISBATU DENGAN TOK SYEIKH DARI PERUBATAN 7 PUTERI.


"Perubatan islam ini diasaskan oleh kami suami isteri iaitu Tabib Syeikh Mohamad Din dan Tabib Radin Saripah Normala pada tarikh 18 jun 2000, semasa tinggal di Kg Tanah Merah Baru Sungai Udang, Melaka.. berpengalaman mengubati orang semasa berumur 16 tahun lagi. Setelah memasuki tentera dan berkahwin, kami juga mengubati orang tetapi tidaklah secara aktif. Hanya pada tarikh 18 jun 2000 kami aktif sepenuh masa dalam perubatan islam ini..SetelahTabib syeikh Mohamad Din tamat berguru dari Allahyarham Tabib Mohamad Nabun. bekas tabib kepada Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Syah, sultan selangor ke-8.". 

SEBARANG PERTANYAAN DAN MASALAH SILA E-MAIL KAN KEPADA syahrolhisyam99@gmail.com ATAU HUBUNGI DI TALIAN : 017-2095292 ATAU 014-7201103   PERLU DI INGAT KAN KEPADA ANDA SEMUA....SAYA HANYA BERMINAT UNTUK PERUBATAN SAHAJA::::BAB TARIK HARTA DAN DUIT SAYA TIDAK BERMINAT DAN SAYA TIDAK AKAN MELAYAN SESIAPA YANG INGIN " MENARIK HARTA".





Pulau Besar Melaka.



Gunung Ledang.

Tok Syeikh
Asalam mualaikum Semua !!!Kalau kita belajar ilmu Sofi kita akan faham semua nya.Kita akan Faham apakah dia;
1.Wali Qutub
2.Wali Mukhtarun
3.Wali Nujaba’
4 Wali Akhyar atau ‘Urafa’
5.Wali Al Abdal
6.Wali Nqaba’
Bab ini jelas tertulis dalam kitab Jamiul Karamatil Awliya’ halaman 39-55, karangan Syeikh Yusof Bin Ismail Al Nabhani,dan diterang kan secara terperinci…Setelah itu baru lah ANDA tahu PGL dan Wali wali dimana.Dah puas dah saya menulis AYAT INI !!!’..Jangan kamu fikir,orang yang mati SYAHID itu MATI,tetapi mereka HIDUP disisi TUHAN nya,dan mendapat Rezeki dari tuhan nya’…ini terjemahan dari ayat Al Quran.Dalam kitab juga di beritahu…Orang MATI SYAHID,bolih memberi Syufaat kepada 70 orang keluarga nya TANPA HISAB…Puteri Gunong Ledang adalah ISTERI SYUHADA, Anak Sultan yang yang ULAMA,..datuk nya adalah SUNAN AMPEL…Perancangan dan pembina Negara Islam Demak di samping WALI BESAR….SIAPA KAH YANG TAK KENAL SUNAN AMPEL,semua orang kenal dia…cuma orang buta hati dan tak nak ambil tahu ugama nya yang tak kenal SUNAN AMPEL…Bolih di kata kan kesemua WALI SONGHO bersalasilah dengan Puteri Gunong Ledang…Secara peribadi nya saya JUMPA PGL secara LIVE !!!.Anda hairan ke ZAZA !!!.Bagi saya,saya tidak pelik langsung sebab saya faham apa itu KERAJAAN AL WILAYAH atau Kerajaan Para Wali.
Anda renung kan bebaik Puisi Sufi Wuquf Al Qalbi ini
KOTA ALA WILAYAH
Usah bermimpi di siang hari
Melangkah kaki menjejaki
ke kota para wali
Yang di berkati dan memberkati
Sebelum terbunoh diri
Bermati kan mati maknawi
Tanpa pusara untuk diratapi
Kota Al Wilayah didiami
Penghuni yang pecah hati
Mencarik akal budi
Hingga Tersalin kulit diri
Dibakar Nur Tajali
Mereka pilih hina dari mulia
Miskin dari kaya
Duri dari bunga
Batu dari permata
Caci dari PUJA
Menangis dari tertawa
Tiada apa yang di pinta
Selain hati berhadap senantiasa
Lisan basah menyebut DIA
Maka di pakai kan MAHKOTA
RAJA di dua Negara
Menjadi pasak alam buana
WAHAI,RAJA segala Wali
SYEIKH ABDUL QADIR dari JILANI
Kakinya di atas bahu para Wali
Sambut lah tangan ANAK MU ini
Yang Asyik menanti hari ke hari
Semuga anda faham Puisi ini,..
Tidak sama antara nyata dengan Ghaib,tidak sama antara lelaki dengan perempuan,tidak sama ROH para wali dengan Roh orang biasa,tidak sama dunia fana dan dunia LAHUT….WASALLAM

Ais
Salam sejahtera,
Maaf tuan Syeikh, saya beralih sebentar kepada persoalan khadam, (dunia perawat) setelah tuan memasukkan khadam tersebut didalam folder setelah pesakit dipulihkan, kemanakah tuan hantarkan ? atau recycle bin nya? cadangan nak hantar ke puan zaza dan iza dah tak jadi………(mohon maaf puan berdua hanya bergurau).
Sistem gps mereka tersangat laju, dalam pengamatan saya, mereka juga menggunakan senjata di alam melayu. Apakah boleh senjata tersebut dizahirkan.

Tok Syeikh
Walaikum musalam Ais !!!.Kalau saya hantar kan ke ZAZA, kesian pula !!!Tapi saya memang tidak menghantar kan kepada sesiapa !!!Saya cuma hantar balik ke TUAN NYA atau kalau jin itu tak nak balik,saya akan hantar dia nya ke laut atau di tanam di kawasan kubur…Ya AIS mereka juga canggih dan ada senjata rahsia,tetapi orang beriman juga ada senjata rahsia…senjata senjata ini memang tak nampak mata kasar tetapi bolih di dengar letupan nya…ikut kajian sahabat saya kekuatan JURUS PEMBELAH LANGIT TINGKAT TINGGI Kekuatan nya melebihi 500 juta voltan…termenung saya bila beliau khabarkan pada saya,saya berfikir kembali patut lah di masa saya bertempor melawan 7 ifrit dulu, sebatang pokok durian sebesar 2 pemelok kita terbelah dua.Mereka ada senjata juga kalau tidak tak kan lah dibahagian bawah pinggang kebawah saya hancur…tapi batin nya,zahir nya orang tak nampak.
Tiga bulan juga saya merana tapi alhamdulilah saya di ubati olih isteri saya Raden Syarifah Normala…kami memang satu guru.Saya memang tidak mahu cerita pengalaman pahit ini..tapi yang pahit itu ubat,yang manis itu racun…dari kepahitan itu saya banyak menrokyah kan pada media seperti raja kayu putih,teras kemuning hitam,penawar 5 dan teras kelor..sebagai senjata..jadi tak perlu lah saya gunakan kekuatan tenaga dalam bila bertempor dengan mereka…hanya ketuk saja kebadan pesakit..jin dah melolong kesakitan…baca lah blog alami mistik,didalam blog Karimon anda akan jumpa kayu kayu tersebut beserta khasiat nya untuk media perubatan..wasallam

Ais
Salam sejahtera,
Kembali saya memula bicara, saya sedikit keliru dengan penerangan tuan Tok Syeikh. Setahu saya Aisyah lah yg anak dara dan maria qibtiyah tidak dinyatakan samaada anak dara atau janda (maaf tuan saya tak jumpa pula dalam kitab). Walaubagaimanapun terima kasih atas penerangan tersebut, saya akan semak/rujuk dengan Ustaz saya di surau nanti.
Saya juga mohon maaf kepada semua yg melayari blog ini kerana kebanyakan persoalan saya adalah berkaitan alam roh, wali dan berkaitan perawat. ada kemingkinan ramai yg tak faham kalau tiada bukti. amat sukar untuk dibuktikan dialam maya ini kecuali yg boleh melihat roh,jin atau wali serta berpengalaman tentangnya (mohon maaf-bukan riak). Tok syeikh boleh menjawab soalan saya dengan sambil minum kopi sahaja,maksudnya ia memang pakar dalam bidangnya.
Untuk Tok Syeikh saya lontarkan soalan lagi, 7 jin ifrit tu sihir atau yg liar (saya lihat jenis kuning pun ada), amat bertuah ada rakan seguru untuk memulihkan. Saya faham keadaan sedimikian walau tidak mengalami, penggunaan kayu-kayu berkenaan jika tidak diisi tak boleh berfungsi juga Tok Syeikh.

Tok Syeikh
Walaikummusalam AIS !!!.Memang betul,kalau kayu kayu tidak diisikan dia tidak berapa berkhasiat.Contoh jika guna kan herba untuk ubat penyakit,memang berkhasiat tetapi jika rukyah kan ayat ayat penyemboh,dia lagi berkhasiat…ini ibarat macam pemangkin….Jin sihir yang dari Ifrit tidak berapa banyak,tetapi yang paling banyak di gunakan olih orang kita ialah dari jenis Ifrit betina…polong,pelesit dan bajang.Ifrit betina ini sangat pandai mengoda !!!.orang perempuan memang pandai mengoda bib !!!silap silap serban tok lebai pun GUGUR !!!.sorry orng perempuan.
Saya pernah tanya nenek saya,kenapa kah ifrit betina sangat banyak di gunakan,…pertama..kuat menggoda dan kedua SETIA PADA TUAN.ketiga pandai menipu….saya suka melihat cerita MAK LAMPIR,kerana suka melihat kelicikan penipuan dari Mak Lampir.Dan cara Ifrit betina,bagitu lah….kalah lari,bila rasa kuat dia datang !!!.Ifrit jantan/hantu raya..biasa di gunakan untuk kekuatan…menatang ini sangat suka merogol wanita !!!Bagi wanita pula saya nasihat kan,JANGAN MANDI TELANJANG.Kalau ada di kawasan anda hantu raya,tak selamat anda !!!.
Untuk AIS, Ifrit yang saya lawan itu jenis BELA DAN SIHIR..Ifrit liar tidak banyak.Bentuk badan nya/kulit nya merah…pakaian nya memang kuning !!.Di belah jawa di panggil jin merah !!!.Memang seelok nya,untuk jadi Tabib,pasangan nya paling baik kalau bolih mengubat…atau paling tidak pun bolih membaca ayat rukyat yang senang senang.!!!…Sambil minum kopi itu,saya ambil dari sahabat saya Wali Kudus..kerana dia lihat saya,berubat orang sambil minum kopi tongkat ali !!.
Saya memang di asuh dari kecil lagi tak pernah takut olih bonda saya,beliau seorang bidan !!!Se ingat saya,saya lihat hantu ni,pada kali pertama waktu saya berumur 8 tahun.Memula tu takut juga,tapi bonda saya tengking saya !!!takut hanya pada Tuhan,bukan kat hantu..bonda saya memang garang dan suara lantang bib..tapi sangat baik hati !!!.Diajar nya saya serapah,lari pula menatang tu !!.Sejak itu saya tak pernah takut..umur 15 tahun dah cari ilmu perubatan..anda tahu lah,naik basikal..lampu jalan bukan ada,..memacam jumpa..tok guru saya tinggal 3 batu dari rumah saya….tu lah COBAAN…WASALLAM.

Ais
Salam sejahtera.
Dalam menggunakan herba dan kayu kayan harta alam, apakah pandangan Tok Syeikh tentang mandian bunga, sesetengah perawat menggunakannya setelah selesai perubatan dijalankan. Sesetengah tabib melakukannya kerana untuk menaikkan cahaya muka (aura) pesakit atau semangat kepada orang yg dimandikan. Tak kira lelaki dan perempuan. Saya confuse, adakah dlm Islam ianya dibenarkan ?.
Bercakap tentang kekuatan JURUS PEMBELAH LANGIT TINGKAT TINGGI Kekuatan nya melebihi 500 juta voltan, saya anggarkan sebuah bukit akan meletup jika ianya diarahkan. Dalam penelitian saya ada 8 silat melayu yg hebat telah pupus dan jurus-jurusnya juga turut hilang. Sebenarnya saya tak reti bersilat pun, kalau tak silap saya Hang Jebat yg pakai antaranya silat sending (semuanya lima jenis, satu lagi gayong dan selebihnya ……..) Saya kira Tok Syeikh telah melalui ujian yg amat getir dan bila dilihat (scan) sememang dari pinggang ke bawah hilang…..subhanallah …bagaimana nak memulihkan kembali.

Tok Syeikh
Walaikum musalam AIS !!!.Mandian bunga itu sebenar nya ialah mandian herba…ramuan nya 3 biji limau purut,7 jenis bunga wangi..seperti melor,kenanga dll…di mandi kan pada 3 malam bulan purnama yang akhir..13,14,15…dalam islam memang sunat kita mandi wangian…wangian di buat dari pati bunga…jadi kan lagi bagus kita gunakan bunga bunga segar…sebenar nya Mandian Bunga ini di ambil dari Mandian Puteri Keraton…atau kalau bahasa Melayu..puteri raja..limau purut memang ada unsur mistik yang sangat di benci olih SYAITAN.Saya sendiri tidak tahu kenapa !!!.Ikut kajian sains dari USA,kenapa orang Nusantara suka mandi bunga,mereka dapat…AURA yang keluar dari 7 jenis bunga dan bercapur dengan cahaya bulan purnama..akan menghasilkan satu bentuk medan megnet yang mengeluarkan unsur unsur negetif dari badan orang yang mandi bunga!!!.Saya tak tau itu,yang saya tau…setelah mandi bunga,pesakit saya merasakan SEGAR dan CERIA…Dan sememang nya saya RUKYAH kan mandian itu dengan Ayat Pengaseh yang saya ambil dari AL QURAN.
Jika sesuatu itu tidak bertentangan dengan Syarak,dia nya memang di benar kan….Sekarang ini ada SPA..lagi mahal bayaran nya !!!.
Saya di rawat seperti dalam mimpi,tapi saya nampak…tapi tak bolih bangun…di rendam kan saya dalam kolam,dalam laut…tetapi tak lemas…wallah hu saya sendiri tidak tahu di mana…saya nampak datuk saya Sayyid Ahmad Maulana Ismail bawa saya (dokong)..tapi bolih cakap,tak bolih bergerak sendiri..dia suruh saya zikir jangan putus,…nenek saya Syarifah Maimunah kat sebelah saya…kolam nya berair kuning,keliling nya air laut…saya juga rasa pelik hingga sekarang…bila saya tanya datuk saya kata…zikir dan tenguk saja…di rendam kan saya kira kira satu jam…saya rasa pedih…lepas itu lepas satu jam…semua nya kembali pulih…dibawa saya berenang dalam laut..tak sampai 5 minit dah sampai rumah….masa pergi dia dokong saya,masa balik..saya jalan sendiri…lepas itu.dia pesan seminggu tak bolih bersama dengan isteri,…dan banyak kan zikir dan buat solat syukur !!!….entah lah..sampai sekarang saya tak tau tempat itu !!!.Itu lah cerita nya..kalau saya cerita kan orang akan senyum..tetapi bila saya ceritakan pengalaman ngeri saya kepada pesakit saya,mereka kata syukur Pak SYEIKH selamat…kalau kami terus padam !!!.
Cerita ini ada saya cerita kan dalam blog Karimon…tu lah sebab saya kata jangan kita cakap…alaaa nak takut apa,,baca jer ayat Quran syaitan lari terberak berak…jangan,,,jin kampongan bolih !!..di hantar nya Panglima Perang nya…kalau tak dia terlentang..kita yang terlentang….kalau kita baca sejarah Nabi Sulaiman, kita tau kekuatan mereka…mebina bangunan tinggi,menyelam di lautan dan memacam kerja mereka lakukan tanpa masaalah,Ifrit HANYA KALAH DENGAN ASIF BARSISA, sahaja..seorang ulama ahli Sufi…Walau pun bagitu jangan takut,kerana ALLAH SWT bersama dengan orang yang beriman….tumpuan jiwa dan raga terus kepada ALLAH SWT….Itu saja dari saja….wasallam.

Ais
Salam sejahtera.
Saya tertarik bab cara pemulihan yang Tok Syeikh alami, saya dan sahabat-sahabat saya cuba meneliti, menyusuri dan menyelami dasarnya, ini kerana ianya bukan melewati alam ini tapi perlu sedikit masa merenungi dan menyelidiki dimanakah alam itu. Pada asasnya kelihatan tapi pada renungan tak sampai lagi………insyaalah kami c

Ahmad JB
Limau purut memang dibenci oleh jin dan syaitan….Tok Ayah pernah beritahu semasa suluk di pulau pangkor….dia kata perumpamaannya seperti mana lipas lari lintang pukang bila terbau minyak tanah….begitulah juga bila jin terbau limau purut…bukan setakat limau….daun daunnya pun dibenci oleh Jin.

Tok Syeikh
Memang betul Ahmad JB !!!.Saya puas tanya gugu guru, kenapa syaitan takut kat limau purut,jawapan dia tak tau !!!.Tetapi ada satu doa asal usul limau yang berbunyai begini !! Aku tau asul asal limau
Dari peloh pusat rasullullah asal engkau menjadi limau
Seri benih nama buah,seri serimbun nama pohon mu
Serimbun nama akar mu
Aku minta tunggu jaga dalam batang tubuh si…polan ni.
Menghilang kan janggi manusia,menghilang kan janggi jin atau Syaitan.berkah doa ……..
Bukan sahaja limau sebenar nya mereka takut,yang ada melibat kan benda masam juga mereka takut…contoh cuka garam,lada hitam…atau campuran benda asas ini !!!.Saya tak tau kenapa ??? puas juga saya tanya tapi tak jumpa jawapan nya.cuma mungkin dalam bentuk sains..cuka dan limau ada asid …barang yang berasid akan bertindak balas dengan gas…jin adalah berbentuk gas yang berat….wallah hu tak tahu…Perangai jin satu jer…sekuat mana pun mereka,akal mereka semacam budak berumur 15 tahun….walau pun umur nya 1000 tahun.saya pernah jumpa yang paling tinggi berumur 1500 tahun…jadi kita kena guna kan akal…ini memang kelebihan manusia…contoh…salah satu teknik buang SAKA…Rebus kacang hijau,bawa si pesakit dan kacang hijau itu ke tepi laut…panggil jin saka itu..dan tuan nya kena perintah kan jin saka itu…tunggu jaga kacang hijau itu hingga kacang hijau itu tumbuh….secara tiori nya memang jin itu kena tunggu….tetapi secara AKAL,macam mana nak tumboh.kacang hijau itu dah di rebus atau goring…benih nya dah mati !!!….dia ni satu jenis yang memang sangat setia kat tuan nya…ibarat anjing….Itu lah saya kata sifat kita yang tak bagus seperti jin,,,takbur, riak dan suka di puji….akan meman diri sendiri…Dalam hal ini jika manusia pandai mengesplotasikan sifat jin ini kita akan berjaya !!!Jin sangat suka di puji !!!hoi melompat dia kalau kita PUJI…contoh..Kau ini umur dah matang,rupa pun lawa,ilmu pun tinggi…apa kata kalau kau tunggu jaga kacang hijau ni,supaya tak di ganggu olih siapa pun…tuan kau ni dah tua,dah tak kuat lagi..kau ni kuat,gagah dan berani !!!…hoi yoo memang TERSANGAT BANGGA DIA !!!.Tapi dia akan kena PERANGKAP !!!….Tapi bib ada lah bacaan nya…ayat panggil,ayat kunci dan ayat perangkap …kena lah baca.!!!..itu lah dia sedikit teknik nak perangkap jin saka,ada banyak cara lain lagi…cara yang sangat saya suka,masukan dalam telor !!!.

Ais
Salam sejahtera.
Kembali kita menyusuri ke kaki Gunung Ledang, walau saya tiada data selari dengan zahir (sejarah) tapi saya cuba menggapai sesuatu dan terjumpa pula yang lain. Selain PGL disini …..mohon maaf Tok Syeikh…..adakah Raden Galoh Cendera Kirana (isteri Sultan Mansur Shah) makamnya didaerah atau sekitar kaki Gunung Ledang dan adakah Hulu Melaka tempat yg sama. Gunung Melaka juga bermaksud Gunung Ledang ?
Berkisar pada senjata ghaib(senjata sakti dahulu kala samaada yg diguna oleh Raja atau pahlawan), bolehkah ianya dipinjam atau diguna pakai oleh kita buat sementara? untuk berjuang seketika melawan sihir/jin Ifrit atau seangkatan dengannya. Mohon maaf Tok Syeikh……

Rima
Tok Syeikh Rima nak tanya Tok Syeikh, ada kawan Rima Tok Syeikh, recommend Rima mandi air kapur barus, katanya kapur barus ni menghilangkan bekas bekas sihir yang dihantar. Apa pendapat Tok Syeikh.

Tok Syeikh
Waalaikum musallam !!!.Untuk Rima..untuk mandian kapor barus..tu salah…kapor baruh racun dan tak sesuai untuk badan…untuk awet jenazah bolih lah…saya sarankan jangan kita percaya perubatan yang pelik pelik..tiada seorang pun guru guru saya yang buat mandian tersebut.
Untuk Ais, senjata sakti ini tak bolih di beri pinjam kan pada sesiapa.Ilmu itu di beri kan ALLAH SWT,untuk sesiapa yang dia suka.Kalau untuk kita,kita lah yang menjaga nya….kalau diambil balik…nanti siapa yang rugi !!!.kalau senjata fizikal pun tak bolih,kerana manusia ni banyak lidah nya banyak cabang…kata nak guna lawan jin….rupa rupa nya buat menurun nombor ekor !!!.untuk pengetahuan anda..satu bilah pedang saya di buang kerana dah di masuk kan khadam jin kafir…dah le..sapa pun lain kali aku tak bagi pinjam???.
Makam Sultan dan Kerabat Sultan Melaka saya memang tak tau kerana saya hanya cari yang bernasab dengan saya !!!.Radin Galoh Cendera Kirana pun kita tak tau asal dari mana,kerana bila saya ceck tahun nya banyak lari dari pendapat yang betul shahih…wallah hu.Kalau ikut pendapat saya beliau berasal dari Petani…tak dapat yang betul betul,banyak sangat percangahan…tak perlu lagi saya ulas kerana saya dah tulis di atas !!!.

Ais
Salam sejahtera,
Kembali saya membuka kata dan memula bicara. Tok Syeikh, pertanyaan saya diatas mengenai senjata ghaib tu adalah begini…contohnya>>> Raja Segentar Alam di bukit Seguntang masa beliau memerintah ianya mempunyai panah seribu mata, keris Segentar Alam dan Tombak segentar Alam. Ketiga-tiga senjata ini adalah di alam ghaib………………….
soalannya bolehkah kita yg meminjam (bukan kita yg beri pinjam) sementara untuk kegunaan sepertimana yg saya nyatakan diatas ? maaf Tok Syeikh yg penerangan diatas saya faham, soal pinjam meminjam peralatan ni risiko tinggi, untung Tok Syeikh boleh scan. Mengenai RGCK tu saya terrrrrrscan melalui sahabat saya dengan menggunakan sistem gps semasa mencari makam PGL.
Menggunakan telor ayam/itek atau itek serati bagi perubatan mengeluarkan saka dari tubuh pesakit !!!! agak istimema kerana dapat meneruskan perubatan ini dari datuk nenek kita dahulu. Tok Syeikh gunakan telor ni khusus untuk saka saja ke atau yg lain-lain ?

Ais
Salam sejahtera.
Rima, maaf saya menyelit sebentar berkongsi info…setahu saya bukan kapur barus, saya tengok perawat tersebut menggunakan air yg di rukyahkan (jernih didalam botol dan ada dijual ) bersama sedikit air kapur barus.Kalau mengikut perawat tersebut air power, saya pun tak berapa menyelidikinya. Saya tak berapa minat air yg sebegini kerana dibimbangi dengan isian jin-jin.

Ais
Salam sejahtera,
Sekali lagi membuka kata, terhulur kata dan tak perasan pula ada yg bertanya, Puan Rima (orang ditempat saya bermakna Harimau), sistem gps ni hanya orang tertentu sahaja yg boleh menggunakannya, maaf saya hanya nampak cara digunakan tapi tak dapat melihat bagaimana ia beroperasi( mungkin masih belum diaktifkan). Umpama saya ada hp tapi tiada signal dari pencawang, lebih kurang begitulah. Allah bagi untuk kegunaan jalan yg lurus….jangan belok-belok. Insyaalah.
Makam berkenaan jika diizinkan Allah boleh ditemui tapi untuk berhubung/berintraksi bergantung pada empunya makam dan perkara ini ada bahayanya, jika saka keturunan atau khadam peralatan (keris/pedang/subang dll) sesebuah keluarga/keturunan masih ada mereka akan menerima signal dengan 70batu sesaat daripada kami.(ciplak sedikit ayat Tok Syeikh) Pencawang celcom dan maxis akan tumbang kalau menerima kelajuaan begini.Itulah sebabnya saya kepingin ketemu sama Tok Syeikh tapi saya jauh di KL dan kerja.

Ais
Salam Sejahtera.
Puan Rima, kita kongsi info dan bukan nak menunjuk atau riak ya!!!! . Saya sambung lagi yg diatas, sistem gps ni ia berfungsi sebagaimana ramalan satelit cuaca yg melihat jerubu sekitar pulau sumatera(diibaratkan la), kan ada tompok-tompok merah melambangkan ada kebakaran disuatu tempat, pancaran setelit akan turun kebawah melihat kebakaran (kalau disini ceritanya makam) dan setelit akan menyemak kebakaran apa kah disitu ( makam siapakah disitu), jika dapat laluan dan dibenarkan setelit indon maka kita boleh berintraksi. begitulah kira-kiranya. Maafla kalau puan tak faham. Ada banyak lagi Tok Syeikh tak cerita, kerana ada perkara tidak boleh diterangkan melalui internet. Dari hemat saya dah banyak perkara yg diberi oleh Tok Syeikh, dan ada bendanya tak dicapai oleh akal manusia. Tapi saya faham, jika puan Rima berminat ikutilah blog ini dengan penerangan Tok Syeikh.
Bab alam ghaib, saya percaya kepakaran beliau melihat yg mana sihir, bala (qado’ dan qadar) dan terkena gangguan syaitan. Perkara ini boleh dilihat dengan aura-auranya yg berbeza-beza dan tersendiri. Berintraksi bersama roh juga saya lihat beliau dapat menggapainya. Memang layak beliau digelar Tok guru (Tok Syeikh). Tak ramai yg berkebolehan begini dan hendaklah pulak menerangkan di alam maya ini. Saya hampir keluar dari blog ini (bukan tak tahan ) tapi saya ingat urusan PGL sahaja yg lain tak boleh. Alhamdulillah …akhirnya saya faham. Saya tak tahu orang lain, kerana bab ini saya berpengalaman dan tahu serba sedikit mengenainya. Sebenarnya saya cuba mencari blog Kesultanan Melaka, terutama Sultan Mansur (makamnya saya tahu dimana) dan terjumpa pula blog ini.

Tok Syeikh
Walaalaikum musallam Ais dan Rima !!!.Oh itu…memang bolih kalau TUAN nya izin kan !!!,Senjata itu lah yang saya pinjam dari Datuk Saya..Prabu Brama Kumbara/Sultan Abdullah Imam….GPS memang ada 3 ekor !!!Belang,kelabu dan belang kecil…tapi itu dia orang punya,bukan saya secara MUTLAK punya !!.Kalau betul betul nak tau,makam nya call saya !!!.dalam blog ada masaalah.
Cara telor di guna kan untuk mengubat santau,luka dalam dan luka dalam perut.Untuk pasung saka atau jin yang degil,saya gunakan telor masak !!!.

Ais
Salam sejahtera,
Sebenarnya puan Rima dalam bab ini saya juga terkeliru, tapi saya tak boleh persoalkan lagi dlm blog ini kerana tak sesuai……………


Ais
Salam sejahtera.
Dalam menggunakan peralatan ghaib, tersebutlah al-kisah suatu ketika dahulu (dua tahun lepas) saya telah diturunkan geliga putih yg mana ianya lari dari kejaran yahudi – Mesir (burung garuda bermata merah) untuk memiliki kuasanya, ianya jatuh kedalam rumah ibu saya. Alangkah ramainya jin-jin yg tak pernah dilihat sebagaimana jin-jin yg Tok Syeikh terangkan diatas. Adakah jin-jin di Mesir kuno yg kami lihat tu Tok Syeikh ? Kesian ibu saya tinggal seorang dirumah Kampong. Beliau menghubungi saya apakah yg riuh rendah diatas atap rumahnya…yg menakutkan, dipandang tak nampak. Soalannya disini apakah kegunaan geliga atau mutiara putih yg tersimpan dengan saya ini ? (sebenarnya orang lain tak nampak).

Tok Syeikh
Walaikum musalam AIS !!!.Memang ada Jin Mesir Kuno itu.dan jin nya memang ‘POWER’.anatara jin yang power ialah.ikut susunanan dalam dunia:
1.Jin Penuggu Kubur Firaoun
2.Jin Ifrit jantan..kuil hindu dan hantu raya
3 Jin Ifrit Betina…polong dan pelesit
4.Jin Bukit..hantu hutan dan rimba
5.Jin Bandan..bajang ,hantu tinggi
Ini lah jin yang dikira paling power,ikut seorang guru saya beliau menambah..Jin Laut..hantu laut,jembalang laut
‘Selain itu,ada kurang power sikit…power ini bukan lah power apa…degil dan tahan di siksa..insyaallah ada ayat tertentu dan tempat tertentu,kalau kita pukul..dia keluar !!.kekadang mutiara itu memang di jaga olih jin itu.walah hu.

Tumpang Lalu
Assalamualaikum…
Menarik perbincanganya dari kisah asal usul Puteri Gunung Ledang sehingga kupasan kepada perubatan batin…( mungkin istilah untuk saya yang baru ini) Apa pun perkara ini adalah sesuatu yang sinonim dengan masyarakat Melayu kita tak kira apa pun keturunannya…Melayu itu Mistik dan Mistik itu Melayu…itulah identiti sebenar kita….bukan kepercayaan…namun begitulah sebahagian daripada kemelayuan itu sendiri…merujuk kepada perbahasan tentang Gunung Ledang itu saya ada terbaca didalam sebuah blog lain yang merungkaikan sejarah asal usul melayu ini ( The lost Tribe) dan Golden Hope ( Semenanjung Emas) disebut tentang Mount Opir didalam kitab lama Mormon kalau tidak silap…namun sejauh mana kebenaran tentangnya masih lagi saya kaji dan ingin perhalusi…apa pun syahabas kepada para penulis yang menyumbang tulisan dan sanggup berkongsi idea serta ilmu didalam blog ini…sekali lagi syabas …sekurung-kurangnya saya dapat mengetahui serba sedikit tentang sejarah dan asal usul keturunan mereka yang telah berkongsi disini….

Ais
Salam sejahtera.
Tok Syeikh dan Puan Rima.
Maaf saya lambat respon, demam dan balik ke Kampong dengan urusan ibu yg dah uzur.
Saya kembali berbicara, merenung dan mengimbau kembali “Pusat Rawatan ” dlm laut dan kolam kuning yg Tok Syeikh jalani. Tempatnya tak jauh hanya disebalik sahaja…memanglah Tok Syeikh tak lemas, yg dirawat tu diri berdiri, diri terdiri dan diri berdiri dengan sendirinya…….Dalam bab ini Tok Syeikh amat maklum kerana jawapan yg diatas telah beliau maklumkan awal-awal lagi. Subhanallah>>>>>Hanya keturunan Tok Syeikh sahaja dibenarkan “masuk” dan “ORANG YG TIDAK BERKENAAN TIDAK DIBENARKAN MASUK”siar kaki lima pun tidak boleh…. termasuk la saya!!!!!. Saya faham dan lihat dari jauh sahaja. Maafkan saya…..kerana ingin tahu.

Tok Syeikh
Walaikummussalam Ais dan Rima !!!.Saya malu nak beri tahu tempat nya,memang tak tau…takut fitnah..seingat nya saya,3 kali saya di bawa..tapi semua masa saya sakit teruk..kalau lah air nya bolih di bawa balik !!!heei memang syok juga.Saya cerita kan sikit…kolam nya sebesar 4 kaki kali 4 kaki,air nya kuning macam..air jus jagung..sangat sedap..tak tau nak kata macam mana sedap nya dan wangi..saya dapat minum sikit,lepas tu mandi rasa nya sejuk dan nyaman.Nak tanya nama air itu datuk dan nenek tak beritahu.Tempat nya dalam laut,paling dalam..tapi entah di mana….entah lah..nak kata mimpi..bolih zikir dan tanya..nak kata jaga tak bolih,bergerak..wallahh hu memang saya tak di beritahu dan tak bolih tanya..kata datuk..dah semboh…banyak banyak bersyukur…..Subhanallah !!!.

Tok Syeikh
Walaikum musallam Tumpang Lalu !!!.Dalam Zabur memang ada di tulis Mount Ophir adalah 4 montain yang tidak tengelam semasa banjir Nabi Noh as.Banjir itu berlaku selama 400 tahun.Dah saya tulis kan di atas,perkara ini di cerita kan olih seorang German berugama yahudi ortodork dan mendaki Gunong Ledang…German ini mencerita kan kepada anak angkat saya yang juga GUIDE VISITOR bagi pendaki Gunong Ledang.Sebenar nya banyak Rahsia Di Gunong itu yang masih menjadi MISTERI.Melayu itu pun menjadi Misteri,dari mana dia datang…buka Blog Karimon.anda akan tau !!!.

Ais
Salam sejahtera.
Tok Syeikh. saya kepingin bicara lagi………..bab bauan dan haruman para wali atau yg sewaktu dengannya. Ada beberapa tempat dan Makam yg dikunjungi saya tercium bauan minyak atar!!!. Saya telah berkunjung ke makam di Pengkalan Kempas – Sheikh Ahmad Majnun, disini bauan tersebut amat kuat serta didalam Masjid Kampong Ulu perkara yg sama juga berlaku. Apakah sesuatu bauan begini menandakan kewujudan para wali ?

Tok Syeikh
Walaikum musalam AIS !!!.Ikut kata guru guru saya,jika berbau harum,samada kasturi atau bunga wangi,adalah roh yang baik baik berdekatan kita.Roh bebaik ini banyak ketogari..roh para wali,roh para syuhada,roh para ulama dan banyak lagi.Kita kena beri salam..kalau takut fitnah,beri salam perlahan…kalau berbau busuk,hapak dan hanyir itu adalah Saitan…baca lah ayat perlindungan diri !!!.Syeikh Ahmad Majmun..nama sebenar nya…majnun adalah ‘gila’ dalam bahasa arab…wallah waklam.

Rima
Tok Syeikh, ada orang bertanya dengan Rima, bolehkah Wali berdamping atau menjaga seorang manusia dan menjaga rumah orang tersebut. Apa yang diberitahu oleh seorang hamba Allah, wali sembilan mengikutinya dimana sahaja. Maklumlah orangnya pun ilmu boleh tahan Tok Sheikh.
Apa pendapat Tok Syeikh atau Ais

Ais
Salam sejahtera.
Kalau puan perasan soalan ini saya dah tanyakan pada Tok Syeikh tapi beliau jawap>>> agak sukar menjelaskannya didalam alam maya. Walaubagaimanapun pada pandangan saya tiada wali sembilan yg mendampingi sesiapa, jika berintraksi terus tu mungkin boleh. Merujuklah kepada orang yg lebih ariff, jin-jin ni lebih banyak menyamar (scan pun kalau tak power kena tipu juga). Di Bangi Selangor, seorang bomoh bagi saka juga mendakwa memiliki dua wali dikiri dan kanannya. Tapi bila disemak jin penipu tu la!!!

Rima
ehmmmm, mcm mana kita nak membezakan samada jin yang menipu atau yang benar, yg rima perkatakan disini di kajang, dekat dekat bangi juga.
Tak faham tentang interaksi terus, ais tolonggggggg

Ais
Salam sejahtera.
Puan Rima, saya bukan pandai sangat bab scan,bluetooth,infra red,gps untuk alam ghaib ni saya pun tengah tercari-cari,itu sebab saya banyak bertanya dengan Tok Syeikh. Sebenarnya ada nama-nama melayunya sistem tersebut…….berintraksi terus ? (bualbicara dari mata batin) sama sebagaimana berbual dialam zahir tapi tidak melewati perkara dan masa tertentu sahaja. Apakah amalannya ? kena rujuk dengan Tok Syeikh. Nak sampai ketahap ini ada dua cara, Amalan tertentu yg dibenarkan dan atau menggunakan Khadam-seperti cermin mata la… (berjinjang) atau tompang khadam punya mata….kecuali pada dua perkara yg tersebut adalah dilahirkan dengan (hijab) telah terbuka tanpa apa-apa terus boleh lihat dan berintraksi. Maaf kalau penerangan ini tak menepati….

Ais
Salam sejahtera.
Mohon maaf Tok Syeikh tersalah taip nama Syeikh Ahmad Majmun.
Bual bicara lagi bersama tuan, selain dari senarai jin-jin yg tuan nyatakan diatas rupa bentuk jin makam firaun adakah (ifrit) menyamai jenis yg tuan tentang? saya juga terjumpa jin(ifrit kuning) ini disalah sebuah istana lama yg ianya terduduk diatas tilam & katil istana. siap cabar lagi…….kami penakut katanya.

Tok Syeikh
Walaikum musalam AIS !!!.Kata guru saya jin penjaga kubur Firaun memang lah Ifrit,tapi ketua nya,biasa umur ribuan tahun..itu sebab ada degil sikit..konon ilmu nya dah banyak !!!…Kalau cara yang kedua itu..pakai kadam jin…untuk lihat alam jin tak usah ler…nanti kita termakan budi tergadai aqidah….ada tempat dan ada guru nya yang bolih di percayai,bolih kita ambil ilmu itu.!!!.dengan cara amalan ilmu ALLAH SWT.

Ais
Salam sejahtera.
Saya juga sering ke blog karimon, perbincangan disana hebat dan saya hanya mengikutinya sahaja tapi pelik juga selepas beribadat mencuri pula!!!!(towkeh blog menyindir ) patutlah Tok Syeikh dah lali…..
Kembali kita memula langkah berbunga kata, menyelidiki dan menyusuri alam roh. Saya setuju sangat apa yg Tok Syeikh katakan diatas, saya hanya menerangkan kepada puan Rima duduk perkara. Mengenai “mutiara embun”adakah tuan memilikinya secara zahir atau pun alam ghaibnya ? sesetengah keturunan (Sultan & Raja ) ianya dimiliki dari datuk nenek moyang mereka turun temurun. Seperkara lagi adakah batu petir juga di gunakan dialam ghaib !!!! .
Setahu saya penggunaan limau purut dlm perubatan hanya terhad pada mandian dan golek limau ditempat yang sakit (kanser dlln) sahaja. Tuan Tok Syeikh gunakan cara mana limau-limau berkenaan ?

Tok Syeikh
Waalikumussalam AIS !!!.Mutiara Embun saya ada sebutir jer di alam nyata.Kekadang benda benda ini memang milik kita,sebab itu kita dapat. Limau Purut memang di gunakan untuk mandian sahaja dan untuk penyakit dalam,saya guna kan telor mentah untuk golek di tempat sakit…..hanya daun limau purut saja untuk masak lauk,kerana bau nya harum…he..he..he..!!!.

Ais
Salam sejahtera.
Sebenarnya saya dok mencari kitab yg Tok Syeikh nyatakan diatas dengan panjang lebar( kitab Jamiul Karamatil Awliya’), sebelum saya tanya,ulas atau respon kenalah tahu serba sedikit. Banyak kedai saya cari ianya tiada.Dimanakah ianya boleh didapati ? Senarai wali-wali tersebut memang saya dah dengar di Surau bersama Ustaz pengajian kuliah Maghrib.
Tafsiran “KERAJAAN AL WILAYAH” atau Kerajaan Para Wali ? bolehkah Tok Syeikh terangkan ? dimanakah ia ?
Dalam penggunaan limau purut atau limau nipis, kami rukyahkan dengan ayat-ayat al-quran dan limau berkenaan dibelah dua serta dilekatkan dibhg tengah telapak kaki dikedua-duanya dikiri dan kanan pesakit, pesakit mestilah berbaring.Fungsinya untuk menarik atau menyedut jin-jin (jin tahap medium), penyakit atau bisa-bisa disebabkan sihir dan sebagainya. Begitu juga telur ayam (kg), telur ayam bandar pun boleh jika tiada. Jika jin-jin yg mengacau ketahap yg kuat (High Power) baru gunakan limau purut. Sebelum rawatan, pesakit diberi segelas air yg dirukyahkan sebagaimana senarai ayat-ayat Al-Quran yg Tok Syeikh nyatakan diatas. Sahabat saya ini aktif membantu orang ramai di Semenyih Selangor. Masalah yg sering dihadapi apabila jin-jin tahap high power yg sering kembali dihantar oleh tuannya. Saya nyatakan disini untuk minta nasihat Tok Syeikh cara perubatan tersebut dijalanakan, atau sebarang penambahan serta pembetulan jika ianya tidak memenuhi aturcara perubatan Islam. Mohon maaf Tok Syeikh…..

Tok Syeikh
Walaikum musalam AIS !!!.Kerajaan Al Wilayah ini memang rahsia,…saya sendiri pun tak tau…mungkin agak agak saja..tapi tak pasti…mungkin ada atas g…….itu mungkin,saya pun tak pasti dengan tepat….kitab itu dah tak der,saya pun dah der lagi..tapi mungkin ada kat sahabat saya Ustaz Safuan.di Kuang Selangor.
Jin peringkat tinggi ini kena kurung jer, itu paling mujarab…kurung ada banyak cara..teknik telor,jagung,botol dan limau.tapi yang saya paling suka teknik telor rebus !!!.

Ais
Salam sejahtera.
Kembali lagi bersama mu Tok Syeikh.
Berbicara dengan pelbagai rasa dan lenggang lengguk tutur kata serta lagi dah banyak rahsia terbuka ilmu Allah jua yg punya…kita tiada apa-apa melainkan Allah yg berkuasa merangkumi seluruh alam. Maha Besar Allah.
Kerajaan Wilayah…….saya tak pasti ianya dig…..kerana kelihatan juga didasar…….. yg terbentang luas, selelah burung terbang untuk sampai kepermukaan!!!! dimanakah
ia ? diawang-awang nan biru juga kukuh terbilang….Allah Maha Besar !!! Subhanallah…….
Tok Syeikh, maafkan saya. Itulah yang melingkari perasaan saya dicari dan dikaji serta diselidiki kerana saya tiba-tiba diletak berdiri disitu dengan dikelilingi alam sebegini. Kalau P.Ramlee nyanyi….yg mana satu—–alam yg kelihatan berjerubuuuuuu….itulah bertanya dengan Tok Syeikh, bukan berniat tunjuk pandai dan nak tahu diri sendiri adakah diatas jalan hi-way yg betul. Kalau nak menyusuri kena hi-speed !!!!!tanpa diiringi kereta pengiring atau MP.
Sekali lagi saya mohon maaf Tok Syeikh………ilmu yg ada tak mampu menyelidiki dan nak kembali belajar ilmu tasauf dah keras lidah dari kerusi.

Ais
Salam sejahtera.
Maaf tuan Ali,
Saya ingin bertanya sedikit kepada tuan Ali, tentang ilmu-ilmu Allah, apakah beza ilmu laduni dengan ilmu ibu gayong ? kerana terdapat kewujudan ilmu-ilmu ini dari pengamatan saya dikalangan orang yg tak berapa mendalami ilmu agama. Amalan agamanya biasa sahaja tapi nampak mempunyai sesuatu yg istimewa, cahaya yg bersinar dari raut wajah serta anggota badan.

ali
salammm…
secara umum nya ilmu itu tahu atau maklum….
dapat akan ilmu bermaksud dapat maklum dari maklumat yang disampaikan…..
bagi fahaman saya, ilmu allah itu luas…
apa yang kita tahu ibarat setitik dari satu lautan ilmu…
bermaksud ada banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu…
kita dapat ilmu dari berbagai sumber….
dengan melihat kita dapat ilmu….
dengan mendengar kita dapat ilmu….
dengan membaca kita dapat ilmu…
dengan merasa kita dapat ilmu…
bagi fahaman saya….
yang dikatakan ilmu laduni itu adalah ilmu khusus yang tiada didapati secara belajar diperengkat umum…
dan tiada guru yang mengajar secara umum….
ilmu laduni ini lebih kepada ilmu petunjuk dan pedoman terus dari allah pada hamba pilihan nya yang terpilih….
sekira kira ilmu rahsia ketuhanan yang disingkapkan kepada hamba pilihan nya….
yang kita harus fikirkan…..????
bagaimana kah melayakkan diri kita sebagai calun pilihan allah……

Ais
Waalaikummussalam.
Tuan Ali, ilmu Allah amat luas dan tiada bertepi, saya ditanya mengenai ilmu-ilmu tersebut dan memang dlm pengetahuan saya perkara berkenaan tapi timbul perbedaan dlm perbezaan yg memeningkan. Nasib baik ehsan dari Tok Syeikh menjawab soalan saya, rupanya pecahan 40 juga boleh dan usahkan dua,tiga,lima atau tujuh. Guru yg baik akan tunjukan jalan hi-way yg lurus dan ingatan demi ingatan sepanjang kuliah mengenal ilmu Allah.

Ais
Waalaikummussalam tuan Ali.
Saya orang biasa sahaja tetapi mempunyai kawan sebagaimana yg saya terangkan diatas atau sebelum ini. Nak cari sesuatu menggunakan sistem gps agak merbahaya kerana perlu mempunyai sistem pertahanan diri dari serangan makhluk yg bergelar ifrit serta zikir dan wirid tertentu, sistem ini seolah olah membangunkan makhlok-makhlok tersebut walau pun mereka tidak tidur. Perlu nama penuh serta cerita latar belakang tabir peristiwa kaitan waris yg nak dicari, ianya bergantung rezeki dari Allah. Saya sendiri tak boleh buat, nak capai taraf ini bukan calang-calang orang. Walaubagaimanapun e-mailkan saya apa yg saya minta tu, saya cuba dengan kawan saya tu.

Tok Syeikh
Waalaikum musalam AIS…Ilmu Laduni adalah yang terbesar sekali dan ilmu Ibu Gayung di dalam Ilmu Laduni.Kalau yang tak beramal itu…dia dah tersesat jalan dan hanya takat tu saja ilmu nya yang ALLAH beri…iaitu Hebat untuk Dunia.Ada banyak lagi ilmu ilmu yang dalam Rangkuman Ilmu Laduni !!!.

Ais
Salam sejahtera.
Tok Syeikh, rupanya banyak pecahan ilmu laduni ini !!! saya sering berbual dengan mereka yg saya percaya mendapat ilmu ini dan saya tahu tahap mana pengajian ilmu agamanya tapi mereka ini tiada menunjuk apa-apa malah tunduk je, bercakap pun tak banyak tapi tahu banyak perkara. Beramal seperti kami sahaja. Ialah……jika Allah mengurniakannya pada orang-orang sebegini tentu ada sesuatu istimewa,umpama keturunannya dikalangan para wali atau para alim dan syuhada. Wallahualam.


Makam Panglima Lidah Hitam di Parit Sakai, Muar.



 Batu Belah yang dibelah oleh Panglima Lidah Hitam.



Pemandangan Batu Belah Dari Atas .



Ais
Salam sejahtera.
Tok Syeikh, sekali lagi saya bicara…….kaitan Gunung Ledang dan Pulau Besar. Panglima Lidah Hitam dan Panglima Hitam adalah dua orang yg berbeza, Panglima Lidah Hitam hidup di tahun 1575-1696.Manakala Panglima Hitam ialah Datuk Adi Putra atau Sayyid Thanaudin,hidup dalam tahun 1350-1510.(data dari entri xpdc – Karimon blog). Baru-baru ni saya terjumpa orang dari Muar yg menyatakan Panglima Lidah Hitam begini :-
1.Nama : Baginda Zahiruddin
2.Asal : Padang Pariaman Minangkabau,Sumatera
3.Silat : Memperkenalkan silat lintau(Bapak Seni Silat Lintau)
4.Makam : Dikebumikan di Kg Parit Sakai Jln Joned Muar.
5.Karamah : Membelah batu di Pulau Besar (Batu Belah) serta yg lain-lain lah.Sering berkawal dari gunung ledang, Pulau Besar dan terus ke Muar.
Saya bukan nak berdailog tentangnya tapi ingin tahu tentang Panglima Hitam dan dah dijawab oleh Tok Syeikh diblog tu. Cuma karamah orang mati syahid dlm mempertahankan agama sungguh luar biasa, adakah data yg saya sebut diatas benar atau ada perbezaan dengan senarai nasab yg ada pada Tok Syeikh.

ali
salamm…
maaf tok syeikh….
tumpang bertanya….
siapakah syeik saiyid yang dikaitkan dengan hubungan keramat air tawar dipulau besar….
Assalamualaikum Tuan Ais @ Tuan Ali @ Tok Syeikh,
maaf mencelah,
boleh saya tahu macamana nak tahu yang orang itu ada ilmu ladunni? Saya belum pernah jumpa lagi, cuma yang saya pernah jumpa orang ni mengaku ada ilmu ini.katanya dia tengok je dah tahu diri kita macamana.
terima kasih.

Ais
Waalaikummussalam.
Puan Zaza, kalau ikut penerangan Tok Syeikh serta tuan Ali diatas begitulah,ilmu ini datang sendiri dari Allah dan carilah jalannya untuk kita pun bisa memilikinya. Di Muar terdapat orang-orang yg mengamalkan ilmu ibu gayong ini, saya tak tahu dimana dlm daerah itu tapi dikhabarkan ada.”katanya dia tengok je dah tahu diri kita macamana”…….tengok dengan mata batin dan bicara dengan mata hati, jadi tak jumpa atau tak berhadapan dengan yg punya jiwa pun mereka boleh tahu alam persekitaran puan luar dan dalam. Saya tak tahu nak kenal mereka ni macam mana !!! Mohon maaf puan.

Ha’ah la Tuan Ais, dia orang ni kdg2 boleh tahu serba serbi tapi dugaan saya pulak selalu terjumpa dan kenal orang yang tahu banyak perkara dan pernah buat amal kebajikan yg bukan calang2 tapi di samping itu buat kerja laknat. Contohnya yang saya jumpa bru2 ini, dia tiba2 je boleh cakap kat sorang hamba Allah ni, dalam satu hari 24 jam ni selain mkan,minum,solat, apa yg awak buat? jgn ingat saya tak tahu…. Dan orang yang ditanya itu pulak, merah padam muka dia. Kemudian tu nampak dia berzikir,ucap istighfar,bila habis berzikir dia tikam no ekor pulak. Dia sebarkan yg dia ada ilmu laduni tapi yg banyak, mengikut beli nombor je. Dugaan saya pun berat juga,pernah terjumpa hamba Allah yang pernah mengislamkan 7 org kafir tapi dlm masa sama dia berzina, guru agama yang meliwat anak murid,guru sekolah yang memukau dan mcm2 lg dugaan hidup yang berat. Mungkin ad a hikmah. Saya cuba juga mengamalkan Asmaul Husna untuk mengetahui sesuatu yg terdinding dari mata sebb dah banyak sgt jumpa manusia bertopengkan syaitan. Saya ni tak ada ilmu…cuma kadang2 nak dapatkan ilmu dan maklumat tu, terpaksa ckp lepas2…sebab dari kemarahan seseorg itu kita boleh lihat true colour.

Tok Syeikh
Zaza untuk jawap soalan anda memang panjang dan makan masa !!!nak belajar kitab hikam pun makan masa bertahun !!!cari lah guru yang murshid,anda akan jumpa jawapan nya…ini bukan ilmu syariat yang bolih di pandang dengan mata kita…
Untuk AIS,betul tu Panglima Lidah Hitam nama lain nya Sayyid Ahmad Khamal atau Sayyid Zaharudin.Dan memang berasal dari Pagar Ruyung.Bapa nya ialah Panglima Daik atau Sayyid Ahmad Khamil..Panglima Perang Inderagiri juga Pagar Ruyung.Pengasas Kerajaan Jambi .Datuk nya Sayyid Ahmad Tajudin/Ahmad Salim/Ahmad Qadir atau Panglima Alang Daik HItam…..berkhawin dengan Puteri Minangkabau….Puteri Selaro Pinang Masak….Silat Lintau di ambil dari pecahan Silat Sendeng,di ubah namanya olih Tok Guru Mulok dari Gopeng Perak…anak murid Tok Mulok ini ada lah besan saya…..tapi sembunyi kan KUKU !!!.

Ais
Rupanya ada lagi pewaris ilmu-ilmu peninggalan pahlawan yg terbilang dulu kala. Itulah sifat sebenar pahlawan kita tidak menunjuk seperti resmi padi,makin berisi makin menunduk. Waktu dulu di gopeng memang banyak dibuka gelanggang pencak silat tapi saya tak tahu silat apa kerana saya tak reti bersilat.

Ais
Salam sejahtera.
Tok Syeikh, Panglima Lidah Hitam ini adakah lidahnya hitam atau gelaran beliau ??? benarkah Batu belah yg di Pulau Besar dibelah melalui lidahnya !!!siapakah syeik saiyid yang dikaitkan dengan hubungan keramat air tawar dipulau besar…. ada dikhabarkan sesetengah perguruan silat mesti berada atau menginap didaerah batu belah dan gua yunus. Saya rasa agak aneh,ramai perguruan silat sering berkunjung kesini bermalam atas sebab-sebab tertentu.

Tok Syeikh
Walaikum musalam AIS !!!.Panglima Lidah Hitam bukan lah lidah nya hitam,tapi cakap nya MASIN.Dan memang beliau yang membelah Batu Belah.Kawasan di pulau besar memang lah di kuasai olih Panglima Hitam/Sayyid Thanaudin/Sayyid Mohamad Saman.Beliau adalah orang pertama membuka Pusat Kesufian Pulau Besar.Kesemua Mubaligh dan guru di sana/pulau adalah Ulama , Guru Silat dan Tabib….batu belah dan gua yunus ialah tempat mereka bersulok…gelanggang silat pula berhampiran keramat tempayan pecah.



Gambar hiasan - Ikan Duyung.

Ais
Salam sejahtera,
Tok Syeikh,
Subhanallah…… hebat tuan, dapat melihat makhloknya duyung di Pulau Besar, zaman 70an dulu pak cik saya pergi ke pulau besar dan menceritakan perkara Duyung ni…saya ingatkan dongeng rupanya betul…..saya ingin tahu adakah duyung ni spesis jin atau makhlok jenis ikan yg sukar diperolehi ??? dinyatakan batu belah dibelah melalui jurus silat serta dihujung lidah (Panglima Lidah Hitam) apa benar begitu. Mohon maaf Tok Syeikh…….

Tok Syeikh
Walaikum musallam Ais !!!.Duyung adalah hidupan alam kita tetapi spices yang sangat sukar di temui.Kumpulan kami bernasib baik kerana dapat melihat tapi tak sempat ambil gambar.Ada 3 ekor,saya lihat pada tahun 2004 dulu,pada minggu lepas kami lihat sepasang !!!.alhamdulillah !!!.Tu lah saya ajak pergi anda tak mahu !!!.
Belahan batu itu memang dari jilatan lidah Panglima Lidah Hitam !!!.Itu memang di ceritakan olih nenek saya.Keluarga kami memang tau hal itu…apa nak di hairan kan,dengan seketul danamit …satu paun,Batu pun berkecai..he…he…he

Ais
Salam sejahtera Tok Syeikh.
Saya amat berbesar hati atas pelawaan tuan tempoh hari tapi apakan daya urusan duniawi masih membelenggu tapi tak mengapa ada rezeki lain kali saya pergi. Amat beruntung tuan menemui spesis duyung tu, ia nya sukar ditemui dan dipulau besar pun tak semua dapat melihatnya. Mengenai belahan batu tu sukar untuk menilainya dengan alam zahir dan hanya yg arif sahaja dapat menemuinya danamit tersebut.
Bauan/haruman yg sukar digambarkan turut berada dimakam Sultan Ariffin serta dimakam orang-orang yg mati syahid, saya percaya disebelah malam (jika bermalam disini) bauan ini akan lebih menusuk dihidung kita,tak gitu Tok Syeikh ???


Surau Syeikh Ismail di Pulau Besar di sebelah makam Sultan Ariffin.



Tok Syeikh
Walaikummusalam Ais !!!.Kalau kita bermalam dan berzikir di Surau Syeikh Ismail memang ada yang dapat bau,dapat barang dan dapat memacam lagi !!.Untuk ZAZA Apa lah nak di hairan kan,kalau itu kehendak Ilahi……mayat yang dah beratus tahun tak reput malah berdarah pula pun orang jumpa !!! Semua nya dalam URUSAN TUHAN KAMU !!!.

Ais
Salam sejahtera.
Tentang bauan atau haruman ni bergantung pada individu itu sendiri serta rezeki dari llahi, sebenarnya bauan dari makam para syuhada ini wangiannya tidak dapat nak dibandingkan dengan perfume jenama dari Perancis dan Italy atau Amerika. Hanya yg mengalaminya sahaja dapat menilai aroma kewangian serta keharuman ahli syurga ini. Itulah kena ikut xpdc Pulau Besar – Tok Syeikh.
Keharuman air mawar dan kasturi…….dah bab lain lah tu, kalau boleh discan lihatlah siapa yg datang, dah bab roh/sukma lah pulak……hanya yg ariff je yg mengetahui !!!
Ada wangian-wangian yg dari bab-bab lain lagi yg adakalanya menipu dan bukan senang nak memperhalusinya…….berpusing telinga dari hidung mencium baunya !!! he..he.. he..

Zaza
Assalamualaikum : Tok Syeikh @ En Ais,
Benarkah perawat yg meminta nama ibu mempunyai pendamping? Jika benar, mengapa?

Ais
Walaikummussalam.
Kalau mengikut tilekan hamba, tiada kaitan itu soalan dengan pendamping, pokoknya seseorang perawat itu sudah tentu bukan bomoh yg pakai pendampingan. kok namanya ibu tak leh kasi tau !!!. Maaf puan zaza,mungkin orang yg lebih arif leh kasi tau.

Tok Syeikh
Walaaikum musalaam !!!
Kalau sesaorang itu pakai “Bintang 12″ pun pakai nama ibu…kalau baca talkin pun pakai nama ibu !!!.Dalam Islam Nasab hidup memang nasab bapa,tapi untuk dah mati pakai nasab ibu.Jika pakai bintang 12 pun pakai nasab ibu…..tak tau lah !!!,saya cuma follow jer tak pernah bertanya !!!.

Ais
Salam sejahtera.
Tok Syeikh, “Bintang 12″ apa dimaksudkan ilmu itu, mohon pencerahan.

ali
salam….
bintang 12 tu ilmu firasad…
dapat membaca apa yang akan berlaku…
daripada petanda yang ada…

Tok Syeikh
ZAZA !!! Anda ceck dalam Buku Perubatan Islam,semua Pesakit jika mahu berubat, berbin kan IBU !!!. Bintang 12 ialah Ilmu Falak. Tulah sebab nya aku maleh nak KOMEN,KAU NI ASYIK NAK DETAIL JER ????.

Ais
Salam Sejahtera.
Tok Syeikh dan Tuan Ali.
Mohon maaf pada tuan-tuan, saya minta penjelasan tu bukan apa terdapat pencanggahan pendapat dikalangan orang-orang alim yg saya temui, dalam B12 juga ada ilmu tilekan (jodoh pasangan) dengan menyusun sesuatu (anak mancis atau batu atau butiran jagung) selain dari ilmu tunjuk arah serta masa ketika – pelangkah (digunakan pahlawan dahulu). Tak kurang juga bagi orang-orang yg berburu di hutan.
Saya lihat penyusunan ilmu-ilmu ini menggunakan tulisan jawi oleh Tok Guru Agama yg mahir, persoalannya kenapa dikatakan sesetengah orang ianya syirik tak boleh dipakai ilmu ini, sedangkan pengiraan anak bulan pun menggunakan ahli falak. Kiraan taqwim islam juga menggunakan ahli falak yg mahir. Mohon maaf jika keterangan saya ada yg tak menepati dan mohon pertunjuk.

Tok Syeikh
Waalaikum musalam Ais!!!.
Memang ilmu bintang 12,di gunakan untuk yang anda tuliskan !!.Kekadang aku pun pening juga,kerana yang menciptakan ilmu ini bukan calang calang orang.Bukan Ulama yang ada kepentingan dunia,tapi SESAT JUGA !!!.Puas juga aku tanya Guru Guru aku….dan memasing mengatakan bolih pakai asal kan kita belajar pada yang AHLI NYA…..GURU KU bukan calang calang juga….kalau takat ijazah dunia…dia PHD dalam Ilmu ISLAMIC STUDY…..ENTAH LAH…DUNIA DAH AKHIR ZAMAN !!!.

Ais
Salam sejahtera.
Tok Syeikh,
Dari pengamatan saya ilmu B12 ini banyak gunanya pada yg tahu serta masih ramai lagi dikalangan orang melayu yg menggunapakai. Berbagai fungsinya di alam melayu mahu pun dulu atau sekarang.
Saya sebenarnya mahu bertanya sedikit mengenai makam Syeikh Siti Jenar di Pulau Besar yg ditanyakan oleh sahabat saya, kalau kalau Tok Syeikh mengetahuinya. Seperkara lagi istilah “Pagaruyung” apakah maknanya dari segi adat disana. Mohon maaf pada tuan dan tuan Ali.

ali
apa ada salah tuan…
tiada apa yang nak dimaaf kan…???
ada juga aku terbaca dalam internet….
dah lupa pulak…kat mana yaaaa…???
cuma yang aku ingat….
penghuni duduk dalam sekitar kawasan dalam pagar…..
maana nya tak keluar keluar pagar…
persoalannya…..??????
tentu ada perkara yang dibuat dalam pagar tu…???
atau ada apa yang disembunyikan dalam pagar…???
kalau disembunyikan….???
mungkin barang baik……????
mungkin juga barang tak baik….???
mana tok syeikh….????????

Ais
Salam sejahtera,
Tuan Alam Tunggal kenapa jauh sangat diatas pening saya mencarinya komen tersebut……………………..
bicara kita dengan alam yg satu (Alam Tunggal).
Memang ada surahnya tuan mengenai jin ni tapi setakat baca dan belik je tak jumpa kalau tak dikaji dan diselidiki, tambah-tambah bab yg tak nampak ni. Apakah caranya membezakan keduanya, Qorim dan yg hadir disisi makam……..
dan lagi didalam rumah Allah…..
dan dikanan guru yg mursyid…..
dan ada dikalangan orang-orang yg beriman(terpilih)……
dan banyaknya manusia ditipu……
dan ramainya dikalangan kita terpedaya……..
dan banyaknya orang jauh terpesung……..
dan ramai juga menusia terlopong……..
dan dimanakah Karim yg mencari Qorim…….
Selamat berpuasa kepada semua………..

Dayana
Assalammualaikum Tok Sheikh dan semua chatez. Selamat menjalani ibadah puasa. Terima kasih Tok Sheikh dan Zaza kerana masih mengingati saya. Saya menghilang bukan krn merajuk zaza tapi saya dah pun jumpa apa yg saya cari selama ini. Bersyukur pd ALLAH kerana memakbulkan doa saya. Terima kasih yg tidak terhingga kpd Tok Sheikh kerana kerjasamanya membantu saya mencari sebahagian dari diri saya yg hilang. Alhamdulillah, sedaif daif mcm saya pun masìh diterima menerima rawatan ditempat khas utk’ keluarga sahaja’ spt yg disebut zaza, saya org yang tak punya ilmu tak layak saya berdebat pasal ilmu dengan org yg tinggi ilmunya sampai kelangit , kalaupun ada untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Saya umpama budak baru belajar nak baca kitab dan belajar nak berguru. Nak sahut cabaran Tok Sheikh untuk promosikan datuk nenek moyang pun saya tak layak, takut pula mengaibkan mereka dgn kejahilan saya maklumlah mereka semua ahli2 sufi. Saya rasa x layak pun duduk dalam nasab mereka. Apapun kenyataan Tok sheikh berulang kali tntang kawen sesama kerabat itu baru ini saya faham. Insyaallah saya akan ingatkan kepada anak cucu sy nanti. Tujuan saya menjejak salasila keluarga bukan tujuan utk promosi diri atau nak jual buku tetapi untuk mengenal diri. Sesudah memgenal diri ini insyaallah lebih mudah bagi saya mengenal Allah. Hari semakin dekat tak tahu bila masa kita dijemput pulang menemui yg HAQ takut sebelum pulang tak sempat merasai kasih sayang ALLAH SWT. Takut pulang dgn tangan kosong tak sempat nak bawa bekal. wassallam.

ali
datang dulu kosong….
balik mahu lah kosong juga…

Ais
Salam sejahtera,
Puan Dayana.
Duduk kami disini pun sama mencari info mengenal diri…….
Dah lama berdiri……….
Dah jenuh berlari……..
Dah lenguh berdiskusi…….
Dah mencari diri berdiri……..
Dah sampai tapi belum ketepi……
Dah ketemu tapi belum bertemu…….
Tiada siapa yg sempuna kecuali yg Maha Esa.

akmar
Salam..
rasa macam lawak je bila tgk org bergaduh mengenai nasab. masing2 ingin menunjukkan kehebatan nasab masing2.. agak2nya kalau nasab tu dari keturunan lanun atau penjahat2 adakah masih berbangga untuk menceritakan kepada umum??
pada saya tak perlulah nak dipersoalkan siapakah nasab kita coz diakhirat kelak bukanlah disoal tentang salur galur keturunan.
dan kalau nak berguru pun carilah guru yang benar2 diyakini dan tidak melanggar hukum syarak. zaman sekarang macam2 boleh berlaku. ada yang menggunakan nama Allah untuk menyebarkan ajaran kurafat.
kita ni pulak jenis senang mengikut. sedangkan Nabi Muhammad sudah berpesan sebelum akhir hayatnya, berpegang pada al-quran dan sunnahnya. tak ada pulak Nabi suruh menuntut ilmu kebatinan.
Darussyifa sendiri pun dah pesan jangan melibatkan diri dengan Ilmu Tariqat atau kebatinan yang ada keraguan terhadapnya seperti Ahmadiah, Martabat-7, Qadiani dan seumpamanya, kalau dah sertai hendaklah ditinggalkan dengan segera.
Kalau nak belajar gak cari lah guru yang bertauliah dan diyakini yek.
wasalam…

Tok Syeikh
Walaikummusalam Akmar !!!.Anda pernah belajar Tarikat ker???.Atau dengar 2 jer !!!.kalau belum belajar,pergi belajar dulu !!!.Anda tau ker anda Keturunan Siapa !!!,kalau tak tau,cari dulu….Anda tau ker SIAPA YANG PANGGIL …LANUN ???,Kalau tak tau…cari dulu,siapakah yang yang memanggil Lanun….Anda jangan ikut ikut jer….semua nya kena belajar !!!.

Tok Syeikh
Kalau takat itu jer nasihat anda Akmar…anda juga kena belajar…kerana anda tak kenal Tariqat,Ilmu kebatinan,martabat 7 dan khurafat……cuba terang kan satu persatu bab yang anda tuliskan….barulah orang lain faham.
Anda mencamporkan yang HAK dan YANG BATIL…..Macamana tu….adakah susu dan tahi,bolih bercampor ?????

Ais
Salam sejahtera tuan Akmar yang budiman.
Untuk pengetahuan tuan,saya ni baru belajar merangkak dalam bab kalam Allah ni berbanding dengan tuan, dan setahu saya rukun iman sebahagian besarnya bab mempercayai alam ghaib, bab tak nampak dengan mata zahir kita ni.Bagaimana kalau tak belajar dengan guru yg mursyid nak tahu perkara itu. Bukankah kita dituntut mengetahui dan mempercayai perkara-perkara tersebut, sedangkan ayat tuan :-
” kita ni pulak jenis senang mengikut. sedangkan Nabi Muhammad sudah berpesan sebelum akhir hayatnya, berpegang pada al-quran dan sunnahnya. tak ada pulak Nabi suruh menuntut ilmu kebatinan “.
Saya rasa terkeliru lagi, sedangkan dalam Al-quran pun banyak diterangkan bab alam ghaib ni. Cubalah tuan terangkan maksud yg tersirat dan tersurat kerana tuan kelihatan hebat dalam bab ini.

Tok Syeikh
Asalammualaikum Semua !!!.
Sebenar nya apa yang di tulis di Blog Internet.bukan lah belajar.Bagi saya hanya penerangan sahaja. Untuk belajar kita mestilah BETUL BETUL menghadap guru.Setelah mendapat Baiah dari guru barulah ilmu menjadi Berakah.Kebanyakan dari anda ,mengambil jalan singkat,terus mengamal kan apa yang di tulis didalam blog.Ini yang yang salah nya dari pendekatan ilmu islam.Ilmu Islam dan ilmu Secular sangat lah berbeza !!!Ilmu sekular tidak membawa ke akhirat,tetapi ilmu islam membawa kita ke akhirat.
Sebahgian dari anda,terlalu memandang serong kepada Ustaz yang mengajar.Saya tidak nafi kan ada juga ustaz yang hipokrit,tapi tidak semua.Masih banyak lagi GURU SECULAR yang terok perangai nya.Sebab itu jika nak cari ilmu Akhirat,cari lah guru yang Murshid dan Warak…kena tenguk PERANGAI DAN AMALAN GURU ITU.
Jangan sesekali ambil apa yang di tulis tanpa bertanya mana nas nya.Nas bukan sahaja Al Quran,Al Hadith…tapi Qias dan pendapat ulama muktabar juga di ambil kira.
Jangan lah kita Terlalu pandai,mengharam kan rokok…tapi kilang Rokok..HALAL.Kita sibok dengan Haram Arak…tetapi kilang arak dah berpuloh tahun depan mata kita ???.
Kita terlalu sibuk dengan pertikaian kecil sesama islam tetapi orang kafir siang malam,pagi petang mencari jalan untuk memusnah kan islam.Kita mencari Nasab,bukan untuk KEBANGGAAN,tetapi untuk mengenang dakwah datuk nenek kita dalam usaha mengembang kan islam.Susah senang,jerih perih mereka,malah sanggup membuang Darjat Keturunan…untuk apa ????.UNTUK ISLAM BIB !!!!.Jadi fikir fikir kan dalam hati yang dingin !!!.

ali
bermuzakarah dalam internet….
bermuzakarah dengan bertemu mata…
ada banyak beza nya…
sememang nya ilmu itu sampai menyampaikan dengan lisan dan dengar sendiri serta dengan pengakuan janji dan syarat….
baharulah amal menjadi berkat…
araf
salam, saya nak tnya sesuatu. bolehkah sesiapa berkongsi mengenai kesaktian yang ada pada puteri gunung ledang?

Ais
Salam sejahtera,
Tuan Araf,
Dapatkah anugerah dikongsi bersama ? kalau ada hamba pun teringin nak ke Gunung Ledang mengikuti xpdc Tok Syeikh saban tahun dengan membawa tongkat (tongkat tuan Ali ) kerana dikhabarkan perjalanan disana bertingkat tingkat dan disana kena beramal mengikut tarikat, masakan tidak Raden Fatah boleh membelah batu gunakan kabus dan kalbu, bercakap bahasa dulu menyampaikan pesan menggunakan batu kepada anak cucu untuk contoh mengisi diri dalam kabus dan debu.
Masih adakah hajat berkongsi darjat bersama Puteri Gunung Ledang bagi kita yang hidup dizaman serba maju dan serba pintas ini. Mahukah nenda Tok Syeikh ini melayan kita dengan hidup dizaman ini sukar mencari kesucian diri, kebersihan rohani lantaran makan minum kita entah dimana subahah berlori lori. Maafkan hamba melalut pulak berbicara hari ini………………………..

 

Ais berkata

Salam sejahtera,
Saya bertanya sedikit kaitan (bab gelombang perpaduan-Alam Tunggal), bagaimana seorang perempuan mengandong setelah cukup bulan dibidankan oleh orang alam ghaib dan anaknya dibawa kealam mereka, sedangkan pemeriksaan bulanan sebagaimana biasa perempuan mengandong dijalankan di Hospital dan melalui scan (hospital) anak berkenaan cukup sifat sebagaimana manusia biasa dan lahir pada masa 9bulan 10 hari. Soalnya disini bagaimana anak didunia zahir dibawa ke dunia ghaib atau ada istilah yg lain. Ibu bersalin normal seperti perempuan lain tapi diuruskan oleh orang alam ghaib dan menurut mereka si ibu tak boleh membela anak tersebut serta terpaksa dibawa ke dunia mereka. adakah si ibu mengandungkan zuriat mereka ?.

 

Tok Syeikh 

Asalammulaikum Semua !!!.
BUSUNG BUATAN ORANG.
Pada 2 tahun yang lepas iaitu tahun 2008,bulan November.Satu petang di bulan itu,Pusat Rawatan Islam 7 Puteri di datangi 3 wanita…iaitu kakak sulong,kakak tengah dan adek bungsu.Mereka semua berasal di sebuah kampung di Melaka.Masaalah mereka Adek Bungso mereka kena sihir busong.Seperti biasa Isteri saya buat Teknik Scanning.Kesepuloh jari tangan nya..’kosong’….kosong bermaksud …tiada Jin atau syaitan di dalam pesakit.Bagitu juga ke sepuloh jari kaki nya,juga kosong !!!.Waaaah gawat ni !!!!.Saya cukup susah hati,jika scnning pesakit,kita dapati kosong…tetapi pesakit sakit !!!.
Saya pun membuat Teknik Mata Makrifat…Teknik Mata Makrifat dan Mata Batin…pada asas nya sama,tapi berbeza pada pelaksanaan nya.Teknik Mata Batin bolih melihat dan merawat.Teknik Mata Makrifat hanya untuk mengesan penyakit !!!.Dalam masa saya membuat Teknik ini,saya lihat ada bayi dalam perut pesakit !!!.Adooos gawat ni,pesakit mengandung !!!.SMS di terima dari nenek saya,mengatakan….memang pesakit mengandungi…Wah macamana nak ku,buat ni ???.Saya pun menyudahkan Teknik itu dan menyuroh Isteri saya “merasa” perut pesakit itu.Isteri saya memandang saya…pandangan ada makna !!!.
Saya pun memberi air Ruqyah dan menyuroh pesakit datang esok kerana ada peralatan yang tidak di bawa !!!.Setelah mereka balik,saya berbincang dengan isteri saya,Sememang nya begitu,selepas sesi rawatan dan pesakit pulang,saya akan berbincang dengan isteri saya darihal penyakit pesakit.Isteri saya beritahu saya dalam perut pesakit ada bayi.Saya juga mengiyakan !!!!Wah ni gawat ni,aip orang bib !!!.Kami akan rahsia kan dan akan membuat temuramah !!!.
Hari kedua.Saya dan isteri saya membuat temuramah….jauh sedikit dari keluarga nya !!!.
Saya ;Tina…kau mengandung ker ???Dah pergi hospital ceck ker !!!.
Tina ;Pak Syeikh Saya bersumpah saya tidak mengandung dan saya dah buat ceck di hospital dan negetif.Saya malu juga,jika saya mengandung kerana saya Ibu Tunggal !!!
Saya ;Kamu kerja di mana ???Dan kalau mengikut ilmu dan pengalaman saya kamu ini mengandung, tapi tak apa lah kita tenguk dan lihat !!!!.
Tina ;Saya pula rasa,saya tak mengandung !!!.
Setelah habid temuramah,saya berita kan keluarga nya..pesakit ini akan melahir anak seperti biasa.Dalam pada itu saya berikan sedikit “tip”,Saya kata kan jika sesaorang manusia itu bersetuboh dengan Jin…si perempuan manusia juga mengandung.
Setelah itu saya mandi kan juga pesakit seperti biasa dan membuat air Ruqyah…nasib baik lah Air Ruqyah 7 Puteri tidak di buat lagi masa itu,jika tidak…pesakit yang mengandung minum…akan keguguran !!!.Setelah 2 bulan dari tarikh itu,satu panggilan talipon saya sambut !!!.Orang yang membawa “Pesakit” itu menalipon saya dan mengatakan Tina sudah bersalin kan anak perempuan dan Normal !!!.Saya ketawa dan apa nak buat lagi !!,segala scanning isteri saya dan Teknik Makrifat saya ternyata benar.Pesakit ini bekerja di sebuah kawasan Industri di Melaka.Kawasan itu penuh dengan Pekerja dari Myanmar,Bangla Desh dan Vietnam.Si Tina itu pula adalah Janda Muda….Apo nak di kato !!!.Mungkin sebab malu kerana dah “Termengandung”….mereka mencari Perubatan Tradisional,untuk merawat !!!.Pada hal nya….Takut kita hendak lah terlebih pada Allah swt,dari malu kita kepada manusia !!!.Sebenar nya Saya sebagai Perawat/Tabib juga ada Prinsip dalam Perubatan.Benda yang di larang Islam nak suroh aku buat…laaa malam sikit lah bib !!!.Sebab tu lah Bab Tarik Duit,menggugurkan kandungan perempuan,memuja Jin dan lain kerja syirik serta salah dalam Islam nak suruh aku buat !!!….malam lah sikit bib !!!.Nauzubillah hi minal zalik !!!.

Tok Syeikh berkata

Walaalaikummusalam Ais !!!.Wah anda dah lari ke Blog ini.Jawapan nya begini.Ada 2 cara mengandung nya.
Pertama…memang anak Jin.
Dan ke 2..Sengaja Jin itu nak melari kan anak manusia kerana ada perjanjian yang di tuntut nya.
Pada Kes yang pertama…Pada kebiasaan nya anak dari benih Jin Lelaki akan lahir pada 3 atau 4 bulan.Biasa nya mereka akan lahir pada masa itu.Kes ini banyak saya dapati,dan ada banyak pesakit yang datang.
Pada Kes Ke 2…Jin akan menuntut jika ada perjanjian antara datuk,nenek,bapa atau ibu bayi itu.Mereka akan membawa ke Alam mereka.Pada kes ini ada sukar sedikit kerana Jin ikut perjanjian.Jika dapat pun bayi itu…dia tidak hidup.Saya pernah berjumpa seorang wanita di Pulau Besar yang menunggu anak nya keluar ke Alam kita.Beliau sudah menunggu selama 11 tahun…Wallah hu samada dia dapat anak nya kembali,saya tak tau !!!.Kalau saya berjumpa beliau pada Depavale ini,saya akan tulis dalam blog…apakah kesudahan nya !!!.
Kes yang pertama memang bolih saya ubati dan banyak yang semboh !!!.Kes yang ke 2, sangat rumit dan saya pun belum temui lagi…hanya guru saya sahaja beritahu saya,kerana beliau ada mengubati pesakit…tetapi bayi nya meninggal !!!.

 

Ais

Salam sejahtera,
Tok Syeikh, saya dah lama disini dengan gunakan nama eye serta sering keblog Karimon ini melihat berbagai khazanah alam dan coretan Tok Syeikh sendiri dan juga kelaman PakCiklioo.Saya lebih banyak membaca topik-topik yang diutarakan oleh orang yang ariff babnya disini dan jarang memberi komen kerana tak pandai.
Mengenai mangandong didunia nyata dan beranak didunia lain,sepupu saya yang kena kes begini dan ini baru kali pertama saya dengar dari Tok Syeikh kes berkenaan boleh diubati. Pada keadaan ini adakah ianya perjanjian (saka) oleh peringkat yang terdahulu dan melibatkan anak cucu yang terkemudian. Peringkat moyang dulu kes begini juga terjadi (dua anak ghaib) dan tak mampu berbuat apa-apa serta zaman sekarang tak terfikir pula kes ini akan berulang pada zuriat yang terkini.

 

Tok Syeikh 

Quantcast
Waalaikum musalam Ais !!!.Kes begitu memang bolih di ubati,Insyaallah ada harapan !!.Memang kadang kala,kita manusia ada membuat kesilapan nya.Perjanjian dengan Jin di buat setelah sesatu benda itu kita dapat.!!!.Contoh !!!…Kita dah dapat hadiah dari mereka,misal nya ilmu kecantikan…setelah itu barulah perjanjian di buat…jadi dalam perkara ini,kita akan rasa tertipu ???.Kalau anda lihat cerita Badang lakunan Wahid Satay,mungkin anda faham !!!.Setelah Badang kuat,barulah Jin itu menuntut janji !!!.Perjanjian itu memang lah kita tak tau dan memakan masa ratusan tahun yang lalu….Insyaallah bolih di ubati…tapi anak yang telah di ambil itu….jika hidup…kita doakan di bawah perlindungan Allah swt.

 

 Tok Syeikh 

Walaikum musalam Sahabat !!!.Saya tak komen apa,jika siapa faham Pecahan Alam ini dia faham lah !!!
PEMBAHAGIAN ALAM
1.Alam Amar Alam Di atas Arasy
2.Alam Arwah Alam Para ROH
3.Alam Bahut Alam Sifat sifat ALLAH…ALAM KETUHANAN
4.Alam Hahut Alam Zat ALLAH…ALAM KETUHANAN
5.Alam Jabarut Alam Para Roh
6.Alam Kabir Alam Makro kosmos
7.Alam Khalaq Alam di Bawah Arasy
8.Alam Lahut Alam Bayangan Sifat ALLAH
9.ALAM malakut Alam Para Malaikat
10.Alam Sgaghir Alam Mikro kosmos
Bila kita faham bab alam alam ini kita akan faham dari mana mereka datang !!!.Sebememang nya BAB RAHSIA ALLAH SWT,adalah RAHSIA,dan sangat sukar di bukti kan.Sesiapa pun bolih bercakap…kerana kata guru saya !!yang paling senang sekali dalam dunia ini ialah bercakap!!!tetapi untuk mencari nya perlu ada pengorbanan masa,wang,kasih sayang,kejian,cacian,fitnah dan macam macam lagi !!!.Untuk mencari INTAN DI PADANG PASIR YANG LUAS
SANGAT LAH SUKAR.Dalam diri kita sendiri pun tak habis kita nak hurai kan..bagaimana pula kita nak cari yang lain.Sebab itulah saya tidak suka nak kata itu salah,dan ini sesat kerana kita tidak tau….kecuali lah TERANG TERANG BUAT SYIRIK.Kita yang tak faham ni, kita kata lah BUNIAN itu dari JIN,tetapi sebenar nya LAIN RUPANYA !!!….kerana mereka ada alam sendiri…wallah hu waklam….ilmuku hanya lah se titik kuku hitam pun tak sampai !!!.

 

Eye(ais) 

Asalamualaikum.
Sesungguhnya walaupun kita beribadat seribu tahun xkan mampu untuk membayar nikmat sebiji mata yg Allah bagi..kita masuk syurga bukan kerana banyaknya amalan yg kita lakukan tetapi kerana rahmat dari Allah…somoga kita dirahmati Allah jua……(amat indah sekali ingatan ini untuk kita semua tuan Pancabaiduri).
Saya bicara lagi mengenai penyakit untuk menghurai misteri dan penawarnya dikalangan yg ariff tentangnya. Penyakit ini hanya ada dikalangan bangsa orang yg bernama “melayu” bangsa-bangsa lain setahu saya tidak menghadapinya. Penyakit ini tiada ubat dirawatan moden dan hospital serta tak kira tua atau muda untuk penghidapnya. Penyakit “Latah”.

 

Tok Syeikh 

Walalaikum musalam Eye !!!.Siapa kata ‘latah’,orang Melayu sahaja…saya pernah jumpa India dan Cina latah.Orang Putih,belum jumpa lagi.Rawatan nya ada tapi saya tak pandai,ada seorang Pengamal Perubatan Tradisional di GEMENCHEH,N.S..tau mengubat nya.Dan telah di bukti kan,ada pesakiy semboh.Seorang pesakit saya ,”latah”,..umur baru 24 tahun,lelaki,belum kawin !!!disebab kan takut orang mengusik nya semasa bersanding,beliau mencari Tukang Ubat untuk mengubat latah itu.Datang pada saya,tapi saya tak bolih ubat kan…dalam pada itu,saya dengar ada Tukang Ubat di Gemencheh yang pandai ubat kan penyakit latah !!!.Beliau pergi dan Alhamdullilah…SEMBOH !!!.Dan beliau baru berkahwin pada 01 mei yang lepas…dan latah nya pulih sepenoh nya !!!.Penyakit latah bukan mennyerang orang Melayu sahaja tapi menyerang orang Cina dan India…Melayu itu maksud saya..Kepulauan Melayu..
Mak Syeikh - Raden Normala Al-Idrus
Tok Syeikh
Quantcast
Asalammualaikum Semua !!!.
ILMU CULA BUAYA atau ILMU SAKA CULA BUAYA.
Pada tahun 2003, Perubatan Islam 7 Puteri di datangi olih seorang wanita.Wanita ini berasal dari Melaka.Beliau berkhawin dengan seorang lelaki berketurunan India Muslim.Wanita ini ,cantik orang nya.Kulit nya putih dan berhidung mancung,berketurunan Malbari.Masaalah nya ialah,bila nak tidor sahaja ada bayangan hitam yang menindih nya.Dan beliau memang tidak lena tidor kerana ketakutan.
Seperti biasa, isteri saya Raden Syarifah Normala membuat Teknik Scanning.Pada jari pertama pesakit sudah meraung kesakitan.Saya mula membuka “mata batin”,merenung jauh ke sanubari dan mencari punca masaalah.Pada masa itu saya melihat,seekor buaya melekap di tuboh seorang lelaki.Saya merenong lagi,kenapa kah buaya ini seolah olah satu badan dengan lelaki ini.Dan saya dapat lihat,buaya ini menjilat alat kelamin lelaki itu.Dan baru lah saya tahu,lelaki ini memang memakai Ilmu Cula Buaya.Saya pun buka mata,dan melihat,wanita sudah habis Scanning dan saya akan memandi kan Pesakit.Dalam Perubatan Kami ( 7 Puteri),Scanning (mengesan penyakit) adalah “Wajib” dan selepas scanning, saya akan memandi kan Pesakit.Lepas mandi jika perlu saya akan kunci kan dengan Teknik Kunci Lam Alif atau Teknik Kunci Lam Jalal lah.Ini bergantung kepada penyakit pesakit,samada teruk atau tidak.
Setelah Pesakit di mandikan, saya bertanya kepada beliau,bagaimana kah rupa Bapa dan suami nya.Beliau cerita kan rupa bapa nya dan suami nya teta[i tidak sama dengan lelaki yang saya lihat semasa saya membuat Teknik Mata Batin tadi.Saya tanyakan ,adakah beliau kenal lelaki yang seperti saya lihat tadi !!!.Dengan pantas beliau kata,Itu Bapa Mentua nya !!!.Saya kata kan bapa mentua nya memakai Ilmu Cula Buaya, satu dari Ilmu Hitam yang konon nya Nak Menguat kan Nafsu Lelaki !!!.Beliau berkata,Bapa Mentua nya,ada 2 isteri dan semasa baru berkhawin dahulu,beliau tinggal serumah dengan Bapa Mentua nya.Beliau banyak kali lihat, mak mentua nya bila lepas keluar dari bilik akan nampak macam lepas menangis.Bagitu juga dengan Ibu Mentua Tiri nya…juga menangis jika lepas …Huk hak huk dengan Bapa Mentua nya.Bapa mentua beliau memang kuat Nafsu Sek nya,tak kira malam atau siang !!!.Saya tanya lagi kenapa beliau berpindah ke rumah lain, dengan perlahan beliau berkata…Bapa Mentua nya nya pernah mahu “mencuba ” kat beliau. Beliau sempat lari semasa,beliau sedang membasuh kain dan mandi di dalam bilik air !!!.Beliau bernasib baik pada masa itu,beliau masih memakai seluar dalam,…kalau tidak…memang dah kena,kata beliau !!!.Bapa mentua nya tidak dapat membuka Seluar Dalam beliau….Syukur kepada Allah swt,kata nya…sambil menangis kesedehan !!!.Saya tanya kan kenapa tidak mengadu kepada Mak Mentua nya dan Suami nya.Masaalah nya, Mak Mentua beliau,..tau suami nya kuat nafsu, tetapi tak bolih buat apa apa !!!, antara sebab mak mentua nya benar kan suami nya kawin lagi ialah Mak Mentua nya Tidak Tahan, Bapa Mentua nya….asyik hendak jer, tidak kira pagi,tengahari,petang atau malam….satu hari, sekurang kurang nya 5 trip, mesti kena !!!, Mak Mentua nya tak larat….dah berumor bib !!!.Jadi di benar kan suami nya Tambah Satu Lagi….Isteri kedua pun tak larat !!!!…
Suami wanita ini tidak percaya yang bapa nya cuba nak perkosa isteri nya !!!.Bapa nya seorang yang baik dan penyayang kepada anak anak.Cuma garang kepada isterinya jika TAK DAPAT !!!,Jika dapat…dia seorang yang baik dan bagus !!!..heeee…heeee…heee…..Kata saya,memang lah,Suami nya Tak Akan Percaya !!!.
Saya kata kan bolih ker beliau pergi ke rumah Bapa Mentua nya !!.Beliau kata bolih, sekarang Bapa Mentua nya tak kuat berjalan…tapi ( bab mengena ) dengan Isteri nya, tak pernah kurang !!!.
Saya kata saya memerlu kan beliau memasukan satu barang dalam makanan Bapa Mentua nya !!!.Beliau kata …bolih !!!.Barang itu ialah campuran Air Nipah,Pucok Nipah,akar Nipah dan Daun Nipah !!!.Sebelum di beri makan,saya Rukyah kan Ayat Pembunoh Syaitan. Menurut Guru Saya,Jika Orang Memakai Ilmu Cula Buaya ini memakan Ramuan yang saya berikan itu,dalam tempoh 3 bulan..Pemakai Ilmu ini akan sakit Teruk atau jika Pendek Umor….bolih pergi ke batu dua !!!.Wanita ini dapat memberi kan Bapa Mentua nya makan Ramuan Yang saya buat itu.Pada keesokan hari nya,Bapa Mentua nya meraung kesakitan…berdengus dengus..macam buaya,bunyi nya dan mulut nya terbuka tertutup macam buaya !!!.Orang nya dah Tua Bib !!! dah hampir 80 tahun !!!.Beliau tenguk bapa Mentua nya, semasa doktor merawat dan menyuntik bapa mentua nya !!!.Doktor cuma kata,bapa mentua nya…kena serangan jantung !!!.
Malam ke 7, semasa saya berwirid dan membuka “mata batin”, saya nampak Buaya itu telah hampir hancur, terutama nya pada bahagian bawah iaitu Cula nya, hampir putus !!!.Keesokan hari nya saya talipon perempuan itu,datang kerumah saya dan cerita kan apa yang saya lihat !!.Sambil mengusik nya…Hai kau tak sayang ker, kat bapa mentua kau !!!.Kata nya bersahaja !!!..Alaaa Pak Syeikh, orang macam tu, lagi baik mati !!!.Kata nya lagi !!!.Dia ada 2 adek ipar perempuan, dia tanya saya, adakah Bapa Mentua nya …memakai anak nya !!!.Jawapan saya…saya tidak tau !!!.Sebenar nya saya tau, kedua beradek ( anak ibu mentua tiri ), itu di “pakai” olih bapa mereka…Haruan Makan Anak !!!.Saya rahsia kan ,cuma saya beritahu Isteri saya sahaja !!!.Isteri saya juga tau !!!.Ada bab yang kami kena Rahsia kan dan ada bab yang bolih di cerita kan !!!..Ini bab Maruah sesaorang !!!.
Tidak sampai 3 bulan, satu panggilan saya terima dari wanita ini pada pukul 3 pagi, mengata kan Bapa Mentua nya telah Meninggal Dunia !!!.Katanya !!! Pak Syeikh…Alhamdullilah,bapa mentua saya telah meninggal dunia !!!!,Selamat lah aku kata nya !!!.Kata saya,Petang besok kau datang rumah saya !!!.Kata nya …Okey !!!. Setelah beliau datang kata saya…Kata saya..Kau belum selamat lagi !!!, suami kau adalah anak bapa mentua kau, Saka ini bolih datang kepada suami kau !!!.Alamak kata nya,Saya tak mahu lah Pak Syeikh !!!.Kata saya…Jangan takut,Insyaalah ada jalan keluar nya !!!.Saya pun berikan ramuan Air Nipah untuk di beri minum olih suami nya dan anak lelaki nya !!!.
Sampai sekarang,masaalah beliau selesai dan sampai sekarang juga …saya terputus hubungan dengan beliau !!!!.Saya pun tak tau kenapa !!!, mungkin masaalah nya sudah selesai…Alhamdulillah
!!!!.
Nasihat saya JANGAN KITA AMBIL SYAITAN MENJADI PENOLONG KITA !!!.Jangan sekali kali percaya pada KHADAM atau PENDAMPING !!!.Jangan BERJANJI DENGAN SYAITAN,BILA MEREKA MEMBERI KITA SEDIKIT HARTA !!!!.Kalau tak dapat kita, isteri,anak,cucu dan keturuanan kita di kerja kan nya.Jin Saka hidup lama bib….sekurang kurang umor nya 1000 tahun atau lebih…bermakna anak anak anda,cucu cicit anda TIDAK SELAMAT !!!.Kebiasaan nya 7 keturunan anda dalam “target” mereka !!!.Andaian kita, Manusia hidup 100 tahun (lebih kurang )…7 keturunan 700 tahun. Jin Saka hidup 1000 tahun, sekali hidup…mereka bolih bermohon kepada Allah swt, 1 kali lagi Untuk Muda Semula….jadi mereka bolih berumor setua 1800 tahun atau 2000 tahun !!!.Kecuali lah kita membunoh atau membakar mereka dengan Ayat Ayat Allah SWT !!!.Ayat Allah ialah MUKJIZAT yang Allah Pinjam kan kepada Umat Mohamad saw hingga ke Hari Kiamat !!! Iaitu lah Ayat Al Quran .Memang betul Ada Al Hafiz yang berubat kerana,membaca Al Quran, Syaitan tak lari.Saya juga pernah berubat kan Seorang Ustaz,saya tanya kan Apakah Ayat Kunci,Ayat Rukyah,Ayat Panggil,Ayat Pagar diri dan Ayat Pembunoh…jawapan nya Beliau tidak tau !!!.Beliau hanya tahu membaca untuk Ibadah sahaja !!!.Memang betul, Ayat Al Quran di baca dan kita dapat pahala !!!.Tetapi untuk Perubatan, baca saja belum memadai !!!!.Baca di lidah, hati kena bergantung pada Allah swt,minta juga pada Allah,…baru lah melahir kan Satu Maunah yang bolih Membakar Jin Yang Derhaka !!!.Siapa kata Ayat Allah tidak bolih membakar HANGUS Jin….ada kah mereka sudah melihat nya ????.Jika belum ,cari lah Ilmu Itu, jangan sekali kali cerita dan menidakan Mujizat Al Quran !!!!.Apa guna nya Al Quran di turun kan Jika ianya tidak bolih MEMBUNOH dan MEMBAKAR HANGUS SYAITAN !!!!.

Tok Syeikh



Quantcast
Asallammualaikum Semua !!!
ISTERI DARA…3 TAHUN.
Pada tahun 1996,semasa saya masih ‘PELAJAR’lagi semasa menuntut dengan Tok Guru saya Tabib Muhamad Nabun,PD.Kes ini dapat kami temui.Sepasang suami isteri yang masih muda,dalam lingkungan 20 an dan baru berkawin 3 tahun.Masaalah nya, isteri nya “dara” lagi.Pada cerita nya, beliau tidak bolih “bersama”, baru letak kat pintu dan macam jelly…macamana nak roboh kan “Kota Melaka”,kota yang di buat dari lumpor,pun kecundang…ini kan pula kota yang di buat dari “Batu”.Pasangan ini hampir bercerai kerana isteri nya kata…”tak der apa apa”.Badan lelaki,smart dan tampan…semua sihat !!!.Lelaki ini mengadu hal nak bercerai ini kepada bapa mentua nya !!!.Bapa mentua beliau “sporting”…macam aku !!!.Bapa mentua nya,tanya..kenapa nak bercerai.Lelaki ini kata…Sebab Tak Bolih nak Roboh kan Kota Melaka.Bapa mentua nya kata…Laaa apasal tak cerita kan awal awal lagi,mungkin menantu nya terkena sihir !!!.Bapa Mentua nya memang kenal dengan Guru saya dan juga saya.Mereka semua nya dari kampong asal Isteri saya..Tangga Batu.Bapa mentua nya membawa manantu dan anak nya kerumah Guru saya.
Saya masa itu menjadi Pembantu kanan dan penuntut.Segala masaalah,aku lah yang tukang tanya !!!.Setelah semua pertanyaan di kemuka kan,saya pun memberitahu Guru saya.Pesakit di scanning olih Guru saya !!!.Pada jari pertama…Raungan nya bergema,dan sahinggalah samapai jari kesepuloh !!!…semua nya sakit.Bagitu juga pada jari kaki,semua sakit !!!.Nasib baik Pesakit tidak kerasukan…kalau kerasukan,kerja rumit sikit !!!.Pesakit kena sihir…dalam bahasa Perubatan Tradisional di panggil Sihir Jerut !!!.
Setelah di rawat selama 3 hari,guru saya membuat pemeriksaan Urat Saraf dan di dapati Normal dan baik !!!.Guru ku ini memang suka mengusik !!!.Kata nya…Waah malam ini jadi pengantin baru lah !!!.Kata beliau !!,Ok lah tu Tok…saya belum pernah dapat macam Pengantin Baru !!!.Masaalah Sihir ini banyak kepada Si Lelaki,Yang Perempua,tiada sihir !!!.Normal,semua ok !!!.Guru saya beritahu…Selepas 7 hari,kau datang balik,Atuk nak ceck balik !!!.Kata si Lelaki itu…Baik lah Tok !!!.
Selepas 7 hari,Beliau dan Isteri nya datang ke rumah Guru saya.Saya lah yang pertama mengusik !!.Kata saya..Apa macam Ok tak !!!.Kata nya..Sangat Baik dan Kota Melaka dah roboh !!!.Isteri nya .. Senyum Senyum malu !!!.Kata saya..Apa nak di amlukan,benda itu adalah perkara biasa bagi orang yang dah kawin !!!.Setelah di scanning olih guru saya,beliau berdua di usik lagi .Kata Guru saya !!!..Waaah patut lah senyum sampai kat telinga…dah Ok dah ni …Alhamdulillah buat kenduri kesyukuran !!!.Pada pandangan Datuk,isteri kau terus mengandung ni !!!.Jawab Si Lelaki !!!Alhamdulillah Tuk,saya memang tunggu tu !!!.
3 tahun selepas itu,seorang macam aku nak kenal,memberi salam kan aku,tapi aku tak berapa ingat…ada anak di dukung nya,isteri nya mengandung…ada satu anak di pengangan isteri nya.Beliau kata kat saya!!..Abang tak kenal kat saya ???, kata saya Tak ingat !!.Lepas itu dengan perlahan dia kata..isteri nya dara 3 tahun !!!Baru saya ingat dan terus ketawa !!!OH ingat ingat…wah anak kau ni,sangat produktiviti !!!.Yaa bang,anak saya…satahun seorang,nak masuk 3 orang ni !!!!.Kata saya..Alhamdullilah,Syukur,rezeki tu…bagus lah…beranak ramai macam akak kau…10 orang !!!.Kat nya..Insyaalah….dan Isteri nya tersenyum….panjaaaaang !!!!.
Ais
Salam sejahtera.
Saya setuju dengan cadangan atau saranan tuan Karimon ini, pelbagai bentuk,rupa, saiz dan jenis mereka ini sampaikan nak terang dengan perkataan pun tak tahu apa jenis rupa bentuknya. Bagi Tok Syeikh yang biasa mengalami dan menyelaminya boleh mengklaskan antara golongan mereka ini. Bagi cadangan Alam Tunggal memang benar pengaruh penyakit tersebut dan seorang sahabat saya sedang menjalani rawatan di Klinik Rawatan Seven Princess yang di kelolakan oleh Tok Syeikh. Baru Mak Syeikh pegang hujung jari dah menjerit…..belum pegang kepala, Begitulah bila gangguan makhluk meresapi tubuh kita.
Tok Syeikh.
Asammualaikum Semua !!!
Saya pada masa itu,memang menunutut lagi,walaupun saya sudah tahu mengubat orang.Prinsip saya cuma satu…Tiap Tiap guru,ada kelebihan memasing.Sebab itu lah saya bolih Mengubat Sihir,Pengaseh,Pembenci,Patah Retak,Buasir,Bedah Batin,Santau,Barah,Gila syaitan,Gila biasa,Anak lari,Barang Hilang dan memacam lagi kecuali Urut dan…..mati !!!.Bab Urut ini,saya malas nak ambil kerana dah terlalu banyak saya tahu..darihal Perubatan.Berurut,biasa nya saya hantar kat kawan saya….buat apa nak tamak tamak…Yang ada pada ku pun,kekadang aku pun tak larat !!!.Syukor ku pada Allah,kerana Allah lah yang memberikan aku Ilmu !!!.
DARIHAL JIN
Saya memang ada buku rujukan Jin,ada 7 buku bab Jin sahaja.Buku itu di tulis olih Ulama yang Pakar darihal Jin.Jin terbahagi kepada Kumpulan no 2 ,paling ramai makhluk di Alam ini.No satu paling ramai ialah Malaikat.Malaikat ghaib sepenoh nya,kecuali mereka merubah rupa kepada manusia dengan izin Allah swt.Jin ialah makhluk separuh ghaib.Manusia dan binatang,makhluk yang nyata.Ulama memberitahu,Jin di panggil juga Angin berat.Ulama mengatakan Jin tidak nampak dengan mata kita,kecuali di zahir kan olih Allah.Bolih di lihat dengan membuka Mata Batin atau sekarang dah ada alat…kamera digital ,dan sebagai nya.
Jin Kafir paling ramai,memenohi segala ceruk rantau dunia ini.Jinn Islam hanya lah 1 per 10,dari semua Jin.Dalam Jin Islam ada banyak kelompok/Puak Jin.Yang Paling banyak ialah Bunian.
Bunian.
Bunian ada pelbagai jenis dan tinggal biasa nya berhampiran manusia.Ada yang mengatakan Bunian,separuh Jin Dan Separuh manusia.Bunian tingal di laut,daratan , gunong dan tempat tinggi/Kayangan.Bunian semua Islam tetapi ada yang jahat/nakal,pemabuk dan derhaka.Yang ulama,Alim dan cerdik pandai juga ada.Mereka ada ada kampong,malah negeri !!.Ada raja,menteri,panglima dan rakyat biasa.Kehidupan mereka hampir sama dengan manusia.Jika yang Ulama nya memang Tinggi ilmu Islam nya.Bunian adalah dalam Kumpulan Jin Taraf Tinggi.Mereka bolih menguasai Jin,lebih lebih lagi Jin Kafir !!!.
DEWA
Dewa ialah Jin bertaraf tinggi juga tetapi banyak yang Kafir.Jika mereka masuk Islam,mereka akan bergabung dengan Bunian.Sangat jarang kita jumpai,yang Islam kerana mereka sudah masuk bercampor dalam Bunian.Dewa lah banyak di sembah olih segelintir manusia.Dewa memang bertaraf Raja.Biasa nya mereka tidak merasuk.Dan pada pengalaman saya yang sedikit ini,belum lagi saya temui,Dewa merasuk.Mungkin mereka menjaga “title”,mereka yang bertarap Raja Jin.
MAMBANG
Dalam kelompok Jin,Mambang lah yang Tinggi Ilmu Perang dan Perubatan.Taraf Mambang ialah Taraf cendikawan bagi manusia.Mereka berilmu tinggi.Biasa nya mereka Menteri dan Panglima.Rahib atau Sami bagi Jin Kafir.Mereka ini biasa merasuk…dan sangat degil dan keras hati juga sombong.Biasa kelompok mereka ini,menjadi Pembantu setia kepada Dewa.Ada manusia yang silap langkah,mereka menuntut kepada Jin.Cuba kita lihat cerita P.Ramli….mereka menuntut kepada Mambang.Biasa nya kelompok ini di kenali pada Warna Kulit dan bulu nya.Warna kulit dan bulu paling sukar berunding dan degil ialah Yang Berwarna …Merah atau di kenali dengan nama Jin Merah.Selain itu ada warna bulu nya Putih,Kuning dan hitam !!!.Saya belum bertemu lagi yang selain warna di atas.Mambang biasa tinggal di laut dan tempat sembahan manusia.
PERI
Peri ialh Jin Laut dan biasa tinggal di Laut,tasek dan kuala sungai.Biasa nya Peri dalam ilmu,di bawah Mambang.Peri biasa merasuk.Dan ada juga yang memanggil kelompok ini dengan nama Pari Pari.Dari pengalaman saya jenis ini paling suka merasuk dan menyamar…konon nya Bunian.Jenis ini jugalah yang menyorok dan memberi makan kita,benda yang kotor…tahi cacing,cacing,tahi lembu dan benda kotor lain.Sebenar nya,mereka beri kita makan itu,makanan mereka.Makanan mereka dari jenis itu lah…benda yang kotor !!!.Jika yang Betina nya,sangat suka dengan manusia,bagitu juga yang lelaki !!!.Jika tempat itu ada air,mereka memang suka.Sebenar nya mereka ini berasal dari Jin Laut,kerana ada kisah yang tertentu,mereka di halau dari Laut.Sebab itu lah mereka tinggal berhampiran dengan air.Jika di kumpulan Jin Kafir,bolih di kata kan mereka dari kumpulan Penghulu,Hulubalang dan rakyat biasa.Kelompok ini yang paling ramai sekali.
Walau pun begitu…apabila Dewa,Mambang,Peri dan Jin telah masok Islam…pada kebisaan nya mereka,menjadi Bunian.Dan kita sukar untuk membeza kan antara mereka kecuali dari warna kulit mereka.Jika sudah Islam mereka bercampor aduk dengan Bunian.Jin Islam sangat seronok/bangga jika kita memanggil mereka Bunian.Jika Jin Kafir,mereka tidak suka jika kita panggil Bunian…malah kekadang mereka tengking kita !!!.Dan jika sudah bercampor gaul,melalui perkhawinan….mereka melahirkan anak Bunian.Satu jer yang Aku tak berapa suka kat BUNIAN ni ialah jika kita rapat dengan mereka….mereka mudah sangat Jatuh Cinta kat kita…bertambah tambah lagi jika berilmu tinggi !!!.Dari pengalaman saya,mungkin mereka mahu Benih Kita…kerana keilmuan dan kealiman kita…..Dalam kes ini,Tok Guru ku ada 2 orang yang kena dan saya sendiri juga kena…..kami di “pinang”,olih Puteri Bunian !!!.Tetapi kami(saya dan Tok Guru saya),menolak secara baik baik.Jika kita mengenal mereka pun…adalah lebih baik menolak nya….bertambah lagi kita tidak mengenal dan tahu tentang Hal Hal mereka !!!…banyak lagi Manusia Yang Lawa Lawa dan Cun Cun !!!,buat apa nak kawin dengan mereka !!!!.
Dalam penerangan saya ini,semuga dapat kita mengambil iktibar bersama.Jika ada dari anda yang tahu dan faham dengan lagi terperinci darihal Bunian,Mambang,Peri dan Dewa.Anda bolih menerang dan menulis nya.Saya hanya dapat menulis pada bab yang saya tahu dan ada pengalaman sahaja !!!!.

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam tok syiekh mintak maaf,banyak2.....saya pernah dengar kawan saya cakap...dewa ada orang kayangan,adakah dewa ni keturunan jin atau orang yg tinggi ilmunya,sekarang ni saya pun mengkaji orang dewa,tapi kata kawan saya kena kaji ilmu alam goib....baru tahu siapa orang dewa....kena tinggi lah ilmu kalau mak mengkaji..kata kwn saya orang dewa ni,sebelum kemunculan islam...tapi percaya dengan allah,klu siapa yang tahu pasal dewa boleh kongsi bersama....mana tahu kita boleh tahu sama ada orang dewa tu jin atau pun makluk lain....ingin tahu tok syeikh,,

aisbatu berkata...

Rasanya Tok Syeikh dah jawab dalam artikalnya diatas tentang Dewa....kena berguru tuan untuk membimbing kearah alam itu kerana pelbagai kemungkinan yang ada disana. Menerawang kealam tersebut perlu menembusi kemampuan yang tersendiri kerana alam ciptaan Allah terlalu luas......

johan berkata...

Assalammualaikum..
Hamba ingin bertanya pada tok sheikh ..boleh kita membeli barang yg dimaharkan dn barang yg hendak dimaharkan adalah dari alam bunian dn mempunyai pendamping..apakah hukumnya..minta jasa baik tok sheikh untuk bg pencerahan

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam En Johan,

Perkara sedemikian saya juga ada melaluinya dan maharnya kekadang juga mahal tapi bendanya tak ada dialam kita !!!. En.Johan kena direct dengan Tok Syeikh saya tak pandai berbicara perkara ini.

Unknown berkata...

Assalamualaikum..
Saya nak bertanya. Ada atau tidak unsur2 yg mengikut kita setelah kita belajar silat? Contoh mcm semangat panglima hitam atau sebaliknya? Amalan membuka gelanggang dan mandi limau yg biasa berlaku dlm permulaan kita diterima utk belajar silat agar semangat silat itu ditanam dlm diri. Setelah sekian lama tidak bersilat atau mengamalnya, adakah semangat seperti itu menjadi beban pada diri dan sebenarnya si pembawa tidak sedar yg selama ini semangat itu masih berada dalam diri. Ada yg menyarankan supaya ianya dibuang. Sebab tu lah kita sakit2 urat. mohon penjelasan

aisbatu berkata...

Wa'alaikumusalam,

Rasanya soalan dan jawapan telah tuan ajukan sekali. Tidak semua ilmu persilatan begitu, ada yang sehari semalam dah tamat dan ada yg tiga malam sahaja pun juga dah tamat dan yg lagi cepat hanya pegang tongkat tok guru dah habis download ilmu persilatan, ...disini tidak pakai gelanggang pun, dan dimana semangat itu ?. Persoalannya bergantung kepada jenis silat yg tuan pelajari.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum..saya ingin belajar ilmu perbuatan dengan pakcik boleh???

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Carilah guru yg mursyid atau seperti Tok Syeikh (itu pun jika beliau menerima sebagai anak murid, saya tak layak sebagai guru.......

Tanpa Nama berkata...

Dimana tempat guru yg boleh ajar ilmu perubatan nie???

aisbatu berkata...

Kena cari tuan....banyak tempat....

mat berkata...

Asmlkm tok nak tahu misteri yang Ada Kat bukit tangga jelebu Katanga Ada sheikh yang ghaib di situ namanya sykh Abdul rahman al qudsi.Dan siapa tok jaya rembau.APA kaitan rembau dgn pgl.

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Cerito Syeikh Abdul Rahman Al Qudsi dan cerito katanga kat Bukit Tangga tak do maklumat kat sei,maaf la yo. Yang ado cito Tok Jayo dan cuba layari blog ni ha

http://semerbok.blogspot.com/2014/07/nenek-jaya-tok-jayawali-allah-di.html

Rziq berkata...

Mohon tunjuk ajar. 0102936775 saya
Muhammad aziq .berumur 20 tahun.

aisbatu berkata...

Tuan Muhammad Aziq, Tok Syeikh memang mengajar dan pondoknya di Melaka,sila lah berhubung dengannya.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

Aslkm.saya nak berubat saudara mara saka keturunan. Bagaimana cara utk berhubung dgn tok sheikh ye.. timakasih

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam Norfaezah,

Tok Syeikh ada blog (Tujuh Puteri) disitu ada nombor talipon beliau.0147201103

Mohd Fariz Bin Abdul Jalil berkata...

Assalamualaikum tuan,no ini 0147201103 masih aktif tak?

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,
Setahu saya masih aktif No Hp Tok Syeikh ni.

Unknown berkata...

boleh bg no phona sbb ada org nak berubat

aisbatu berkata...

Saya yang ada no.telepon yg diatas saja dan saya dah lama tak contact Tok Syeikh kerana kesibukan bekerja. SEBARANG PERTANYAAN DAN MASALAH SILA E-MAIL KAN KEPADA syahrolhisyam99@gmail.com ATAU HUBUNGI DI TALIAN : 017-2095292 ATAU 014-7201103

Sila e-mail atau hubungi talian 017-2095292

Iwan berkata...

Assalamualaikum sya nk tnya boleh ke sy nk berubat pasal tunang saya

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Tuan boleh terus ke rumah Tok Syeikh ni tapi saya dah lama tak kesana dan tak tahu perkembangan semasa beliau.Masih ada ke lagi atau beliau dah pindah,saya tak mengetahuinya lagi. No.telipon yang ada dah tak boleh pakai.

Nur haura afeeya berkata...

Salam