IKAN TAPAH
"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya." LAPAS SUMPAHAN TOK KADOK.
Si Kaduk anak Raja Siak Inderapura
Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya
Ayam Biring Si Kunani
Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam
Penyabungan Ayam
Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata . Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya
Dan di pihak Sultan pula:
Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.
Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.
Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.
Kekalahan
Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.
Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.
Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.
Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan
Sumpah
Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan tali dari batang bemban lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:
"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya."
Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.
Tebus
Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.
Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah. Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa
Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis.
Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.
Sekarang Emas Kerongsang(emas kancing) Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Tok Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam atau waris-waris terdekat.
Mengikut salah seorang keturunan Tok Kaduk ini terdapat salasilah keturunannya yang masih disimpan oleh para waris tersebut iaitu salasilah yang dipanggil Moyang Empat Datuk Lapan.
Ulasan 1 : Sesetengah cerita mengatakan Tok Kadok adalah anak Raja Siak dan penyabungan ayam tersebut dengan Raja dizaman itu dan nama beliau adalah Tok Kadok bin Kojak - Sultan Khoja Ahmad (sultan siak Inderapura). Sehingga kini belum ada bukti kaitan tentangnya dan pihak waris-waris serta anak cucunya sedang berusaha untuk mengesan salasilah keturunan dari Tok Kadok ini.Dikhabarkan makam Tok Kadok berada di perkarangan Istana DiRaja Siak Inderapura. Wallahualam.
Catatan ini dipetik dari sebuah laman web Kg Tua bt 16 (kalau tak silap penulis) tetapi laman tersebut telah ditutup.
Pandangan 1 dari Daeng :
Saya pernah dengar cerita ni agak lama, apa yang saya masih ingat, nama sebenarnya hanya Kadok bin kojak. Sultan Kojak agak malu dengan perangai kadok zaman itu lalu memutuskan silaturahim sebagai anak dan bapa dan sebelum dia meninggal atau pergi kalau tidak silap , dia minta bantuan sultan muqadam untuk tunjuk jalan yang benar kepada pak kadok dan itulah sultan yang bermain laga ayam dgn Pak kadok. Tapi jika tidak silap sultan muqadam juga yang mengambil sebagai org besar 16 kerana kesian dimasa kadok telah insaf teramat-ramat hingga tarafnya menjadi keramat. Tapi lebih baik saudara Aisbatu rujuk kisah org ditapah sebab jika tidak silap saya perkara ni pernah dibukukan dan disahkan oleh beberapa pihak.. lagi seperkara, siapa yang pegang emas tapah layak tuntut hak jadi org besar 16 sebab bukti keturunan pak kadok. Itu sahaja yang saya masih ingat.
Pandangan 2 dari tiada bernama :
Pak kadok tidak silap saya ialah anak kepada Pak khoja atau Sultan Khoja Ahmad (Sultan Siak) bin Raja Abdullah bin Sultan Ibrahim (Sultan Siak).tapah pula ialah tempat dimana ikan tapah besar berisi emas dijumpai. Saya tidak berapa ingat mengenai Sultan Khoja Ahmad tetapi boleh rujuk dalam buku cempaka sari.Cerita Tok Kadok juga berlaku pada zaman Sultan Muqaddam Shah sekitar tahun 1603 - 1619.
53 ulasan:
Salam,
Menurut cerita arwah datuk saya, keturunan kami memang dilarang membela kucing hitam dan menggunakan buaian rotan. Tapi saya tak begitu pasti ianya berkaitan rapat dgn keturunan Pak Kadok kerana ianya adalah sumpahan yg dilafazkan oleh Sultan di zaman Pak Kadok dan baginda meminta agar keturunan Pak Kadok juga tidak melanggar pantang larang tersebut.
Terima kasih Puan DairiHanie, kami mengalu-alukan sebarang cerita kaitan dengan Tok Kadok, seumpama cerita yang puan terangkan.
Salam tuan,
Mohon maaf lambat approve friend di FB.
Tak mengapa tuan.......
Terima kasih atas maklumat yang sangat menarik dan berguna. Saya berasal daripada Lambor Kiri dan nenek saya pernah meminum air emas tapah ni. Hampir semua anak cucunya ada penyakit gatal kulit. Tapi tidak menyedari samada kesan sumpahan atau penyakit kulit biasa. Generasi sekarang tiada maklumat mengenai penyimpan dan mungkin sukar untuk mendapatkan rawatan. Saya cadangkan mungkin air emas ini dibotolkan dan diedarkan kepada keturunan Pak Kadok sebagai memudahkan usaha penyembuhan.
Tuan Mat Ali,
Emas Kancing Ikan Tapah ni tidak boleh dibawa keluar dari Lambor Kanan(Kg Tua ) tempat asalnya. Memang pihak waris disana membotolkan air kancing emas berkenaan untuk kegunaan semua pihak waris yg memerlukan, hanya datang saja ke Kg Tua untuk berubat,airnya telah tersedia.
sebagaimana yg opah saye ceritakan..beliau telah menasihatkan kpd saya sbg cucunyer supaya tidak sesekali memakan ikan tapah & ini sbg pantang larang kami sekeluarga.terima kasih krn berkongsi kisah ini.sedara mara saye masih lagi tinggal di kampung pulo tige kg gajah.
Assalamualaikum
mak ayah saya berasal dari lambor kiri tetapi yang bersangkutan dengan ikan tapah nie cumalah dari sebelah mak saja.. memang mak dan adik beradiknya tak boleh makan dan menyentuh ikan tapah.. mak sedara dan mak saya sendiri dah terkena penyakit gatal di kulit dan sembuh dengan ikhtiar air rendaman tersebut dan dengan kuasa ALLAH.. mak kata saya mewarisi pantang tersebut.. sampai sekarang saya tak berani nak makan ikan tapah.. emak dan ayah sekarang menetap di sungkai, perak..
Waalaikumsalam,
Tuan Shah dan Puan Ena O,begitulah lagenda dan pantang larang Tok Kadok.Walaupun pecahan ronutnya dari sebelah ibu tapi darah keturunannya tetap mengalir dan merangkumi juga pantang larang serta sumpahannya terhadap jurai keturunan anak cucu tuan puan sehingga kini.Sila semak juga salasilah yang dipaparkan diblog atau berilah info dari jurai mana tuan puan jika mengetahuinya, akan saya paparkan dilaman ini jika diberi laluan.
Saya juga mewarisi pantang larang ini dan dilarang sama sekali memakan, menyentuh atau terkena air ikan tapah. Pernah abang saya tersentuh ikan ini semasa menjala ikan di Sungai Perak, gatal-gatal kulit terus hilang bila disapukan air rendaman emas tersebut (dgn izin Allah). Khabarnya jika penyakit gatal bukan disebabkan oleh ikan ini, air rendaman emas ini tidak berfungsi sama sekali.
Mungkin rawatan emas kancing ikan tapah itu untuk yang terkena sumpahan sahaja atau berkaitan dengan pantang larang memakan ikan tapah oleh keturunan Tok Kadok. Ada kes, orang berkenaan berpenyakit gatal-gatal menggelupas kulit (macam radang kulit)tapi tak pernah pulak makan ikan tapah tapi meminum air kancing ini, dengan izin Allah iainya sembuh......
salam tn, mohon kebenaran untuk dikongsikan maklumat ini di dalam blog saya, tuan aisbatu... tq
Waalaikumusalam, tak ada masalah tuan....silakan.
assalam.. kami juga pernah mendgr crita ini..ayah slalu crita bila blk kg di lambor.. tp ayah kate mungkin keturunan kami dh hbs sumpahan... kami keturunan hj tain
Waalaikumusalam,
Pn.Azean Alias, ada pihak yg menanyakan bila sumpahan ini akan berakhir dan ada pula yg bertanya bagaimana mengakhiri sumpahan Tok Kadok.....sama-sama kita fikirkan jawapannya.
Assalamualaikum.
Saya pernah diberitahu oleh makcik saya bahawa keturunan kami dilarang memakan sejenis ikan tapi saya lupa apakah nama ikan tersebut. kerana katanya ianya sumpahan moyang yang terdahulu sebelah allahyarham bapa saya. dan sewaktu kecil dulu saya pernah terkena gatal-gatal kulit hampir seluruh badan. mula-mula, ianya gatal seperti gigitan nyamuk saja tapi lama kelamaan ianya membesar dan merebak ke seluruh badan. selain daripada itu.....kulit saya pernah kelihatan seperti kering hampir berkeping-keping.....dan memang amat sakit. tapi saya tak pasti sama ianya kerana sumpahan ikan tersbut atau mungkin berpunca daripada sebab yang lain. kerana saya tinggal dengan Allahyarhamah ibu saya selepas ibu dan bapa saya berpisah ketika kecil dulu. Arwah ibu saya mungkin tidak mengetahui tentang sumpahan ini. Dan, saya hanya baru tahu tentang sumpahan itu beberapa tahun yang lepas. Kalau boleh saya nak tengok gambar lama yang menjadi latar belakang blog tuan ni. Harap tuan beri keizinan bagi saya berkenaan perkara ini.
Waalaikumusalam,
Boleh saya berikan, e-mailkan saja alamat tuan. Nanti saya berikan.
assalamualaikum... menurut ibu mertua saya. suami dan adik beradiknya dilarang mkn & menyentuh ikan tapah ni. Dia juga berpesan anak2 saya juga x blh. maknanya suami saya ni asal usulnya dari keturunan tok kadok la yer. Opah memang tinggal di telok bakong. Arwah atok nama haji mat changgong. saya rasa cam berminat nak tahu asal usul keluarga ni.
Waalaikumusalam,
Rumah Tok Mat tak jauh dari rumah saya, opah kamu pergi haji sama dengan emak saya. Memang la orang Telok Bakong Lambor tak leh makan ikan tapah. Ahmad Termizi sebaya ngan saya dia masih di Kedah. Jurai dari Opah gemok tepi tebing hingga ke romah Tok Mat adalah bersaudara dan salasilahnya saya tak dapat kerana tak ada yg tertua lagi untuk dirujuk, yg muda tak tau pulak. Kalau ada boleh saya paparkan diblog.
Assalamualaikum..
sebelum ini, mak saya pernah ceritakan bahawa arwah tok tak boleh makan ikan tapah. Pernah sekali,pantang larang dilanggar dan kulit tok jadi seperti yang diceritakan. bila saya tanya mak, kenapa pantang larang ini ada.mak pun tak tau dan mak sendiri tak pernah makan ikan tapah. lepas baca blog ni.terfikir juga saya kemungkinan,andai tok asal keturunan Pak Kaduk...
Waalaikumusalam
Puan Amira,jika termakan ikan tapah segeralah ke Kampong Tua, Lambor Kanan, disitu ada penawarnya. Jika boleh elakkan memakan ikan ini, kerana keturunan kita tersangkut dengan sumpahan Tok Kadok.
Sy share cerita ini d blog sy... terimakasih
Silakan Myra Smile untuk pengetahuan dan makluman kita semua.
Terima kasih... datuk sy sblh mak asal kg paloh tlk bakong... hj manan b uda mahmud..tggl di botakanan...ada saudara bgtau cukup 7keturunan xpe dah..kira dh bole mkn ikn tph tu..betul ke?
Kalau dibaca lapas "Sumpahan Tok Kadok" di tajuk blog saya ni tidak dinyatakan sehingga 7 keturunan. Lapas sumpahan ini dapat disimpulkan sebagai selagi ada jurai keturunannya sehingga itulah larangan itu berjalan, walau pun sehingga sekarang baru generasi yg kesepuloh dan kesebelas, mungkin myra generasi yg kesebelas, terpulanglah untuk turut tidak menjamah ikan tapah atau sebaliknya.
assalamualaikum. saya ingin bertanya adakah semua yg erasal dari Teluk Bakong adalah keturunan Tok Kaduk. bapasaya adalah asal dari Teluk Bakong dan bernama Shaharuddin b Mat Wali atau nama panggilannya sodin.
Waalaikumusalam,
Secara Amnya semua yang berasal dari Telok Bakong Adalah keturunan Tok Kadok kerana saling kait mengait diantaranya melalui perkahwinan. Nama yg tuan sebut tu dah memang keturunan Tok Kadok.
Assalamualaikum.
Maaf encik boleh tak saya dapatkan no. fon atau beberapa info tentang kisah Ikan Tapah ni.? Saya berminat untuk menjadikan kisah ini sebagai kajian tesis saya di UMS selain untuk menyimpan sejarah ni sebab saya pun memang orang Perak yang tinggal di Beruas dekat je.
Harap encik boleh bantu saya.
Waalaikumusalam,
Hubungi saya melalui e-mail aisbatu2003@gmail.com atau fb Tok Kadok bin Kojak.
Nama saya Arfah binti Abdullah. Bapa saya namanya Abdullah bin Mat Akat, ibunya kalau tak salah namanya Alang Zaharah. Bapa dibesarkan di daerah Hutan Melintang ...Temoh agaknya. Kami adik beradik memang tak boleh makan ikan tapah..tengok orang masak pun tak boleh. Baru-baru ni saja saya tahu keturunan tu dari Tok Kaduk.Bapa dulu orangnya sangat pendiam jadi dia tidak banyak bercerita...mungkin dia pun tak berapa nak percaya dengan sumpahan tu agaknya takut kami percaya pada tahyul sebab dia orangnya sangat alim. Atau dia fikir sumpahan tu dah tawar bila sampai pada kami anak cucunya.Dalam carta tuan tu ramai juga orang yang mula namanya dengat 'Mat' macam datuk saya Mat Akat dan Alang Arpah.Sangka saya 'alang ' tu untuk lelaki saja tapi alang ni serupa pulak dengan nama saya..mungkinkah ada missing link di mana2..minat juga nak tahu.
Ye,betul..thun 2015 ni sy bru lg ambil air penawar trsebut.
Sumpahan ni msh ada..generasi skrg perlu tau salasilah keluarga..rakan sy berketurunan syed..asal dr kelantan..dlm tahun ni sy de berjmpe dia kerana khabar berita yg disampaikan isterinye bhw dia mengalami skit kulit yg agk teruk.setiap bln berulang ke hkl utk dptkn rwtn..selepas sy berjumpe dgn dia,sy ceritakan keadaan dia spt trkena smpahan ikan tapah pd arwah abah.arwah abah pesan suruh sy ambilkn air penawar trsebut sbgai ikhtiar.alhmdulillah,sy dpt air penawar trsebut di rumh yg sm yg prnh sy ikt arwah abah berapa puluh tahun yg lpas.alhamdulillah, dgn izin allah swt rakan sy sembuh.sblm ni,mkck yg pegang kunci rmh trsbut ada berpesan supaya pesakit dtg buat doa selamat sket utk matikan ubt..smpai ke hr ni rakan sy xdtg..itu yg sy khuatir takut smpahan tu berulang.
Benar tuan jika tanda-tanda sakit gatal yg teruk adakalanya dengan air kancing tapah itu boleh menyembuhkan-(dengan izin Allah).Pada dasarnya doa selamat tu tidak semestinya dilakukan disana tapi memadai ditempat sendiri atau disurau atau pun di masjid dimana tempat tinggal tuan. Jangan jadikannya ia syarat wajib, Allah maha mengetahui......
Saya ain.. Nma mk saya esah binti nong chik..mk psn juga supaya jgn mkn ikn tph, bela kucing hitam,buai raga buluh dan pisang udang, adakah saya juga keturunan tok kaduk
Saya tak dapat pastikan perkara berkenaan kerana keturunan tok kadok telah berkembang dan merantau dipelusuk negara. Cuma keturunan tok kadok tidak berkaitan dengan kucing hitam,buai raga buluh mahu pun pisang udang. Keturunan Tok Kadok hanya dilarang memakan ikan tapah.....
Assalamualaikum..boleh saudara berkongsi maklumat dimana mak saudara mendapatkan rawatan air kancing emas? Suami saya sudah mengalami penyakit gatal kulit hampir 5 tahun.bermacam ubat dah kami ikhtiar tetapi tiada penawarnya..kalau saudara tidak keberatan utk brkongsi maklumat boleh mnghubugi saya 0183117530..semoga tuhan merhmati saudara sekeluarga..terima kasih.
Assalamualaikum..saya telah trbaca komen saudari..suami saya berasal dari perak..dia telah menghidap penyakit gatal kulit ni sama macam yang saudari ceritakan hampir 5 tahun..jika saudari tidak keberatan utk brkongsi maklumat tempat saudari membawa kawan saudari berubt kepada saya..suami sy kerap brulang alik ke hukm utk rawatan pakar kulit namun tiada perubahan..kami juga telah cuba ikhtiar rawatan secara traditional tetapi masih tiada perubahan..saya dengan berbesar hati mohon sekiranya pihak saudari dpt brkongsi maklumat tempat berubat.ini no saya 0183117530
Assalamualaikum..boleh saudara berkongsi maklumat dimana mak saudara mendapatkan rawatan air kancing emas? Suami saya sudah mengalami penyakit gatal kulit hampir 5 tahun.bermacam ubat dah kami ikhtiar tetapi tiada penawarnya..kalau saudara tidak keberatan utk brkongsi maklumat boleh mnghubugi saya 0183117530..semoga tuhan merhmati saudara sekeluarga..terima kasih.
Waalaikumusalam,
Puan Zeyla, untuk mendapatkan air kancing emas tapah tu...terus je kasana dan orang kg dan waris disana akan membantu menunjukan lokasi tempat berkenaan...Insyaallah semoga puan mendapat rahmat dariNya.
Assalamualaikum,
keturunan belah mak saya iaitu arwah opah saya tidak boleh makan ikan tapah ini. Mak saya pernah memaklumkan walaupun arwah opah hanya lalu sahaja di depan ikan tapah yang dijual oleh peniaga, tetapi arwah balik ke rumah dengan gatal2 di badan. Saya tidak pasti adakah larangan ini telah berakhir tapi kelaurga kami tidak pernah kenalpun ikan tapah ini. Cuma, bagaimana cara nak dapatkan air penawar utk penyakit gatal2 ini ye sebab anak2 saya termasuk adik beradik saya mengalami kegatalan pada kulit. Terima kasih.
Waalaikumusalam,
Sepertimana yang saya maklumkan diatas, terus saja kesana, air penawarnya tu ada disana.
Assalamualaikum...saya ingin bertanya. Tuan ada bercerita bahawa tok kadok membuka penempatan baharu di perak lalu berkahwin dgn gadis tempatan. Setahu saya pada waktu itu hanya ada masyarakat orang asli. Jadi adakah bermakna tok kadok telah berkahwin dgn gadis org asli? Sekadar Inginkan pencerahan, terima kasih.
Waalaikumusalam,terima kasih kerana sudi melayari blog saya.
Dalam perbualan saya dengan orang tua-tua dahulu semasa saya masih bersekolah lagi waktu itu,dari apa yang saya difahamkan Kg Tua sudah wujud sebelum Tok kadok datang lagi,dan pemerintahannya adalah dari Acheh Darulsalam iaitu Toh Maharaja Lambor. Penempatan baru yg dimaksudkan disini adalah Kg Pulau Lambor Kiri.
Sebenarnya saudara, sejarah Mukim Lambor tidak dibukukan dengan betui. Contohnya sebelum Sultan Muzaffar Shah 1 datang ke Tanah Abang Telok Bakong,telah ada beberapa KERAJAAN sebelumnya ditapak atau didaerah yg sama.Dimana dan kemana sejarahnya ??
maaf tpi nak tanya gamba latar belakang blog ni..rumah siapa?
Gambar latar belakang blog ini adalah rumah Allahyarham Pak Cik Suffian bin Gamat yg turut ada didalam foto di Telok Bakong didepan rumah saya (penulis).
Salam,
Teman merupakan cucu kepada arwah Tok Sulaiman bin Pandak Logam. Seingat teman masa kecik-kecik dulu teman dan adik beradik yang lain dan sepupu-sepupu teman telah di mandikan dengan rendaman kancing emas ikan tapah. Tok Teman Sulaiman bin Pandak Logam satu waktu dahulu, pemegang kancing emas ikan tapah. Rumah tok teman iaitu di Kg. Tanjung batus 16, lambor Kanan, sering dikunjungi oleh orang nak berubat khususnya penyakit kulit dan berkaitan ikan tapah.
setahun sekali mesti akan diadakan kenduri kancing emas ikan tapah tu dari hasil pemberian ikhlas orang yang berubat tu. Itu aje yang teman ingat.
Waalaikumusalam,
Arwah Tok Pandak Logam tu selalu di Telok Bakong, terutamanya dekat kebun getah kepunyaannya di Changkat Kubang Gajah. Rumah arwah Tuan Haji Sulaiman di Kg Tanjung tu teman selalu pegi masa kecil-kecil dulu dan masa sekolah menengah di Lambor Kanan dekat kedai getahnya.Nampaknya kita ni bersaudara tapi tak kenai.....
mak saya pun kata macam tu. keturunan kami tak boleh naik buaian atau duduk atas kerusi rotan, tak boleh makan sejenis pisang ni. kalau tak hidup susah tak susah, senang tak senang. allahuallam tapi kancing emas adalah cerita benar. tak nafikan. saya salah satu keturunan
Setelah membaca tulisan anda tentang Pak Kaduk dn ikan tapah ,sy benar2 kagum dgn info yg terdapat d dlm nya.Datuk nenek sy berasal dari Kg. Pulau Tiga ,jd mungkin juga ada pertalian dgn Pak Kaduk.Usaha anda utk mengumpul fakta dn menulis kisah Pak Kaduk yg legend ni sy kira sungguh murni dn sgt memberi info yg berguna, terutama utk mereka yg mengalami penyakit gatal2 yg misteri.Syabas sy ucapkan dn teruskn usaha anda.
Alhamdulillah, terima kasih tuan JohanJohar dan kita sama sama berkongsi maklumat bagi generasi kini dan akan datang.
Assalamualaikum Tuan..ibu saya asal orang Perak dan semenjak 3,4 tahun lepas memang diserang penyakit gatal2 hingga kadang2 sampai bengkak muka2 dan badan..terutama bila makan bbrp makanan tertentu..alergi test semua dah buat di hospital tapi keputusan negatif..dah beberapa kali ingin ke Kampung Tua untuk dapatkan air penawar tetapi disebabkan PKP dan Covid, agak terhad untuk ke sana. Ada sebarang cara untuk dapatkan air penawar tersebut tanpa perlu ke sana? Kami menetap di KL sekarang ini..segala informasi dan jasa baik tuan amat kami hargai dan semoga dengan izin Allah S.W.T juga penyakit gatal2 ibu saya ini dapat diubati In Shaa Allah..Aamiinn..
Wa'alaikumusalam,
Setahu saya "air kancing emas " Tok Kadok tu mujarab untuk orang yang termakan ikan tapah, walaubagaimana pun boleh lah dicuba untuk tujuan menghilangkan gatal gatal tersebut. Biasanya sebelum ramadhan mereka mengadakan kenduri tahlil arwah dan memanggil puak waris, PKP tak leh rentas negeri dan yang memegang air kancing emas tu, buat masa ini saya pun tak dapat hubungi bagi mengambil no taliponnya. Mohon maaf puan saya tak dapat membantu dlm soal pengambilan air berkenaan.
Catat Ulasan