Isnin, 11 Oktober 2010

SAKA KETURUNAN.

Salam sejahtera.

Saya ingin kongsikan pengalaman saya mengenai saka serta pengubatannya bersama perawat-perawat yg berpengalaman mengenai saka dengan tuan-tuan.
Bagi saya saka boleh di bahagikan pada empat iaitu :-

1)SAKA HITAM,
Saka hitam ni kebanyakannya jin-jin yg telah dikenali oleh orang-orang melayu dan ada berbagai bagai jenis dan bentuk. ianya diwarisi dari keturunan nenek moyang. tempat mereka-mereka ni selalu lepak adalah diatas rumah,didalam rumah(sudut-sudut didlm rumah),pokok-pokok berhampiran rumah dan berbagai tempat lagi yg tak jauh dari rumah kediaman pewaris. Bayangkanlah jika 14 dan 15 ekor tu betapa sesaknya mereka ni dikediaman kita.
Kebanyakan perawat-perawat menyatakan mudah untuk membereskan semua mahlok ini dari kawasan kediaman kita, samaada dimusnahkan atau dipulangkan ketempatnya (alamnya).Dekat mana entahlah tak tahulah saya.

2)SAKA HITAM DAN PUTIH.
Kumpulan ini pula datangnya juga dari saka datuk nenek yg berilmu, samaada ilmu-ilmu orang melayu atau yg berkaitan dengan guru-guru agama (bukan semua hanya segelintir sahaja). Rupa bentuk pun berbagai juga tapi yg popular menyerupai manusia dan dari pinggang kebawah menyerupai sebenar mahlok tersebut. Ada yg menyerupai datuk nenek moyang kita juga terutama yg ada perjanjian dengan mahlok tersebut. Kumpulan saka yg ini adakalanya boleh mengajar ilmu-ilmu dunia melayu dan ilmu-ilmu dari guru-guru (nenek moyang kita semasa hidup - guru agama ke,guru silat ke atau berbagai lagi yg baik-baik dan putih jernih).Ilmu mistik atau kuasa mistik dari mahlok ini buat kita terpesona dengan kebolehan sendiri, jadi bagaimana saka ni nak berpisah dengan kita kerana selagi kerap kita berzikir dan amalan mendekati Allah (amalan sepertimana datuk nenek kita yg terdahulu) maka makin dekatlah kita dengan mereka ni. Tempat mereka lepak dimana ??? hampir keselurohannya dibelakang pewaris mengekori kemana sahaja, tapi tak ketinggalan juga diatas bahu,didukung,digendong, bergayut kat tengkok ,dijulang dan berbagai posisi yang mereka suka. bayangkanlah jika ada 4 atau 5 ekor............Perawat-perawat biasanya dapat mengesan kewujudan mahlok ini dari pewarisnya melalui mata batin mereka serta menangkapnya mengikut cara perawat itu sendiri.

3)SAKA PUTIH MUTIARA.
Saka putih mutiara ni biasanya juga datang dari keturunan yg hebat-hebat dan berbentuk seperti beruk, labah-labah dan ada kes juga harimau. kebolehan saka ini berfungsi dari dalaman tubuh pewaris , seperti menjadi bidan,perawat, tukang urut serta melihat barang-barang hilang dan lain-lain lagi. Bila kebolehan ini datang sendiri dan boleh berkhidmat menolong orang kita amat terpesona dan kagum dengan kebolehan sendiri tanpa menyedari ianya juga datang dari "saka" . Kalau sedar pun kita dah terpengaruh atas kebijaksanaan mahlok tersebut serta sikap sayang terhadapnya dah menebal. Tempat lepak mereka dimana ??? ini yang susah nak diterangkan......tapi saya nyatakanlah juga mengikut kata para perawat-perawat yang saya temui...tempat-tempat mereka lepak adalah seperti didalam hati,jantung, mulut dan hujung lidah, anggota sulit serta didalam otak pewaris. Kebanyakan perawat-perawat menyatakan bab ini adalah yg paling sukar untuk discan atau diimbas serta untuk ditangkap dan dimusnahkan.

4)SAKA PUTIH EMBUN.
Mewarisi dari keturunan atau tuntutan tidak pulak diketahui iaitu mempunyai pendamping para wali atau mahlok Allah seangkatan para wali atau malaikat saya pun tak mengetahuinya tapi begitulah kata perawat-perawat yg saya temui. Tak semestinya pewaris boleh nampak atau perawat pun sukar mengetahuinya melalui scan mata batin. Perkara yang ini saya pun tak mengerti apa-apa yg dicakapkan oleh perawat-perawat yg bergelar Tok Syeikh atau Pak Syeikh ni, katanya kena berlajar dan berguru yang mursyid.

Kata seorang sahabat kepada saya tentang “saka putih embun” ini iaitu :-
secara amnya...

saka hitam mengajar dan membantu dalam berbuat kejahatan....
dengan syarat yang bertentangan dengan hukum syariat...
lebih kepada jin saitan dan iblis...
lebih kepada menyakitkan dan memudaratkan pewaris...

saka putih mengajar dan membantu dalam berbuat kebaikan....
dengan syarat yang mengikut hukum syariat...
lebih kepada makhluk ghaib seperti bunian dan manusia yang dighaibkan kerana ilmu amalan nya....
namun menyakitkan juga memudaratkan jika kita tidak mengikut arahan nya...

namun para wali bukan saka keturunan...
kerana..........
wali adalah wakil allah...
wali pilihan allah...
wali berjihat dalam membantu mereka yang terpilihyang dipilih allah .......
wali tidak memilih waris dengan sewenang wenang nya....
wali mengikut pilihan dan perentah allah...
wali berjihad untuk peningkatan darjat kewalian hingga ketingkat tertinggi...( tingkat 7 )
kerana awal kewalian hanya ditingkat 4....
wali tidak masuk tinggal dalam jasad manusia....
wali tidak menyakitkan manusia...

yang perlu kita berhati hati....
hanya manusia dan jin saitan yang mengaku dan menyamar sebagai wali....

disini lah guru mursyid diperlukan untuk mengesahkan hal kewalian ini....

Begitulah cerita tentang pengalaman saya berubat melalui perawat-perawat sepanjang kira-kira sepuloh tahun mencari penawar saka yg mengganggu kehidupan dan amalan seharian saya sebagai manusia biasa. Mungkin penerangan saya ini tidak sebaik mana dan berbeza dengan pengalaman tuan-tuan tapi itulah serba sedikit pengalaman saya tentang saka yg berjumlah berpuloh-puloh itu. Saya rasa terpanggil untuk menulis pengalaman saya setelah melihat ada dikalangan keturunan Tok Kadok ini serta rakan-rakan yg lain menghadapi masalah saka ini.
Berbicara bab saka seolah-olah sama kita berbicara bab jin dan syaitan, sekurang-kurangnya kita kena ada asas pengetahuan tersebut dari guru-guru agama mahupun rujukan kepada orang yg arif dalam bab ini. Bab saka keturunan sangat luas untuk dibincangkan, yang saya terangkan tu hanya sebahagian kecil dari cerita saka ni dan pengalaman dengan kebolehan perawat adalah cerita yg berbeza. Oleh itu pendalamannya kena rujuk kepada perawat-perawat kerana pandangan dari sudut pesakit serta perawat itu sendiri berbeza. Kemudaratan akibat saka ini juga berbeza diantara pesakit ke pesakit, tak semestinya antara adik beradik yg abang tak kena. mungkin tahap atau jenis saka yg dialami tidak sama sebagaimana adik, symptom-symtom penyakit saka ini sukar dimengertikan dan dibuktikan dengan jelas, dan manusia hari ini semuanya nak dengan bukti sahih baru boleh dipercayai, itu pun jika nak percaya, kalau tidak tinggallah saka itu didalam anggota badan pewaris sebagai saka baka.

Cara sesuatu saka keluar dari badan pesakit adalah berbeza juga mengikut kebolehan Perawat, ada yang alami terasa sesuatu keluar dari badan mengikut kepala, itu salah satu cara kebolehan perawat tersebut untuk membuang saka/jin. Kadang-kadang kita tertipu juga, nampak macam dah keluar tapi rupanya temberang je, esok lusa dia kembali pulak dengan cara lain. Itu sebab kita berubat adakalanya lama dan berpanjangan. Jangan putus asa setiap penyakit mesti ada ubatnya.

10 ulasan:

minta bantuan ilmuan berkata...

kurang faham mengenai saka putih embun....

adakah,saka 2 sendiri baek? sehingga jd wali allah?
bukankah,kita dilarang berhubung dgn dunia luar untuk mengelakkan kesyirikan?

bgaimana blh jd sampai wali allah?

aisbatu berkata...

Banyak lagi tahap-tahap tersembunyi dalam mengkaji Saka dan Saka Keturunan ni tuan, kenapa tak boleh berhubung jika berkesempatan, kalau berkebolehan maka itulah jawapan dari persolanan tuan. Mestilah berguru yg mursyid.

Baidury berkata...

semua itu anugerah. mana ade kuasa yg boleh menguasai n menentukan jalan hdup kita. hanya ALLAH. kita umat paling tinngi darjat. mane ade kuasa lain yg boleh buat kita bgitu. ALLAH je yg berhak. tingkatkan ilmu. fokus hanya ALLAH dan RASULNYA semata-mata- permata 7

Baidury berkata...

Pengembaraan 40tahun dlm diri yg x prnah berhenti dan x tahu pun bila dan kat mane hentiaannya..cara paling selamat.. anggaplah semua itu adalag satu anugerah ALLAH. untuk memantapkan iman kita pd NYA semata-mata..
contohi saidina abu bakar as siddiq.. knapa syaitan takut kepadanya? kerana QURATUUN AIN. Kerna pgertiaan nya pd amalannya..waallah ualam

aisbatu berkata...

Tuan Baidury...adalah benar kata-kata tuan. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Salam..sy pernah berjumpa sorg ustaz dan dy ckp saya ad saka keturunan dr arwah nenek sy y mrupakan sorg bidan....persoalan sy skg knp sy y dpilih?dan bgaimana cara utk bersemuka??sbb smua ciri2 org y ad saka tiada dalam diri sy kculi cpt marah..

aisbatu berkata...

Walaikumusalam,

Tuan, mohon e-mail tuan untuk saya berbicara.

Mariam Yusof berkata...

Assalamualaikum..
Tuan
Says juga berminat untuk mengetahui tentang saka serta warisan leluhur yg saya x I tahu puncanya..
Semua bermula apabila abang says meninggal ( perawat alternatif) ..kemudian bapa saya pula meninggal dunia. Sya pernah diberitahu oleh perawat semasa didalam wad bahawa saya punyai warisan leluhur.. Ketika itu saya sakit tb yg menurut dokter tiada simptom sakit tersebut.
Tuan
tolong beri penerangan tentang masalah sya ini..says telah mula dihantui dgn masalah ini...
. Email sya: mariamyusof12@yahoo.com
Terima kasih

Syed Dzul berkata...

assalam tuan,1 soalan dari saya,saka baik iaitu saka keturunan saya yang hendak masuk ke tubuh saya dan di halang oleh saka hitam...kedua2 saka ini cuba masuk ke tubuh saya...apa harus saya lakukan..terimakasih

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Tuan Syed Dzul.

"Saka" fahamkan dengan baik kerana bukan senang untuk mengiktiraf baik dan sebaliknya mengenai saka ni. Seeloknya bersih (buangkan) semua yang hitam (sila rujuk pada yg berkemahiran) kemudian yg baik akan timbul dengan sendirinya.