Selasa, 12 Oktober 2010

SANTAU.

SANTAU ANGIN.

Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.
Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka

Symptom-symptom yang utama adalah batuk tak berhenti-henti serta muntah-muntah samaada muntah angin atau apa yg dimakan akan semua keluar, apabila dah banyak hari sedemikian keadaan pesakit akan mula lesu dan tak bermaya. Apa lagi ubat hospital memainkan peranan pula untuk melesukan lagi pengidap santau angin ni, iaitu memakan ubat batuk. Jika diperiksa dihospital samaada disyaki penyakit tb atau tiada apa-apa penyakit dan sila makan ubat batuk mengikut jadual dan datang jumpa doktor balik dalam masa 3 hari (itu standard). Begitulah pihak klinik atau hospital menyarankan, bukan nak salahkan pihak hospital tapi penyakit ini susah dikesan dengan perubatan moden.
 
Bila masa pihak penerima santau angin ni dapat santau ni tidak dapat ditentukan jadualnya, walau tengah tidur atau sedang poco-poco, time dia sampai dan tersedut debu auranya pihak yg ditujukan akan terus batuk-batuk. Hanya orang yg dituju atau yg dinamakan tu sahaja akan menerima kesan dari perbuatan penghantar santau ni. Jika tiada nama dalam list maka tiadalah terlibat, walaupun kita duduk satu bilek dengan penerima santau angin ini.

Santau ni pun banyak jenis dan berbagai fesyen, mengikut pengamal perubatan tafsiran dan cara pengubatannya juga pelbagai, jadi symptom santau angin ni juga terbahagi kepada beberapa bahagian, maaf la saya pun tak tahu apakah bahagian bahagian tersebut. Berdasarkan pengalaman saya dengan adik ipar yg terkena penyakit ini, perawat menggunakan keladi hitam serta air kelapa muda untuk menyembuhkan penyakit ini. Disamping limau nipis. Dlm kes adik ipar saya ni perawat menyatakan bebola racun sebesar bola pinpong bewarna merah kehitaman dihantar didepan rumah dan ditempat kerjanya.

Penyakit ni boleh bawa maut jika pengidapnya terbiar lama tanpa ada usaha pengubatan traditional tapi ketentuan usia adalah hak Allah. Demikianlah sedikit pengalaman saya untuk dikongsi bersama.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

santau ni boleh ke dituju kepada amerika dan israel. ini memandangkan pemimpin2 amerika dan israel memang sombong n angkuh kepada negara2 kecil n peraturan dunia

seeloknya pengamal ilmu santau menggunakan kebolehan mereka yg amat luar biasa di tempat yg betul. bukannya mengenakan sesama melayu atau sesama Islam

aisbatu berkata...

Rakan-rakan juga berfikiran sepertimana tuan,kenapa kepakaran sedemikian tidak kita halakan kepada musuh-musuh Islam seperti Yahudi ? Allah Maha Kaya...begitulah ketentuannya...setahu saya ianya kurang berkesan, kenapa ? wallahhu....