POKOK MENGKUANG AIR.
Seni anyaman tikar dari mengkuang adalah seni yang diturun dari orang-orang tua dahulu, dan diwarisi oleh keturunan Tok Kadok hingga lah sekarang.Kami imbaukan kembali sewaktu ketika dahulu bahawa kampong kita mempunyai puak waris yang pandai menganyam tikar mengkuang setanding di negeri-negeri lain. Pokok mengkuang terdiri dari beberapa jenis seperti mengkuang pandan, mengkuang air, mengkuang kerling dan mengkuang laut serta rubai. Mengkuang yang ditanam disekitar tebing dan hujung hilir pulau tabuan di Telok Bakong adalah dari jenis mengkuang air dan mengkuang Kerling. Dizaman popularnya anyaman mengkuang ini banyaklah pokok mengkuang ditanam disekitar hujung pulau berhampiran tebing Cu Talak dan Tebing Lamah. Warga Telok Bakong yang menanam mengkuang tersebut adalah seperti Puan Siah (isteri Pak Yop Peting), Wan Lebor (Kamariah bt Kulop Keria), Puan Hajjah Khadijah, Puan Simah bt Alang Nawi, Puan Saerah Ngah Mat Taib dan Itam Rakayah serta beberapa nama lagi yang sukar dijejaki kerana sejarah tersebut tidak dibukukan. Mereka semua ini pandai menganyam tikar dengan berbagai corak dan gaya anyaman.
Tak banyak beza bagi proses penyediaan asas untuk menyiapkan daun-daun mengkuang dari memotong di pokoknya hinggalah merendam,melurut dan mewarnakan daun-daun.
Proses penyediaan daun mengkuang biasa atau pun mengkuang pandan :
1. MEMILIH DAUN – kerat pada waktu pagi atau petang untuk mengelakan daun mengkuang akan layu, daun yang berusia 2 tahun atau lebih dipotong dan dikerat sama panjang mengikut sukatan yang diperlukan serta disusun mengikut rangkap sepertimana kelihatan difoto..
.
2. MELAYUR – Daun mengkuang dilayur atas bara api sehingga warna daun kekuningan supaya lembut dan tahan lama serta tak mudah patah dan juga memudahkan proses melurut daun mengkuang setelah kerja-kerja melayur selesai.
3.Mengjangka : Daun yang telah dilayur hendaklah dibuang duri empulor ditengah, manakala duri dikiri dan kanan daun juga hendaklah dibuang.
Alat Jangka
4. MERENDAM – Dengan menggunakan belantan dedaun mengkuang ini setelah diikat-ikat diketuk dan dipukul dari pangkal hingga kehujung helaian daun, bertujuan untuk melembutkan dedaun helaian mengkuang setelah menjalani proses rendaman. Setelah selesai kerja-kerja berkenaan daun mengkuang yang telah siap diikat dan direndam 3 hari 3 mlm dgn air. Air perlu ditukar 2 kali sehari untuk mengelak bau masam. Proses rendaman ini bertujuan untuk lunturkan warna hijau menjadi putih pada daun apabila ianya menjalani proses pengeringan daun setelah dijangka. Proses rendaman daun mengkuang juga boleh dijalankan didalam air sungai dan di tali air bendang atau anak-anak sungai yang boleh menghapus dan menenggelamkan paras daun mengkuang bila direndam. Kebiasaannya rendaman daun mengkuang dibuat didalam tempayan yang diisi dengan air serta ditukar pada hari kedua rendaman.
5. MENJEMUR – Daun yang telah cukup rendamannya dibuka ikatan dan dijemur secara menghurai antara daun hingga kering. Kebiasaannya cuaca panas diperlukan untuk memutihkan daun-daun mengkuang ini. Jika ianya tak cukup panas warna tikar akan kekuningan dan tidak begitu putih, jika ianya tidak diwarnakan dan hanya menganyam secara biasa.
6. MELURUT/LARIK – Setelah daun-daun dijemur kering, kerja-kerja melurut daun tersebut dijalankan ini bertujuan untuk meluruskan daun dan bagi elak ianya bergulung-gulung apabila kerja-kerja menganyam dijalankan.
7. MEWARNA – Daun mengkuang yang telah dikeringkan bolehlah diwarnakan mengikut kehendak orang yang hendak menganyam. Terdapat dua iaitu cara tradisional atau moden. Cara Tradisional : menggunakan air kunyit kunyit bagi warna atau untuk warna kuning, kesumba india untuk warna jingga, buah mengkudu bagi warna biru dan arang untuk warna hitam. Dizaman sekarang kaedah ini sudah pupus dan tiada orang yang mengerti untuk menggunakannya lagi.
.
Cara Moden : dengan mengguna Dylon - jenis tepung pelbagai warna (celup mengkuang - kalau dulu boleh didapati di pekan Parit sahaja) dibancuh dan yang boleh didapati dengan mudah dikedai-kedai dan dididihkan dengan air panas. Daun diikat dan dicelup selama 15-20 minit. Ikatan daun diangkat dibiarkan sejuk dan dibasuh kemudian dijemur. Kaedah menjemur biasanya memerlukan cuaca yang cukup panas bagi mengeringkan daun mengkuang yang telah dicelup.
Cara Moden : dengan mengguna Dylon - jenis tepung pelbagai warna (celup mengkuang - kalau dulu boleh didapati di pekan Parit sahaja) dibancuh dan yang boleh didapati dengan mudah dikedai-kedai dan dididihkan dengan air panas. Daun diikat dan dicelup selama 15-20 minit. Ikatan daun diangkat dibiarkan sejuk dan dibasuh kemudian dijemur. Kaedah menjemur biasanya memerlukan cuaca yang cukup panas bagi mengeringkan daun mengkuang yang telah dicelup.
Mari kita kenali beberapa spesis Mengkuang
:
Mengkuang Air yang terdapat di tebing Kampong Air Mati Bota.
Mengkuang Kerling yang terdapat di Punggai Hulu.
Mengkuang Pandan.
Ditepi Rumah Hajjah Alang Arpah.
Mengkuang Laut. (Umbai - Melaka)
Terdapat satu lagi jenis mengkuang yang tumbuh diair masin dan payau iaitu Mengkuang Rubai, pokoknya yang tinggi lagi berdaun lebar. Urat-uratnya kasar serta satu atau dua kali ganda saiz daunnya lebih besar dari mengkuang biasa. Didaerah Bakong menghala kelaut adalah terdapatnya hutan mengkuang Rubai ini. Dulu penduduk di Bakong dan Kuchai sering mengambil rubai didalam hutan tebal yang menghala ke laut. Nama-nama seperti Alang Payang, Puan Beah dan Alang Mani adalah merupakan tokoh popular dengan mengkuang Rubai didaerah Lambor Kiri sehingga menjual mengkuang tersebut diseluroh mukim Lambor. Penulis tak dapat mengesan pihak waris untuk mendapatkan kelarai kelarai yang dianyam waktu itu, terutamanya mengkuang rubai.
* Sila ikuti pula jenis anyaman tikar mengkuang atau dikenali Kelarai dikeluaran seterusnya.
* Sila ikuti pula jenis anyaman tikar mengkuang atau dikenali Kelarai dikeluaran seterusnya.
5 ulasan:
saya keturunan yang tidak boleh makan ikan tapah, adakah kita ada bau-bau bacang?
mungkin juga.....
assalam....info yang sangat berguna.....sy mohon
share gambar proses ye...
Waalaikumusalam, ok ambil la.
Rotan
Catat Ulasan