Selasa, 19 Oktober 2010

SALASILAH ALANG SUMAT DAN PANDAK DEMAT (ANDAK MUNDAM 1)





Dikemas kini pada 8/10/2011.

Salasilah ini dikemas kini dari data Encik Daud Hj Sulaiman,KMY, Waris Pak Kadok, Tuan Haji Norashid, Encik Zahari Mat Lihom, Hajah Aishah Bt Lodin serta suaminya Haji Alias bin Mat Nasir dan penulis blog sendiri. Terima kasih kepada waris-waris yang terlibat bagi membetul dan membekalkan salasilah berkenaan. Marilah kita terus menulis salasilah berkenaan untuk memperlihatkan jurai susunan Tok Kadok terlaksana. 

Salasilah Uda Mali (sila rujuk kepada salasilah Uda Ganjor).

Salasilah Uda Nahu.

Salasilah Long Gendut.
Bismillahhirahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang menjadikan, memelihara keturunan itu bagi manusia dan mengaku ia akan kemuliaannya dengan firman yang bermaksud "Sesungguhnya sudah kami muliakan anak-anak Adam dan Selawatnya dan salamnya atas Penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W yang menguatkan kita dengan menghubungkan rahim atas keluarganya dan sahabatnya yang mereka itulah ahli kebajikan dan kemulian" Ada pun kemudian dari itu Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud "Belajarlah kamu daripada keturunan kamu sekira-kira dapat kamu menghubungkan kasih sayang kamu". Sekianlah dipetik dari kata-kata haluan dalam salasilah Mahmudiah Perakiah susunan Allayyarham Tuan Haji Ashaya bin Abd.Majid bekas Mufti Perak. Kata-kata dan Salasilah ini disusun oleh Hj Md Shaharudin bin Mansur serta disimpan salinannya oleh En.Daud Hj Sulaiman.

Salasilah ini adalah mengikut cabutan salinan salasilah dari Encik Daud bin Haji Sulaiman bin Pandak Logam bin Pandak Demat bin Busu Mamat bin Uda Bahrum yang telah membenarkan salasilah ini dipaparkan dan untuk disambung oleh waris-waris lain yang berkaitan dengan keturunan Tok Kadok (Toh Tua Sakti). Marilah sama-sama kita menyambung dan mengatur susunan salasilah yang mungkin tuan-tuan tahu dari bapa atau datuk-datuk yang terdahulu. Jika tuan-tuan ada maklumat lain dari diatas sila kemukakan dan e-mail kepada aisbatu2003@yahoo.com atau memberi komen diruang bawah artikel ini.




"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa " (Surah Al-Furqan ayat 74 )



1.Duduk dari depan : Teh Linggam (isteri Uda Malak), Saodah bt Hj Tahir, Uteh bt Alang Sumat
2.Berdiri barisan depan Lelaki sebelah kiri : Tn Haji Husin bin Hj Tahir, Ahmad Gamat bin Alang Sumat
3.Belakang Kiri : Teh Sariah (anak Itam Seri bin Alang Sumat), Robiah (isteri ke 2 Chu Talak bin Alang Sumat),isteri (Abdullah - Gamat) perempuan (tak tahu nama) dan sebelahnya Zamree bin Mat Kasu, (Imam Ta'in) Yg mendokong anak ialah Derma Taksiah bt Ahmad Gamat.
4.Belakang Kanan Lelaki Dewasa : Sufian bin Ahmad gamat dan Abdullah bin Ahmad Gamat.

*Gambar ini adalah sumbangan dari Derma Taksiah bt Ahmad Gamat, tahun gambar ini diambil mungkin sekitar 1960an.Lokasi gambar ini adalah didepan rumah Sufian Gamat di Telok Bakong.Klik pada gambar untuk besarkan saiz gambar.



Belakang  : Teh Sariah dan Zainon bt Mohamad cucu Ahmad Loding.
Tengah     : Napisah & Saerah.
Depan      : Rokiah (isteri Hamid Mohd Ali), Kamariah (Lebo) bt Kulop Keria (isteri Shafie Chu Talak)

 Hajjah Halijah bt Pandak Amat.

Gambar ini diambil pada tahun 1926 ketika beliau hendak menunaikan haji ke Mekah dengan menggunakan Kapal laut. Sebenarnya Puan Hajjah ini orangnya kulit putih bukan hitam seperti dalam gambar. Teknik gambar hitam putih zaman dulu serta kelengkapan yang terhad membuatkan gambar berkenaan bewarna hitam pekat. Gambar ini hampir musnah didalam simpanan dan diperbaiki semula.



Hajjah Zainab bt Hj Tahir.(Berdiri 6 dari kanan dan Hajjah Derma Taksiah 5 dari kanan)


Hajjah Alang Arpah bt Uda Malak dengan Accordiannya



Rumah peninggalan Hajjah Alang Arpah


 Tn.Haji Mat Kasu bin Ngah Sam 
dan Isterinya Hajjah Derma Taksiah bt Ahmad Gamat





RUMAH KEDIAMAN CHU TALAK BIN ALANG SUMAT.

Disini rumah kediaman terakhir Allahyarham Chu Talak dan disinilah juga lahir 11 cahaya mata dari dua perkahwinan bersama isteri pertama dan kedua beliau. Anak-anak beliau terdiri dari :-

dari isteri pertama - Idah, Yahya Khodijah, Shafie,Yaman dan Osman.
dari isteri kedua - Bidah, Bitah, Putih, Hasan dan basir.

Keluarga ini mempunyai kepakaran bermain biola dan alatan musik traditional lain, selain pandai bergurindam , syair dan cerita dahulu kala (cerpin). Yahya, Shafie, Yaman,Osman dan Basir mempunyai kepakaran pertukangan besi serta pembuatan peralatan senjata seperti parang, pisau dan pedang serta lain-lain. Suatu ketika dulu mempuyai bengkel atau popular dipanggil APO di tepi tebing sungai perak.Seluroh kawasan mukim Lambor sampai Kampong Gajah menggunakan khidmat mereka ini untuk menempah pisau parang dan peralatan lainnya.




RUMAH AHMAD LODING BIN ALANG SUMAT.

Ahmad Loding merupakan anak yang bongsu Alang Sumat dari ibu ini. Beliau pernah memegang jawatan Penghulu didaerah Telok Bakong Lambor. Anak-anaknya adalah Saadiah, Muhamad,Kamariah, Teh Anson ,Munah dan Abdul Samad. Kemahiran keluarga ini adalah kerja-kerja menggunting rambut selain kerja-kerja kampong.





55 ulasan:

aisbatu berkata...

Salam sejahtera,

Terima kasih banyak kepada Waris Pak Kadok kerana telah memberi nama-nama anak dan cucu Pandak Demat dengan penuh semua.

Unknown berkata...

Blog orang Lambor Telok Bakong.

1) malayarchipelago.fotopages.com
2) http://alangz.blogdrive.com/comments?id=200
3) http://www.kgtualambor.net/lagenda.htm
4) http://www.panoramio.com
5) http://malayarchipelago.fotopages.com/?entry=356510
6) telokbakong.blogspot.com

aisbatu berkata...

WARIS PAK KADOK.

ni teman bagi mikei..salin

1) KULUP MAT JELAH @ KULUP MAJLEH
1-LONG MARIAH
2-NGAH MAT JIDIN
3-ALANG JORAH@ JARIAH
...4-TEH MINAH
5-LIJAH
6-ANJANG MAJLAH @ MAHIILAH

2) NGAH MESIAH @ NGAH RASIAH
1-PANDAK SOOD 3-TIMIN JARIAH
2-ANJANG BEE 4-MAAH

3) ALANG GHASIAH
1-SUFIAH
2-PANDAK ABIR @ HABIR
3-MAJINAH @ MAHINAH
4-PUTIH LAN

4) UDA MIRAM @ UDA TIRAM
1-KULOP AMID 4-MAT NALI
2-RAFEAH @ PEAH 5-MIAH @ MILAH
3-ANJANG TEKAS

5) ANJANG HINDON
1-MAH 5-RAHMAH
2-RAFIAH 6-JAH
3-TIAH 7-HJH SAONAH
4-UNTONG 8-HJH MARTAH @ MIBAH

6) PANDAK LOGAM BIN PANDAK DEMAT
1-SULAIMAN 6-SOM
2-KIAH 7-MUHAMMAD
3-ABD AZIZ 8- IZHAM
4-HASMAH 9- ZAINUDDIN
5-HABSAH 10-MUSA

7) ITAM LODIN @ LUMUT
1-TIJAH2-HUSSAIN3-MAT LIHUN

8) CHU MAT BAKI
1-MUHAMMAD4-MARHAMAH
2-DAH 5-TIMAH
3-RAHMAHSee More
October 22 at 12:10am ·

teratak agro berkata...

Salam Yong.. pembetulan bagi data Ahmad Loding... anak 1.Saadiah 2. Muhammad 3. Kamariah 4.Teh Anson 5. Munah 6. Abdul Samad...
Teman nie cucu Saadiah... Tq atas jasa baik menyediakan salasilah ini ...TQ...

aisbatu berkata...

Terima kasih teratak agro,saya akan up-date dari masa kesemasa salasilah berkenaan.

aisbatu berkata...

Maklumat dari Halim bin Shafie iaitu anak Chu Talak yang tua dari isteri pertama adalah Wahin (nama tu tertinggal dalam carta). Terima kasih saya ucapkan pada beliau.

mohammad mokhtar berkata...

terima kasih atas salasilah keluarga pak kadok..tak sangka kami dalam group itu..saya menantu yahaya tukang besi, chu talak..

aisbatu berkata...

En.Mohammad Mokhtar,
Kalau boleh e-mailkan gambar lama apo dan Pak Cik Yahya untuk dimuatkan dalam blog untuk kita lihat bersama. Terima kasih.

. berkata...

Assalamualaikum...

Teman cucu kepada Putih Lan...(sebelah mak).....dan dari sebelah bapak pulok teman ni cicit Panjang Ogek....
Salam Perkenalan...

Tajul berkata...

Nama Teman...Tajul Ariffin B Abd.Ghani. Ayah teman Abd. Ghani Bin Hj Mohd Lazim Bin Alang Jumaat Bin Kulop Ali. Ibu kepada arwah ayah teman bernama Zainun Bte. Arbi Bin Panjang Ogek. Ibu teman pula Zaidah Bte. Putih Lan....

aisbatu berkata...

Waalaikumussalam,

Tuan Tajul Ariffin, salam perkenalan kembali, saya lihat tuan disebelah Pandak Demat dan saya disebelah Alang Sumat. Udah memang bersedare le kite (Saya sename dengan tuan tapi saya tak ade tajul)anak kepada Itam Saidin atau cicit kepada Alang Sumat. Mengenai salasilah Panjang Ogek saya tengah berusaha mencarinya, jika tuan ada salasilahnya saya amat berbesar hati untuk paparkan diblog saya ni. Saya udah berusaha tapi tak ramai yg bekerjasama untuk mencari waris Tok Kadok dan Toh Maharaja Lambor ini, terpaksalah saya berusaha lagi.

Tanpa Nama berkata...

sedih rsnye penulis lupe ltk nm tok sy wahin.sy tkilan x dpt tgk gmbr tok sy wahin.kt ruangan dpt jgk tau mcmane rupe moyang sy.sy cucu sulung arwah tok wahin tp mnrut cite adik bradik tok wahin tak suke tok sbb tok org susah.xtaule betoi ke x,tp awal thun aritu sy ade g lhdn kt utc cek ic bpk sy ngan bpk sedare cik idan.ade sorang mkcik kj kt lhdn tu knl ngan bpk sy.dia gtau yg ank oyang xsuke ngan tok wahin sbb dia org ssh.smpai skrg pun famly kitorang xler senang mn,nk jmpe pun segan.sedih sy dgr dr mkck kt utc tu ckp cmtu,tp setau sy areah tok pian mmg baik orgnyr die sorang je yg ngaku sy cucu sedarenye.die slalu bg duit skolah kt sy ms kecik2 dulu.tp arwah tok ya pun baik jgk.seingt sy sy jmpe arwah tahun 2008 time tu la sy tau dia tu adik tok sy wahin.diruangan ni sy dpt lihat mcmn rpe arwah oyang sy tq pd penlis.tp teringin jgk nk tau tntg ank2 oyang yg bini kedua.sbb ms kecik dlu pnh jmpe ngan bini oyang yg no2 tp xtau nm,oyang tu pnh duduk kt pdg chgkt kt umah opah bitah.semoge ape yg sy tulis dpt di bc oleh waris oyang chu talak.tlg bgtau sy pkre sbnrnye tntg arwah tok wahin,gpun sy slme ni ml dn segn nk tau.sbb bpk sy pnh ckp kalo org susah mcm kite sape nk ngaku sedare.

aisbatu berkata...

Assalam,

Dalam menyusun salasilah bukan mudah untuk memaparkan semuanya serta memerlukan kerjasama semua pihak, bukan lupa tapi tidak disengajakan. Pada usia 10 atau 11 tahun saya sering melalui depan rumah Tok & opah mike (Wahin)untuk ke Kubang Gajah menoreh getah. Cerita Bunian (bab keri) tu adalah cerita opah mike. Rumah yang diduduki oleh keluarga mike di tanah gomen Padang Marhom adalah hasil gotong royong Pak Cik Yahya, Shafie, Osman dan Yaman. Masa last sekali teman jumpa opah mike di Padang Tenggala atau di Lelayang Kanan pada usia tingkatan 4. Seeloknya selidikilah dahulu baru menilai dan kekadang kita manusia selalu membuat kesilapan kerana sifat kita sejak azali memang begitu.

aisbatu berkata...

Seperkara lagi tuan,memang waris kita ramai yg hidup susah tapi hubungan persaudaraan tetap terjalin erat dan rapat, jika sudi gunakan e-mail saya untuk bertanya. Saya memang kenal ayah tuan dan apa lagi Ayahchor Wahin. Facebook saya juga ada silalah berhubung mengikut kehendak tuan, saya akan tetap melayan seadanye........

Tanpa Nama berkata...

sy tau serba sedikit pase opah sy putih.tp sy xrapat ngan dia.sy di besarkn oleh opah sebelah mak.jd sy xtau sepenuhnya latar belakang diorang.harap kn bapak sy bukan dia nk cite pun.sy tau pun dr org2 yg knl ngan keluarga tok.jgn slhkn sy plak.

Tanpa Nama berkata...

sy cik zura mntk maaf jika sy tulis di atas menyinggung perasaan penulis.sy bukan ber mksud nk ckp cam tu.lg satu ry tahun ni sy ade g teluk bakong nk cr sedare tp xtau nk tuju kmn.yg sy pg umah tok ya.tu pun sy t.kejut sbb tok ya da meninggl.lgpun kalo sy pergi cr pun bukan ade orang kenal sy pun.mntk maaf.......

aisbatu berkata...

Cik Zura, panggil saya Pak Cik je...gunakan e-mail atau Fb saya, kita berbual kat situ. Tak perlu minta maaf, saya bukannya marah....biasa la orang yg lebih tua bercakap begitu....saya juga mohon maaf jika terkasar bahasa.

Unknown berkata...

assalamualaikum tuan aisbatu,
minta tolong tuan carikan saya salasilah datuk saya kulup mat aleh yg berasal dari lambor yg merantau ke sungkai,kira2 100 tahun yg lalu.
beliau juga x bleh makan ikan tapah.
harap,maaf.
terima kasih :)

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Orang Lambor ade juga keturunan Bugis , Acheh, Minang dan lain-lainnya. Tidak semua saya ada susunan salasilah Tok Kadok dan seeloknya tuan nyatakan dari jurai mane datuk tuan tu. Tapi kalau tak ada tak ngapa lah saya cuba selidiki .

zaini hj.ali berkata...

salam bolehka sapa2yng bermurah hati dapat menolong saya mencari keturunan Alang Rabu dan Alang Sabtu kebanyakan di pasir salak

zaini hj.ali berkata...

salam sya zaini hj.ali.arwah bapak saya ialah hj.md.ali.b.nong chik.nong chik . alang rabu sesiapa yg.ada pertalian tlong kirimkn sya kedudukn terkini.

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam tuan Zaini,

Teman tak ade weh susunan Alang Rabu, mohon maaf. Kena tengok pencor Tok Sago kot dengan Maharaja Lela.

alihanafiah berkata...

Assalamualaikum..
Saya keturunan Alang Rabu-Mat Serah-Elau.
Kami pernah buat himpunan keluarga Mat Serah (Rumpun Kasih) di Teluk Intan.

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam, taniah kerana tuan Mohamad Alihanafiah dan puak waris dapat mengumpulkan keturunan Alang Rabu- Mat Serah Elau didalam satu himpunan. Jika tak keberatan kirimkan foto dan salasilah ke blog saya untuk dipaparkan bagi sama-sama kita kenang dan sanjungi keturunan kita untuk dilihat dan disimpan oleh generasi sekarang dan akan datang. Terima kasih.

Unknown berkata...

Saya jamaludin hamzah.

Unknown berkata...

Saya jamaludin hamzah dari johor. Asal ipoh perak. Asal bapa dari Temoh, Perak. Bapa saya hamzah bin mohd akad bin Taklin. Nama nenek Alang Sani. Tu jerr tahu. Semua x boleh makan ikan Tapah. Dalam blog ini, semua saya tak kenal.

Unknown berkata...

Moyang saya salah seorang daripada 20 pemuda melayu perak yg tikam birch. Sejarah yg ada adalah salah. Sipitung tidak wujud, hanya rekaan kumpulan pemuda pemuda melayu perak yg bijaksana menyimpan rahsia.

Unknown berkata...

Lembing yg menikam birch masih tersimpan dlm keluarga kami. Ianya sejarah perak yg boleh mengubah sejarah yg dibukukan sebelum ini.

Unknown berkata...

Lembing yg menikam birch masih tersimpan dlm keluarga kami. Ianya sejarah perak yg boleh mengubah sejarah yg dibukukan sebelum ini.

Unknown berkata...

Moyang saya salah seorang daripada 20 pemuda melayu perak yg tikam birch. Sejarah yg ada adalah salah. Sipitung tidak wujud, hanya rekaan kumpulan pemuda pemuda melayu perak yg bijaksana menyimpan rahsia.

Unknown berkata...

Saya jamaludin hamzah dari johor. Asal ipoh perak. Asal bapa dari Temoh, Perak. Bapa saya hamzah bin mohd akad bin Taklin. Nama nenek Alang Sani. Tu jerr tahu. Semua x boleh makan ikan Tapah. Dalam blog ini, semua saya tak kenal.

aisbatu berkata...

Maaf, tuan Jamaludin lambat menjawap kerana berada diluar kawasan. Saya juga telah memberi respon di FB dan e-mail tentang pertanyaan tuan. Terima kasih.

m.nasir berkata...

Assalamualaikum tuan ais batu,sy nasir sedang mencari salasilah keluarga,besarlah harapan sy jika tuan dpt temukan salasilah ini

Sy dr keturunan alang bawa,adik beradik dgn ngah bakti(kapong gajah) dan kulub lahab,kluarga tok sy duduk di layang2 kiri.
Ape nama fb tuan

m.nasir berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Tuan M.Nasir, saya cuba meneliti salasilah jika ada saya berhubung kembali dengan tuan.FB saya Tok Kadok bin Kojak.

m berkata...

Assalammualaikum...ade yg sy kenal dlm gambar diatas..sy cucu saadiah..

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

m, saya pangkat pak cik pada tuan dan baru ni dimajlis perkahwinan cucu abang Mayit dilambor kanan bertemu Alang Norlela dan Mat Noor serta waris yg lain disana. Mak Chor Saadiah dan Mat Jali (Mohamad) adalah Pak Sedara saya belah bapa. Rumah datuk dan opah mike tu adalah tempat kami bermain dan sebelah romahnya tu adalah gelanggang silat. Ketika musim buah ketiau semua orang kampong berhimpun dirumah itu untuk bekerja sama memerah ketiau (minyak ketiau).Meriahnya waktu itu, seperkara lagi Alang Noorlela adalah pembuat belacan dengan jenamanya sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Assalam,sy dari kedah..keturunan sy juga xboleh mkan ikan tapah

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Salam persaudaraan dari saya keturunan Tok Kadok.

Ahmadfiras berkata...

Alang mat ali da x salasilah nya

Ahmadfiras berkata...

Kalau ade whatsapp sy 01111159934

aisbatu berkata...

Assalam tuan Ahmad Firas,

Alang Mat Ali tu dari jurai yg mana ? saya perlukan sedikit penerangan untuk mencari pencor atau jurainya.

Mat Tabik berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zureen Abdul Rashid berkata...

Assalam saudara munir.sy juga sdg mencari saudara mara sebelah moyang2 sy..kulup mat saleh.
Adakah dia kulup mat aleh.sbb keturunan sy jga tdk boleh mkn ikan tapah..
Sy skrg sdg berusaha mencari kluarga kulup mat saleh.sbb sy nk tau asl keturunan kluarga sy.
Mana tau kn klau2 kulup mat aleh tu ada kaitan dgn sy.
Terima kasih

Unknown berkata...

Assalamualaikum....

Tuan...
Alhamdulillah... terjumpa blog tuan.

Saya, Raudhah bt Baharum
Sy juga tidak boleh makan ikan tapah..

Saya juga sedang mencari waris opah saya ...
Teh Jamilah bapanya Kulup Lambor

Keluarga kami tetputus hubungan kerana opah saya meninggal ketika ibu saya berumur 9 tahun.

Teh Jamilah berkahwin dengan orang kerinci bernama Hj. Moid.

Datuk saya tinggal di Merua, Parit.

Saya sentiasa dan sedang mencari waris ...
Adik beradik opah saya.

Terima kasih .

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Terima kasih melayari blog saya. Tak lama dulu,mungkin 7 atau 8 tahun lepas ada pelayar blog saya bertanya salasilah Kulop Lambor ni. Sehingga kini saya tak dapat yg sahih salasilah tersebut. Walaubagaimana pun sehingga kini saya masih mencarinya. Jika dah ada data akan saya keluarkan diblog.

Unknown berkata...

Salam... Saya tok saya nama alang mat lakor n opah saya nama meriah bt ngah lebor... Bley tau ada kait tang susur galur mana ye??

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Setelah saya semak, Yang ada nama tertulis Ngah Lebor adalah didalam salasilah Long Gendut, silalah rujuk ke situ jika ada kaitannya.

Ana Shahira berkata...

Saya nak tahu salasilah haji gabih bin alang rain atau alang karim lebih kurang mcm tu la

aisbatu berkata...

Ana Shahira, Tuan Haji Ghabih (Gabih atau Gobih) bin Alang Rain merupakan penduduk Telok Bakong Hilir dan Kg Paloh atau pun di Kg Kota. Setahu saya Moyang Alang Rain merupakan satu zaman dan Tok Haji Gobih satu zaman yg berlainan walaupun anak beranak. Mereka ni mengikut ceritanya dari Kuala Kangsar dan macam mana sangkut pautnya dengan kita tak dapat saya terangkan kerana generasi yg mengetahui cerita ini telah pun tiada. Pada pandangan saya kedua-duanya berilmu kebatinan yang tinggi sebab dizaman mereka tiada siapa berani berkelakuan sihir menyihir,rukun damai di antara sesama penduduk.

Azeemfahmi berkata...

assalamualaikum..saya azeem dari penang..membesar di BALAI KARAI,ENGGOR,RUMAH MURAH KARAI,SG.SIPUT setakat umur 9tahun (2002)😁😁😁
ada x salasilah PANDAK AHMAD?
yg perempuan tu xpastilah isteri atau ibu dipanggil marsiah,marbiah mcm tu la rasanya..Pandak ahmad ada anak lelaki 4org,ank prmpuan 3org..atok saya HASHIM BIN PANDAK AHMAD..xpasti anak no berapa..kalau moyang perempuan saya xtahu btul2 ejaan penuh nama dia..saya nk sebut nama dpn xtahu..tp bermula huruf 'M' belakangnya ada huruf 'AH'moyang perempuan ni mgkn isteri atau mak pandak ahmad tu rasanya..mak sya kata ada org pernah bt salasilah keluarga moyang saya pandak ahmad tu.org tu mak pggl namanya WAN..Tok saya hashim dari kampung JAMUAN atau JEMUAN,Jln nk masuk kmpung tu bermula dari jambatan iskandariah kalau dtg dari SG SIPUT..maafla ye sbb sibuk disini..sbb xtahu nk cari blog yg mana..mak saya pun xkenal rapat dgn keluarga ayah dia/tok saya hashim..sbb berpisah masa mak saya bdk2 lg..😊

Tanpa Nama berkata...

Saya anak arwah Kiai Arshad Ahmat Gamat. Boleh tak saya nak tau salasilah keluarga dgn lebih lanjut. Mohon boleh wtsp saya 0182597872

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak tahu mcm mana nk terangkan tp ada sangkut paut dengan belah mat bintang

Tanpa Nama berkata...

Anak chu talak nama osman tu tahun berapa ye agak agak. Sy pun nk cari salasilah keluarga. Datuk sy nama osman katanya dr keturunan ni. Tp sy x pasti. Datuk sy ada bernikah dgn org Perlis.

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum nama teman mohd jefri bin saharuddin bin uda mat jali dari jeram kuala dipang ... Ayah teman pernah memarahi teman sebab hampir makan ikan tapah katanya keturunan pak kadok boleh teman tau betui ke keturunan pak kaduk tak boleh makan ikan tapah