Punggai Hilir - salah satu kawasan yang
dikatakan perkampongan Bunian.
dikatakan perkampongan Bunian.
Bunian merupakan mahklok Jin dan rupa paras menyerupai manusia,serta boleh bertukar menyerupai manusia yang hampir atau biasa dengan kita dengan merupa-rupa seakan dengannya. Banyak tempat yang dikaitkan dengan mahklok ini dan salah satu tempat yang dipanggil "Punggai" ulu dan hilir adalah dipercayai perkampongan mereka. Penulis cuba membawa tuan-tuan ke suatu daerah yang dikaitkan dengan mahklok ini dengan pengalaman orang-orang terdahulu dibawah keturunan Tok Kadok. Bahasa masyarakat atau panggilan di Telok Bakong menyebut kawasan bendang dan kawasan-kawasan dusun disebut "darat" yang terletak dikawasan sebelah matahari terbit dan apabila berada disini pula kawasan penempatan (kampong) disebut "baruh" itu adalah bahasa kebiasaan orang-orang disini.
Bunian ada pelbagai jenis dan tinggal biasa nya berhampiran manusia.Ada yang mengatakan Bunian,separuh Jin Dan Separuh manusia.Bunian tinggal di laut,daratan , gunong dan tempat tinggi/Kayangan.Bunian semua Islam tetapi ada yang jahat/nakal,pemabuk dan derhaka.Yang ulama, Alim dan cerdik pandai juga ada.Mereka ada kampong, malah negeri !!.Ada raja,menteri, panglima dan rakyat biasa.Kehidupan mereka hampir sama dengan manusia. Jika yang Ulama nya memang Tinggi ilmu Islam nya. Bunian adalah dalam Kumpulan Jin Taraf Tinggi. Mereka bolih menguasai Jin, lebih lebih lagi Jin Kafir !!!. demikian serba ringkas pengertian bunian dari Tok Syeikh.
Pengalaman dengan Bunian 1.
Allahyaharmah Hajjah Arpah -
( foto sumbangan Encik Safri, cucu beliau ).
Dari cerita pengalaman oleh Hajjah Alang Arpah, beliau pernah bertemu orang bunian ini sewaktu pergi menoreh getah di kawasan Paya Rakit. Menurutnya sedang beliau mengayuh basikal dikawsan pokok rembia dan berair menuju ke ladang getah beliau terasa basikalnya ditolak dari sebelah kiri basikalnya dan beliau terjatuh. Lalu seorang pemuda yang memakai pakaian kemas serta bertali leher menyapanya....nasib baik mak cik tidak dilanggar oleh lori yang lalu tadi...ujar pemuda tersebut dan Hajjah Alang Arpah terpinga-pinga dan dalam keadaan kehairanan beliau menyapa pemuda tersebut....anak ni nak kemana pagi-pagi subuh ni ? nak pergi temuduga di Taiping...jawap pemuda tersebut. Dalam benak fikiran hajjah macam mana ada jalan raya pula dekat alor pokok rembia berkenaan dan mana ada penempatan atau rumah orang dikawasan tersebut !!! menghairankan. Saya pergi dulu mak cik....sapa pemuda tersebut beredar dari tempat hajjah berdiri dan menuju alor lembah dekat pokok rembia tersebut dan kemudian ia pun menghilang.Kebun getah Hajjah terletak di Paya Rakit.
( Foto sumbangan dari A.Syaharuddin )
Perkampongan Bunian di Paya Rakit Lambor Kanan.
( Foto sumbangan dari A.Syaharuddin )
( Foto sumbangan dari A.Syaharuddin )
Pengalaman Bunian 2.
Wak Pi'e, berbendang di Punggai Hulu dan waktu itu padi sedang masak meranum, beliau dan isterinya Wan Lebor serta keluarganya berehat di dangau bendang kerana matahari telah tinggi diatas kepala menunjukan bahang kepanasannya sambil mereka mengisi perut setelah dari pagi bekerja membanting padi. Melihat dari dangau kelihatan macam Wan Lebor terbongkok bongkok masih memotong padi bersama dua tiga lagi perempuan didalam sawah padi, Wan Lebor terus menyapa suaminya...eh siapa pula yang sedang memotong padi kita tu, yang tu rope aye je ? sedangkan kita tiada mengupah orang untuk kerja-kerja tersebut, masing-masing tercengang kehairanan. Seketika tu mereka membiarkan sahaja orang-orang yang didalam bendang berkenaan dan tak lama selepas tu nampak orang-orang berkenaan berjalan menuju ke rumpun semak dihujung sawah lalu hilang dari pandangan mata. Siapakah mereka-mereka itu dan macam mana pula alam mereka adakah bersawah padi sebagaimana kita ? kedua-dua suami isteri berkenaan hanya saling pandang memandang antara mereka.Tidak terdapat pun padi yang telah dipotong oleh kumpulan berkenaan yang kelihatan tadi tapi macam mana pula jelas kelihatan mereka memotong padi ? adakalanya kelihatan juga dikawasan tersebut orang lalu lalang tidak tentu keharuan...................
Wak Pi'ei (Hj Shafie Bin Chu Talak).
Hjjah Kamariah Bt Kulop Keria -
Wan Lebor ( isteri Hj Shafie ).
Wan Lebor ( isteri Hj Shafie ).
Punggai Hulu- tempat bendang Wak Pi'e.
Pengalaman Bunian 3.
Penulis juga mempunyai pengalaman mengenai bunian ini, waktu itu penulis berada di kampong dan kerja menorah getah serta berbendang (sawah padi) sahaja lah yang termampu kerana nak melanjutkan pelajaran tersekat pada kemampuan kewangan yang terhad. Saya menoreh getah di tempat yang bernama Kubang Gajah dan pada mulanya apabila tengah hari seringlah tercium bauan seperti masakan dan gulai yang wangi serta menyelerakan dikawasan kebun getah tersebut, saya hanya berasa hairan macam mana pula penempatan atau rumah orang berbatu jauhnya dari kebun getah dan takkan lah orang memasak di kawasan kampong bauan masakan sampai kesini.Dilain waktu pula kawasan kebun getah tersebut berbau wangian, seolah-olah disembur dengan minyak wangi, adakalanya riuh rendah bunyi kanak-kanak bermain dan apabila saya cari dari mana arah bunyi riuh rendah itu tak berjumpa pun.
Semua peristiwa ini memeningkan kepala saya kerana ianya tidak dapat dipandang dek mata zahir kita dan pada suatu ketika datanglah seorang gadis bertanya kepada saya, kenalkah saya pada diri dia.....saya jawap tak kenal dan siapakah dia tanya saya kepadanya. "Awak selalu berada di halaman rumah saya dan sering mendengar riuh rendah adik beradik saya" tutur gadis itu kepada saya....dan saya pun terkejut dari lena kerana terlalu mengantuk serta tertidur dipangkal pokok getah sementara menunggu titisan susu getah memenuhi mangkuk cawan getah untuk dipungut dan dijadikan getah keping. Rupa-rupanya didalam kebun getah ini terdapatnya sebuah rumah bunian serta keluarganya tinggal disitu, gadis tersebut juga sering datang dalam mimpi saya untuk berkahwin dengannya.Akhirnya saya ambil keputusan untuk berubat dengan seorang Ustaz bagi memisahkan saya dengannya.
Pengalaman Bunian 4.
Pak Ahmad biasa menorah getah di kebunnya dan pada hari tersebut dia pergi lebih awal dari kebiasaannya dan membawa kerontong (lampu pelita minyak tanah yang dibesarkan sumbunya) iaitu menoreh getah dengan cara pelita minyak tanah ini diletakkan atau diikat dikepala untuk memudahkan menyuluh pelan getah untuk ditoreh.Kebanyakan pelan getah baru ditoreh kerana pokok getah yang masih muda dan masih berada dibawah sekitar 2 kaki dari pangkal pokok getah, jadi adakalanya kena sedikit bertenggung untuk menoreh dan pada hari itu apabila sampai di pokok getah yang lilitan pangkalnya agak besar dia sedikit tunduk dan menyangkung terasa punggungnya terlanggar dan tercucuk sesuatu, lalu beliau berpaling kearah tempat tersebut untuk melihat dan lampu pelitanya terarah ke bawah. Alangkah terkejutnya dia kerana yang terlanggar tadi rupanya hulu keris yang tersarung bersama sarungnya.
Mungkinkah ada sesiapa yang tercicir keris tersebut, tak munkin fikir Pak Ahmad kerana kebun getah dia adalah laluan terakhir dihujung kebun dan tak siapa yang berada disitu. Untuk sementara beliau membawa keris tersebut kerumah, kalau kalau ada yang kehilangan keris bolehlah diserahkan kata Pak Ahmad. Pada malamnya beliau bermimpi yang keris tersebut adalah dari alam bunian dan diberi pada dia untuk simpanannya .Keris ini masa penulis melihatnya lok lima dan besi bewarna hitam serta sarungnya kayu yang cantik.
Pengalaman Bunian 5.
Puan Puteh bersawah di Punggai Hilir dan kawasan bendangnya pun tak la luas dan itu pun hak pusaka yang sekangkang kera. Disamping mengerjakan sawah beliau juga mengambil upah menanam padi dan kerja-kerja kampong. Orangnya lurus dan tak banyak bercakap dan rajin berkerja, terutama mengambil upah merumput didalam bendang dengan menggunakan "Keri". Pada suatu ketika keri beliau telah hilang dan beliau amat susah hati kerana sekarang musim padi sedang menghijau selepas beberapa ketika ditanam dan perlu dibuang rumput-rumput dicelah padi dan ketika ini racun tidak digunakan,hanya bergotong royong antara orang kampung menggunakan keri serta alatan lainnya. Pada hari berikutnya beliau menemui seorang perempuan tua yang tak dikenalinya, orang tua tersebut menyuruhnya kebendang Puan Puteh kerana didangau bendangnya ada terselit di atap rembia sebilah Keri untuk kegunaannya.
Pada mulanya beliau enggan pergi kerana tidak mempercayai kata-kata orang tua itu, setelah dinasihatkan oleh jirannya maka Puan Puteh memberanikan diri ke dangau (pondok) bendangnya. memang benar ada terselit sebilah keri disitu. Tanpa menyedarinya keri tersebut adalah milik bunian, apabila beliau mengambil upah merumput kerja-kerjanya bukan saja pantas tapi ruang bendang yang dibersihkannya menjadi lebih cepat dari biasa. Beberapa ketika Puan Aminah terus menggunakan keri tersebut dan sehinggalah pada suatu hari anak-anaknya bermain dengan keri tersebut serta tertinggal dihalaman rumahnya, serta terus menghilang di halaman rumahnya. Di esok harinya kembali datang orang perempuan tua itu kerumah Puan Puteh dan menyapanya dengan berkata....."mengapa lalai serta menghilangkan keri tersebut ianya tak kan kembali lagi kepangkuan kamu" dan orang tua tu pun menghilang dari pandangan Puan Puteh.
Penulis pernah melihat "Keri" tersebut tiada beza dengan keri kita yang digunakan diwaktu itu, cuma mata keri ini agak lebar dan besar dari keri-keri yang digunakan oleh orang kampong di Telok Bakong dan sepuh antara hulu keri dan keri menggunakan cairan damar, keri ini kelihatan sungguh tajam. Bagi orang kampong telok Bakong ada juga menggunakan cairan plastik sebagai bahan pemeterinya.
* Al-fatihah kepada Hajjah Alang Arpah, Hj Shafie dan Hajjah Wan Lebor dan Encik Ahmad yang bercerita pengalaman mengenai bunian diatas semasa hayatnya kepada penulis.
Dari semua pengalaman ini boleh lah saya rumuskan yang mahklok Bunian ini memang wujud dan mereka juga mempunyai dunianya sendiri. Mempunyai alatan bertani, keris, batu permata emas dan perak, dan sebagainya bahkan dari cerita orang yang berjaya memasuki alam mereka dunia bunian lagi canggih dari kita. Apa yang canggihnya tanya saya kepada mereka ini?...tengok tv pakai parabola, waktu itu proton saga belum ada lagi tapi mereka dah pakai kereta tersebut, makan minum macam kita juga, masyarakatnya serupa manusia juga dan kesurau dan masjid sama macam kita. Tapi masa dan waktu di alam mereka seolah-olah lambat dan perlahan,sehari dialam mereka sama macam sebulan dialam kita. Duit pula ? tanya saya lagi....serupa kita juga dan beliau menghulurkan duit kertas RM1.00 yang dibawa dari alam bunian, saya lihat tiada beza tapi kertasnya cukup halus. Ada diantara kalangan masyarakat kita bersahabat dengan bunian dan menjadi "bomoh" untuk merawat pelbagai penyakit serta menyediakan bilik-bilik khas untuk mereka dirumah masing-masing. Tak kurang juga berkahwin dengan orang bunian ini....wallahhu.
Cuba kita lihat penerangan dari Tok Syeikh ini............
Kebun Getah di Kubang Gajah.
(sekarang telah ditanami dengan kelapa sawit)
Semua peristiwa ini memeningkan kepala saya kerana ianya tidak dapat dipandang dek mata zahir kita dan pada suatu ketika datanglah seorang gadis bertanya kepada saya, kenalkah saya pada diri dia.....saya jawap tak kenal dan siapakah dia tanya saya kepadanya. "Awak selalu berada di halaman rumah saya dan sering mendengar riuh rendah adik beradik saya" tutur gadis itu kepada saya....dan saya pun terkejut dari lena kerana terlalu mengantuk serta tertidur dipangkal pokok getah sementara menunggu titisan susu getah memenuhi mangkuk cawan getah untuk dipungut dan dijadikan getah keping. Rupa-rupanya didalam kebun getah ini terdapatnya sebuah rumah bunian serta keluarganya tinggal disitu, gadis tersebut juga sering datang dalam mimpi saya untuk berkahwin dengannya.Akhirnya saya ambil keputusan untuk berubat dengan seorang Ustaz bagi memisahkan saya dengannya.
Pengalaman Bunian 4.
Pak Ahmad biasa menorah getah di kebunnya dan pada hari tersebut dia pergi lebih awal dari kebiasaannya dan membawa kerontong (lampu pelita minyak tanah yang dibesarkan sumbunya) iaitu menoreh getah dengan cara pelita minyak tanah ini diletakkan atau diikat dikepala untuk memudahkan menyuluh pelan getah untuk ditoreh.Kebanyakan pelan getah baru ditoreh kerana pokok getah yang masih muda dan masih berada dibawah sekitar 2 kaki dari pangkal pokok getah, jadi adakalanya kena sedikit bertenggung untuk menoreh dan pada hari itu apabila sampai di pokok getah yang lilitan pangkalnya agak besar dia sedikit tunduk dan menyangkung terasa punggungnya terlanggar dan tercucuk sesuatu, lalu beliau berpaling kearah tempat tersebut untuk melihat dan lampu pelitanya terarah ke bawah. Alangkah terkejutnya dia kerana yang terlanggar tadi rupanya hulu keris yang tersarung bersama sarungnya.
Gambar hiasan - Keris.
Pengalaman Bunian 5.
Puan Puteh bersawah di Punggai Hilir dan kawasan bendangnya pun tak la luas dan itu pun hak pusaka yang sekangkang kera. Disamping mengerjakan sawah beliau juga mengambil upah menanam padi dan kerja-kerja kampong. Orangnya lurus dan tak banyak bercakap dan rajin berkerja, terutama mengambil upah merumput didalam bendang dengan menggunakan "Keri". Pada suatu ketika keri beliau telah hilang dan beliau amat susah hati kerana sekarang musim padi sedang menghijau selepas beberapa ketika ditanam dan perlu dibuang rumput-rumput dicelah padi dan ketika ini racun tidak digunakan,hanya bergotong royong antara orang kampung menggunakan keri serta alatan lainnya. Pada hari berikutnya beliau menemui seorang perempuan tua yang tak dikenalinya, orang tua tersebut menyuruhnya kebendang Puan Puteh kerana didangau bendangnya ada terselit di atap rembia sebilah Keri untuk kegunaannya.
Keri.
Pada mulanya beliau enggan pergi kerana tidak mempercayai kata-kata orang tua itu, setelah dinasihatkan oleh jirannya maka Puan Puteh memberanikan diri ke dangau (pondok) bendangnya. memang benar ada terselit sebilah keri disitu. Tanpa menyedarinya keri tersebut adalah milik bunian, apabila beliau mengambil upah merumput kerja-kerjanya bukan saja pantas tapi ruang bendang yang dibersihkannya menjadi lebih cepat dari biasa. Beberapa ketika Puan Aminah terus menggunakan keri tersebut dan sehinggalah pada suatu hari anak-anaknya bermain dengan keri tersebut serta tertinggal dihalaman rumahnya, serta terus menghilang di halaman rumahnya. Di esok harinya kembali datang orang perempuan tua itu kerumah Puan Puteh dan menyapanya dengan berkata....."mengapa lalai serta menghilangkan keri tersebut ianya tak kan kembali lagi kepangkuan kamu" dan orang tua tu pun menghilang dari pandangan Puan Puteh.
Penulis pernah melihat "Keri" tersebut tiada beza dengan keri kita yang digunakan diwaktu itu, cuma mata keri ini agak lebar dan besar dari keri-keri yang digunakan oleh orang kampong di Telok Bakong dan sepuh antara hulu keri dan keri menggunakan cairan damar, keri ini kelihatan sungguh tajam. Bagi orang kampong telok Bakong ada juga menggunakan cairan plastik sebagai bahan pemeterinya.
* Al-fatihah kepada Hajjah Alang Arpah, Hj Shafie dan Hajjah Wan Lebor dan Encik Ahmad yang bercerita pengalaman mengenai bunian diatas semasa hayatnya kepada penulis.
Dari semua pengalaman ini boleh lah saya rumuskan yang mahklok Bunian ini memang wujud dan mereka juga mempunyai dunianya sendiri. Mempunyai alatan bertani, keris, batu permata emas dan perak, dan sebagainya bahkan dari cerita orang yang berjaya memasuki alam mereka dunia bunian lagi canggih dari kita. Apa yang canggihnya tanya saya kepada mereka ini?...tengok tv pakai parabola, waktu itu proton saga belum ada lagi tapi mereka dah pakai kereta tersebut, makan minum macam kita juga, masyarakatnya serupa manusia juga dan kesurau dan masjid sama macam kita. Tapi masa dan waktu di alam mereka seolah-olah lambat dan perlahan,sehari dialam mereka sama macam sebulan dialam kita. Duit pula ? tanya saya lagi....serupa kita juga dan beliau menghulurkan duit kertas RM1.00 yang dibawa dari alam bunian, saya lihat tiada beza tapi kertasnya cukup halus. Ada diantara kalangan masyarakat kita bersahabat dengan bunian dan menjadi "bomoh" untuk merawat pelbagai penyakit serta menyediakan bilik-bilik khas untuk mereka dirumah masing-masing. Tak kurang juga berkahwin dengan orang bunian ini....wallahhu.
Cuba kita lihat penerangan dari Tok Syeikh ini............
ASAL USUL BUNIAN.
Jika kita memperkatakan Darihal BUNIAN, Kita mesti tahu asal Usul nya dahulu.Bunian ialah Campuran Manusia dan Jin.Saya akan tulis darihal Asal Usul dan Keturunan Jin dahulu.
ASAL JIN.
Jin berasal dari Lidah Api.Jin berada di Bumi sebelum Nabi Adam AS di jadikan. Ulama memngatakan Jin mendiami Bumi 4000 tahun, sebelum Nabi Adam AS.Makhluk paling ramai di Alam Maya ini adalah Malaikat.Kedua nya Jin dan ketiga nya ialah Manusia.Ulama membahagikan seperti berikut.10 Bahagian Mahklok...9 bahagian Malaikat dan 1 bahagian Jin.1 bahagian Jin di bahagi 10 ..9 bahagian Jin dan 1 bahagian Manusia.9 bahagian Jin dan 2 bahagian Jin Islam dan 7 bahagian Jin Kafir.Jin Kafir di bahagi 10 lagi,1 bahagian Jin Kafir dan 9 bahagian Syaitan !!!.Bermakna Manusia adalah 0.01 %,Jin Islam adalah 0.2%, Jin Kafir 0.7%...Kesimpulan nya ...1.Malaikat..2.Jin Syaitan,.3.Jin Kafir.4.Jin Islam dan 5.Manusia.
Bolih kah manusia berkawin dengan Jin dan Apakah Hukum nya dalam Islam.
Banyak Ulama Islam mengatakan, Bolih manusia mengawini Jin.Dan dalam Islam Bolih dan Harus !!!.
Asal Usul Bunian ialah Campuran antara Manusia dan Jin...Contoh terbesar ialah Perkhawinan antara Nabi Sulaiman AS dan Puteri Balqes dan di Nusantara Perkhawinan Raja Nara Singa dan Puteri Purnama Dewi, melahirkan Sultan Ahmad...Sultan Ke 3, Kesultanan Inderagiri.
KELOMPOK BUNIAN.
.
1.Raja dan Puteri...Diraja.
2.Ulama dan Orang Alim.
3.Pembesar...Panglima dan Penghulu.
4.Rakyat biasa.
MAKANAN BUNIAN.
Sama macam kita, tetapi mereka KURANG makan daging atau ayam.Mereka banyak makan sayuran dan cendawan.
UGAMA BUNIAN.
Pada Pengalaman, pendapat Guru Guru saya..Semua Bunian berugama Islam TETAPI ada yang Nakal,minum Arak,Buat Maksiat dan Alim Ulama.Keilmuan Ugama Islam mereka di BAWAH ,manusia Beriman/Alim.Sebab itulah, banyak mereka Belajar di dalam Kuliah Kuliah Manusia.Perkara ini berlaku dalam Kuliah Tasauf saya di Melaka.Guru saya kata pada saya.."Pak Syeikh, ada Bunian belajar, dalam Kuliah kita".Jawab saya !!!Betul, Ustaz ada 3 orang,seorang tua dan 2 orang muda, mungkin anak nya ".Ustaz saya memang tahu, saya memang bolih mengesan kehadiran Makhluk Halus !!!.Saya pernah beritahu beliau (Ustaz) saya, hal ini..kata nya" Itu Laduni keturunan".Wallah hu, saya sendiri tidak tahu dan tak pernah belajar pun !!!.
Bolih kah Bunian Merasuk Kita !!!
Bolih !!!.Jika kita menggangu mereka, mereka akan merasuk kita.Tetapi bagi saya, bab bunian merasuk ,senang kita ubatkan !!!Bab mereka SYOK kat kita....ini sukar sedikit nak ubati !!!.
Apakah Yang Di takuti olih Bunian !!!
1.Paku Wafak.
2.Tahi Besi.
3.Kayu Penunduk Gunong Merah ....hanya tumboh di Puncak Gunong Ophir sahaja.
4.Doa Nabi Sulaiman AS....Kena belajar kat saya....
Dalam banyak kes, Bunian memang tidak merasuk kita.Mereka banyak yang membantu kita.Tetapi bagi Saya pula, Saya tidak MENGHARAP KAN mereka kerana Saya takut TERMAKAN BUDI !!!.Bagitu juga Pendapat Guru Guru saya.Lebih baik kita kuat kan Amal dan Zikir dan Terus Mohon Pada Allah SWT.Hanya 2 kes sahaja saya jumpa, Bunian merasok Orang.Kedua mereka ini Remaja lelaki dan yang merasuk nya, Bunian Perempuan !!!.Seorang dari Remaja ini, mengambil Batu di Pantai Batu 4, Port Dickson dan seorang lagi mengambil Ikan di Pantai yang sama juga !!!.
108 ulasan:
sy xtau ni kisah benar atau x...sy brkawan dgn bunian...die citer mcm2 kat sy yg psl dunia bunian....sape ktua penghulu...ketua pnghulu tggl kat mane...rumah ketua pnghulu bsar mane...ade bape drjat bunian ni...die byk bntu sy...mase ketua pnghulu mninggal, mmg hujan lebat...peneraju alam bunian adalah Islam...menuntut dgn syeikh dr arab melalui mmpi...
Dunia Bunian.....jika berkawan dengannya kita sendiri kena kuat keimanan dan mendalami ilmu agama kerana diri kita adalah sebaik-baik kejadian dialam ini. Jangan terpengaruh olehnya tuan............................
mungkin ilmu agama sy kurang dan tidak mngetahui lebih lnjut mngenai alam bunian..tp dia juga slalu mrendah diri dgn ngatakn manusia lbh tggi darjat dr bunian..agamanya Islam..berkali mngingatkn sy ttg solat dan ilmu alam serba sdikit..ketua penghulu kini tggl di dlm msia katanya...kwsan prhutanan di ngri 9...mgkn btul atau mgkn tidak...sy tidak mmprcayai 100%..cuma sy ingin tahu kebenarannya..ada byk pnghulu bg stiap puak...tp ketuanya ada 1..kire mcm pnasihat kpd agong..sjauh mana kebenarannya? hanya Allah dan org yg mngetahuinya sj yg tahu sjauh mana benarnya..
kebenaran yang tuan nyatakan didalam banyak peringkat,alam mistik dan ghaib ini mesti ada panduan untuk malayarinya, umpama internate juga. Saya kira tuan ada pengalaman tentangnya bukan sahaja di N9 tapi di banyak lokasi,seperti kata Tok Syeikh...ada raja bahkan negeri dan wilayah.Puak serta kaum juga di susuri dengan peringkat dan tarafnya.......wallahu....
Saya khairol anuar berasal dari perlis..saya sudah lama mengikuti pengkebangan tentang alam2 ghaib ni...dihati ini teringin sangat nak bejumpa atau pergi ke alam bunian..sekadar nak melihat kebesaran Allah S.W.T...satu hari saya pasti pergi..dan saya akan pergi..itu janji saya!
Saya akan belajar mengenainya...kerana ilmu manusia tiada batasnya..0125993964
Tuan Khairol,
Kenali dulu alam bunian/Jin dengan mendalam dan jika berkesempatan barulah menerokai alam itu kerana mereka banyak tipu daya dan kesesatan didalamnya.
salam yoep..awak nie orang lambor kg. talang je..dgor citer yeop.. baru awak tau ade kg. bunian dekat2 situ..benor betoi ke..
Waalaikumusalam,
Mike ni yeop teman orang Telok Bakong pun tau tempat tu, ini kan pulak mike berulang alik menyeberang taliayor nak ke Talang tu ari-ari.......dizaman teman renik dulu ayah teman ada nunjukkan tempat ini dan sejarahnya beliau menoreh di Talang....
Pernah di'ganggu' bunian di kaki GUNUNG DATOK, REMBAU sewaktu berkhemah tanpa saya sedari saya bangun dan berjalan menuju ke dalam hutan...nasib menyebelahi ade seorg yg berjaga malam membantu menyedarkan saye dalam dalam keadaan separa sedar tersebut....
saya melihat di keliling saya terdapat 3 org berjubah putih merenung tepat ke arah saya....
Alhamdulillah selepas kejadian itu saya mengmbil inisiatif untk mmpelajari serba sedikit tntnag alam ghaib untuk melindung diri dari perkera sedemikian....
Saudara Izwan Ikhmal, tempat yg tuan nyatakan tu...kalau mengikut seseorang yg saya kenali, terdapat tiga puak... dekat situ. Yg tuan jumpa tu mungkin salah satu dari masyarakatnya....'wallahualam'
Kaum bunian ape yg wujud di bukit lrut? Mintak tlg blas
Mohon maaf tuan, Bukit Irut tu kat mana ?
Bukit larut taiping..
Mohon maaf sekali lagi tuan, saya tiada kepakaran untuk menjawab soalan berkenaan.
bagaimana kalau terpijak atau tersepak barangan mereka, ada yang sakit kaki susah nk baik macamana tu.
kes macam ni kena jumpa perawat islam yg mahir, kerana kami sendiri pernah melaluinya. Dekat sendi kaki diletak getah sekerap dan berjalan je sakit...kerana kononnya kita tersepak anaknya...banyak taik minyak dia. Kes begini perlu penelitian tuan, kekadang pihak jin ni sering menipu.....
perhitungan hari alam manusia dan alam bunian..mohon fakta..
rasanya saya tak berkelayakan untuk menjawab persoalan tersebut...tuan kena rujuk kepada yg arif...
mohon pandangan jika seseorang itu bersahabat dengan bunian...dan pohon komen tentang satu movie tentang alam bunian yang bertajuk "sembunyi amukan azazil" harap dapat memberi sedikit ilmu untuk dikongsikan
kenali dulu alam Bunian ini, baru boleh kita cerita tentangnya. Ini kerana pihak jin-jin juga boleh menyamar sebagai bunian. Jika kita rujuk kepada Tok-Tok guru agama yg alim dan berpengalam mereka menasihatkan kita menjauhinya, dan jika dah berkawan dan terlibat dengannya sila berhati-hati...tentang movie tu saya tak tengok dan tak dapat nak mengulasnya.
salam,
Saya cadangkan saudara dengar "Perbualan terakhir dengan Puteri Sari" di youtube.
Waalaikumusalam,
Yang tu rakaman, cari yg live tuan.........
Haha ye2 jew bunian nie wujud..x cye lngsung..tu sume mainan syaitan jew.
Terserah tuan....
ni pengalaman pakcik aku di melake..bkan pgalaman ak..tp die pernah la bercerite peglman die terserempak dengan bunian ni. Pakcik ak ni tiggal kt sbuah kampung di daerah alor gajah, cerite die mcm ni, hidup kt kg biase la pakcik ak ni ade menternak kerbau dan tiap petang dia akan jemput kerbau2 die ni tuk pulang ke kandang..pagi lepaskan kerbau ni tuk makan, then petang halau balik..mcm tu la rutin die tiap hari. dipendekkan cerite, satu petang tu die xtaw knape kerbau die bleh pegi makan jauh sgat sampai kt dalam sebuah ladang kelape sawit yg kire2nye mcm baru nk tanam la…kelape sawit tu bersempadan dengan hutan simpan. so die ni pn pegi la halau kerbau die ni tuk pulang mase tu lebih kurang pkul 7 lebih la..senje dah la mcm tu ditambah pulak dgn hujan renyai2…tbe2 die trhidu bau yg sangat wangi…lbih kurang mcm bau pak haji nk g masjid tu …yes bau minyak atar..tp die kate lg wangi dari tu..ha bleh bayang x..haha…senje2 bau pelik2 plak ape lg die terus bergegas la nk balik kerbau tu esk punye cerita…time die cemas nak balik tu la tibe2 die trserempak dengan makhluk tu….time tu die ckp due2 tergamam bunian tu tgamam pakcik ak pn trkaku..sbb due2 tekejut..pakcik ak ckp bunian tu berdue, sorg lelaki sorg perempuan..ak tnye la mcmne rupenye cantik ke…die ckp die pn xtaw nk gmbrkn mcmne..die kate mse terserempak tu pasangan tu tgh bjalan smbil yg prmpuan tu peluk tgan lelaki tu..bekepit la mcm tu…bile trgamam tu dorg trus brenti dan toleh pakcik ak dengan pandangan yg xbleh die lupekan xbkelip mate dieorg…senyum x…marah pon x… pakcik ak kate lg due2 bunian tu nk kate cantik tidak…nak kate xcantik pn tidak..mmang die xbleh gmbarkan macamane..mmang xkn jmpe rupe tu dalam alam kite nak samekn mcm siti nurhaliza ke siti saleha ke..mmang xbleh lawan…ha hambik ko bleh bayang x cane rupe die….pakaian die plak pakcik ak ckp pkaiaan org lame jawa….yg lelaki ade pkai songkok yg org jawa pakai tu ape name tah…baju pn bju batik jawa…yg perempuan tu pkai baju kebaya lama jawa semua brcorak batik jawa…ak rase bunian jawa kot hehe…lepas tu pakcik ak terkaku xbleh ckp ape2 bile dah brtentang mata mcm tu…bunian 2 org tu tenung pakcik ak xsmpai 15 saat dieorg toleh dpan and terus bjalan smbil yg pompuan tu dok kepit tangan lelaki tu…pakcik ak still mcm tu tgamam lg smbil tgk dorg pegi terus masuk dlm hutan simpan tu…
ak ckp kt die tu indon keje kt klape sawit tu kot…die kate xde kotor tanah ape pn kt bju die kain die basah pn tidak sdangkan time tu ujan renyai…n nk g mane dlm utan simpan tu…mse tu hr pn da nk gelap…lepas bunian tu dah xnmpak lg dlm hutan tu bru la plahan2 pakcik ak jalan balik die bingung lg time tu xlari mcm org nmpak hantu…smpai kt umh pakcik ak cite kt mak die, terus kene bebel dgn org tue tu.. tu la da senje2 dok dlm rumah…tu org tue2 dok kate mcm tu kn sbb senje adalah mase pertukaran untuk makhluk halus..mcm shiff la..kite shiff siang…dorg shiff malam….sejak haritu ade sikit perubahan la kt pakcik ak ni…mak die ade cite pakcik ak ni da smakin pndiam….suke dok kt pangkin dpn umh sorg2 temenung…xtaw la ak kn…smpai skang die masih mcm tu…tp ble kite bkak cite pasal bunian ni die akan cerite dgn pnuh smangat…tp kne pndai2 la cungkil sikit2..mcm ak buat ni..hehehe…ade atok tu ckp kawasan yg pakcik ak pegi tu mmang ade perkampungan die….penah zaman 60an dulu atok tu cite bunian ni baik2..suke tolg manusie…atok tu kate mase zaman die mude dulu ade pnah org kmpung masuk hutan cari kayu api..zaman tu org kampung susah xdak dapur gas la…lepas da ikat2 kayu api tu dgn rotan pakcik tue tu pikul la satu2 kayu api tu bwak balik rumh…ade lbih kurang 10 ikat kayu api atok tu dpt tp atok tu dpt bwak 2 ikat je…satu ikat pon dah satu pemeluk saiz die kyu api tu bile diikat…xpelah ulang alik la angkat…sampai je kt rumah atok tu , atok tu trperanjat tgk yg lapan ikat kayu api td da sampai kt rumah die siap tersusun cantik je…..atok tu mule cemas tgk kiri kanan…tbe2 atok tu trdengar suare lelaki bcakap, “ kalau nk mintak tolong lg bg tahu lah ye tok ” tp orgnye xde..suare tu dekat sgt….xlogik sorg lelaki boleh bawak lapan ikat kayu api dgn mcm tu pnye pantas..dan jauh…tula atok tu ckp..mmang btol la jin ni kdang2 ade yg baiknye…ade yg jahatnye..ape pon die ttap makhluk Allah kite berkongsi tuhan yang same..alam je berlainan…tp ciptaan kite manusia lebih mulia dari jin….ini cerita benar dari org2 lama…kalau berbohong orang2 lama tu…berbohong la aku…kita sebagai org islam wajib percaya pada sesuatu yg ghaib itu..Waalahu a’lam
Alhamdulillah, terima kasih kepada tuan yang mengirim cerita ini untuk kita kongsi bersama pengalaman pak cik beliau dengan bunian. Memang ada yang menolong sebegitu kepada orang yg hatinya lurus dan amanah.
cam ane klau kte hnya nk brkwan ng dia,, , ,sbab ak nk sgt brkwan ng dia,, ,
Ngaji dulu tuan......
Saya dilahirkan tidak berhijab .. mungkin kerana keturunan sy atau kurniaan Allah semata .. ingin sy tanya pernah anda melihat wajah sebenar mereka? tidak sama sekali seperti yang di war war kan .. kononnya cantik dll .. tidak dinafikan mereka mempunyai kerajaan tersendiri tapi wajah mereka tidaklah sama seperti yang diceritakan oleh atok nenek moyang kita yang terdahulu .. itu hanyalah jelmaan semata mata .. tapi kehidupan mereka sama seperti kita .. kita adalah sebaik baik ciptaan Allah :)
Tuan,
Rupa bentuk dan bilangan alam mereka cukup banyak, kata nenek moyang kita dulu tu betul dan yg jelmaan tu pun betul. Cuma jika tuan ada filter (penapis)rupa sebenar mereka akan terlihat,ciptaan Allah semuanya. Benar...sebaik baik ciptaaNya adalah Manusia.....
Salam semua,
ku ingin kongsi cerita dari kawanku tentang pak ciknya yg berkawen dgn bunian.
terpulang untuk percaya atau tidak, ku hanya mendengar sahaja apa yg kwnku cerita sebagai mengisi masa lapang ekekeke.
Menurut kawnku ini pakciknya telh berkahwin dgn puteri bunian dari pulau besar melaka, pakciknya tgl dimasjid tanah melaka dan selalulh ulng alik ke pulau besar untuk berjumpa dgn isteri bunianya smpi waktu sekarang nie 2014 masih lg ulang alik dan diberitahu sudah mempunyai anak. Dan yg lbh mengejutkan pakciknya juga adalh keturunan sultan melaka dan bakal menjadi sultan melaka nanti dan pakciknya beritahu harta karun dipulau nangka i2 masih x dapat dikeluarkan smpi sekarang jika x cari dia dan tabalkan dia sebagai sultan melaka. panjang critanya lg ada juga mimpi didatangi sultan melaka mangkat dijulan ekekeke.. ku hanya mendengar sahaja dan kongsi sedikit dgn korang.
-NWO-
Kg Bunian di P.Besar dekat Padang Golf tu bersebelahan dengan batu tengkorak, kata Pak Cik saya dulu la....
En....boleh bertanya....saya perempuan...kalau kita pergi berjmpa pakar perubatan islam.....dn dia tafsirkan kita didamping seorg puteri bunian yg ckup lawa..memakai mahkota..ibarat puteri...adakah salah disisi undg2 Islam..perlukah saya percaya...
dan saya diberitahu bunian ini boleh dibuang dr badan saya....perlukah saya buang...
utk mngetahui lebh lanjut...en bg alamat emel..saya akan berhbh dgn en.
Alamat e-mail saya ada di muka depan blog, disebelah atas...aisbatu2003@gmail.com.
Terima kasih encik Mohammad Ridhuan kerana memberi komen dalam blog saya. Antara mereka yg menghubungi saya adalah mereka yg terlibat dengan bunian dan makhlok seumpamanya, dan sedikit sebanyak bantuan pemikiran & pengalaman perlu dihulur dengan panduan Al-Quran dan Hadis supaya mereka tak menyimpang, kerana yg terlibat saja dengan masalah ini mengetahui duduk perkara.
salam tuan maaf bertanya adakqh bunian juga makan buah durian macam kita.? ini kerana saya pernah mengalami peristiwa buqh durian di ambil bunian.
ianya berlaku di kg tg dedalu parit perak..
Waalaikumusalam tuan Firdaus,
Mungkin juga tuan tapi yg pasti mengambil atau mencuri durian atau padi itu ada teman dengor.Sebab teman pun dedulu nunggu durian di tepi bendang tu, sesedor je buah ade luruh tapi dicari udah tak mandang. Kate orang tertua dulu bunian ni mencuri boleh tapi nipu tak boleh........
Gunakan e-mail saya aisbatu2003@gmail.com
Assalamualaikum Tuan.
Sy Azman, sekadar ingin bertukar maklumat. Betul ke bunian ade Raja?
Mana firaun pakai Sultan.
Mana bunian pakai Raja.
Sebab sy slalu dgr dr org tua-tua mereka hanya ada penghulu.
Dan khabarnye Puteri Gunung Ledang bukan penghulu di Gunung Ledang. Hanya bunian biasa sahaja yg diberi nama puteri oleh masyarakat tempatan.
Waalaikumusalam,
Penghulu adalah ketua dan ketua juga merupakan raja, cuma bahasa dialam mereka tidak sama dengan alam kita. Mungkin tuan tak setuju......Puteri Gunung Ledang adalah manusia biasa bukan bunian....
Abg sy selalu travel sorang2 pada peringkat awal bisnes beliau pd tahun 1984.Oleh krana terlalu penat selepas menghantar barang kpd pelangannya di Kuala Kemaman,beliau mngambil keputusan utk tido di sebuah surau lama di situ..nk mncari hotel pun dia dh tk larat...lagi pun bleh save bajet fikirnya...ketika tido di situ dia mimpi ada sorng tua brjubah putih dtg mmberiatu dn mnyuruhnya pergi mngambil barang di kuala sg kemaman mlm tu gak..siap digambarkn juga lokasi tmpat barang trsebut..sjurus selepas trsedar,abg sy yg memang berani itu pergi ke tempat yg di suruh oleh org tua di dlm mimpi td...alangkah trkejutnya bila didapati barang trsebut adalah sebongkah batu permata zamrud yg kelihatan brkilauan didlm air...selepas membaca selawat spt yg diajar,abg pn mngambil batu tersebut..Abg mmbahagikan batu trsebut kpd semua kami 7 beradik..sy dpt sedikit dn dihantar ke kedai emas utk dijadikn cincin.kbetulan semasa itu sy dh nk brkahwin,maka cincin drp permata zamrud trsebut dijadikan hantaran kpd pihak lelaki...sampai skrng cincin itu ada lagi dn dijadikn pusaka krana pemakainya telah kembali ke rahmatullah....tetapi hingga kini sy masih trtanya2,siapakah lelaki brjubah yg diceritakn abg sy dulu...adakah bunian atau jin..Wallahuaklam
Begitu beruntung dengan rezeki zamrud berkenaan, semuanya dari Allah...bersyukur lah.....
Assalammualaikum.maa tanya. Sy pernah terhidu bau ikan goreng ketika bermalam di gunung pulai seorang diri.dulu pernah berbual dengan wanita yg menurun nenek kebayan..dia panggil saya dengan gelaran PUTERA.
Waalaikumusalam,
Ada beberapa perkara atau kejadian yg serupa dialami oleh pelayar blog Sumpahan Tok Kadok, tapi selalunya ia bukan bunian...ianya penyamaran dari mahklok jin... pada hemat saya mungkin tuan juga turut tidak terkecuali.
Saya ada ramai juga sahabat bunian di pulau langkawi....semuanya berbangsa asli dari indonesia....beragama islam.....sudah ada disana...ketika zaman mahsuri lagi...berumur rata rata 140 tahun.
Satu petunjuk....sesiapa yg menziarah makam mahsuri....dgn niat dan hati yg baik...dan bersedekah alfatehah.....insyaallah akan dapat menghidu....kesegaran haruman bunga mawar.......walaupon pokoknya tiada disitu....
Memang benar kata saudara tu, saya baru balik dari sana, haruman bunga mawar menusuk hidung dipersekitaran makam.
Baru2 ini saya ada saka. Msa saya sakit sya dibantu oleh seorg wanita..mungkin beliau bunian kerana org lain tdk dpt mlhat dpn mata ksar.hanya sya shja dpt mlihat..dia kata nmanya sharifah.anak raja. Tmpt tgglnya ada di hutan bdkatan dgn kwsn rumah sya.
Adakah bunian pakar tntg prubatan islam.?
Mereka pun macam kita ianya mahklok Allah, ada yg pakar tentang perubatan serta operate batin. ianya tak mustahil dan kekadang mendampingi manusia untuk mengubat orang.
Assalamualaikum.
Saya Azman. Akhirnya sy temui jawapan mngenai Puteri Gunung Ledang. Beliau merupakan Puteri di seberang yang merajuk akibat perbuatan curang. Beliau ke ledang yang merupakan sebuah pulau sebelum ini bersama beberapa dayang dan menetap disana.
Waalaikumusalam,
Pelbagai jawapan yg ditemui....terserah...
asm
Saya mengalami perkara ini sudah lama. Setiap kali pulang kerumah, atau pergi mana mana, masuk bilik tak kira siang atau malam akan terbau wangi. Hanya apabila membaca surah barulah wangi tersebut akan hilang. Tetapi ia kembali pada hari yang lain pula. Saya pelik dari mana bau ini datang, tetapi bau nya lebih hebat dari wangian yang sering kita pakai.
Assalammualaikum. Dulu saya suka bermain dibelakang rumah, duk lepak kat paya tu. Tiba-tiba. Saya tersentak tak sedar diri dan terus mengaum seperti harimau. Dah saye pernah nak kena tarik beramai ramai dengan , seingat saye macam hulubalang tak pakai baju. Mereka hanye berseluar macam pakaian silat dan pakai selendang merah, n pakai tengkolok kepala. Pernah jugak tibe2 asap putih muncul berdebu n saye tibe menari2 Macam berbaris mengadap orang besar tak tahu lah raja ke penghulu. macam macam benda yang saya pernah alami.
Waalaikumusalam,
Tuan asm dan Norsafuan Narihan, untuk mengenali alam atau persoalan yg tuan-tuan hadapi lebih baik rujuk ke orang yang lebih arif kerana pada pandangan saya mereka bukan mahklok bunian.
tuan aisbatu sila ulas berkenaan kerajaan di puncak gunung jerai kedah darul aman
Ejat Lee,
Terima kasih kerana melayari blog saya. Mohon maaf, saya tak pernah kesana dan tak tahu pula cerita berkenaan.Mungkin boleh bertanya kepada sesiapa yang pernah berkunjung serta tahu cerita nya.
Assalam tuan aisbatu.. saya tertarik untuk bertanya.. apakah pendapat tuan tentang kerajaan2 bunian yang berperang antara satu sama lain? Ditakluk dan menakluk?.
Waalaikumusalam,
Kalau ditanya saya tentang itu,saya tak mahir untuk bercerita tentang peperangan berkenaan.
salam. bagaimana jika bermimpi ada yg myuruh smbelih ayam bwarna hitam?
Waalaikumusalam,
Abaikan saja tuan.......
Assalammualaikum Tuan,
Saya pun nak cerita juga pengalaman saya,
beberapa tahun yang lalu saya menyewa rumah di putra perdana puchong.
Satu malam tu saya pergi mermain boling. habis main boling kira-kira pukul 11 malam. saya balik bersama kawan saya dengan menaiki motor. dalam perjalanan pulang, motor saya pancit. dah tak jauh jarak rumah saya ada la dalam 1 kilomiter lebih lagi. menolak la motor dengan kawan saya. dalam perjalanan itu bunyi anjing menyalak mendayu-dayu, macam Nampak hantu. Tiba- tiba lalulah seorang brother ni menyapa. "kenapa Adik? Pancit ke?" sayapun pengiyakan. dia mempelawa saya dan kawan saya untuk menaiki motornya sehingga ke taman perumahan saya. sementara dia menolak motor saya berseorangan. "Kesian kamu, mesti penat. takpe bawaklah kawan kamu balik. nanti jumpa saya kat depan" oleh kerana kepenatan saya pun setuju. saya bawak motor dia dengan laju supaya cepat sampai. dalam perjalanan saya terasa motor brother tu sangat berat! macam pikul guni beras plk. setelah saya hantar kawan saya kerumah, saya pun patah balik untuk mengambil motor saya. Alangkah terkejutnya saya bila saya mendapati brother tu dah sampai di simpang 4 depan taman perumahan rumah saya. saya pun pelik, takut. macam macam soalan saya Tanya pada dia. "macammana abg sampai sini dgn cepat? abg buat macam mana?" dan dia mengelak untuk menjawab. saya Tanya lagi soalan. agaknya dia marah dan dia cakap "Kenapa? Ada masaalah ke adik?" hehe.. saya pun berjabat tangan dan mintak maaf dgn dia dan tukar motor dgn dia. Dia pun tak minta sebarang bayaran pada saya.
Persoalannya Tuan : adakah dia juga mempunyai ciri-ciri bunian?
Waalaikumusalam,
Tidak, itu bukan bunian tapi mahklok lain.......
Alamak.. bukan bunian? pada hemat tuan, agaknya apakah makhluk itu?
Macam cerita "Jangan pandang belakang tu" mahklok Jin.
Pernah jugak terserempak..mereka hidup macam biasa..memang satu color aja diaorang ni
salaam tuan, saya ingin bertanya.. 4 hari lepas saya ada ke rumah kawan di kg kemensah hulu kelang.. ketika waktu maghrib selepas azan berkumandang saya keluar rumah utk berwuduk.. saya terpaksa gunakan air tangki di luar rumah kerana rumah kawan tu ada paip utama bawah tanah pecah dah lebih kurang 3 bulan dan sedang menunggu kontraktor yg membina rumah tersebut utk membaikinya lantaran masih dlm warranty.. Sewaktu mengambil wuduk, air drp tangki tersebut berbau wangian daun pandan yg sgt kuat, malah anggota yg di basuh juga berbau pandan. Selepas mendirikan solat, saya pergi semula bagi memastikan samada bau tersebut masih ada lagi @pun tidak.. sesampai saya ke tangki berkenaan bulu roma saya berdiri namun tiada sebarang perasaan takut @pun seram.., namun saya dapati bau tersebut sudah tiada lagi.. Kawasan rumah adalah di penghujung hutan dan di persekitaran tangki terdapat rimbunan pokok2 buluh yg byk & tinggi2 di atas bukit berdekatan dgn tangki tersebut Jenis buluh adalah yg selalu digunakan utk membakar lemang. Apakah itu adalah keberadaan org bunian..? tkasih. salaam
Waalikumusalam,
Tuan Naserrshah...jika diteliti bauan pandan ini biasanya tiada kaitan dengan "mahklok Bunian" dan tiada juga apa-apa yg berkaitan dengan Jin dipersekitarannya.
Saya rasa, saya sedang mengalaminya. Minta pkcik ajar saya doa nabi sulaiman A.S .
Kalau doa Nabi Allah Sulaiman dlm internet pun ada Affan dan mintalah kepada imam,guru agama dan orang yg arif tentangnya.
Assalamualaikum. Sy nk tanya tuan mengenai mimpi yg sy dpt ketika umur 9 tahun. Sy masih igt lg mimpi itu dan juga sy pernah melihat suatu susuk penampakan yg sy kira mungkin bunian? Sy tinggal di Bukit Beserah terletak di Beserah, Kuantan. Belakang rumah sy ada hutan yg masih belum diteroka. Umi sy ada tanam byk pokok serai belakang rumah utk kegunaan memasak. Sy selalu lah main kat hutan belakang rumah tu. Main masak2 lah, main seruling lah. Hehe.. Suatu pg tu lebih krg pukul 6, umi dh siap2 nk hantar sy naik bas sekolah. Waktu umi tgh kunci pintu, sy dh turun ke bawah rumah dan serentak dgn tu bau wangi serai menerpa hidung. Sy toleh ke arah serai belakang rumah tu nampak seorang datuk berjubah putih wajahnya tak jelas dek cahaya putih/kuning pd wajah dan badannya. Dia melambai memanggil sy tp sy tak pergi sbb takut. Sejak tu sy kerap mimpi datuk tu yg mengajak sy ke alam dia. Dia tunjuk alam dia mmg cantik sgt. Ada sungai cetek yg tak begitu lebar mengalir perlahan dgn batu putih bersusun di tepian sungai, rumah mereka satu warna je, rumah kayu cat kuning cair, pakaian mereka semua satu warna je. Di beranda rumah ada yg mengaji, ada kanak2 bermain. Jarak rumah ke rumah dekat2 dan ada pokok besar tumbuh bersusun di sekeliling rumah. Datuk tu ada kata ingin memberi sy geliga setelah cukup umur sy. Dia pesan jaga hati, jaga solat selalu mengaji nanti tok dtg lg tgk cucu. Dia ada beritahu perkampungan dia di suatu bukit/gua di Perak. Dia kata boleh cari dia disitu. Sy tak tahu bila last mimpikan dia tp sampai skrg tak pernah mimpi dia lg. Sy pn dh pindah ke tmpt lain. Hutan belakang rumah dh dibersihkan utk buat projek kerajaan. Sy skrg umur 25, perempuan. Tp sejak mimpi bertemu atuk tu, sy blh mengurut org dan boleh kesan sekiranya tmpt itu ada makhluk halus walaupun tak dpt nampak. Menurut pendapat tuan, apa jenis mahkluk yg sy nampak itu? Sy tak percaya 100% kata-kata dia kerana jin/syaitan penuh tipu muslihat dan ingin sesatkan manusia. Cuma ianya akan jd satu kenangan dan juga buatkan sy percaya bahawa kehidupan mereka juga sama seperti kita.
Jika ingin tahu lebih lanjut sila e-mail ke aisbatu2003@gmail.com dan disitu boleh saya jawap persoalan saudari.
Assalamualaikum Saya masa umur kecik sampailah, umur belasan tahun...asyik nampak benda yg menakotkan dan saya jugak pernah nampak perempuan cantik pakai baju kebarung duduk di buaiyan, dibelakang perempuan tu,tersergam rumah Melayu tapi macam bentuk minang kabau...keadaan tu dekat tasik permaisuri cheras, perempuan tu senyum dan saya tak tahu kenapa saya boleh nak pergi ke dia tapi kawasan tu hutan, sebaik lah kawan saya tarik tangan saya...dan saya jugak selalu dapt imbasan apa yang akan terjadi masa akan datang...tanpa sengaja, saya jugak pernah dpt imbasan pasal Singapura bergaduh dengan Malaysia pasal air tapi benda tu memng berlaku semasa najib memerintah tapi imbasan tu saya dpt 5 ke 6 tahun yg lepas...syaa pernah cakap ngn abh...dan sya jugak dapt imbasan benda yg tak elok akan jadi pada diri saya....
Manusia biasa tidak dapat melihat jin... Kecuali bangsa dia sendiri iaitu jin
Rupanyer saya dah lama sakit,sakit kena sihir dari kecik, semua famly saya kena sihir,orang yg sihir kawan baik.bapak saya,dia seorang bomoh dan dia tau bapak saya
Tahu ilmu perubatan tapi bapk saya tak ambik...ketua jin yg dia letak dlm badan saya,dan sya akan sebarkan penyakit tu dekat famly saya,dah banyak orang saya pergi berubat masih sama...sya letih bukan 1 atau pun 2 tapu ratusan jin dlm badan saya,pernah saya cakap saya dah putus asa, sya nak menyerahkan diri saya kepada jin tu tapi abah suruh kuat..kami berperang dengan dewa dewa jin
Mereka kenbanyakan pengikut dajal....saya lemah sgt sgt
Minda saya telah terkunci dari kecil.buat masa ni abh yang tolong saya mengubat syaa sikit sikit dengan bantuan
Allah.. Hari hari saya penuh mimpi yg mengerikan, ada je makhluk nak tembusi bentang perlindungan saya...yg saya telah buat untuk rumah saya...jadi tempat paling selamat dalam.umah saya,dari dlm saya nmpk percubaan jin jin yg hendak menembusi bentang tersebut tapi gagal,adakala bila saya marah tersendiri saya telah berubah jadi org lain...saya telah dikawal 100% jin itu suara sya bertukar
Susah saya nk ceritakan....saya terima semua jalan kehidupan yang Allah da tertulis sejak saya lahir ke dunia
Waalaikumusalam,
Cik Alia, terlalu peribadi untuk kita perkatakan dalam komen disini dan seeloknya cik Alia gunakan e-mail saya diatas (aisbatu2003@gmail.com)untuk kita bertukar pandangan tentang mahklok yang menganggu cik. Sihir, saka dan gangguan mahklok berkenaan sukar dinyatakan, harap bersabar dengan ujian Allah ini. Pegang kukuh aqidah kita supaya tidak menyelewing dari landasannya, semua alam yg cik lalui adalah ciptaan mahlok berkenaan dan tumpukan pada alam hakikat yg nyata ini dan pedulikan alam ciptaannya (mahklok jin) kerana mereka hanya menipu.
assalammualaikum tuan...saya nak bertanya tentang masalah ayah saya..
ramai sahabat ayah saya yg boleh nampak perkara ghaib ini mmbrithu kpada ayah saya..bhawa ada satu mkhluk yg mnjaganya....ttpi apabila dsuruh brinteraksi oleh ayh saya...rmai rakan²rakanya mmbritahu bhawa..mkuk itu baik...tetapi mmberi amaran kepada mreka agar tidak mngangunya....mkhluk itu diberi gmbaran..mmpunyai serban yg agak besar srta brjnggut putih yg pnjg....kmudian seorang lagi..mmpunyai brg kemas yg bnyak di tngannya...mreka britahu ayh saya..mkhluk ini suami dan isteri..
boleh tuan beritahu siapa mereka ini???..klau tdak kberatan tuan bleh whatsapp say??
https://www.wasap.my/01136157383
Waalaikumusalam,
Saya lebih selesa tuan hubungi saya melalui e-mail aisbatu2003@gmail.com
Banyak fakta salah disebut di sini. Ingin saya perbetulkan pemahaman dan pengetahuan anda mengenai alam ghaib.
Sebenarnya bunian adalah bunian. Bukan dari keturunan jin atau keturunan campuran jin bersama manusia. Bunian juga salah satu daripada makhluk ciptaan Allah. Bunian diciptakan daripada sedikit cahaya, sama seperti malaikat. Tetapi bunian bukan malaikat. Cuma berbezanya adalah Para Malaikat tiada jantina, tidak makan, tidak minum dan tidak tidur manakala Bunian pula sebaliknya. Mereka berkeluarga, makan, minum dan tidur seperti manusia. Bunian mempunyai sayap sama seperti malaikat. Akan tetapi bunian mempunyai mahkota yang tumbuh semulajadi seperti tanduk rusa. Alam bunian bukan di bumi tetapi di langit iaitu alam kayangan. Bunian diciptakan oleh Allah untuk menjadi rahsia Allah dan tidak boleh memuncul dihadapan manusia. Oleh itu, sejak dahulu kala sehingga kini, baru muncul satu-satunya manusia kacukan bunian yang di izinkan Allah untuk dilahirkan dan bersuara membetulkan salah faham umat Adam, iaitu "Puteri Nur" (http://www.superkiram.net/2017/08/18/inilah-wajah-sebenar-puteri-nur-satu-satunya-manusia-kacukan-bunian/).
Bunian juga tidak memberi harta kepada manusia. Manusia yang ingin pertolongan, perlu hanya meminta kepada Allah sahaja dengan berdoa dengan baca surah al kahfi, bunian akan membantu memberi lorong jika Allah perintahkan tetapi bunian tidak memberikan harta bunian kepada manusia.
Sebenarnya, apa yang dikatakan oleh orang ramai selama ini mengenai masuk ke alam bunian, berjumpa bunian, ternampak bunian, anak dalam kandungan diambil bunian, disembunyikan bunian itu semua bukan angkara bunian tetapi Iblis, jin kafir dan qarin. Setiap manusia dilahirkan bersama qarin dan qarin-qarin inilah kebanyakannya ke hutan dan membina kerajaan masing-masing. Hanya qarin Rasulullah saja yang islam. Banyak manusia merawat menggunakan qarin. Malah ada manusia yang disembunyikan qarinnya sendiri. Kerana sifat jin itu sendiri suka berjenaka dan amat nakal. Manakala iblis pula membenci manusia dan bunian. Jadi untuk memberikan salah faham mengenai bunian maka iblis dan jin-jin kafir berlakon memakai serban putih, janggut putih dan berjubah putih menyamar menjadi bunian. Kerana manusia memandang orang yang berpakaian serba putih, berjubah putih itu adalah orang alim dan waraq. Malah kampung yang dikatakan kampung bunian juga adalah kampung jin kafir. Kerana bunian tidak tinggal di bumi tetapi tinggal di langit.
Manusia dari dulu sehingga kini, masih syirik kepada Allah apabila menyeru dan meminta pertolongan jin. Dalam perawatan tidak boleh menggunakan perantaraan contoh seperti keris, dan bila manusia manusia menggunakan barang perantaraan ini, jin kafir seronok kerana manusia telah syirik. Manusia hanya boleh meminta pertolongan Allah dengan berdoa. terus kepada Allah saja. Ada manusia merawat manusia lain menggunakan keris dan kadang ada yang kononnya membunuh jin dengan menyembelih jin menggunakan keris itu, itu tidak logik, kerana hanya Allah boleh mengambil nyawa makhluknya dan manusia tidak boleh melihat jin atau iblis itu.
Allah memerintahkan semua makhluk bersujud kepada Adam termasuklah bunian, cuma iblis enggan kerana mereka merasa megah mereka diciptakan daripada api yang berwarna-warni, manakala Adam daripada tanah. Manusia di angkat Allah sebagai makhluk paling mulia. Iblis berjanji untuk menyesatkan umat Adam sehingga hari kiamat dan berjaya membuatkan habil dan qabil berbunuh. Oleh itu Allah mencipta bunian, untuk berdamping dengan Adam agar manusia dapat membiak, setelah habil dan qabil berbunuh. Bagaimana manusia hendak membiak dengan sendiri? baru membiak sudah berbunuh di tanah Somalia. Kerana itu Allah menyumpah tanah Somalia dan tanah itu tidak subur.
Semasa hujan dan petir, ketika itulah Raja-raja Bunian bersama-sama para malaikat bertempur melawan iblis yang selalu mengganggu manusia. Iblis bukan berada di Malaysia, Indonesia saja, tetapi iblis berada di seluruh dunia. Begitu juga bunian, berada di seluruh dunia. Tetapi bunian tidak membiak secepat sebanyak iblis dan jin. Segala masalah dunia seperti manusia berbunuh, manusia berperang dan macam-macam lagi adalah angkara iblis yang mahu memusnahkan manusia. Bunian juga menyimpan segala khazanah manusia di alam bunian yang di panggil alam zara, seperti tongkat nabi musa, pusara hang tuah yang sebenar dan lain-lain. Berbeza waktu alam bunian dan alam manusia (Dunia) dimana di alam bunian 3 tahun, tetapi di dunia cuma 30 minit.
Dengan lahirnya manusia kacukan bunian ini iaitu Puteri Nur, juga bermaksud dajal sudah mula bergerak.
Yang ini saya tak faham ? (Dengan lahirnya manusia kacukan bunian ini iaitu Puteri Nur, juga bermaksud dajal sudah mula bergerak).
Menarik..
Asslmualaikm....sya sllu bermimpi berperg pakaian mcm seorg pglima perang.....bila sedr badan penat....ibu sya pernah mgandung ank bunian....dan isteri saya pun pernah megandung ank bunian.....skrg dia mncari keturunan dia didunia sya sllu bermimpi....sya knkadg jadi takut bolh tolg saya...
Waalaikumusalam,
Tuan Mohd, bukan bunian yg dimimpikan tapi mahkluk jin (saka) keturunan tuan.
Asalamualaikum tuan.. mohon jika tahu siapa yang berkenaan yg boleh membantu kami drpd gangguan bunian mohon pm sy di emel nabilajelani1996@gmail.com... Saya mohon bantuan tuan kerana sy sudah tidak tahu utk minta pertolongan drpd sesiapa ��
Waalaikumusalam,
Puan Nabila, ramai yang boleh mengubati gangguan jin ni diluar sana, cuma yang serasi tu agak susah sedikit. Memohon memalui doa kepada Allah agar diketumui penyelesaian masalah puan.
Saya berminat cerita alam mistik lebih lagi cerita tentang bunian apakah benar di Gunung ledang itu adalah kerajaan orang bunian...
Tuan kena cari dan alami perkara berkaitan bunian, baru tuan tahu beza alam mereka dengan kita.
Aslm
saya perempuan,kalau bermimpi terjumpa kain putih selendang dalam hutan tu pertanda apa ?
Waalaikumusalam,
Kalau mengikut pengalaman saya, puan telah disukai oleh mahlok berkenaan.
Bukit larut sampai ke tmn suria
Kepala kampong nama hj saleh.
1.puteri tangguk
2.putera kelembai putih
3.puteri dang ayu
4.putera kendalih
5.puteri sago tua
6.putera al qabar..
Salah seorang perempuan tunang
Saya..dahulu nya keturunan
Mereka pawang di raja perak.
Boleh tolong jelas kan bunian atau di sebalik nya..
Mereka mengakui mereka dari alam
Buana..
Penggunaan nama Hj Salleh ni cukup meluas dan saya tak pasti adakah ianya mahklok yang sama.
Biasanya alam buana dari alam bunian, yang tuan tanya ini harus dirujuk kepada orang yg arif tentangnya.
Saya pun .. minta ajar doa nabi sulaiman
Asalamualaikum tuan nk bertanya Masa saya berumur 12 tahun saya pernah nampak kelibat putih dibelakang saya perempuan selalu mengikut kemana sahaja pergi then didalam kereta pulak adejugak kelibat putih lelaki dikiri Dan Kanan berbadan tegap kedua2 nya x nampak muka hanya nampak kelibat mereka bila melihat dibelakang sudu .adekah makhluk bunian ...erk
Waalaikumusalam,
Kalau dari sudut pandangan saya, mahklok berkenaan bukan bunian. Yg belah kiri tu berwajah hitam dan kanan tak berapa jelas.Kedua-duanya berpakaian kain putih.
Bunian menurut pengalaman saya ada yg berjubah dan berselendang putih, ada yg berpakaian raja2,ada yg berpakaian panglima dan ada juga yg berpakaian kampung.Mereka juga ada pemerintah(raja),penghulu,panglima,org kmpung. Tak hairanlah jika mereka ini hidup seperti manusia dan beribadah kpd Allah. Kita kena percaya kpd kewujudan makhluk2 ghaib kerana itu adalah tanda kebesaran Allah kepada kita cuma jgn terlalu ta'sub dgn apa yg dialami tpi ambillah serba sedikit manfaat utk diri kita dan manusia lain.Tak hairan juga jika kita mengalami pengalaman2 yg berkaitan bunian krn bukan hanya manusia yg hidup di dunia tp ada juga golongan makhluk lain.Pengakhiran zaman ini,timbul perkara2 yg dahsyat dgn ilmu2 yg luar biasa,bala2,dan tipu daya iblis syaitan(pengikut dajjal).Mereka2 ini yg berusaha ingin menghapuskan Islam di muka bumi sejurus menghapuskan Kebangkitan Melayu akhir zaman.Kerana itulah Allah bgi shortcut utk melayu akhir zaman, dititihkan dgn ilmu2 yg hebat dri keturunan nenek moyang kita dahulu krn kita dah tidak ade mase nk bertapa,berguru dgn wali2,dn sbg...Dalam kes bunian atau makhluk ape pun..tidak ade yg mustahil dgn izin allah dan kita jgn terlalu memikirkannya tpi ambil manfaat keinsafan diri drpnya ..Kita kene pandai membezakan yg mane baik dan yg mane buruk dan berhati2 dgb bisikan atu pengalaman yg berkaitan dgn alam sebelah tkut2 menyimpang akidah krn pengikut2 dajjal ini tak putus2 berusaha ambil peluang utk sesatkan kita..waallahualam..Jadilah sebaik2 manusia dimuka bumi☺️
Terima kasih tuan Awana dengan komen dan saranan yg bernas.
Salamun ala sulaiman fil alamin.. Baca salam ni.. Jin takut..
Bagus blog ni... Dapat sikit ilmu pengetahuan..yang mana yang saya yakin betul saya simpan yang kurang yakin betul tu saya selalu pikir2 kan dan kaji juga.. Berkenaan bunian ni macam2 lah pendapat.. Tapi mengikut keyakinan saya lah kan..ini pendapat peribadi lah..saya yakin bunian ni ialah jin juga.. Betul tak..
Ya tuan, bunian juga adalah Jin
Surah AdzDzariyaat. Ayat 056.
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Disebuat orang bunian kerana kategori Jin ini secara pandangan mata kasar manusia rupabentuk sama macam manusia@keturunan Adam a.s .
Umat manusia/keturunan adam tidak perlu kepada orang bunian kerana hakikat kehidupan di alam fizikal dunia ini lebih mencabar yg. memerlukan tahap keimanan yg. tetap pada jalan yg.lurus mengikut paduan al-quran dan sunah rasul.
yang berilmu dan punya iman yg kuat & teguh tidak akan mampu dikuasai bunian bahkan bunian pula akan dikuasinya.
Ya tuan, saya setuju pandangan dan saranan yg diberikan tentang mahklok bunian ni.
Encik ais batu boleh kah sy bertanye kalau ada yg sudah masuk ke alam bunian boleh kan org itu pulang balik,atau selama2nye dia alam mereka,ada carakah untuk membawa pulang?
Mengikut pengalaman saya, atuk saudara saya tempoh hari dia boleh balik atau tak boleh balik - itu jawapan dia.
Dia masuk kealam bunian diawal 60an dan pernah balik diawal 70an kemudian masuk balik kealam bunian, dan hingga kini tak balik balik. Ada abang dia berjumpa sekitar awal 80an di kebun getah jauh dari perkampungan selama 15 minit lebih kurang dan itulah kali terahkir berjumpa.
Pada pandangan saya boleh balik dan tak boleh balik,ianya boleh balik jika tidak dipengaruhi dan tak boleh balik jika dia dah pun menyemai janji (perjanjian). Walahhualam.
Catat Ulasan