Khamis, 13 September 2012

BOT PENAMBANG DI KAMPONG GAJAH.



Bot Penambang di Kampong Gajah.

Marilah kita melihat foto yang diambil suatu ketika dahulu pengangkutan sungai menjadi nadi utama kegiatan disungai Perak, kini ianya tinggal sejarah dan kenangan pada generasi yang sezaman dengannya.

"Bot penambang terdapat di tebing Sungai Perak kerana tidak ada jambatan melintasi Sungai Perak yang lebar. Ada beberapa lokasi di mana bot penampang dijalankan. Suatu ketika dahulu bot penambang terdapat di Pasir Salak, Kampong Gajah, Teluk Intan dan Kuala kangsar
Tambangya murah iaitu 30 sen sahaja untuk satu hala. Biasanya motosikal , basikal dan barang-barang boleh diletakkan di dalam bot penambang. Pelajar sekolah menengah akan menaiki bot penambang untuk ke Sekolah Menengah Dato’ Maharaja Lela yang terletak di Kampung Gajah
Setelah adanya jambatan dbina pada tahun 1987 merentasi Sungai Perak antara Kampung Gajah dan Pasir Salak, pengusaha bot penambang tidak dapat cari makan, terpaksa mencari pekerjaan lain. Antara pengusaha bot penambang yang terlibat ialah di Kampung Pasir Salak, Selat Pulau, Bandar Tua , Kampong Air Mati dan Kampung Pebayan". - Daripada Wikipedia.

Foto Bot penambang ini diambil pada May 1977 sewaktu En.N.A.Halim dan rombongan dari Muzium Negara berkunjung ke Kampong Gajah dan Pasir Salak untuk meneruskan kajian dan penyelidikan ditempat ini. Penulis dan Rombongan Persatuan Sejarah Sekolah Menengah Sultan Muzaffar Shah 1 Lambor Kanan juga pernah berkunjung ke Pasir Salak dengan menaiki bot pada tahun 1978. Waktu ini bot penambang juga ada di tebing pekan Pulau Tiga untuk kita menyeberang Sungai. Penulis pernah menyeberang Sungai menggunakan kedua-dua bot penambang samaada di Pulau Tiga dan Kampong Gajah. Paras air Sungai Perak ketika itu memang dalam dan deras, apa lagi ketika dari bulan Ogos hingga Januari iaitu musim tengkujuh. Sesetengah tempat didaerah ini memang dilanda limpahan air sungai yang meninggi parasnya kerana dihulu sungai sering hujan serta ditambah pula kawasan berkenaan turut dilanda musim tengkujuh. Berbeza dimasa sekarang paras air sungai perak dah cetek dan disesetengah kawasan seperti di Air Mati Telok Bakong dan Padang Changkat telah pun kering serta air sungai tidak mampu mengalir kedalam tasik berkenaan untuk kehidupan sungai serta hidupannya hidup sepertimana dahulu.



Kelihatan juga sampan yang bermotor yang digunakan rombongan pengkaji sejarah serta dibelakangnya jeti penambang.

Foto-foto adalah sumbangan dari en.Aziz bekas pembantu N.A Halim.



Encik Aziz bin Mohd.


Pekan Pulau Tiga - Bekas tapak bot penambang adalah dibelakang pekan ini.


Simpang Bandar Tua (Simpang Bandar Lama) - Jambatan yang merentang Sungai Perak.