Memaparkan catatan dengan label SUMPAHAN TOK KADOK.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUMPAHAN TOK KADOK.. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Mac 2012

LOGHAT ORANG SIAK INDERAPURA (KAITAN DENGAN MUKIM LAMBOR)



Wanita Melayu Minangkabau menggayakan busana tradisional 
berserta selendang dan hiasan kepala 
Abad ke 19 Masihi / abad ke 13 Hijrah.



Ahmad Gamat bin Alang Sumat.

Penulis ingin membawa tuan puan berbicara tentang bahasa atau loghat yang dituturkan oleh waris Tok Kadok iaitu Alang Sumat bin Busu Mamat iaitu moyang penulis. Alang Sumat merupakan keturunan yang keenam dan masih fasih dan boleh bertutur bahasa Siak,Kampar atau Minangkabau, disamping pertuturan harian dalam bahasa dialek Mukim Lambor yang lesyor. Menurut cerita dari datuk dan opah penulis mereka masih boleh memahami bahasa Kampar dan Siak tapi pertuturan mereka sudah tidak berapa fasih, oleh itu mereka tidak menggunakan bahasa berkenaan untuk perbualan harian tetapi masih faham. Alang Sumat akan menyanyikan lagu lagu bahasa Siak apabila beliau berehat diwaktu petang di hujung anjung rumahnya. Beliau juga mampu berpantun seloka samaada dalam bahasa Siak/Kampar atau loghat tempatan Lambor. Boleh becerita tentang cerita penglipur lara kisah-kisah raja-raja dari kayangan serta sejarah tanah minang di seberang. Melihat seni dan kebolehan yang diwarisi, maka anak cucunya juga berkebolehan begitu iaitu ianya turun ke anaknya Chu Talak serta cucu-cucunya, Ahmad Gamat dan anak-Suffian, Derma Taksiah - Amree, Uda Malak dan anaknya Hajjah Alang Arpah. Mereka ini mewarisi bidang seni yang ditinggalkan oleh Alang Sumat, cuma bahasa Siak dan Kampar (Minang) sahaja yang tidak diwarisi lagi lantaran bahasa atau loghat mukim Lambor sahaja yang boleh dituturkan.Bahasa dan loghat pertuturan Mukim Lambor lebih dipengaruhi oleh campuran Aceh, Siak, Kampar,Bugis, Minangkabau dan bahasa tempatan. 



Hajjah Derma Taksiah bt Ahmad Gamat.

Jadi penulis ingin tuan puan renungkan artikal yang ditulis oleh blog afyassin ini bagi kita mengetahui bahasa atau pertuturan yang dipercayai sama digunakan oleh nenek moyang kita dahulu iaitu Tok Kadok.


Loghat Orang Siak Inderapura Tak Tumpah Orang N9


TUTUR KATA ORANG SIAK MIRIP ORANG NOGORI

5.30 petang, 21 Februari: Muzium Siak yang dahulunya Istana Sultan Siak Inderapura telah hampir satu jam ditutup. Namun kru penggambaran Jejak Bahasa dari TV3 masih berada di dalam untuk mengabadikan beberapa barang purba ke dalam media selulos. Antara barang yang diabadikan termasuklah manuskrip dan perjanjian lama yang dibuat Sultan Siak dengan Belanda. Juga yang menjadi tarikan kru ialah sebuah alat muzik lama, satu daripada dua yang masih ada di dunia. Di luar muzium tiga orang gadis menghampiri pintu masuk. Mereka mahu masuk tetapi dicegat pengawal muzium. Kata seorang gadis, “Awak nak nengok!” Dia merayu supaya membenarkannya masuk tetapi tetap dihalang. Kata pengawal, “Ada TV3 dari Malaysia lagi shooting.”

Gadis itu membahasakan dirinya “awak”. Dan awak di Siak bererti saya. Lalu saya teringat akan bahasa orang negeri Sembilan, terutama Rembau yang lazimnya membahasakan dirinya “awak”. Beberapa minit kemudian saya mendengar pula pengawal itu bersembang dengan seorang kawannya yang baru sampai. Tanya pengawal, “Malam ini kau buek apo?” Kawannya menjawab, “Tak ada buek apa doh! Duduk yo di rumah. Nak nengok budak-budak itu baco buku sekolah.” Budak-budak bermaksud anak-anaknya.

Sekali lagi saya teringatkan dialek orang negeri Sembilan. Pernah Prof. Madya Zainal Borhan menjelaskan bahawa dialek pertuturan orang Siak sama dengan orang di Negeri Sembilan. Malam itu saya menghubungi Dharmamawijaya, penyair dan budyawan terbilang di Seremban melalui telefon. Saya hendakkan kepastian tentang perbilangan tentang hubungan Siak dengan Negeri Sembilan, terutama Rembau. Dharwamijaya membacakan satu petikan dari sebuah buku,  “ Raja Mahmud dijadikan raja di Negeri Sembilan (Rembau) dan menetap di Penajis dengan gelaran Raja Melewar, setelah mendapat restu dari Sultan Johor pada kurun ke-17. Maka adalah perbilangan yang berbunyi, Beraja ke Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau.”

Pengarang buku “Negeri Yang Sembilan” Nurhalim Ibrahim pula  suatu ketika pernah cuba mencari makna perbilangan ini. Nurhalim berpendapat Bertali Ke Siak itu mungkin membawa maksud  orang-orang di Negeri Sembilan, khususnya  Rembau kebanyakannya mempunyai hubungan keluarga dengan orang Siak. Ada pertalian darah. Kurang pasti apakah Datuk Lela Balang, yang keturunannya menjadi Undang Rembau sejak abad ke-16 lagi berasal dari Siak atau dari Minangkabau. Dalam pada itu ada pula suku-suku di Rembau yang sama namanya dengan suku-suku di Siak, seperti suku tanah datar. Andainya Nurhalim turut berada di Siak dan mendengar pertuturan penduduknya, adalah diyakini Nurhalim akan membuat kesimpulan bahawa sebenarnyalah orang Rembau (Negeri Sembilan) itu sebahagian besarnya berasal dari Siak.
Pengaruh dialek Minang dalam bahasa Melayu Siak amat ketara, walaupun orang Siak tidak bercakap dalam bahasa Minang. Lenggok intonasi pertuturan orang Siak amat berbeza dengan orang Minang tetapi lenggok intonasi pertuturan orang Rembau hampir sama dengan lenggok orang Siak. Amat menarik jika orang Rembau di Negeri Sembilan mengunjungi Siak Sri Indrapura, apakah perasaannya? Apakah ia terasa akan wujud keterikatan daripada sudut pertuturan dan pertalian darah yang kental setelah mendengar orang Siak bercakap atau melihat keadaan alam sekeliling yang saling tak tumpah dengan di daerahnya sendiri? Di tebing Sungai Siak penuh dengan  pokok rumbia. Ada juga pokok mengkuang. Kelapa sawit dan getah menjadi tanaman utama. Sepanjang perjalanan dari Pekan Baru, ibukota Propinsi Riau ke Siak Sri Indrapura yang dilihat di kiri kanan hanya estet kelapa sawit, getah dan dusun buah-buahan.
Siak Sri Indrapura suatu ketika dahulu merupakan sebuah kerajaan besar dan berdaulat. Daerah takluknya menjangkau wilayah yang hari ini terletaknya Medan di Sumatera Utara. Menurut sejarah, Kerajaan Siak diasaskan oleh Raja Kecil (Raja Kecik, menurut sebutan orang Siak), yang dikatakan anak Sultan Mahmud Johor yang mangkat dijulang pada tahun 1699.  Drs Husrin, dari pejabat Pelancongan Siak menjelaskan anak Sultan Mahmud dengan isterinya Cik Pung ini, yang masih bayi ketika dibawa lari ke Sumatera.

Cerita pelarian Raja Kecil ini mempunyai dua versi. Menurut versi pertama, setelah Sultan mangkat dijulang setelah ditikam Laksamana Bentan dalam perjalanan ke masjid, Cik Pung  dilarikan bersama bayinya ke Jambi lalu ke Sumatera Selatan. Di sana anaknya itu dibesarkan dan akhirnya mengasaskan kerajaan Siak. Menurut versi kedua pula, Cik Pung dan anaknya dibawa lari ke Jambi lalu ke Pagar Ruyung di Sumatera Barat (Minangkabau). Setelah dewasa Raja Kecil  perlu membuktikan dirinya anak raja dengan memanjat pohon jelatang, sejenis pokok yang daunnya jika dipegang atau disentuh membuat orang gatal-gatal. Raja Kecil memanjat pohon itu dan kemudian turun tanpa mengalami gatal-gatal di tubuhnya. Dengan ujian ini Raja Pagar Ruyung mengisytiharkan Raja Kecil sememangnyalah seorang anak raja sebenar-benarnya.

Siak waktu itu masih di bawah takluk Johor tetapi hanya pada nama  dan diketuai oleh seorang Shahbandar. Maka oleh Raja Kecil Siak dijadikan  pusat kekuasaannya dengan mengasaskan sebuah kerajaan apa yang dipanggil Kerajaan Siak Sri Indrapura. Raja Kecil menjadi raja dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah dan bertakhta dari tahun 1723 hingga 1745. Baginda memerangi Johor yang di bawah sultan yang bernisabkan Bendahara, setelah kemangkatan Sultan Mahmud dikatakan tidak meninggalkan pengganti.

Ahli sejarah berpendapat Sultan Mahmud mangkat dibunuh tanpa mempunyai anak sebagai ganti. Maka ditabalkanlah Bendahara sebagai pengganti raja untuk memerintah Johor dan akhirnya keturunannya menjadi raja untuk wilayah takluk yang meliputi Johor, Riau, Pahang dan Lingga. Sultan terakhir di kalangan keturunan Bendahara ini ialah Sultan Ali yang keturunannya telah diusir keluar dari Istana Sri Gelam Singapura pada tahun lalu melalui satu enakmen Parlimen Singapura.

Apapun jua, Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah bercita-cita merebut takhta milik ayahanadanya Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dari tangan sultan keturunan Bendahara. Beberapa peperangan terjadi dengan menang dan kalah menjadi adat orang berperang. Pernah Sultan Abdul Jalil Rahmat menguasai seluruh kerajaan Johor namun akhirnya baginda terpaksa akur dengan kekuatan Johor. Bagaimanapun, semangat juang Sultan Abdul Jalil Rahmat ini diteruskan oleh penggantinya yang pada kali ini menentang penjajahan Belanda pula.

Ada sebelas sultan yang bertakhta di Siak Sri Indrapura saling silih berganti sejak mangkatnya Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) pada tahun 1746. Mereka terdiri daripada anakanda baginda Sultan Abdul Jalil Muzaffar Shah (1746-1765); Sultan Abdul Jalil Jalaluddin Shah (1765-1766); Sultan Abdul Jalil Alamuddin Shah (1766-1780); Sultan Muhammad Ali Abdul Jalil Muazzam Shah (1780-1782); Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Shah (1782-1784); Sultan Assyidis Syarif Ali Abdul Jalil Syaifuddin Baalawi (1784-1810). Baginda merupakan sultan pertama yang berdarah Arab dengan gelar Sayed Syarif. Baginda adalah anakanda kepada puteri Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah, sultan yang keenam memerintah Siak. Puteri ini berkahwin dengan bangsawan Arab. Ketika Sultan Abdul Jalil Muzaffar Shah mangkat di Dungun ketika mengunjungi Terengganu pada tahun 1784, cucu baginda yang berdarah Arab ini menjadi penggantinya.

Sultan pertama berdarah Arab ini mangkat pada tahun 1810 dan digantikan oleh puteranya dengan gelar Sultan Assyaidis Syarif Ibrahim Abdul Jalil Khaliluddin (1810-1815). Penggantinya Sultan Assyaidis Syarif Ismail Abdul Jalil Jalaluddin (1815-1854). Anakanda baginda naik takhta pada tahun 1854 dengan gelar  Sultan Assyaidis Syarif Kassim Abd Jalil. Baginda naik takhta sehingga tahun 1889. Setelah mangkat baginda digantikan oleh Sultan Assyaidis Syarif Hashim Abdul Jalil Syaifuddin (1889-1908). Anakanda baginda yang bernama Tengku Sulong naik takhta setelah tujuh tahun kemangkatan ayahandanya, Sultan Assyaidis Syarif Hashim Abdul Jalil Syaifuddin, iaitu pada tahun 1915.

Baginda merupakan sultan terakhir Siak setelah baginda menyatakan taat setia kerajaan Siak kepada pemerintah Republik Indonesia dan bersama berjuang menentang Belanda. Pernyataan baginda ini mendapat bantahan keras dari Belanda. Akhirnya baginda meninggalkan Siak lalu menggabungkan diri dengan rakyat Indonesia untuk melanjutkan perjuangan di daerah Aceh. Sebelum meninggalkan Siak baginda menyerahkan istananya beserta keseluruhan kekayaan Siak kepada Pemerintah Republik Indonesia. Setelah Indonesia rasmi merdeka pada 17 Ogos 1945  baginda berangkat ke Jakarta dan tinggal menetap di sana dengan mendapat pencen dari Pemerintah Indonesia.

Beberapa tahun kemudian baginda kembali ke Siak, tanah tumpah darahnya dan wafat pada 23 April 1968 dalam usia 76 tahun. Baginda dimakamkan berdekatan dengan masjid Shahabuddin Sri Indrapura  dengan penuh istiadat kenegaraan. Baginda dianugerahkan secara “post humus” gelar Pahlawan Nasional dengan disertai piagam dan tanda kehormatan Bintang Mahaputra Adipradana oleh Presiden Republik Indonesia pada tahun 1998 sebagai mengenang jasanya berjuang menentang Belanda. .

Muzium Siak Sri Indrapura yang terletak kira-kira 300 meter dari masjid ini adalah lambang kebesaran kesultanan Siak terutama sultan terakhirnya. Di dalamnya terdapat pelbagai khazanah peninggalan sultan sejak tahun 1725, walaupun ada di antaranya hanya tiruan daripa
Ketika pertemuan dengan Timbalan Setiausaha Daerah Kabupaten Siak, Drs Zul Irianto, 19 Fenruari lalu, kepada rombongan Jejak Bahasa diperjelaskan komitmen Siak sebagai sebuah daerah dalam kesatuan republik Indonesia. Penduduk Siak sejak berada dalam republik telah mengalami pelbagai situasi politik. Suka dan duka silih berganti. Setelah menjadi rakyat sebuah kesultanan besar yang mempunyai daerah takluk hingga ke daerah Sumatera Utara bersempadankan Aceh, penduduk yang kini dianggarkan berjumlah hanya  20,000 orang ini turun status menjadi warga bertaraf kacamatan  (desa). Hanya pada tahun lalu, Siak dinaik taraf menjadi sebuah kabupaten semacam regency atau daerah.

Keadaan hidup masih dianggap dhaif. Penduduk masih mendapatkan air dari sungai Siak yang dianggap terdalam di seluruh Indonesia. Telaga masih menjadi suatukemudahan asas di setiap rumah dan kedai. Zul Irianto menjelaskan setelah Siak Sri Indrapura naik taraf maka pembangunan akan diusahakan secara terancang sesuai dengan kedudukannya sebagai salah  sebuah kabupaten dalam Propinsi Riau. Barangkali di dalam kepala timbalan  setiausaha daerah ini terdapat pemikiran bagaimana suatu hari nanti penduduk Siak tidak lagi perlu mandi dari air sungai Siak yang kemerahan warnanya akibat pencemaran di hulu sungai. Di Siak Raya dan Pekan Baru kira-kira 80 km ke hulu Siak, terdapat banyak kilang perusahaan, terutama kilang memproses papan lapis.

Anggota rombongan yang ditempatkan di Wisma Tuah yang baru siap dibina terpaksa berpuas hati mandi dengan air sungai yang kemerahan. Dan tidak dapat dielakkan ada yang mandi dalam gelap kerana tidak sanggup melihat air merah membasahi badan. Apapun jua, rombongan Jejak Bahasa begitu selesa tinggal di Siak selama empat hari kerana suasana dan lingkungan yang amat mirip kepada yang terdapat di Malaysia. Saya sendiri seperti berada di tengah-tengah kaum keluarga dan sahabat handai di Rembau setiap kali makan dan bercakap dengan penduduk tempatan.

Siak Sri Indrapura, 23 Februari 2001 .

 Maklumat Dari Blog


Hehehe jangan bingung kenapa Siak bahasanya mirip dengan orang Minangkabau N9. Karena Siak itu wilayah Kerajaan Melayu Riau yang direbut oleh Kerajaan Minangkabau Pagaruyung tahun 1723. Sultan Pagaruyung pada masa itu bernama Sultan Inderasyah. Maka itu wilayah tersebut dia namakan Siak Inderapura (Kota milik Indera). Dia mengangkat adiknya sendiri, Abdul Jalil, menjadi sultan Siak yang pertama. Istilah Raja Kecil itu hanya ada di Kerajaan Pagaruyung, karena kerajaan Minangkabau punya banyak raja kecil (sekitar 50 nagari), di bawah raja besar (maharaja) Raja Pagaruyung. Kesultanan Riau hanya punya satu raja saja. Ketika Siak join Republik Indonesia mereka masuk di bawah provinsi Sumatera Barat (Minangkabau), tetapi beberapa tahun kemudian dikembalikan ke Provinsi Riau karena Riau minta balik wilayahnya yang diambil Pagaruyung. Sila baca sejarah resmi Siak Inderapura di website resmi pemerintah mereka
.

Ahad, 19 Februari 2012

A TALE OF PA’ KADOK ( J.H. LOCH ).



Sungai Perak.


Catatan lama ini ditulis oleh J.H LOCH 


A Tale of Pa’ Kadok
(Received November 1950)




Ayam Denak (Ayam Sabung).

Below is a summary of a Perak River tale which I heard while  I was in Parit, It concerns Pa’ Kadok, a native of Siak in Deli, who is supposed to have lived at Lambor on the Perak River in the time of Sultan Muzaffar Shah I. One day, as is related in the Cerita Jenaka, he lost all his money, possessions and family. To a Perak Raja at a cock fight. His plight was so serious that he was forced to return to his kampong without even his clothes.
Tuai Padi.

          Soon afterwards, while he was lying in his house in deepest melancholy, his cat made repeated attempts to attract his attention to something out side. Eventually he got up and went to see what it was that was exciting the animal. Dry on the mud at the edge of the river Pa’ Kadok saw a large Ikan Tapah with a very distended stomach. He picked the fish up and took it back to his home. Where he started to open it, but having no possessions and therefore no knife, was unable to cut it flesh. So he lifted up his head to pray to Allah for help. As he did so a glint of light in the roof of the house cought his eye. He climbed up to look at it and found that it came from a tuai (the small knife used for cutting the ears of padi),which must have been put there  for safe keeping after the previous harvest. He took down the knife and with it opened the stomach of the fish. Inside he found a number of lumps of gold. Overjoyed at his discovery which would certainly retrieve his fortunes, he hurred off to the mosque to give his thank to God. While washing before his prayers his finger was pricked by a needle lying in the water. He picked it up and took back with him to his house. There he sewed up the stomach of the fish, which still alive, and then put the creature back into the river, swearing that neither he nor his descendent would ever eat Ikan Tapah.




 Ikan Tapah.

          Pa’ Kadok was afraid if Sultan Muzaffar Shah came to hear at his discovery he would confiscate the gold. So he returned to Deli, to be out of the Sultan’s way. While there he had the gold made up into ornaments, and brought them back to Lambor with him when he later returned. Having arrived back in Lambor Pa’ Kadok sold some of the ornaments and with the proceeds retrieved his wife, children and property from the Raja to whom he had pledged them after loosing the cock fight.
          Some of the jewelry is still in the possession of Pa’ Kadok descendents, one of whom lives at Lambor. This man owns an agok, a necklace with large square ornaments, and also a changai merah, an artificial finger-nail used in marriage ceremonies. The former is rather heavy and solid, but the latter is a must delicate piece of work. It is in two parts, a ring with a bird chain, a long claw which comes out over the end of the finger. Both ornaments appear to be made of solid gold.



Emas Kancing - Ikan Tapah.

          To this day the people of Lambor will not eat Ikan Tapah, a large cat-fish averaging 20 to 30 katties, commonly found in the Perak River. They say that if they do so they came out ia a painful rash which can be cured only by bathing the effected parts in water which the ornaments have been immersed.
          Some time after I had heard this story at Parit I was transferred to Kampar. There, at Malim Nawar, I was shown an earthenware dish which was said to have been recovered from the stomach of the same fish and to have remedial properties similar to those of the gold kept at Lambor

 J.H. LOCH .

Journal of The Malayan Branch of The Royal Asiatic Society Volume 24-Page 180
February 1951.

* Semakan catatan ini dibuat atas kerjasama antara penulis blog dan saudara KMY.


Selasa, 7 Februari 2012

MAKAM PEMBESAR MELAYU DI TELOK BAKONG HILIR - (TOK SEPAT).



Adakah benar ini kawasan pemakaman Tok Sepat ? 
Panglima Aceh.



Jalan masuk ke Kampong Paloh Lambor Kanan.



Pelan pagar Makam Tok Sepat.



Keratan tulisan sebelah atas kanan pelan.


Data daripada N.A.Halim ini menunjukan ada perancangan dari pihak Muzium untuk menaiktaraf pemakaman di makam tersebut tetapi yang menghairankan saya kenapa Kampong Paloh ditulis Lambor Kiri. Setahu saya Kampong Paloh adalah satu-satunya di Lambor Kanan dan tiada tempat yang bernama kampong Paloh di Lambor Kiri. Mungkinkah kesilapan tulisan berlaku ? sayangnya kerja-kerja menaik taraf pemakaman ini tidak diteruskan oleh pihak berwajib, tempat bersejarah ini tidak kurang pentingnya pada warga Telok Bakong/Kampong Paloh kerana ramainya keturunan Aceh/Siak/Kampar/Minangkabau di daerah ini termasuk la Maharaja Lambor yang dipercayai dari Aceh Darulsalam.



N.A HALIM di makam Sultan Muzaffar Shah 1
Padang Marhom, Telok Bakong.
(semasa kerja-kerja menaik taraf makam diawal 70an)

Kami sebagai warga Telok Bakong dan Lambor serta Perak amnya berharap supaya pihak-pihak berwajib meneruskan kajian untuk betul-betul mengenal pasti makam yang berada di Kampong Paloh ini serta meneruskan pembinaan kawasan makam sebagaimana hasrat N.A.Halim yang berusaha begitu gigih mengenal pasti sejarah tanah air kita yang tercinta.

Selasa, 24 Januari 2012

SALASILAH KULOP BAHAJA (UDA TAKOR)



Foto didepan rumah Yeop Ganti & Ngah Taksiah 
bersama anak menantunya. (Telok Bakong batu 14 1/2).

Dengan kerjasama Tn Haji Kamarulzaman dan encik Shahrim bin Majid, maka terpaparlah satu jurai anak-cucu dan cicit Uda Takor dari jurai Kulop Bahaja serta satu ronut dari keturunan Tok Kadok yang berasal dari Kampong Paloh, Lambor Kanan. Hanya setakat Uda Takor sahaja yang dapat penulis risik dan mencarinya kerana susunan hingga ke Tok Kadok tidak dapat ditemukan kerana kekurangan info. Oleh itu mohon kerjasama dari jurainya untuk meneliti kembali ronutnya hingga bertemu ke susunan salasilah Tok Kadok.



Salasilah Kulop Bahaja (Uda Takor).
Dikemaskini pada 26/1/2012.



Salasilah Uda Ganjor.

Isteri kepada Ngah Sabun iaitu Puteh Bahyah (C5- sila lihat salasilah Uda Ganjor) adalah anak kepada Alang Chengeng, oleh itu jurai ini bersangkutan juga dengan jurai Uda Ganjor. Maklumat senarai adik beradik Uda Takor dan Kulop Bahaja telah diberi oleh Waris Pak Kadok dan En.Amri Mat Said. Jutaan terima kasih diucapkan kepada keduanya.



Kulop Bahaja bin Uda Takor.



Dari kiri : Hjh Ngah Taksiah,Hjh Saodah, Hjh Teh Gayah , Hjh Doriah.
Belakang :    Hjh Yah, Hjh Wai, Hjh Ramlah.



Foto ini didepan rumah Tn Hj Ismail dan Hjjah Doriah.



Tn.Hj Ismail dan Hjh Doriah.



En.Majid bin Kulop Bahaja.

Belakang dari kiri sekali En.Isa, dan kanan sekali Mat Noh
Duduk dari kiri : Syam (HjhWai), Kamarulzaman dan Majid.



Antara anak-anak Lelaki Hjh Ngah Taksiah
En.Samad. Tn Hj Bidin, Yeop Pian dan Tn Hj Kamarulzaman.



Keluarga Tuan Haji Kamarulzaman bin
Yeop Ganti dan Hjh Ramlah.



Keluarga Tuan Haji Shahidan Yeop Ganti.



Shahrim Majid adik beradik dan Keluarga.



Shahrim Majid dan isteri.

Maklumat tambahan : 

Yeop Ganti dipercayai berasal dari Kampong Layang-Layang Kiri dan terdapat adik beradiknya masih disana terutama adik perempuannya. 

Hajjah Wai berkahwin dengan orang Bakong Lambor Kiri iaitu adik beradik Sahi (kedai Pekan Telok Bakong) . 

Rumah Kulop Bahaja bin Uda Takor bin Ngah Sabun di Kampong Paloh Lambor Kanan adalah disebelah Surau Kampong tersebut dan kini rumah tersebut dah tinggal dan tiada sesiapa lagi disana.

Ahad, 20 November 2011

PERSATUAN ALUMNI - JEMPUTAN MAJLIS PERJUMPAAN TAHUNAN.


Makluman jemputan Persatuan Alumni - Pantas.



Aturcara majlis .

Semua lepasan pelajar-pelajar dan mantan guru-guru sekolah SMSMS 1 dijemput hadir kemajlis ini, iaitu semua pelajar dan guru-guru dari tahun mula sekolah ini dibuka pada sesi 1978 hingga lah pada masa kini. Marilah kita sama-sama meriahkan majlis ini serta merapatkan hubungan silaturohim diantara kita yang kebanyakannya keturunan Tok Kadok dari Kampong Lambor Kanan & Kiri, Kampong Telok Bakong, Kampong Bakong, Kampong Kuchai, Kampong Padang Changkat/ Sedingka, Kampong Telok Sareh, Pulau Tiga Kiri dan Kanan serta persekitarannya atau yang pernah mengajar dan belajar disini.



SEKOLAH MENENGAH SULTAN MUZAFFAR SHAH 1
 LAMBOR KANAN PERAK.





Barisan Penaja Pantas.



Perjumpaan di Kuala Lumpur.



Perjumpaan penaja Pantas pada 2/9/2011.
Dewan Orang Ramai Lambor Kanan.


Bekas pelajar pertama 1978/79 SMSMS 1 Lambor Kanan.
 Dari kiri ke kanan En.Harun, En.Jamaluddin Yeop Majlis,
 Abd Razak Tajud dan Hashim Harun.

Khamis, 6 Oktober 2011

SALASILAH UDA GANJOR DAN LONG CHANTIK (1)


Rumah Encik Abdul Rahman bin Abdullah - 
Kampong Padang Marhom Telok Bakong.



Encik Abdul Rahman - pesara dan peneroka.

Encik Abdul Rahman adalah anak kelima dari 6 adik beradik dan bapa beliau Abdullah serta terkenal dengan nama Dolah kaki kayu. Rumah asal tempat tinggal Encik Abdullah adalah dibelakang Masjid Telok Bakong berhampiran sungai.Encik Abdul Rahman juga pemegang salasilah Uda Ganjor dan Long Chantik iaitu mewarisi pemegang salasilah yang terdahulu iaitu bapanya serta datuk beliau. Diucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kerana membenarkan salasilah tersebut dipaparkan diblog Sumpahan Tok Kadok.




Salasilah Uda Ganjor dan Long Chantik.
( Dikemaskini pada 12/10/2011 - Waris Pak Kadok )


Seketika dulu didalam Kampong Telok Bakong cuma ada enam buah rumah sahaja yang bukan penduduk asal, yang lainnya semua penduduk asal disini. Uda Ganjor serta isterinya dan Putih Sabun merupakan orang asal di Telok bakong, cuma Itam Noh merupakan puak Kampar yang berasal dari Riau Sumatera. Itam Noh  datang ke Telok bakong dengan empat adik beradiknya  Hj Beloh (Hj Dollah) - di Parit, Itam Noh di Telok Bakong, Hj Hussin di Malim Nawar serta seorang lagi yang tidak tercatat namanya di salasilah.Bagi puak ini yang telah berkahwin dengan puak Tok kadok marilah kita susun kembali salasilah ini yang akan saya sambung kejurai mana yang boleh untuk mengesan keturunan kita bersama.



Intan Busut Nanai - Zakaria.
Beliau juga dari jurai Uda Ganjor.



Encik Lokman Harun - kiri (Jurai Teh Rahmah)

Sabtu, 10 September 2011

TOK TAJUK DAN TOK SUNTING.



PULAU MENTAGAN.

Penulis membawa kisah Tok Tajuk dan dimuatkan didalam laman ini (lanjutan kepada entry Makam Tok Tajuk) kerana penerokaan kisah ini melalui pengalaman kami bersama sekumpulan keturunan dari Alang Sumat atau lebih tepat keturunan anak cucu cicit Tok Kadok mencari dan menyelidiki akan sebuah makam lama di daerah Pekan Pahang. Kumpulan penyelidik ini diketuai oleh Allahyarham Kiyai Arshad bin Ahmad Gamat pada awal 1980an.

LOKASI MENTAGAN.



SEJARAH DAN LAGENDA MENTAGAN.

Marilah kita mengikuti cerita dari Tuan Haji Mat (Allahyarham tokoh tertua di Kampong Sungai Duri, Penyor Pekan Pahang dimasa awal 1980an), Kampong Sungai Duri adalah diseberang sungai Pahang menghadap kepulau Mentagan dan sebuah kampong lagi bersebelahan dengan Mentagan ialah Kampong Sepinang.Kini tiada sesiapa menghuni Kampong Mentagan dan hanya tinggal sejarah lagendanya sahaja.

Tok Tajuk (lelaki) dan Tok Sunting (perempuan) atau ghodong-ghodongnya (bahasa tempatan-bahasa dulu-dulu di daerah ini yang bermaksud kawan dan rakan partner atau pun sisuami dan siisteri) adalah merupakan orang kampong biasa sahaja yang menetap ditepi sungai Pahang dan mempunyai seorang anak lelaki (namanya Mentagan) berjaya dalam urusan berdagang dan berniaga serta kaya raya.Tidak diketahui pada tahun bila legenda ini bermula, hanya diceritakan dari mulut kemulut oleh orang tempatan dan kini legenda ini dah terbiar tanpa dipanjangkan ke generasi baru. Ramai generasi baru tidak mengetahui cerita Tok Tajuk di Kampong mentagan serta Pulau Mentagan ini.

Suatu ketika dua kapal perdangan Mentagan telah singgah berlabuh ditepi sungai Pahang berhampiran rumah kedua orang tuanya. Alangkah gembiranya siibu-Tok Sunting melihat anaknya balik, tapi kegembiraan si ibu hanya sementara lantaran menantunya anak orang kaya serta ianya membuatkan anaknya si Mentagan malu mengaku yang ibunya itu Tok Sunting yang miskin dan hina. Dengan perasaan sedih dan hampa Tok Sunting  belari kearah daratan iaitu kegunung untuk menjauhkan dirinya dari anak yang durhaka. Dengan linangan airmatanya sambil menangis membawa dirinya kedaratan-gunung dan dengan takdir Allah jua titisan air mata Tok Sunting ini telah membentuk atau menjadikan aliran anak sungai Mentagan hingga ke kaki gunung dan beliau lalu ghaib entah kemana.Sementara kapal-kapal dagangan anaknya dua buah tiba-tiba menjadi batu, masih terdapat bentuk lipatan kain diatas kedua pulau-pulau berkenaan masih jelas kelihatan sementara makam si ayah masih ada ditepian sungai Mentagan bersama dua atau tiga makam lama orang kampong yang berdekatan. Tiada khabar berita juga apakah nasib si Mentagan dan isteri turut menjadi batu juga sebagaimana kapa-kapal dagangannya.



Makam Tok Tajuk yang berada di tepian tebing Kampong Mentagan.
(gambaran penulis makam Tok Tajuk ketika menziarahi kawasan tersebut pada 1981),

Terdapat buaya besar (buaya Putih) dimuara anak sungai Mentagan ni dan arus air sungai dikedua-dua pulau batu tu sungguh deras dan ditepian tebing sungai Pahang yang berdekatan pulau ini sering kelihatan buaya-buaya tersidai ditepi batu dihujung pulau. Kaki Pancing dihujung minggu ramai kesini untuk bermalam dan aktiviti memancing. Sehingga kini tiada lagi sesipa tinggal di sekitar kampong sungai Mentagan ini dan mengikut cerita orang yg menyusuri anak sungai Mentagan ni hingga ke tepian gunung, terdapat beberapa tingkat air terjun yang cantik disitu.

AIR TERJUN LATA MENTAGAN.



Papan Tanda Lata Mentagan.



Pintu gerbang jalan masuk ke Lata Mentagan.



Bersebelahan Lata Mentagan telah dibina Loji Air 
untuk Kg Belimbing dan Seri Makmur (Lengkor).



Kelihatan air sungai Mentagan yang telah cetek.



Kemudahan riadah dan wakaf disediakan disini untuk pengunjung.



Kemudahan tandas dan bilik persalinan disediakan.


MENTAGAN SUATU KETIKA DAHULU.



Aliran air terjunnya (sungai Mentagan).
http://www.flickr.com/photos/2121studio/3482907302/lightbox/



Kawasan seberang jalan menghala ke Sungai Pahang antara dua Pulau.
http://www.flickr.com/photos/2121studio/3482907302/lightbox/



Encik Zainuddin dan Norizen.



Encik Rahim dan encik Zainuddin.
(Cicit-cicit Alang Sumat )

Dua foto diatas adalah encik Zainuddin bersama anaknya dan encik Rahim bersama encik Zainuddin berehat sebentar untuk menjejak air terjun tujuh tingkat di hulu sungai Mentagan. Expedisi ini dilakukan dalam tahun 1993, lawatan yang pertama telah dilakukan oleh encik Zainuddin dalam tahun awal 1970an dimana bersama orang-orang kampong Sg Duri sendiri. Mereka mengaku telah menemui air terjun tersebut yang terletak di dinding gunung hulu Mentagan. Masih adakah lagi ianya diwaktu ini !!!!


Dari cerita lagenda yang diceritakan oleh Tuan Haji Mat ini, adalah berlainan dengan visi cerita Tok Kadok yang mempunyai lagenda tersendiri di Perak. Oleh itu dari rumusannya Makam Tok Tajuk adalah bukan makam Tok Kadok, hanya nama hampir sama sahaja tapi hakikatnya orang yang berlainan.