Selasa, 7 Februari 2012

MAKAM PEMBESAR MELAYU DI TELOK BAKONG HILIR - (TOK SEPAT).



Adakah benar ini kawasan pemakaman Tok Sepat ? 
Panglima Aceh.



Jalan masuk ke Kampong Paloh Lambor Kanan.



Pelan pagar Makam Tok Sepat.



Keratan tulisan sebelah atas kanan pelan.


Data daripada N.A.Halim ini menunjukan ada perancangan dari pihak Muzium untuk menaiktaraf pemakaman di makam tersebut tetapi yang menghairankan saya kenapa Kampong Paloh ditulis Lambor Kiri. Setahu saya Kampong Paloh adalah satu-satunya di Lambor Kanan dan tiada tempat yang bernama kampong Paloh di Lambor Kiri. Mungkinkah kesilapan tulisan berlaku ? sayangnya kerja-kerja menaik taraf pemakaman ini tidak diteruskan oleh pihak berwajib, tempat bersejarah ini tidak kurang pentingnya pada warga Telok Bakong/Kampong Paloh kerana ramainya keturunan Aceh/Siak/Kampar/Minangkabau di daerah ini termasuk la Maharaja Lambor yang dipercayai dari Aceh Darulsalam.



N.A HALIM di makam Sultan Muzaffar Shah 1
Padang Marhom, Telok Bakong.
(semasa kerja-kerja menaik taraf makam diawal 70an)

Kami sebagai warga Telok Bakong dan Lambor serta Perak amnya berharap supaya pihak-pihak berwajib meneruskan kajian untuk betul-betul mengenal pasti makam yang berada di Kampong Paloh ini serta meneruskan pembinaan kawasan makam sebagaimana hasrat N.A.Halim yang berusaha begitu gigih mengenal pasti sejarah tanah air kita yang tercinta.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maaf tuan, ada cerita orang lama-lama, ada beberapa tempat disebelah kanan Sungai Perak asalnya dahulu disebelah kiri, tetapi oleh kerana perubahan aliran Sungai Perak ianya telah menjadi sebelah kanan. Tapi ketelog yang ada tempat yang sudah jadi sebelah kanan namanya masih kiri lagi. Penduduk tempatan yang ada sekarang mungkin boleh memberikan ulasan. KMY

aisbatu berkata...

Tuan KMY,

Terima kasih atas maklumat penting tersebut kerana perubahan cuaca serta arus sungai banyak mempengaruhi aliran dan kedalaman sungai Perak. Satu contoh tebing sungai dikiri yang telah menjadi kanan ialah Air Mati Padang Marhom. Dulu aliran sungai melalui kawasan tersebut tapi kini arus sungai telah beralih kekawasan sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Gen IX Tok Kadok.
salam buat kedua2 pak KMY dn AB, sekali lagi nanyai sama bapak, saya kebutohan bantuan dari anda berdua bagi maksud membantu saudara kita Pak SiMerah Silu yg kepingin bangat mahu menjejak leluhur salasilah beliau iaitu lokasi maqam maqam marga acheh di persekitaran daerah bapak.

aisbatu berkata...

Waalaikumsalam buat bapak, untuk makluman bapak maqam Pahlawan atau Pembesar Aceh yg terdapat di Kampong Telok Bakong ada dua . Yang Pertama Tok Kelempayan (anak Raja Aceh - tak tahu dari zaman yg mana) dan kedua Tok Sepat, tetapi pihak kami tiada data yang tertulis sebagaimana di Indonesia yg lengkap. Hingga kini saya juga masih mencari sejarah kedua-dua maqam tersebut.

aisbatu berkata...

Maharaja Lambor juga pembesar dari Aceh dan beliau adalah sezaman dengan Sultan Muzaffar Shah 1, maqam beliau berada di Kampong Tua bt 16....saya juga masih menjejaki maqam Toh Maharaja Lambor dan jika ketemu akan saya paparkan diblog ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam..

dekat kawasan ni (4.264728,100.895852) rasanya ade satu makam laksamana aceh...dulu2 dalam hujung 80an ade signbord..

aisbatu berkata...

Waalaikumsalam,

Tuan tanpa nama, maaf saya tak memahami apa nombor berkenaan (4.264728,100.895852). Mohon kerjasama tuan untuk maklumat yg lebih jelas dan e-mailkan saja kepada aisbatu2003@yahoo.com

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Itu koodinat petanya, iaitu latitute dan longtitudenya.
Tolong beri nama kampungnya, pekan terdekat dan sedikit pertunjuk hendak sampai kesitu. kmy

Tanpa Nama berkata...

salam tuan..

makam laksamana aceh nie dekat kg. pulau, mukim lambor kiri berhampiran dengan kedai runcit haji yunus (boleh tanye org kampung kat situ)... kalau tuan ada gps boleh masukkan no koordinat tu ataupun masukkan nombor tu kat google maps untuk tengok lokasi dia... makam nie dah siap berpagar lebih kurang macam dalam pelan pagar makam tok sepat tu...dulu ade signboard kat jalam masuk tapi sekarang dah takde.

aisbatu berkata...

Waalaikumsalam,

Memang benar tempat tu ada Maqam Pahlawan Aceh, semasa saya mencari kawasan Maqam Toh Panjang Ogek saya juga mencari maqam tersebut tapi tak berjumpa kerana tak ada lagi papantanda. Mungkin lawatan saya sekali lagi kesana akan bertemu kerana dah ada panduan yg tuan beri, terima kasih banyak tuan.

Tanpa Nama berkata...

maaf kalau mencelah,

makam laksamana acheh memang terdapat di kampung pulau lambor kiri, kedudukan nya berhadapan rumah arwah datuk saya.
makam ini mempunyai 3 batu nisan. tetapi banyak yang dah pecah kerana ditelan usia.
saya pernah didatangi mimpi untuk pergi membersihkan kawasan ini pada tahun 2010.Dan ternyata ketika saya datang melawat ada tanda2 pemujaan telah berlaku berdasarkan kesan lilin yg banyak dibucu makam.

aisbatu berkata...

Bila berkesempatan saya sendiri akan kesana,N.A.Halim (Muzium Negara) dulu telah berjumpa arwah Anjang Pulau untuk mencari makam tersebut.Perbuatan khurafat orang-orang kita ini sering terjadi dimakam-makam lama termasuk la makam Pahlawan Aceh ini dan hanya dengan kesedaran dan pendidikan agama sahaja boleh menyedarkan mereka.

Ashila85 berkata...

Kg Paloh ni lau tak silap kat belah lambor kanan sana.Lau lambor kiri tak ada dlm peta kg paloh ni..

aisbatu berkata...

Betul tu Ashila tapi samaada ianya berada dikiri atau dikanan Sungai Perak misterinya tetap tidak dapat diungkaikan oleh generasi sekarang..........

Tanpa Nama berkata...

mike kene tau sebab ape byk kubur org acheh di sg perak dulu kan ade cerite tentang puteri limau purut masa perang merebut tuan puteri ni ramai pendekar aceh yang mati sebab perangcume kene tau pasai riwayat pedang panjang yang ada pada sultan perak

aisbatu berkata...

Kewujudan makam aceh lebih awal dari peristiwa yg tuan nyatakan diatas juga menjadi fokus utama kami untuk melihat susur galur keturunan kami, makam makam Aceh yg ada di Kg Telok Bakong merupakan telah ada disini semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah 1 lagi. Teman pun weh salah seorang keturunan dari Tok Kelempayan (nama gelornya anak Raja Aceh)susunan salasilah udah hilang dek arus zaman......