Rabu, 3 Julai 2013

SALASILAH TOK KADOK - KG TUA (2)



Dewan Lama Bt 16 Kg Tua -
Terima kasih kepada penyumbang foto sebagai hiasan ini..
( Banjir 1972 - Honey Temoleh).

Apabila melihat foto dari sahabat ini penulis teringat banjir diwaktu ini yang begitu dalam dan semua kenderaan tidak boleh melalui jalan raya di selekoh (corner) tojon bendang ini. Banyak kenderaan kemalangan diselekoh berkenaan. Jenerasi sekarang tidak pernah merasa banjir sebegini besar dan bagaikan suasana hari perayaan anak-anak remaja dan kecil bermain air bah dan banyaklah pokok pisang awak ditebang dijadikan rakit sementara untuk bermain air banjir.


Salasilah yang dipaparkan kali ini masih dibawah jurai Kanda Mukmin dari anaknya yang tua iaitu Kulop Saki hingga ke anak nombor empat iaitu Teh Bidah. Untuk anak yang kelima iaitu Pandak Ismail akan dipaparkan di edisi sambungan selanjutnya nanti.



Salasilah Kanda Mukmin 2.




Salasilah Kanda Mukmin 3.


Sebarang info tentang susunan salasilah diblog ini jika ada susunan yang tidak lengkap serta ada penambahan, silalah berhubung terus dengan e-mail dan FB penulis. Segala teguran dan sumbangan dari tuan puan amat dialu-alukan serta ribuan terima kasih kepada mereka-mereka yang terlibat turut menyusun salasilah yang dipaparkan untuk pengetahuan semua para waris dan keturunannya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mesti banyak ikan sungai naik masa nie..

aisbatu berkata...

suasana begini dah tak ada dah, zaman bah besor dan nangkap ikan dikg kita hanya tinggal kenangan. Zaman ini moncah dengan ikan sungai....

Tanpa Nama berkata...

Alamak, baru selesai semalam, dah print deraf,tup tup ada tambahan lagi yang 3 Julai punya. Teman lame tak buke blog mike, update salasilah setakat Jun je..

aisbatu berkata...

Salasilah dari Kg Tua ni pun banyak juga dan pening nengoknya.....

Unknown berkata...

Teman orang kubu cicit hj din mike ni ade sangkut ke dgn anjang pulau rumah di baruh mesjid lambor kiri atau mat gudang anaknya aruah ni kedai teluk sena

aisbatu berkata...

Secara terusnya teman tak tau ade ke idak sangkutpautnye tapi mase kecik-kecik dulu adele dibawa oleh ayah saya ke Lengkor yg tuan cakap tu. Ate hingga kini orang tertue udah tak ade nak bertanye....oleh itu tak dapat le teman nyawabnye ape yg mike tanye. Anjang Pulau memang dikenali ramai dan ade seorang due warisnye menghubungi teman tapi macammane yg teman katekan tadi tak le dapat nyawabnye. Terima kasih kerana menghubungi teman dilaman ini....