Papan Tanda Kg Tua - Jalan Masuk.
(Foto sumbangan FB Kg Tua ).
SALASILAH TOK KADOK - KG TUA.
(Kanda Ngah Seran 1/1/2 )
(Salasilah Kanda Ngah Mukmin 1/1/2/2).
Bersambung kembali dengan jurai Salasilah yang disediakan dari Kg Tua Batu 16, Salasilah yang diusahakan oleh encik Encik Abdul Hamid.( UiTM Sri Iskandar Perak) mengikut jurai Kanda Ngah Seran, iaitu cucu kedua dari Tok Tunku anak Tok Kadok. Tidak terdapat pula dalam catatan salasilah senarai dari jurai keturunan Long Puasa didalam catitan ini. Penulis blog mengagak kemungkinan tiada sumber data yang diperolehi atau penumpuan penulisan salasilah kepada jurai "pengumpul" salasilah berkenaan lantaran data-data sukar doperolehi. Walaubagaimanapun kemungkinan pelayar-pelayar blog Sumpahan Tok Kadok serta waris waris mempunyai satu senarai salasilah dari Long Puasa, maka marilah kita sama-sama berkongsi maklumat dan mengetahui jurai dari Long Puasa tersebut dengan mengirimkan maklumat berkenaan ke penulis blog.
Berbalik kita kepada salasilah dari jurai Kanda Ngah Mukmin, nama Mohd Ghonah ditanda dengan lain warna iaitu warna merah dan dicatat yang ianya bukan dari keturunan Tok Kadok. Adakah ianya anak angkat, tiada maklumat lanjut yang tertulis disalasilah.
6 ulasan:
Adakah blogger sudah mendapatkan ulasan dan penjelasan tegas daripada waris Mohd Ghonah, mengenai status beliau..waris Mohd Ghonah juga ada menyimpan salasilah keturunan Tok Kaduk..blogger patut dapatkan penjelasan dari waris Mohd Ghonah
Mohd Ghonah bukan anak angkat. Waris Mohd Ghinah sudah buat kajian salasilah keluarga dari tahun 70' sewaktu ramai waris2 serta adik beradik Pandak Ismail masih hidup. Kajian dari waris mohd ghonah bukan baru2 ni di buat. Waris2 Ghonah masih berhubung rapat sehingga hari ini dengan waris2 adik beradik lain dari anak Pandak Ismail. Diharap Blogger boleh memperbetulkan statement anak angkat itu. Blogger juga boleh menghubungi waris Mohd Ghonah, Cucu Pandak Ismail yang berada di Batu Gajah. Yang membuat kajian terperinci keturunan tok kaduk. Cicit Pandak Ismail juga pensyarah di UiTM Sri Iskandar. Tapi bukan En Abdul Hamid seperi yang dinyatakan oleh En Blogger.
Setelah di tanya oleh cicit Pandak Ismail, ternyata En. ABDUL HAMID TIDAK TAHU-MENAHU MENGENAI BLOG INI.
** warna bertanda merah itu adalah untuk menandakan link keturunan pihak waris Mohd Ghonah. Kerana pengkaji / pembuat salasilah keturunan ini adalah anak Mohd Ghonah
Blogger sepatutnya bertanya dan mendapat info tepat dari waris atau pembuat salasilah ini.
Assalam tuan,
Terlalu lama baru ada yg respon, saya ambil salasilah ini dari fb dan seingat saya telah dibenarkan. Oleh itu jika ada yang ingin atau ada data yang tepat saya mohon kirimkan data itu kepada saya, agar boleh saya perbetulkan diblog. Memang dekat fb tu pun dulu setiap pertanyaan saya tidak ada yg respon, dari peringkat awal blog ini dibuka salasilah-salasilah yang dipaparkan sering saya ajukan dengan berkongsi bersama data-data yang tuan-tuan ada.
Mohon tuan kirimkan jika ada pembetulan atau susunan salasilah yang salah atau tak tepat.
Dlm carta ini Kulup Saki + Ngah Zauyah tidak ada mempunyai anak bernama UDA MAJID. Ada kemungkinan Kulup Saki mempunyai isteri lain dan melahirkan Uda Majid - Uda Majid membesar membesar di Redang Sawa,Bakap ramai saudara mara di Kg. Bunga Tanjong
n Kota Baru, Pk. mereka ini semua ada pertalian dg keluarga yg sama dg k'ga kita di Lambor, Bota, Layang2 n Parit antaranya Toki Anjang yg tinggal di Layang2, Lambor - dulu2 bila Toki Anjang ni dtg menziarahi Uda Majid di Bt. 7 dia mesti pergi juga menziarahi k'ga Uda Majid di Kg.Bunga Tanjong dan Kota Baru - diantara k'ga di Kota Baru ialah k'ga Dato' Ahmad Saadi ExSUK N.Pk.
pak sedara saya yang bagi
Alhamdulillah,Terima kasih tuan kerana komen dan respon dari keturunanya.Mohon tuan kirimkan kepada saya senarai yg tuan ada untuk saya senaraikan dan keluarkan diblog. Keturunan saya juga ada disana tapi dah terputus hubungan dan bapa saya dulu tidak menyatakan atau memperkenalkan jurai jurai keturunan disana.
saya alu alukan kiriman tuan dan sila e-mailkan ke aisbatu2003@gmail.com
Catat Ulasan