Encik Abdul hamid.
( UiTM Sri Iskandar Perak)
SALASILAH TOK KADOK.
( UiTM Sri Iskandar Perak)
Salasilah dari Kampong Tua ini telah dipaparkan oleh encik Abdul Hamid di Facebook pada tahun 2012 yang lalu bagi tatapan semua keturunan yang berkaitan dengan Tok Kadok . Ucapan setinggi tinggi tahniah kepada encik Abdul Hamid kerana telah membentangkan salasilah yang dikumpul dan dicatit mengikut susunan yang orang-orang yang terdahulu, bukan senang untuk memperolehi nama-nama serta lengkap dengan nombor talipon serta tempat tinggal pada penama-penama yang tercatit didalam salasilah. Mungkin penulis ingin memaparkan susunan salasilah sahaja dan maklumat lain mungkin tidak dipaparkan disini.
SALASILAH TOK KADOK.
Mengikut catatan di susunan Salasilah yang dipaparkan oleh encik Abdul Hamid, Tok Kadok dipercayai mempunyai 5 atau 7 anak serta seorang anak perempuan. Yang tercatat didalam salasilah cuma dua sahaja anak-anak Tok kadok yang diketahui iaitu Tok Tunku dan Tok Tabat. Ada diantara keturunan anak-anak Tok Kadok saling berkahwin untuk mengembangkan keturunan antara mereka. Penulis cuba menyambung susunan salasilah yang diatas untuk paparan tuan puan hingga kegenerasi yang ke lapan atau kesembilan mengikut yang tersusun oleh catatan disalasilah oleh Encik Abdul hamid.
Salasilah ini juga adalah berkaitan dengan yang disusun oleh Tuan Haji Abdul Rashid (Kg Tua) tetapi cuma berbeza susunan peringkat anak-anak Tok kadok.
Salasilah ini juga adalah berkaitan dengan yang disusun oleh Tuan Haji Abdul Rashid (Kg Tua) tetapi cuma berbeza susunan peringkat anak-anak Tok kadok.
7 ulasan:
Gen XI
Assalam Tn.... saya mula keliru ni sebab tak ade pun hubungkait nasab keturunan moyang2 sampai ke saya ni generasi ke 11 kecuali yg dulu2 sahaja Moyang 8 bermula dari Pandak Demat > Teh Nyawa Alang Kontin.... Mohon Pencerahan Pak.
Waalaikumusalam,
Blog "Sumpahan Tok Kadok" cuba mengambil seberapa banyak salasilah yg disenaraikan dari keturunan-keturunan Tok Kadok dan memaparkannya bagi sama-sama kita lihat dan analisa serta mengkajinya. Yang diatas adalah dari jurai Tok Tunku (Toh Tunku)anak Tok Kadok, salasilah Alang Sumat dan Pandak Demat(Teh Nyawa Alang Kontin) dari satu lagi jurai anak Tok Kadok (Tok Nibung Hangus) dan pencor cicit Tok Kadok - Tok Lamit (tak tahu juga anak yg keberapa). sekarang ni anak,cucu cicit Tok Kadok udah mungkin 500,000 orang, jadi belah mana,pencor mane dan jurai mane pun udah saling kait mengait dibawah perkahwinan antara same keturunan. Jurai yg saya paparkan ni belum abis di keluarkan dan akan saya paparkan mengikut susunan yg diaturkan oleh encik Hamid.
salam tok,
arwah mat lahum yg dibunuh komunis di teluk sena sebab dituduh komunis mencuri kerbau tu ade ke salah silahnye? tq
Waalaikumusalam,
Untuk makluman tuan cerita itu teman tau, diceritakan oleh arwah ayah teman tapi mike kena nyatakan sedikit sebanyak bapa atau emaknye untuk memudahkan teman mencari salasilahnya.
Assalamualaikum. Kebelakangan ini sy mmg kerap melawati blog tuan utk mengesan susur galur sy.Sy sdg mengkaji segala maklumat berkaitan Maharaja Lambor & Tok Kadok. Permulaannya sy hanya mahu mengesan susur galur dr sebelah ibu sy.. lalu dr sini sy berjaya menjejak Uda Katab, Alang Kontin, Teh Nyawa + Pandak Demat membawa kpd moyang sy Busu Mat Baki seterusnya maktok sy, Marhamah. Tinggal lagi masih gagal mengesan dari mana jurai keturunan sebelah arwah abah. Sedangkn mak dan arwah abah adalah saudara kerana kedua2nya org Kg.Paloh. inshaAllah, sy akn teruskn pencarian. Sesungguhnya blog ini sgt bsar jasanya dlm usaha sy mengenali asal usul diri yg sbnrnya dari satu keturunan yg layak dibanggakan. Bukan utk berasa rendah diri kerana sudah zaman berzaman org ketawa berdekah2 dgn kisah Tok Kadok yg tanahnya tergadai akibat menyabung ayam. Tanah yg tergadai itu tanah milik siapa?? Tanah kita, waris2nya. siapa yg memperdaya?? Di sini ramai yg lupa atau rasa tidak perlu peduli pun apa kesannya. Oleh itu sy buang jauh2 rasa keseorangan yg ada kala menyelubungi diri tatkala usaha sy utk cuba melengkapkn 'family tree' sendri ibarat satu lawak jenaka. Maka jgn hairan andai hnya segelintir kecil waris keturunan kita yg berasa terpanggil utk membersihkn nama baik Tok Kadok yg sekian lama menjadi bahan jenaka penglipurlara sastera Melayu silam. Ada satu ayat saya nak bagi ni... Bangkit lah wahai waris2 Tok Kadok sekalian.. Sekian. Apa2 pun sekalung Tahniah buat Tuan Empunya Blog Ais Batu. Smg segala isi kandungan blog Tuan mjadi asbab pahala yg berpanjangan.Aminnn..
Waalaikumusalam,
Puan Hafizah, syabas saya ucapkan kerana menyemak dan mencari susur galur keturunan sendiri. Kalau sebelah bapa siapa namanya dan e-mailkan kepada saya supaya saya cuba bantu mencari salasilah berkenaan,jika boleh saya semak dan paparkan diblog ini.
Assalammualaikum...
nak tanya.. ada tak anak kulop saki bernama uda majid??
sebab duk dengar pak2 sedara sembang kami dari keturunan pak kaduk..
Catat Ulasan