Rabu, 27 Oktober 2010

PENYAKIT GILA MEROYAN ATAU GANGGUAN EMOSI.

Penyakit ini termasuk dalam ketogari gangguan Emosi/depretion yang di istilah lah sebagai gangguan puerperal.Biasa berlaku kepada ibu lepas bersalin anak.Terdapat juga penyakit ini menyerang pada ibu mengandung…tetapi jarang berlaku.Ada kala penyakit ini menyerang tidak serius dan kebanyakan nya serius.Penyakit yang tidak serius tidak perlu di rawat hanya melalui sokongan keluarga khusus nya suami dan ibu bapa serta keluarga.Sokongan dari keluarga memain kan peranan penting.

AKIBAT GANGGUAN PENYAKIT INI;
1.Pesakit akan terasa badan lemah dan tidak bermaya.
2.Rasa putus asa dan jemu berpanjangan.
3.Kurang Selera makan dan minum.
4.Kurang tidur dan tidur tidak nyenyak.
5.Cepat marah dan Cepat hiba tanpa sebab.
6.Tekanan dari keluarga
7.Implikasi dari kesusahan melahirkan anak.
8.Persekitaran tempat tinggal yang membenakan…jiran jiran.
9.Baka
10.Gangguan makhluk halus seperti Jin,Saka, Syaitan dan sihir.

Kesan kesakitan mungkin terjadi di kawasan otot bahu,tengkuk,juga bahagian perut.Satu tarikan di bahagian kepala yang mencengkam kuat di rasa kan olih pesakit ini. Bagi pesakit yang kurang menghadapi kesakitan ini,penyakit ini akan hilang cepat atau dalam tempoh yang singkat.Dan pada bab ini rawatan tidak lah perlu.
GEJALA GEJALA GANGGUAN.
1.Berlaku perubahan yang ketara seperti rasa gelisah tidak menentu dan sukar tidur.
2.Ketegangan pada otot yang menyebabkan pesakit meraung kesakitan khusus nya di bahgian kepala dan tengkuk.
3.Denyutan jantung menjadi laju serta pernafasan yang lebih tinggi.
4.Ibu tidak kenal diri sendiri,anak anak malahan suami atau keluarga….hilang akal.
5.Rasa sedeh yang tiada sebab,tidak bergaul dengan orang,putus asa dan marah secara tiba tiba tanpa sebab.
6.Memperlihat kan tabiat yang aneh…seperti bercakap sengsorang,ketawa dan berbual tanpa teman.
Jika terdapat kalangan anda samada isteri,kakak,ibu,adik atau kelurga juga sahabat yang ada gejala ini,saya nasihat kan berubat lah.Tanda gejala ini senang kita dapati iaitu…perempuan lepas bersalin anak,ianya berlaku !!!.Jika tidak di rawat pada peringkat awal nya,penyakit ini akan berterusan dan akan bertambah teruk.Ada banyak Kes yang menjadi Gila Terus.Ada kes yang mengakibat kan bunoh diri dan mengamuk mencederakan orang lain.Penyakit ini hanya menyerang pada kebiasaan nya pada perempuan yang lepas bersalain anak.

Kepada suami dan bakal suami,saya nasihat kan,bimbinglah isteri dan jaga lah isteri sewaktu mereka mengandung.Bawa lah ketempat yang bebaik,jangan bawa ke tempat yang bermaksiat,berilah makanan yang halal dan berseh.Cari lah tempat tinggal yang tidak memening kan kepala kita di atas kerenah jiran jiran yang tidak elok…mami jaruuum !!!.Dan bina keluarga kita pada dasar Keislaman supaya dari benih kita,sekurang kurang nya seorang Cerdik Pandai Islam lahir menjadi Jaguh Yang Memperjuang dan Meninggikan Mertabat Islam….Amin !!!

Izinkan saya menitipkan info mengenai gila meroyan disini sebagai menambah lagi komentar diatas. Ada pihak yang mendakwa, penyakit gila meroyan ini dialami juga oleh kaum lelaki dikenali dengan angin mempasang atau kepala angin (kepalanya masuk angin), sama seperti penyakit puduraya (payudara) yang juga dialami oleh kaum lelaki.
Menurut istilah saintifik atau perubatan, gila meroyan dikenali sebagai postpartum pyschosis. Ia juga dikaitkan dengan postnatal depression, maternity blues atau puerperal psychosis. Apa juga perkataan yang dikaitkan dengannya, dikalangan masyarakat melayu ia lebih dikenali sebagai gila meroyan. Walau pun ia lebih sinonim diperkatakan di kalangan masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namum ia juga sebenarnya turut menimpa kalangan wanita profesional.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gila meroyan? Ia merupakan gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu berbuat perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang disekelilingnya. Pendapat terkini mengatakan penyakit postpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita lepas bersalin.
Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85% wanita sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakkannya hanya mengalami pada tahap yang ringan sahaja dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan, Walau bagaimana pun, dalam segelintir 10% wanita gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan sehingga menyebabkan penyakit yang juga lebih dikenali sebagai kemurungan atau gila meroyan.

Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada 3 peringkat utama iaiatu :-
1. Postpartum Blues – jenis ini sering dialami, ia bersifat ringan dan kebanyakannya pulih sendiri tanpa rawatan
2. Penyakit kemurungan – kebanyakkannya memerlukan perhatian dan rawatan segera
3. Psikosis – boleh berlaku jika kemurungan tidak dirawat
Apakah punca yang menyebabkan gila meroyan?
Gila meroyan adalah peringkat lewat gangguan perasaan (selepas blues dan kemurungan). Gila meroyan terjadi apabila gangguan blues dan kemurungan tidak dapat dikesan diperingkat awal dan dibiarkan tanpa mendapat perhatian doktor serta rawatan.
Apakah gejala gila meroyan?
Kepentingan untuk mengenali gejala blues dan kemurungan perlu diberi perhatian doktor, suami, ibu serta saudara rapat. Mereka ini perlu mengenalpasti gejala-gejala ini agar gila meroyan dapat dielakkan.

Gejala Maternity Blues
* Mood berubah dan senang terusik, mudah menangis, mudah marah, cemas dan bimbang
* Gejala memuncak pada minggu pertama selepas bersalin (sekitar hari ke 4 dan ke 5) memandangkan waktu ini wanita telah kembali ke rumahnya dan menyedari beliau kini berhadapan situasi menerima orang baru
* Gejala ini boleh berterusan selama beberapa hari, namum ia lazimnya pulih sendiri dalam masa 2 minggu tanpa rawatan perubatan
* Wania ini masih boleh menguruskan dirinya dan bayinya

Gejala Kemurungan
* Berlaku sekitar 10% – 15% dalam masyarakat
* Wanita yang pernah mengalami kemurungan termasuk kemurungan postpartum sebelumnya serta kemurungan sewaktu hamil berisiko mengalami kemurungan postpartum.
* Gejala ini lazimnya muncul tanpa disedari dalam masa 3 bulan selepas bersalin, lebih memberi kesan ketara berbanding maternity blues
* Mudah menangis, gangguan tidur, letih, tidak bermaya, kurang selera makan, memikir ingin membunuh diri dan sering berfikir untuk mati
* Kerap cemas dan bimbang serta obses terhadap bayinya. Sebaliknya beliau boleh juga mempunyai fikiran negetif terhadap bayinya sehingga ingin mencederakannya.

Gejala Psikosis (Gila Meroyan)
* Ini adalah keadaan yang paling serius berbanding maternity blues dan kemurungan
* Ia jarang berlaku, hanya 1-2 dalam setiap 1000 wanita selepas bersalin
* Keresahan, gangguan tidur (insomnia), mood kerap bertukar-tukar serta menunjukkan kelakuan yang tidak kena pada tempatnya
* Mempunyai kepercayaan bahawa bayinya cacat, nazak, syaitan atau sebaliknya. Mendengar bisikan menyuruh mencederakan diri atau membunuh bayinya.
* Berisiko untuk membunuh diri atau bayi

Rawatan dan cara mengatasi
* Mengenalpasti maternity blues dan kemurungan
* Memberi perhatian dan layanan. Layanan yang diberikan sewaktu jagaan berpantang agar beliau merasakan mendapat perhatian dan tidak rasa keseorangan
* Berbincang dan menyelesaikan masalah yang timbul dan sebagainya

*Sumber dari Tok Syeikh & PakCiklioo.

Jumaat, 22 Oktober 2010

BIOR PAPE ASAI BERGAYE .



TARIAN GABUS (BOTA)



REBANA TELOK BAKONG - LUBOK ANCOR FB



LOGHAT TELOK BAKONG & LAMBOR.





Selasa, 19 Oktober 2010

SALASILAH ALANG SUMAT DAN PANDAK DEMAT (ANDAK MUNDAM 1)





Dikemas kini pada 8/10/2011.

Salasilah ini dikemas kini dari data Encik Daud Hj Sulaiman,KMY, Waris Pak Kadok, Tuan Haji Norashid, Encik Zahari Mat Lihom, Hajah Aishah Bt Lodin serta suaminya Haji Alias bin Mat Nasir dan penulis blog sendiri. Terima kasih kepada waris-waris yang terlibat bagi membetul dan membekalkan salasilah berkenaan. Marilah kita terus menulis salasilah berkenaan untuk memperlihatkan jurai susunan Tok Kadok terlaksana. 

Salasilah Uda Mali (sila rujuk kepada salasilah Uda Ganjor).

Salasilah Uda Nahu.

Salasilah Long Gendut.
Bismillahhirahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang menjadikan, memelihara keturunan itu bagi manusia dan mengaku ia akan kemuliaannya dengan firman yang bermaksud "Sesungguhnya sudah kami muliakan anak-anak Adam dan Selawatnya dan salamnya atas Penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W yang menguatkan kita dengan menghubungkan rahim atas keluarganya dan sahabatnya yang mereka itulah ahli kebajikan dan kemulian" Ada pun kemudian dari itu Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud "Belajarlah kamu daripada keturunan kamu sekira-kira dapat kamu menghubungkan kasih sayang kamu". Sekianlah dipetik dari kata-kata haluan dalam salasilah Mahmudiah Perakiah susunan Allayyarham Tuan Haji Ashaya bin Abd.Majid bekas Mufti Perak. Kata-kata dan Salasilah ini disusun oleh Hj Md Shaharudin bin Mansur serta disimpan salinannya oleh En.Daud Hj Sulaiman.

Salasilah ini adalah mengikut cabutan salinan salasilah dari Encik Daud bin Haji Sulaiman bin Pandak Logam bin Pandak Demat bin Busu Mamat bin Uda Bahrum yang telah membenarkan salasilah ini dipaparkan dan untuk disambung oleh waris-waris lain yang berkaitan dengan keturunan Tok Kadok (Toh Tua Sakti). Marilah sama-sama kita menyambung dan mengatur susunan salasilah yang mungkin tuan-tuan tahu dari bapa atau datuk-datuk yang terdahulu. Jika tuan-tuan ada maklumat lain dari diatas sila kemukakan dan e-mail kepada aisbatu2003@yahoo.com atau memberi komen diruang bawah artikel ini.




"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa " (Surah Al-Furqan ayat 74 )



1.Duduk dari depan : Teh Linggam (isteri Uda Malak), Saodah bt Hj Tahir, Uteh bt Alang Sumat
2.Berdiri barisan depan Lelaki sebelah kiri : Tn Haji Husin bin Hj Tahir, Ahmad Gamat bin Alang Sumat
3.Belakang Kiri : Teh Sariah (anak Itam Seri bin Alang Sumat), Robiah (isteri ke 2 Chu Talak bin Alang Sumat),isteri (Abdullah - Gamat) perempuan (tak tahu nama) dan sebelahnya Zamree bin Mat Kasu, (Imam Ta'in) Yg mendokong anak ialah Derma Taksiah bt Ahmad Gamat.
4.Belakang Kanan Lelaki Dewasa : Sufian bin Ahmad gamat dan Abdullah bin Ahmad Gamat.

*Gambar ini adalah sumbangan dari Derma Taksiah bt Ahmad Gamat, tahun gambar ini diambil mungkin sekitar 1960an.Lokasi gambar ini adalah didepan rumah Sufian Gamat di Telok Bakong.Klik pada gambar untuk besarkan saiz gambar.



Belakang  : Teh Sariah dan Zainon bt Mohamad cucu Ahmad Loding.
Tengah     : Napisah & Saerah.
Depan      : Rokiah (isteri Hamid Mohd Ali), Kamariah (Lebo) bt Kulop Keria (isteri Shafie Chu Talak)

 Hajjah Halijah bt Pandak Amat.

Gambar ini diambil pada tahun 1926 ketika beliau hendak menunaikan haji ke Mekah dengan menggunakan Kapal laut. Sebenarnya Puan Hajjah ini orangnya kulit putih bukan hitam seperti dalam gambar. Teknik gambar hitam putih zaman dulu serta kelengkapan yang terhad membuatkan gambar berkenaan bewarna hitam pekat. Gambar ini hampir musnah didalam simpanan dan diperbaiki semula.



Hajjah Zainab bt Hj Tahir.(Berdiri 6 dari kanan dan Hajjah Derma Taksiah 5 dari kanan)


Hajjah Alang Arpah bt Uda Malak dengan Accordiannya



Rumah peninggalan Hajjah Alang Arpah


 Tn.Haji Mat Kasu bin Ngah Sam 
dan Isterinya Hajjah Derma Taksiah bt Ahmad Gamat

Khamis, 14 Oktober 2010

GAMBAR LAMA ORANG TELOK BAKONG.

Pemuda-pemuda zaman 50an



SEKOLAH KEBANGSAAN

*Gambar-gambar diatas ehsan dari Telok bakong on-line.


JALAN CHAN SAW LIN

 IKAN JELAWAT PAHANG


Kelas Fardu Ain/Tajwid di rumah Tok Sidang Ma'ai.
 Oleh Ustaz Tn Haji Mat Baki.

Selasa, 12 Oktober 2010

SANTAU.

SANTAU ANGIN.

Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.
Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka

Symptom-symptom yang utama adalah batuk tak berhenti-henti serta muntah-muntah samaada muntah angin atau apa yg dimakan akan semua keluar, apabila dah banyak hari sedemikian keadaan pesakit akan mula lesu dan tak bermaya. Apa lagi ubat hospital memainkan peranan pula untuk melesukan lagi pengidap santau angin ni, iaitu memakan ubat batuk. Jika diperiksa dihospital samaada disyaki penyakit tb atau tiada apa-apa penyakit dan sila makan ubat batuk mengikut jadual dan datang jumpa doktor balik dalam masa 3 hari (itu standard). Begitulah pihak klinik atau hospital menyarankan, bukan nak salahkan pihak hospital tapi penyakit ini susah dikesan dengan perubatan moden.
 
Bila masa pihak penerima santau angin ni dapat santau ni tidak dapat ditentukan jadualnya, walau tengah tidur atau sedang poco-poco, time dia sampai dan tersedut debu auranya pihak yg ditujukan akan terus batuk-batuk. Hanya orang yg dituju atau yg dinamakan tu sahaja akan menerima kesan dari perbuatan penghantar santau ni. Jika tiada nama dalam list maka tiadalah terlibat, walaupun kita duduk satu bilek dengan penerima santau angin ini.

Santau ni pun banyak jenis dan berbagai fesyen, mengikut pengamal perubatan tafsiran dan cara pengubatannya juga pelbagai, jadi symptom santau angin ni juga terbahagi kepada beberapa bahagian, maaf la saya pun tak tahu apakah bahagian bahagian tersebut. Berdasarkan pengalaman saya dengan adik ipar yg terkena penyakit ini, perawat menggunakan keladi hitam serta air kelapa muda untuk menyembuhkan penyakit ini. Disamping limau nipis. Dlm kes adik ipar saya ni perawat menyatakan bebola racun sebesar bola pinpong bewarna merah kehitaman dihantar didepan rumah dan ditempat kerjanya.

Penyakit ni boleh bawa maut jika pengidapnya terbiar lama tanpa ada usaha pengubatan traditional tapi ketentuan usia adalah hak Allah. Demikianlah sedikit pengalaman saya untuk dikongsi bersama.

Isnin, 11 Oktober 2010

ROH.




Merujuk kepada Firman Allah SWT di dalam Al-Quran Surah Al-Israk ayat 85;


Dan mereka bertanya kepada mu tentang roh,katakanlah "Roh itu termasuk urusan Tuhan ku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit"


Demikianlah yang mana manusia hanya diberikan sedikit sahaja ilmu tentang ROH, akan tetapi dengan sedikit ilmu ini manusia berusaha mengkaji dan telah berjaya mengambil beberapa manfaatnya terutamanya dalam konteks Ilmu Kerohanian dan Alam Ghaib.Mengikiut tafsiran seorang guru tasauf "melainkan sedikit" bermakna umpama luasnya lautan untuk diterokai oleh manusia tentang bab Roh.

Berdasarkan ilmu dan kajian ahli-ahli ilmu kerohanian, ROH manusia terdiri daripada himpunan 9 jenis Roh. Setiap Roh ini mempunyai fungsinya yang tersendiri seperti berikut;
1. Roh Idofi - Roh Utama
2. Roh Rabbani - Roh yang sukar ditemui. Bersifat diam dan tidak mempunyai apa-apa kehendak. Sifat kehambaan yang sebenar-benarnya.
3. Roh Rohani - Roh yang berkaitan dengan nafsu
4. Roh Nurani - Roh yang berkaitan dengan hati yang baik (nafsu mutmainnah)
5. Roh Kudus - Roh berkaitan berhubungan dengan berbuat kebaikan
6. Roh Rahmani - Roh yang mempengaruhi manusia bersifat sosial dan suka memberi
7. Roh Jasmani - Roh yang menguasai seluruh darah dan urat. Roh yang menjadikan kita sakit dan seumpamanya. Sekiranya kita dapat menguasainya, ditusuk jarum pun tidak akan rasa sakit. Roh ini mudah dikuasai oleh nafsu amarah dan sifat kebinatangan buat manusia seperti suka makan,bersetubuh, malas dsb.
8. Roh Nabati - Roh yang mengendalikan perkembangan dan pertumbuhan badan fizikal
9. Roh Rewani - Roh yang menjaga tubuh fizikal dan pemikiran. Bila tidur,roh ini yang keluar.
Penerokaan roh kita kealam lain atau alam nyata...ianya sukar dibayangkan, sepertimana berterbangannya burung-burung diangkasa kemana sahaja samaada anda mengikut system gps sebagai panduan atau nurani anda memacu panduan seadanya. Bertemu alam jin,bunian,alam roh orang yg telah pergi, wali-wali Allah ,Malaikat atau kerajaan Wilayah dan sebagainya. Seperti juga dialam nyata, apakah kenderaan yg dinaiki ? atau meluncur laju tanpa apa-apa kenaikan ? atau diiringi ? atau …………………..
Apakah beza Roh & Sukma ? bagi saya ianya berbeza dari segi bahasa sahaja. Fungsi utamanya adalah sama.Agak-agak berapakah kelajuan sesuatu roh digerakan melalui kelajuannya ? dari pengamatan saya ianya bergerak selaju 500km sesaat atau mungkin lebih dari itu.

Wallahhualam..


Pandangan 1, sahabat saya memberi pandangannya tentang meraga sukma (roh)...........

Menurut apa yg saya tahu drp guru ,ia adalah penerokaan roh kita kealam lain atau alam nyata...meraga sukma bkn saja utk kita kelalam ghaib tp kealam nyata juga melalui perjalanan roh...Alam nyata cthnya nak melihat keadaaan kampung dan sbgnya..
Menurut guru yg menceritakan roh kita ada 9 dan semasa meraga sukma hanya 1 roh saja yg keluar,dan tidak perlu bimbang kerana mereka tidak boleh mngaggu kita..dan semasa meraga sukma alam ghaib dpt melihat kita dan kita dpt melihat alamnya juga dan berjumpa dgn mereka..

Berbeza dgn terawangan hanya kita dpt melihat alamnya tp ia tidak dpt melihat kita dan kita tidak boleh buat apa2 disana.hanya melawat dan melihat..
latihan mngikut tahap kemampuan masing2,ada yg 7 hari latih dah boleh gi,ada gak yg 9 hari,dan ada yg tak dpt langsung...(biasanya 7cakra dlm diri telah diakseskan)
Peringkat awal selalunya kita meditasi dan pusing area dlm rumah,pastu luar rumah,pastu seterusnya ketempat jauh bergantung dgn niat kita...
Ada gak yg xperlu meditasi hanya tennang jer (pejam mata terus dah sampai) ada yg tgh baring pn dah sampai...

Pandangan 2.

.....saya nyatakan aspek yg di terangkan oleh sesetengah paranormal yg saya temui. Roh hanya datang dan pergi sekali sahaja didalam tubuh kita, pertama semasa didalam perut ibu dan kedua pergi setelah dijemput oleh malaikat. Apabila dijemput bermakna mati, qo'rim tak terlibat didalam meraga sukma ?, pecahan roh pula seperti diterangkan oleh tuan diatas. Memang roh boleh keluar dan masuk kembali serta ianya digelar "meraga sukma" tak pelik jika berguru serta mengamalkannya. Tuan-tuan boleh menggapai kealam jin,bunian, para roh,alam wali-wali dan seterusnya...........melihat kebesaran Allah. Disini saya perturunankan difinisi atau makna meraga sukma sebagaimana yang saya tahu atau yang diberitahu.

" Meraga sukma (pemikiran)adalah suatu proses pelepasan sukma dari raga untuk melakukan perjalanan yang tidak dibatasi oleh ruang dan waktu. Proses ini bila sempurna maka semua rasa panca indera pelakunya dibawa keluar, sehingga sukmanya mampu mendengar, merasakan, melihat dan meraba lingkungan sekitarnya dengan sukma itu sendiri secara nyata ". Dalam proses ini ada yang berpendapat Qo'rim juga terlibat sama ini kerana menurutnya hanya Qo'rim yang boleh berperanan merasa,mendengar dan melihat serta .....................wallahualam.


Apakah meraga sukma diperbolehkan dalam syariat Islam? Marilah kita baca firman Allah SWT ini, “Seluruh jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya, melainkan dengan kekuatan.” (QS. Ar Rahman:33)

SAKA KETURUNAN.

Salam sejahtera.

Saya ingin kongsikan pengalaman saya mengenai saka serta pengubatannya bersama perawat-perawat yg berpengalaman mengenai saka dengan tuan-tuan.
Bagi saya saka boleh di bahagikan pada empat iaitu :-

1)SAKA HITAM,
Saka hitam ni kebanyakannya jin-jin yg telah dikenali oleh orang-orang melayu dan ada berbagai bagai jenis dan bentuk. ianya diwarisi dari keturunan nenek moyang. tempat mereka-mereka ni selalu lepak adalah diatas rumah,didalam rumah(sudut-sudut didlm rumah),pokok-pokok berhampiran rumah dan berbagai tempat lagi yg tak jauh dari rumah kediaman pewaris. Bayangkanlah jika 14 dan 15 ekor tu betapa sesaknya mereka ni dikediaman kita.
Kebanyakan perawat-perawat menyatakan mudah untuk membereskan semua mahlok ini dari kawasan kediaman kita, samaada dimusnahkan atau dipulangkan ketempatnya (alamnya).Dekat mana entahlah tak tahulah saya.

2)SAKA HITAM DAN PUTIH.
Kumpulan ini pula datangnya juga dari saka datuk nenek yg berilmu, samaada ilmu-ilmu orang melayu atau yg berkaitan dengan guru-guru agama (bukan semua hanya segelintir sahaja). Rupa bentuk pun berbagai juga tapi yg popular menyerupai manusia dan dari pinggang kebawah menyerupai sebenar mahlok tersebut. Ada yg menyerupai datuk nenek moyang kita juga terutama yg ada perjanjian dengan mahlok tersebut. Kumpulan saka yg ini adakalanya boleh mengajar ilmu-ilmu dunia melayu dan ilmu-ilmu dari guru-guru (nenek moyang kita semasa hidup - guru agama ke,guru silat ke atau berbagai lagi yg baik-baik dan putih jernih).Ilmu mistik atau kuasa mistik dari mahlok ini buat kita terpesona dengan kebolehan sendiri, jadi bagaimana saka ni nak berpisah dengan kita kerana selagi kerap kita berzikir dan amalan mendekati Allah (amalan sepertimana datuk nenek kita yg terdahulu) maka makin dekatlah kita dengan mereka ni. Tempat mereka lepak dimana ??? hampir keselurohannya dibelakang pewaris mengekori kemana sahaja, tapi tak ketinggalan juga diatas bahu,didukung,digendong, bergayut kat tengkok ,dijulang dan berbagai posisi yang mereka suka. bayangkanlah jika ada 4 atau 5 ekor............Perawat-perawat biasanya dapat mengesan kewujudan mahlok ini dari pewarisnya melalui mata batin mereka serta menangkapnya mengikut cara perawat itu sendiri.

3)SAKA PUTIH MUTIARA.
Saka putih mutiara ni biasanya juga datang dari keturunan yg hebat-hebat dan berbentuk seperti beruk, labah-labah dan ada kes juga harimau. kebolehan saka ini berfungsi dari dalaman tubuh pewaris , seperti menjadi bidan,perawat, tukang urut serta melihat barang-barang hilang dan lain-lain lagi. Bila kebolehan ini datang sendiri dan boleh berkhidmat menolong orang kita amat terpesona dan kagum dengan kebolehan sendiri tanpa menyedari ianya juga datang dari "saka" . Kalau sedar pun kita dah terpengaruh atas kebijaksanaan mahlok tersebut serta sikap sayang terhadapnya dah menebal. Tempat lepak mereka dimana ??? ini yang susah nak diterangkan......tapi saya nyatakanlah juga mengikut kata para perawat-perawat yang saya temui...tempat-tempat mereka lepak adalah seperti didalam hati,jantung, mulut dan hujung lidah, anggota sulit serta didalam otak pewaris. Kebanyakan perawat-perawat menyatakan bab ini adalah yg paling sukar untuk discan atau diimbas serta untuk ditangkap dan dimusnahkan.

4)SAKA PUTIH EMBUN.
Mewarisi dari keturunan atau tuntutan tidak pulak diketahui iaitu mempunyai pendamping para wali atau mahlok Allah seangkatan para wali atau malaikat saya pun tak mengetahuinya tapi begitulah kata perawat-perawat yg saya temui. Tak semestinya pewaris boleh nampak atau perawat pun sukar mengetahuinya melalui scan mata batin. Perkara yang ini saya pun tak mengerti apa-apa yg dicakapkan oleh perawat-perawat yg bergelar Tok Syeikh atau Pak Syeikh ni, katanya kena berlajar dan berguru yang mursyid.

Kata seorang sahabat kepada saya tentang “saka putih embun” ini iaitu :-
secara amnya...

saka hitam mengajar dan membantu dalam berbuat kejahatan....
dengan syarat yang bertentangan dengan hukum syariat...
lebih kepada jin saitan dan iblis...
lebih kepada menyakitkan dan memudaratkan pewaris...

saka putih mengajar dan membantu dalam berbuat kebaikan....
dengan syarat yang mengikut hukum syariat...
lebih kepada makhluk ghaib seperti bunian dan manusia yang dighaibkan kerana ilmu amalan nya....
namun menyakitkan juga memudaratkan jika kita tidak mengikut arahan nya...

namun para wali bukan saka keturunan...
kerana..........
wali adalah wakil allah...
wali pilihan allah...
wali berjihat dalam membantu mereka yang terpilihyang dipilih allah .......
wali tidak memilih waris dengan sewenang wenang nya....
wali mengikut pilihan dan perentah allah...
wali berjihad untuk peningkatan darjat kewalian hingga ketingkat tertinggi...( tingkat 7 )
kerana awal kewalian hanya ditingkat 4....
wali tidak masuk tinggal dalam jasad manusia....
wali tidak menyakitkan manusia...

yang perlu kita berhati hati....
hanya manusia dan jin saitan yang mengaku dan menyamar sebagai wali....

disini lah guru mursyid diperlukan untuk mengesahkan hal kewalian ini....

Begitulah cerita tentang pengalaman saya berubat melalui perawat-perawat sepanjang kira-kira sepuloh tahun mencari penawar saka yg mengganggu kehidupan dan amalan seharian saya sebagai manusia biasa. Mungkin penerangan saya ini tidak sebaik mana dan berbeza dengan pengalaman tuan-tuan tapi itulah serba sedikit pengalaman saya tentang saka yg berjumlah berpuloh-puloh itu. Saya rasa terpanggil untuk menulis pengalaman saya setelah melihat ada dikalangan keturunan Tok Kadok ini serta rakan-rakan yg lain menghadapi masalah saka ini.
Berbicara bab saka seolah-olah sama kita berbicara bab jin dan syaitan, sekurang-kurangnya kita kena ada asas pengetahuan tersebut dari guru-guru agama mahupun rujukan kepada orang yg arif dalam bab ini. Bab saka keturunan sangat luas untuk dibincangkan, yang saya terangkan tu hanya sebahagian kecil dari cerita saka ni dan pengalaman dengan kebolehan perawat adalah cerita yg berbeza. Oleh itu pendalamannya kena rujuk kepada perawat-perawat kerana pandangan dari sudut pesakit serta perawat itu sendiri berbeza. Kemudaratan akibat saka ini juga berbeza diantara pesakit ke pesakit, tak semestinya antara adik beradik yg abang tak kena. mungkin tahap atau jenis saka yg dialami tidak sama sebagaimana adik, symptom-symtom penyakit saka ini sukar dimengertikan dan dibuktikan dengan jelas, dan manusia hari ini semuanya nak dengan bukti sahih baru boleh dipercayai, itu pun jika nak percaya, kalau tidak tinggallah saka itu didalam anggota badan pewaris sebagai saka baka.

Cara sesuatu saka keluar dari badan pesakit adalah berbeza juga mengikut kebolehan Perawat, ada yang alami terasa sesuatu keluar dari badan mengikut kepala, itu salah satu cara kebolehan perawat tersebut untuk membuang saka/jin. Kadang-kadang kita tertipu juga, nampak macam dah keluar tapi rupanya temberang je, esok lusa dia kembali pulak dengan cara lain. Itu sebab kita berubat adakalanya lama dan berpanjangan. Jangan putus asa setiap penyakit mesti ada ubatnya.

SAKA.


Biarlah saya tafsir mengikut pemahaman saya yang telah berkecimpung selama 20 tahun menjalani rawatan saka bersama beberapa Perawat Islam yang handal-handal belaka . Izinkan saya berbicara bab-bab yang sesetengah orang rasa remih tak dimasuk dek akal fikiran manusia………………………….....................

Dalam pengertian istilah "saka"ini ianya diambil dari urutan nama "Tanah Pusaka" atau lebih tepat lagi "Harta Pusaka". Harta Pusaka adalah benda atau harta yang nyata (tak pakai cermin mata pun nampak) tetapi saka makhlok (jin) yg dipusaki oleh waris dari keturunan yang terdahulu (pakai cermin mata hitam ke, tak pakai ke tetap tak nampak dialam nyata -kita semua rabun mata batin) samaada pihak waris mahu ke tak mahu ke hukumnya mandatori (mesti terima tak boleh lari).
Punca saka ini datang (bukan dari pejabat tanah dan daerah untuk di cari kuasa pusaka) ianya datang dari beberapa punca dan mengikut pandangan saya hanya dibahagikan kepada tiga punca utama sahaja :-
a) Dampingan   b) Tuntutan   c) Belian .

Saka Dampingan - jin dampingan ni wujud apabila ianya samaada datang sendiri atau melalui peralatan dan amalan. Berbagai teknik serta cara pihak jin ni datang dan akan diwarisi oleh anak cucu setelah golongan peringkat-peringkat pertama ini telah putus nafas. Orang yg menerima jadi hebat dan gagah serta lain-lain keistimewaan yang jika dipandang memiliki kelebihan dari manusia biasa.
Saka Tuntutan - Ilmu-ilmu orang melayu juga mempunyai jin-jin atau kita panggil khadam/penjaga ayat bagi Al-Quran tapi ilmu-ilmu jampi serapah ianya juga ada khadam atau penjaga yang merupakan jin-jin yang hebat. Contoh kebiasaannya apabila ilmu cantik la....asyik sekampong...."umpama bulan penuh dan semua yg memandang ku akan asyik....." kalau mengikut perawat rupa kita memang cantik tetapi umpama pakai topeng kecantikan apabila kita seru dan amalkan kerana makhlok tersebut memainkan peranan atas seru kita tadi. Maka ayat atau ilmu ini akan jadi saka ayat pula apabila orang lain mengambil ilmu berkenaan dan apa lagi anak cucunya. Ada banyak bab ilmuan orang melayu yang berkaitan dengan seruan atau penjaga ilmuan ini, hanya yang punyai mata batin, kyasaf atau pandangan mata hati sahaja yang mampu melihat, itu pun bergantung kepada kekuatan mata batin orang berkenaan untuk menembusi penyamaran rupa sebenar makhlok berkenaan. Jika tidak kita akan tertipu juga.

Saka Belian - Jin-jin ini diambil atau diistilahkan dibeli dari peraih-peraih (saya tak tahu nama peraih atau pembekal jin ni) yang menggunakan nama bilangan puntung atau bara. Kalau kita beli ayam dipasar kita istilahkan seekor tapi dalam urusan pembelian atau penerimaan jin-jin ini digunakan berapa puntung atau bara. Kegunaanya untuk bagi orang dulu berbagai dan diantaranya tukang mengorek parit sempadan tanah,penjaga dusun,penjaga rumah dan banyak lagi lah. Anak cucu juga akan menerima saka ini setelah orang pertama ini hilang nafas. Jin-jin ini sungguh panjang umurnya, kalau setakat 200-300 tahun, baru umpama 4 atau 5 tahun umur manusia. Kelihatan hebat dan nampak kuat tapi menggunakan kekuatan mahklok ini dan sampai masa dihujung nafas barulah kita tahu mahklok ini menggunakan jasad kita untuk makan berpinggan pinggan dan berbesin besin malah bila nak meninggal terpaksa buka atap la dan buang kesungai serta tanam jagung atau kekacang yang telah direbus bagi menitpu mahklok tersebut agar jangan menganggu anak cucu waris tersebut.

Terdapat banyak surah didalam Al-Quran yg membicarakan kewujudan tentang jin-jin ini, diantaranya Suarah Al-Hijr ayat 26-27,

Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari Lumpur hitam yang diberi bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum diciptakan manusia daripada api yang sangat panas.

Surah Ar-Rahman ayat 15,
Yang bermaksud : Dia (Allah) mencipta Jann (Jin) dari nyalaan api (Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij)

Surah Al-'Araf ayat 12
Yang bermaksud : Engkau ciptakan aku (kata Iblis) dari api sedangkan ciptakan dia (Adam) dari tanah.

Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim r.a
Maksudnya : “Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu (tanah).

Apabila kita cerita bab saka samalah juga kita berbicara bab Jin dan syaitan. para ilmuan dan bijak pandai agama sebenarnya banyak mengajar bab jin dan syaitan yg lebih luas dari bab saka ni. Cuma kita ambil tahu atau tidak je, dalam internate ni bersepah bab jin dan saka, soalnya kita hidup zaman ini perlukan bukti sohih baru semua nak percaya, itu pun kalau nak percaya !!!

Khamis, 7 Oktober 2010

MEMINJAM PERALATAN .


KERIS SULTAN MANSUR SHAH (MELAKA) - HADIAH KEPADA SULTAN BRUNAI.


MEMINJAM PERALATAN.
Posted On 07/15/2010 11:45:50 by aisbatu
Salam Sejahtera.

Peralatan lama seperti keris,pedang, tombak,seludang,lembing dan sebagainya adalah peralatan para pahlawan dan Raja-raja dizaman dahulu dan ada diantaranya telah termasuk peralatan sakti dizamannya. Dimanakah peralatan tersebut tersimpan ??? ada diantaranya masih tersimpan dikalangan para warisnya tetapi kebanyakannya telah ghaib selepas zamannya berlalu. Tahukah anda susur galur warisnya masih boleh menggunakan aura keris atau peralatan lama ini jika ada kunci ghaibnya........dan seterusnya juga tahu menggunakan peralatan tersebut.  

Setiap peralatan pahlawan dizaman dahulu memang penuh diisi dengan jampi serapah dan isian barangan tertentu yang boleh meningkatan kuasa mistik peralatan tersebut. Tapi tak kurang juga peralatan tersebut datangnya dari dunia lain atau buatannya dari bahan dunia lain yang menyebabkan kuasa peralatan tersebut penuh dengan kuasa ajaib. Contohnya suatu keris dibuat dari besi yang jatuh dari langit atau digelar tahi bintang dan diadun serta ditempa menjadi peralatan yang begitu power!!!. Jika peralatan tersebut diisi dengan khadam maka perlulah dinilai keperluannya jika tidak hendaklah diikat atau dimatikan kuasa khadam tersebut agar ianya tidak mengganggu si pemiliknya.

Saya mempunyai lembing yg telah berusia ratusan tahun serta khadamnya juga turut seusia dengannya,ianya diperbuat dari besi tulang mawas dan hulunya batang bayas. Suatu ketika dahulu lembing ini boleh terbang dengan diarahkan sahaja oleh pemiliknya, namun sekarang dan peringkat datuk saya dahulu telah mengikat pergerakan khadam tersebut serta kuasanya supaya ianya tidak mengganggu anak cucu dizaman ini dan akan datang. jadilah lembing ini sebagai perhiasan bagi meneruskan pusaka alam dan barang antik keturunannya. kadang-kadang penjagaan barangan lama ini adakalanya remih dan rumit, perlu dilimau dan diperasap serta pelbagai lagi. Ada peralatan lama ini pihak waris dah tak nak menyimpannya samaada tidak tahan dengan kuasa mistiknya atau tak pandai menjaga kehendak keris tersebut, Alangkah malangnya pihak Datuk nenek kita bersusah payah memperolehi senjata tersebut bagi menjaga kehormatan diri dan keluarga,sesampai ke anak cucu senang-senang je bagi kat orang lain yang tiada kena mengena dengan pihak waris. Kes begini masih bolehkah aura peralatan tersebut dipinjam oleh waris-waris berkenaan ???jawapan saya mudah sahaja ianya masih boleh dipinjam tetapi bersyarat, jika ada khadam diperalatan tersebut serta tuannya yg baru pandai memelihara maka proses meminjam jadi sukar. Orang kata ada kemungkinan dikenakan persen!!!! atau cukai lintasan atau pun upah bidan !!! barulah boleh dipinjam auranya sahaja. Untuk apa sebenarnya meminjam peralatan tersebut ??? hanya pakar dalam bidang ini boleh menjawab persoalan tersebut.
Wallahualam.
Tags: CERITA NAN TUA

Selasa, 5 Oktober 2010

LEMBING BESI TULANG MAWAS HULU NIBUNG.

Lembing Besi Tulang Mawas Hulu Nibung.

Lembing ini merupakan pusaka dari keturunan yang terdahulu iaitu dari Moyang Busu Mamat bin Uda Bahrum (keturunan Tok Kadok). Lembing ini dipercayai telah berusia ratusan tahun dan dikhabarkan lembing ini seketika dahulu boleh terbang dengan sendirinya dengan mengikut arahan tuan punya. Sekarang ianya tidak berfungsi untuk terbang lagi kerana disimpan dan diikat kemas ditempat yang selamat. Tiada syarat khas untuk menyimpannya dan adakalanya lembing ini berbunyi sendiri dengan cara getarannya. Kini pewarisnya adalah Zainuddin bin Itam Saidin yang tinggal di Kampong Penyor Pekan Pahang.

Selain Lembing, peralatan mendulang emas, menguji emas, batu petir, kerongsang emas 9,(kerongsang baju wanita) batu geliga ular, dan mutiara tiga beradik telah hilang dalam simpanan. Barang-barang ini diwarisi dari turun temurun.

PANTANG LARANG KETURUNAN TOK KADOK.




 

IKAN TAPAH

"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya." LAPAS SUMPAHAN TOK KADOK.


Si Kaduk anak Raja Siak Inderapura

Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya

Ayam Biring Si Kunani

Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam

Penyabungan Ayam

Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata . Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya

Dan di pihak Sultan pula:

Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.
Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.

Kekalahan

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.

Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.

Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.

Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan

Sumpah

Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan tali dari batang bemban lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:


"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya."

Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.


Tebus

Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.

Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah. Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa

Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis.


Pemegang Amanah Emas Kancing Ikan Tapah


Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.

Sekarang Emas Kerongsang(emas kancing) Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Tok Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam atau waris-waris terdekat.


Mengikut salah seorang keturunan Tok Kaduk ini terdapat salasilah keturunannya yang masih disimpan oleh para waris tersebut iaitu salasilah yang dipanggil Moyang Empat Datuk Lapan.

Ulasan 1 : Sesetengah cerita mengatakan Tok Kadok adalah anak Raja Siak dan penyabungan ayam tersebut dengan Raja dizaman itu dan nama beliau adalah Tok Kadok bin Kojak - Sultan Khoja Ahmad (sultan siak Inderapura). Sehingga kini belum ada bukti kaitan tentangnya dan pihak waris-waris serta anak cucunya sedang berusaha untuk mengesan salasilah keturunan dari Tok Kadok ini.Dikhabarkan makam Tok Kadok berada di perkarangan Istana DiRaja Siak Inderapura. Wallahualam.







Catatan ini dipetik dari sebuah laman web Kg Tua bt 16 (kalau tak silap penulis) tetapi laman tersebut telah ditutup.


Pandangan 1 dari Daeng :

Saya pernah dengar cerita ni agak lama, apa yang saya masih ingat, nama sebenarnya hanya Kadok bin kojak. Sultan Kojak agak malu dengan perangai kadok zaman itu lalu memutuskan silaturahim sebagai anak dan bapa dan sebelum dia meninggal atau pergi kalau tidak silap , dia minta bantuan sultan muqadam untuk tunjuk jalan yang benar kepada pak kadok dan itulah sultan yang bermain laga ayam dgn Pak kadok. Tapi jika tidak silap sultan muqadam juga yang mengambil sebagai org besar 16 kerana kesian dimasa kadok telah insaf teramat-ramat hingga tarafnya menjadi keramat. Tapi lebih baik saudara Aisbatu rujuk kisah org ditapah sebab jika tidak silap saya perkara ni pernah dibukukan dan disahkan oleh beberapa pihak.. lagi seperkara, siapa yang pegang emas tapah layak tuntut hak jadi org besar 16 sebab bukti keturunan pak kadok. Itu sahaja yang saya masih ingat.

Pandangan 2 dari tiada bernama :

Pak kadok tidak silap saya ialah anak kepada Pak khoja atau Sultan Khoja Ahmad (Sultan Siak) bin Raja Abdullah bin Sultan Ibrahim (Sultan Siak).tapah pula ialah tempat dimana ikan tapah besar berisi emas dijumpai. Saya tidak berapa ingat mengenai Sultan Khoja Ahmad tetapi boleh rujuk dalam buku cempaka sari.Cerita Tok Kadok juga berlaku pada zaman Sultan Muqaddam Shah sekitar tahun 1603 - 1619.