Emas Kancing Tapah yang tersimpan lama mengubati pantang larang dari generasi ke generasi hingga kini berjaya mengubati penyakit yang disebabkan termakan ikan tapah. Yang lahir dari perut tapah serta yang terbit dari sumpah,iaitu Sumpahan yang dituturkan dari Sumpahan Tok Kadok.
Emas Kancing Ikan Tapah.
(Foto terbaru)
Emas Kanching Tapah - Foto Lama.
(Izham Pandak Logam).
Menurut ceritanya setelah sebahagian emas di dalam perut ikan tapah di tebus guna untuk membebaskan anak dan isteri Tok Kadok serta kampong halaman, maka sebahagian lagi telah dibuat barang perhiasan iaitu emas cucuk sanggul, subang (lebih mirip sunting - anting anting) dan cincin beberapa bentuk. Tukang emas yang mahir waktu itu adalah di Kampar, Indonesia, jadi sebahagian lagi emas itu di tinggalkan atau diberi kepada waris dan adik beradik Tok Kadok disana. Semua alat hiasan emas ini telah dibahagi-bahagikan diantara puak waris dan hanya tinggal emas kancing serta alatan sabung ayam Tok Kadok di Kampong tua batu 16.
Air penawar emas kancing Tapah.
Mungkin pelayar blog Sumpahan Tok Kadok atau anak cucu keturunan Tok kadok tertanya tanya apakah barangan selain emas kancing yang ditinggalkan bersamanya. Saya turunkan senarainya disini :-
1) Emas Kanching - tersimpan rumah pusaka di Kampong Tua bt 16 Lambor Kanan.
2) Cucuk Sanggul - ianya tidak pasti kerana ianya masih ada atau telah hilang
3) Subang - contoh subang berkenaan.
Diberitakan subang ini tidak diketahui lagi dimana, sepatutnya tiada pembahagian atau faraidkan semua emas yang berkaitan dengan Tok Kadok serta juga sepatutnya hanya seorang penjaga sahaja yang memelihara emas berkenaan.
4) Cincin -
Tersimpan didaerah Malim Nawar atau Tapah tidak pula dinyatakan kampung dan nama orang yang menyimpannya . Setakat ini tiada berita yang cincin berkenaan masih wujud atau telah hilang.Tiada gambaran rupa bentuk cincin yang boleh dinyatakan disini kerana tiada siapa yang dapat menerangkan kerana puak waris yang menyimpan atau yang tahu sudah tidak ada lagi.
5) Alatan atau barang Sabung Ayam - ? ianya menjadi misteri kepada waris yang menyimpannya.
Seketika dulu emas kancin akan menjadi penghisan pengantin perempuan kepada puak waris apabila mejlis persandingan diadakan, samada malam berinai dan majlis persandingan. Yang pernah mengenakan emas kancin ini semasa hari persandingannya adalah Hajjah Derma Taksiah.
Seketika dulu emas kancin akan menjadi penghisan pengantin perempuan kepada puak waris apabila mejlis persandingan diadakan, samada malam berinai dan majlis persandingan. Yang pernah mengenakan emas kancin ini semasa hari persandingannya adalah Hajjah Derma Taksiah.
Puan Hajjah Derma Taksiah.
Apabila ada majlis bersunat bagi kanak-kanak dizaman berkenaan, maka ia juga menjadi hiasan pada anak lelaki semasa majlis doa selamat dihias laksana pengantin dan dipakaikan dengan emas kancin dibaju melayu. Menurut Tok Anjang Saman semasa ianya masuk jawi bukan main meriahnya dengan hiasan emas kancing ini. Semestinya dipakaikan dengan emas kancing barulah majlis dianggap meriah.
Tok Anjang Saman (Pelita)
Masuk jawi.
Pada zaman itu semua sepakat dan hormat kepada adat yang memestikan pemakaian emas kancing disemua majlis perkahwinan dan bersunat (masuk jawi) bagi waris yang terdekat. Namun sekarang ianya tidak lagi menjadi hiasan kepada kedua-dua majlis berkenaan, sejajar dengan perubahan zaman, maka tinggallah kenangan pada generasi yang tua dan kepada generasi baru mengenang melalui cerita yang dituturkan serta yang ditulis oleh blog Sumpahan Tok Kadok.
Dikemaskini pada 21/10/2015 .
Dikemaskini pada 21/10/2015 .
Yang dimaksudkan oleh pelayar blog atau komen tersebut.
16 ulasan:
DALAM SALASILAH MAHARAJA LAMBOR- NAMA CICIT PAK KADOK ADALAH TOH ANDAK MAJJIWA@ ANDAK MUDAM. NAMA BAPA DAN NAMA DATOK NYA @ PAK KADOK NAMA SEBENAR TAK DAPAT DI KESAN KAT MEZIUM LONDON SEMASA SAUDARA BIONGGER MEGAT AL TERAWIS MEMBUAT PENYELIDIKAN DI SANA DI TAHUN 2000. SALASILAH MAHARAJA LAMBOR MELALUI GENI PIUT TOH SERI DEWA MAHARAJA PANJANG OGEK PAK KADOK ADA DI TULIS SALASILAHNYA SETAKAT ANDAK MUDAM ATAU TOH ANDAK MAJIWA BERKAHWIN DENGAN TOH GHAYAM 1619. CUCU MAHARAJA LAMBOR MENDAPAT 4 ANAK3 PEREMPUAN DAN SEORANG LELAKI. 1-LONG TEH BT TOH ANDAK MAJJIWA. 2- TOH NGAH MARIAM. 3- LONG PUASA @BUSU PUASA DAN TOH BAHTA. DARI KETURUNAN TOH NGAH MERIAM LAH EMAS TAPAH DIJAGA AMANAH. TOH NGAH MERIAM BEKAHWIN DENGAN UDA KATAB @ KATIP TOH ADAP BIN KANDA AMAN.MENDAPAT ANAK 4 ORANG 1- NGAH AMINAH 2- ALANG KONTIN 1790-1875 3- TOH SERI DEWA MAHARAJA PANJANG OGEK 1800-1881 4- PANDAK INU. ALANG KOTIN MEMPUNYAI 6 ORANG ANAK ANTARANYA PANDAK AMAN, UDA RAGAM, TEH NYAWA DAN 3 LAGI TAK DAPAT DI KESAN. TEH NYAWA BERKAHWIN DENGAN JALOR LONG PUASA IAITU PANDAK DEMAT BIN BUSU MAMAT JALOR LONG PUASA- ANAK MUADAM@ MAJIWA LAMBO- PULAU TIGA. MENDAPAT ANAK 8 ORANG 1- KULOP MAT JELAH 2- NGAH RASIAH 3- ALANG GHASIAH 4- UDA TIRAM 5- HAJAH HINDUN 6- PANDAK LOGAM 1873-1963 7- ITAM MAT LODIN 1875-1950 8- BUSUMAT BAKI. APA BILA ALANG KOTIN MENINGGAL EMAS TAPAH DI SEAHKAN KEPADA UDA RAGAM. APA BILA UDA RAGAM MENINGGAL DI SERAH KEPADA ANAKNYA. OLEH KERANA DISEBAB TIDAK DAPAT DI ELAKAN EMAS TAPAH INI SERAKAN KEPADA SEPUPU MEREKA PANDAK LOGAM PADA TAHUN 1950 UNTUK DI AMANAH JAGA SEHINGGA SEKARANG.
Terima kasih tuan kerana sudi memberi komen diblog ini. Penjagaan emas kancing ini bagi saya sesiapa pun boleh memegangnya dan perlu tahu karenahnya juga dan moyang saya dulu tak nak memegangnya kerana karenah atau menjaga lebih susah tatkala hidup susah diwaktu itu. Kini waris yang menjaganya dah turun ke keturunan yg ke 8 atau 9....siapa yg nak menjaganya ??
Salasilah Toh Panjang Ogek tu dalam blog ini pun ade dan sila lihat salasilah Tok Lamit.Dua keturunan Maharaja Lambor dan Tok Kadok saling kait mengait kerana perkahwinan antara keturunannya.
artikel ni membawa saya kepada kehidupan kanak2 saya....ayah saya pencen sbg guru besar di sek keb telok bakong...cikgu daud...dan saya pernah dgr nama derma taksiah..
Puan Nur,
Saya adalah salah seorang anak murid Guru Besar Cikgu Daud, dan saya cuma mengimbas kenangan lama didesa kita yang tercinta. Terima kasih puan kerana sudi menjengah blog saya ni.
Aslm wm..saya juga keturunan Pak Kadok. Cucu kepada Abdul Hamid bin Haji Muhd Ali bin Hj Kulop Ali yg tinggal di kampong Telok Bakong. Inshallah subang emas pak kadok masih elok dn dlm simpanan kami...Apa info dn maklumat bole berhubung dgn saya ..0182665430
Wa'alaikumusalam,
Terima kasih kerana melayari blog "Sumpahan Tok Kadok" untuk makluman ada sepasang lagi subang ini yang masih tersimpan oleh pemegangnya di Kampong KuChai atau Bakong tapi penyimpannya tidak mendedahkan. Usaha berterusan bagi menjejakinya...insyaalah
Assalamualaikum..jika saudara tidak keberatan, sayan ingin meminta bantuan saudara untuk ketemukan saya dengan rumah waris penyimpanan penyimpanan kancing emas kerana suami saya menderita penyakit ini selama hampir 6 tahun..saudara boleh call saya 0183117530..saya ucapakan terima kasih dan semoga tuhan merahmati hdup saidata sekeluarga
Assalamualaikum, mohon jasa baik saudari saudari sekalian untuk beritahu nama dan alamat penyimpan kancing emas. Apak saya sekarang sakir gatal-gatal selutuh badan. Sila hubungi saya - Hamidah (0134381271)
Waalaikumusalam,
Puan Hamidah, saya telah menghubungi puan melalui fb dan harap sembuh penyakit yg dihidapi oleh ayah puan. Maaf kerana lewat membalas tulisan ini kerana saya berada diluar kawasan.
Assalamualaikum..
Saya juga memohon jasa baik tuan/puan sekalian untuk memberi maklumat nama dan alamat penyimpan kancing emas. Ibu saudara saya berumur 73 tahun menderita gatal2 seluruh badan bertahun2 dan susah untuk tidur. Begitu juga arwah bapa saya yang kini sudah tiada. Sila hubungi saya - iera (0194302113).
Waalaikumusalam,
Pewaris yang menyimpan air penawar atau atau air kancing emas ini yang terbaru berada di Ipoh dan emas ini tidak boleh berada diluar Kg Tua Lambor Kanan, oleh itu tuan terus ke Kg Tua Lambor Kanan sahaja dan bertanyakan orang kampong dimana letaknya air penawar berkenaan dan mereka akan tunjukan rumah berkenaan. Maaf ya, saya tak menyimpan no talipon pewaris tu.
alamat - Kg Tua Bt 16 Lambor Kanan, Bota Perak.(daerah Perak Tengah)
saya juga sedang mencari penawar untuk anak saya, gatal satu badan. puas bagi ubat hospital tak juga sembuh. abah saya merupakan keturunan pak kadok. saya harap dapat air penawar nanti, terima kasih atas perkongsian alamat.
Semoga anak puan beroleh kesembuhan dan dalam lindungan Allah.
Noleh sy dptkn no talipon utk dihubungi
Boleh
Hubungi saya melalui e-mail atau fb saya yg disebelah atas kanan dimuka blok.
Catat Ulasan