Selasa, 26 Mei 2015

MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT DI RUMAH PUSAKA KAMPONG TUA BATU 16.


Saban tahun sebelum bulan puasa, suatu majlis tahlil dan doa selamat akan diadakan dirumah pusaka ini, hanya saudara mara yang terdekat sahaja menghadiri majlis ini. Jika dilihat kebelakang iaitu dizaman Moyang Alang Sumat dan Moyang Pandak Demat, majlis kenduri tahlil ini dibuat atau diadakan dengan menjemput satu kampong. Dengan erti kata majlis besar-besaran mengumpulkan saudara mara, penulis juga tidak ketinggalan sewaktu dulu (masih kecil) bersama bapa penulis menghadiri Majlis Tahlil dan doa selamat berkenaan dizaman 60an. Pada tahun ini puak waris telah menetapkan pada 24hb.Mei 2015 pada 12.30tengah hari di rumah pusaka Kampong Tua.



Rumah pusaka di Kampong Tua Bt 16.




Foto dan berita dari adinda Puteri Elsuraya Mohamed dan bonda Derma Taksiah Mohd Gamat.



Bonda - Derma Taksiah, kiri.


Peteri Elsuraya Mohamed & Suami.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Ate kenape Yop deme tak magi nangkap gombor emas tu ? cike benor deme....

aisbatu berkata...

Waalaikumuslam,

Pelbagai media menghubungi saya untuk merakam dan menemuramah serta berkunjung ke Kampung Tua Bt 16 Lambor Kanan, untuk mengkaji,melihat serta merakamkan foto emas kancing. Tapi pihak waris sendiri melarang sebarang rakaman (foto) emas kancing, oleh itu kita perlu menghormati hak puak waris yg menjaga "emas kancing"berkenaan. Satu-satunya gambar emas itu adalah yg dipaparkan dilaman internet dan blog sumpahan tok kadok. Kenyataan Puteri Suraya juga sama, tidak dibenar merakamkan gambar emas kancing dan hanya dibenar memegang serta melihatnya sahaja pada hari majlis "Doa Selamat dan Tahlil" berkenaan.

dermakasih berkata...

Kekandaku..saya nie adinda elsuraya..baru kejap nie tgok jalur aturan gamad tu salah..selepas supian sepatutnya mak saya..baru Rosiah dan Robaayah...siapa pulak robiah tu..minta tolong perbetulkn..tkasih

aisbatu berkata...

Adinda Elsuraya, susunan itu telah merujuk ke Bonda Derma dan jika kesilapan susunan, nanti kanda betuikan tapi kena rujuk juga ke Bonda Derma balik.