Isnin, 23 Disember 2013

SALASILAH KETURUNAN MUNTAH LEMBU - BLOG AL-LAMBORRI.


KETURUNAN "MUNTAH LEMBU"



Di zaman itu diriwayatkan negeri ini belum ada nama lagi sungguhpun Bruas sudah termasyahur sebagai sebuah negeri yang makmur.  Jika telah ada nama pun tidaklah diketahui dengan jelasnya.  Oleh yang demikian, kedua adik Tun Khamis iaitu Tun Kelawang dan Tun Jelan memanggil negeri itu “Tanah Abang”.  Ada satu riwayat yang lain menceritakan bagaimana negeri ini pada asalnya dipanggil Negeri Perak.  Daripada keturunan atau zuriat Tun Khamis di Perak, maka terjadilah salasilah sebagaimana berikut:-

Salasilah keturunan keluarga "Muntah Lembu"





Tuan-tuan boleh mengikuti lanjutan tulisan dan cerita mengenai keturunan Muntah Lembu yang berkaitan dengan beberapa keturunan di Negeri Perak melalui blog Al-Lamborri.
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
 

Dalam kenangan Allahyarham Haji Mohd Yaakob B. Haji Abas Al-Lamborri

Terima kasih kepada penulis blog Al-lamborri kerana memberi artikal ini untuk turut diterbitkan didalam blog Sumpahan Tok Kadok.

* Kalau di Telok Bakong (Padang Marhom @ Mohom)cerita Tanah Abang ni adalah mengenai dua beradik, seorang merajuk atau beralah (Mahkota Alam)lari kedarat (sekarang - Felcra Nasarudin)dan adik tinggal di baruh iaitu Tanah Abang untuk memerintah.....Wallahualam..

9 ulasan:

aisbatu berkata...

Ada yg bertanya kenapa tiga Kerajaan sebelum Sultan Muzaffar Shah di Tanah Abang (Padang Marhom) tidak ada dinyatakan didalam sejarah dan adakah Blog Sumpahan Tok Kadok mempunyai data atau cerita sejarahnya ?

aisbatu berkata...

Bagi pelayar-pelayar blog Sumpahan Tok Kadok, secara ikhlas saya nyatakan saya tak mempunyai sebarang bentuk data dari tiga kerajaan tersebut. Saya hanya mendengar cerita dari mulut kemulut dari arwah datuk saya (ketika itu saya masih kecil)yang didaerah Tanah Abang dan sekitar Tasik Air Mati mempunyai Kerajaan yang tidak tercatat dimana-mana tulisan sejarah. Mungkin tidak ada kajian dan tinggalan artifak-artifak yg mengaitkan kerajaan tersebut dan sejarahnya hilang begitu sahaja. Mohon maaf tuan.....

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan aisbatu,
Siapakah Bahta yang dimaksudkan tu?
Siapakah sebenarnya bapa sang sapurba...raja chola atau raja suran?

Tanpa Nama berkata...

Ada versi menyatakan, bahta/bahtala adalah seorang yg keluar dari buih-buih muntah lembu yg ditunggang oleh 3 beradik anak kepada raja suran iaitu nila pahlawan, nila pendita & nila utama (sang sapurba)... Wallahua'lam.

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam tuan,

Mohon maaf tuan, saya tidak ada sebarang data tentang cerita keturunan muntah lembu ini dan tuan boleh lah bertanyakanya kepada orang yang tahu.Saya juga berusaha mencari data dan ceritanya sejak dari dulu lagi tapi setakat ini saya tak berjumpa salasilah dan data ceritanya.

Unknown berkata...

Saya ada bertanya raja shariman dan tengku kem ttg muntah lembu. Muntah lembu sosok lain, bkn dari raja chulan. Wallahua'lam

aisbatu berkata...

Saya melihat mereka ini ada salasilah yg ditulis dari turun temurun, nenek moyang mereka.Jika ada sosok lain atau dari yg lainnya kena merujuk dengan mereka lah. Wallahu'alam

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan, maaf ganggu.. nk tny, mohd yaakob yg dimaksudkan seperti di atas adakah tok yaakob yg berada di beruas? Anak kepada uda lambok@tok lambok.. salah seorg pengasas beruas.. terima kasih tuan..

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

mohon maaf tuan, bukan. Beliau orang Lambor Kiri.