Salah Satu Mercu Tanda Alor Gajah.
Cerita Bunian Dari Melaka.
Mengikut rangking didalam blog Sumpahan Tok Kadok ini, cerita mengenai bunian adalah yang paling tinggi. Oleh itu penulis telah menyusun kembali kiriman tulisan pelayar blog Sumpahan tok Kadok ini tentang ceritanya mengenai bunian yang dialami oleh keluarga beliau yang berasal dari Melaka.Marilah kita ikuti cerita beliau.
Ini pengalaman pakcik aku di melaka dan bukanlah pengalaman aku tapi dia pernah la bercerita pegalaman dia terserempak dengan bunian ni. Pakcik aku ni tinggal kat sebuah kampung di daerah Alor Gajah, cerita dia macam ni, hidup dekat kampung biasa la pakcik aku ni ada menternak kerbau dan tiap petang dia akan jemput kerbau-kerbau dia ni untuk pulang ke kandang,pagi lepaskan kerbau ini untuk makan, dan bila petang halau balik macam tu la rutin dia tiap hari. Dipendekkan cerita, satu petang tu dia tak tahu kenapa kerbau dia boleh pergi makan jauh sangat sampai kedalam sebuah ladang kelapa sawit yang kira-kiranya macam baru nak ditanam la, kelapa sawit tu bersempadan dengan hutan simpan.

Kerbau.
Oleh
itu pak cik aku ni pun pergi la halau kerbau dia untuk pulang kekandang. Masa
itu lebih kurang pukul 7.00 lebih dan senja dah la macam tu ditambah pulak
dengan hujan renyai-renyai, tiba-tiba dia terhidu bau yang sangat wangi lebih
kurang bau pak haji nak ke masjid (minyak atar) tapi dia kata lebih wangi dari
tu. Ha boleh bayang tak senja-senja bau pelik pulak apa lagi dia terus bergegas
la nak balik dan kerbau tu esok punya cerita. Masa dia cemas nak balik
tiba-tiba di terserempak dengan makhluk (bunian),dua-dua tergamam, bunian tu
tergamam dan pakcik aku pun terkaku kerana mereka sama-sama tekejut. Pakcik aku
cakap bunian tu berdua, iaitu sepasang (lelaki & perempuan)dan aku Tanya
macamana rupanya cantik ke? Dan dia cakap dia pun tak tahu nak gambarkan
macamana,dia kata masa terserempak pasangan tu tengah bejalan sambil yang
perempuannya memeluk tangan lelaki berkenaan (bekepit la mcm tu bila tergamam
tu diorang terus berhenti dan toleh pakcik aku dengan pandangan yang tak boleh
dia lupakan serta tak berkelip mata dengan senyum pun tak, marah pun tak.
Pak
cik aku kata lagi dua-dua bunian tu nak kata cantik tidak, nak kata tak cantik
pun tidak. Memang dia tak boleh gambarkan macamana, memang takkan jumpa rupa
itu dalam alam kita nak samakan macam siti nurhaliza ke siti saleha ke memang
tak boleh lawan, ha hambik kau boleh bayang tak rupa dia, pakaian dia pula
pakcik aku cakap pakaiaan orang jawa lama. Yang lelaki ada pakai songkok yang
orang jawa pakai tu ape name tah, baju pun baju batik jawa dan yang perempuannya
pakai baju kebaya lama jawa semua bercorak batik jawa. Aku rasa bunian jawa kot
hehe…lepas tu pakcik aku terkaku tak boleh cakap apa-apa bila dah bertentang
mata macam tu. Kedua-dua bunian tu tenung pakcik aku tak sampai 15 saat diorang
toleh depan dan terus berjalan sambil yang perempuan tu dok kepit tangan lelaki
tu, pakcik aku masih macam tu tergamam lagi sambil tengok diorang pergi terus
masuk dalam hutan simpan tu……
Mungkin
pekerja Indonesia yang bekerja dekat kebun kelapa sawit tu kot, sapa aku pada
pak cik. Pak cik aku kata tak ada kotor tanah apa pun kat baju dia, bahkan kain
dia basah pun tidak sedangkan masa itu hujan renyai-renyai dan logiknya nak
pergi mana dalam hutan simpan tu !!!…masa itu hari pun dah nak gelap. Dalam keadaan
pak cik aku terpinga-pinga melihat bunian tu hilang dalam hutan, dengan
melangkah perlahan-lahan pakcik aku berjalan balik dalam kebingungan dan tak
lah lari sepertimana orang nampak hantu. Sampai
dekat rumah pakcik aku bercerita pada emak dia, terus kena bebel dengan emaknya, "waktu senja-senja mesti duduk dalam rumah, orang tua-tua dah
berpesan, mereka berkata macam itu sebab senja adalah masa pertukaran alam
malam dan siang. Siang untuk kita manakala malam untuk mereka".
Sejak
hari itu terdapat sedikit perubahan pada pakcik aku, emaknya berkata pakcik aku
ini dah semakin pendiam, suka duduk kat pangkin depan rumah seseorang, temenung
dan tak tahu lah sampai bila pak cik ku berkelakuan demikian. Bila kita bukak
cerita pasal bunian ni dia akan cerita dengan sepenuh hati dan bersemangat.
Kena pandai la untuk mencungkil sikit-sikit macam mana yang aku buat ni. Ada
seorang atok tu cakap kawasan yang pakcik aku pegi tu memang ada perkampungan
bunian dan pernah zaman 60an dulu atok tu cerita bunian ni baik-baik belaka
suka tolong manusia dan zaman dia muda dulu ada pernah orang kampung masuk
hutan cari kayu api, lepas dia ikat-ikat kayu api tu dengan rotan pakcik tua
itu pikul la satu-satu kayu api bawa balik rumh serta ada lebih kurang 10 ikat
kayu. Atok tu dapat bawa 2 ikat je,satu ikat pun dah satu pemeluk saiz kayu api
berkenaan, jadi kena ulang alik la untuk mengangkutnya. Sesampai je dirumah
alangkah teperanjatnya atok tu tengok yang lapan ikat lagi kayu api tadi sudah
pun sampai dekat rumah serta siap tersusun cantik.
Atok
tu mula cemas tengok kiri kanan tiba-tiba terdengar suara lelaki bercakap, “
kalau nak mintak tolong lagi bagi tahu lah ye tok ” tapi orgnya tak
ada..suaranya dekat sangat Tak logik seorang lelaki boleh bawak lapan ikat kayu
api dengan macam itu punya pantas. Memang betol la jin ni kadang-kadang ada
yang baiknya serta ada juga yang jahat. Apa pon dia tetap makhluk Allah kita
berkongsi tuhan yang sama,alam je berlainan, tapi ciptaan kita manusia lebih
mulia dari jin. Ini cerita benar dari orang-orang lama,kalau berbohong orang
lama tu, maka berbohong la aku. Kita sebagai orang islam wajib percaya pada
sesuatu yang ghaib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan