Khamis, 21 Februari 2013

SALASILAH TUAN HAJI ABU BAKAR (PANDAK) ABDUL KARIM.



Keluarga Tuan Haji Abu Bakar dan Puan Hajjah Faridah.
Kampong Telok Sareh.

Dengan kerjasama Encik Mohammad bin Abu Bakar dan pemegang asal salasilah ini iaitu Allahyarham Tuan Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas dan kemudian disambung usaha penulisan salasilah ini oleh KMY serta kerjasama penulis untuk memaparkan susunan jurai dari Tok Lamit dan Toh Panjang Ogek, maka marilah kita lihat susunan hingga ke ronutnya.Tn Haji Abu Bakar berkahwin dengan Puan Hajjah Faridah dan mereka telah mendapat tujuh cahaya mata sebagaimana yang tersusun didalam salasilah. Tuan Haji Abu Bakar merupakan bekas guru di Sekolah Kebangsaan Telok Bakong dan merupakan guru Bahasa Inggeris di zaman penulis di darjah 3 disekolah ini.



Allahyarham Tuan Haji Abu Bakar.
(Guru SK Telok Bakong)



Puan Hajjah Faridah (Isteri Tn Hj Abu Bakar)



Salasilah Kulop Ambia (Tuan Haji Abu Bakar).


Syukur kepada Ilahi yang mengizinkan penulis memaparkan susunan dan foto-foto keluarga ini bagi pihak kita semua puak waris mengenali jurai ini. Foto-foto dan susunan salasilah adalah disusun dengan kerjasama Encik Mohammad anak ketujuh Cikgu Bakar. Jika terdapat penambahan atau kekurangan didalam jurai salasilah ini silalah menghubungi pihak penulis blog dengan e-mail atau di Fb penulis.



 Salasilah Tuan Haji Abu Bakar dan Puan Hajjah Faridah.



Puan Normah dan Suami Ibrahim Ngajimi.



 Keluarga Encik Johari bin Hj Abu Bakar.




Keluarga Encik Johaimi bin Hj Abu Bakar.




Keluarga Puan Norasmah bt Hj Abu Bakar.





Keluarga Puan Nozalina.bt Hj Abu Bakar.


Keluarga  Puan Norsuzana bt Hj Abu Bakar.



Keluarga Encik Muhammad bin Hj Abu Bakar.


Terima kasih atas kerjasama Encik Mohammad dan seorang lagi abang encik Mohammad serta Puan Hajjah Faridah yang menunggu salasilah keluarganya dipaparkan diblog ini. Salam tahniah kepada Puan Hajjah yang mempunyai ramai anak dan cucu, semoga bahagia dan sehat sejahtera selalu.








2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya berminat dgn article penulis mengenai salasilah Tok Kaduk kerana kebetulan mempunyai sedikit pertalian dengan salasilah saya. Mungkin penulis boleh membantu saya serba sedikit dalam berkongsi maklumat didalam pencarian salasilah saya yang hilang. Kerana saya bercadang hendak membuat 'family tree' keturunan saya juga. Kerjasama penulis amatlah saya hargai. Terima kasih daun keladi.

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Jika memerlukan batuan dan jika dalam kemampuan saya, saya cuba membantu tuan dan sila gunakan e-mail saya.