HARI PERJUMPAAN KELUARGA KETURUNAN
KULOP @ KHATIB AMBIA
AHAD 12SEPTEMBER 2010/ 3 SYAWAL 1431.
Salasilah keluarga yang dipamerkan.
Kain rentang yang mempamirkan susunan salasilah keluarga
Kulop @ Khatib Ambia.
Kini penulis paparkan satu lagi jurai keturunan Tok Kadok iaitu Keturunan Kulop Ambia, keturunan ini adalah dari ronut Toh Panjang Ogek dan dari keturunan Tok Kadok melalui Tok Lamit. Perhimpunan keluarga ini diadakan di Telok Sareh,Kampong Gajah Perak Darul Ridzuan saya difahamkan usaha-usaha untuk menjayakan usaha pengumpulan waris-waris keturunan Kulop Ambia ( Tok Kadok ) memakan masa dan memerlukan perancangan yang rapi. Syabas saya ucapkan kepada jurai keturunan ini kerana berjaya mengadakan majlis yang merapatkan silaturrahim dan saling kenal mengenal antara waris. Penulis dapat mempebaharui senarai salasilah yang telah ditulis dari Tuan Haji Mohd Yaakob dan kemudian disambung oleh blog http://allamborri.blogspot.com dan juga kini terpaparlah salasilah Kulop @ Khatib Ambia dengan lengkap sepertimana dibawah.
Salasilah Tok Lamit.
Salasilah Toh Panjang Ogek (Kulop Ambia ).
Dengan usaha murni dari encik Mohammad bin Tuan Haji Abu Bakar iaitu anak Cikgu Bakar serta penulis maka salasilah ini dapat dilengkapkan dengan susunan sepertimana yang dipaparkan diblog ini.Walaubagaimana pun tuan-tuan boleh memberi info jika data dan susunan salasilah masih ada yang kekurangan, boleh lah di perbetulkan.
Tuan Haji Abu Bakar bin ( Pandak ) Abdul Karim.
Bekas guru Sekolah Kebangsaan Telok Bakong.
Penulis adalah anak murid beliau semasa
beliau guru di sekolah Kebangsaan Telok Bakong.
Foto Hiasan - Sekolah Kebangsaan Telok Bakong
Pada tahun 1968 (salah satu sekolah Cikgu Bakar
mengajar ketika menjadi guru )
Saudara Muhammad (anak ke 7 cikgu Bakar) dan Isteri serta anak.
Sila ikuti susunan salasilah berikutnya iaitu dari jurai Kulop Ambia iaitu perkahwinan diantara Tuan Haji Abu Bakar dan Puan Hajjah Faridah dibawah jurai Toh Panjang Ogek serta keturunan Tok Kadok.
3 ulasan:
Gen XI Tok Kadok
assalam Acik Pin.... Nak bertanya sikit berkenaan Moyang Panjang Ogek b. Uda Khatab ni kalau mengikut pada batu tanda di kuburnya di sebut MENDIANG "TOK DEWA". saya musykil disini sebab Tukang Batu mengikut apa yang dikehendaki oleh yang menempah untuk di pahat pada batu tanda tsbt jadi macamana tu... mustahil atas kesilapan.. waris-waris pula tiada yang mengambil kira atas faktor itu samaada untuk membetulkan "kekhifan" atau waris-waris tidak perasan pada batu tanda tsbt... tanpa syak dan prasangka kepada Allah SWT saya berserah. Mohon pencerahan dari waris-waris semua kerana beliau juga sebahagian dari moyang saya.
Gen XI Tok Kadok..
Pembetulan ejaan "kekhifan" adalah "kekhilapan"
Waalaikumussalam,
Pada 2011 didalam fb telah dibincangkan perkara ini diantara waris terdekat TPO, kalau mengikut perbincangan tersebut tiada keputusan yg konkrit dan cuma saranan untuk menukar perkataan "Mendiang" itu saja yang dibincangkan. Sehingga kini tiada sesiapa pun yg mengubahnya. Setiap tahun para waris TPO ada mengadakan majlis tahlil jadi tuan boleh la joint sekali untuk memberi pandangan.
Catat Ulasan