Khamis, 13 Oktober 2011

SALASILAH NGAH IBRAHIM DAN PUTIH ARPAH (JURAI MARIAM @ PUTRI TEH KUDUS)




Rumah asal Puan Mariam di Kampong Pendiat,
Layang Kanan Parit.



Puan Mariam dan Kulop Hamzah (suami)



DR.Robiah (kiri)anak kedua dan suami .



Rumah kediaman yang telah diperbaharui
di Pendiat, Layang Kanan.




Kedudukan Puam Mariam dan Puan Maimunah didalam Salasilah 
Ngah Ibrahim & Putih Arpah.



Encik Hamizin dan isteri.



Puan Mariam bersama suami kedua dan anak-anak cucunya.


KETURUNAN NGAH IBRAHIM/PUTIH ARPAH....
ANAK KEPADA NGAH ROKIAH/MAT ARIFF...
DARI KIRI...TOK SIDEK,TOK ZAKARIA,TOK RAHIM,
OPAH HJH AMINAH,OPAH MUNAH DAN OPAH YAM..
( Azman Ibrahim ).



KETURUNAN NGAH IBRAHIM/PUTIH ARPAH....
ANAK KEPADA NGAH ROKIAH/MAT ARIFF...TOK SIDEK
( Azman Ibrahim )



Azman Ibtrahim (cucu  Mariam ) 
dan Isteri Intan Zahurah Zahadi


Yong Zul Fa dan suami Mat - cucu Pn Mariam.






Yong Zuraida dan Azman.




Norazrin dan isteri.




Terima kasih banyak kepada encik Azman Ibrahim yang telah mengirim gambar-gambar dari jurai keturunan Puan Mariam - Ronut dari Ngah Ibrahim. Rumah puan Mariam pada asalnya terletak di belakang Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Bakong atau dulunya Sekolah Inggeris (rumah berkenaan telah tiada) Berdekatan juga dengan rumah asal Ngah Ibrahim yang sekarang didiami oleh encik Osman Tongkah. Rumah kediaman ini juga setelah puan Mariam tiada telah didiami oleh Lop Osman iaitu adik Puan Mariam. Rumah penulis juga tidak jauh dari rumah puan Mariam ini. 


Ahad, 9 Oktober 2011

SALASILAH KULOP MAT SHAH.


PUAN SIMAH BT ALANG MAYEN



PUAN SIMAH.



 Salasilah Kulop Mat Shah.
(Kedudukan Puan Simah dan Puan Rogayah Roha Rashid)



 En.Kulop Ismail bin Alang Mayen.


En.Mohammad (Mat Gandu)



Anak-anak Encik Mohamad.




En.Rashid bin Kulop Mat Daham.
( Pak Cik Kacit )



Tn.Hj Yeop Din (Alias) bin Mat Selidin
( Imam Masjid Telok Bakong dan Naib Kadi )



Pn.Rogayah Roha bt Rashid.


Cucu-cucu Pak Cik Kacit.

Penulis kekurangan info tentang jurai Kulop Mat Shah dan carta salasilah yang dapat dibuat setelah bersoreh dengan Puan Simah serta Puan Rogayah Rashid. Kemungkinan anak cucu Kulop Mat Shah ini dapat memberi tambahan runot mereka amatlah dialu-alaukan supaya setiap keturunan dapat dilihat dan dibaca oleh semua keturunan Tok kadok. Terima kasih diucapkan kepada Puan Simah yang kini berumur melebihi 80an serta Puan Rogayah Roha Rashid (anak Pak Cik Kacit) serta Encik Zahari Mat Lihom yang turut memberi info tentang jurai ini.Pihak kami memohon dari mana-mana jurai ini agar memberi info berapa ramaikah anak-anak Kulop Mat Shah dan susunan jurainya.

Sabtu, 8 Oktober 2011

BERSOREH BERSAMA PUAN HAJJAH YONG AISHAH BT LODIN DI KG TANJUNG.


Rumah kediaman Puan Hajjah Aishah bt Lodin dan suaminya
Tuan Haji Alias bin Haji Mat Nasir
di Kampong Tanjung Lambor Kanan Perak.



Puan Hajjah Yong Aishah dan Tuan Haji Alias.



Salasilah Alang Sumat dan Pandak Demat.
(kedudukan Pn.Hajjah Aishah dalam Salasilah)



Puan Embang bt Ngah Man dan HajjahYong Aishah
(Jurai Alang Sumat dan Pandak Demat)

Pn.Embang/penulis : Assalammualaikum............
Hjh Yong Aishah    :  Waalaikumsalam.....sape ke orangnye udah tak ku kenai...bercomen mate je... 
Puan Embang        :   Saya....Embang.
Hjh Yong Aishah   :   Oooo kamu ke embang.... udah tetue ni mate tak berape nampak udah ....
                                auuu ni sape ni......
Puan Embang        :   Anak Itam dari Telok Bakong.......
Hjh Yong Aishah   :   Alaaa adik aku....ayah kamu tu pangkat pak sedare aku...Pak Cu Itam yg bongsu
                                dari mane kome tadi ?
Puan Embang       :   Saje datang kemari nak bersoreh dengan Yong le........
Hjh Yong Aishah  :   Bagus engkome mencari orang yang tau bersoreh, betui kan nama-nama deme.

Demikianlah antara perbualan cicit Alang Sumat (Pn.Embang & penulis) dengan Yong Aishah - cicit Pandak Demat pada 30/9/2011 Jumaat. Kami telah bersoreh untuk membetulkan nama-nama anak cucu Alang Sumat dan Pandak Demat. Saya amat kagum dengan Puan Hajjah Aishah, beliau menyebut nama-nama disalasilah tanpa melihat carta salasilah yang saya buat malah ada antara nama-nama yang dibetulkan oleh beliau. Di jurai Chu Mat Baki - nama-nama anak-anaknya, jurai Ahmad Gamat -isteri beliau Puteh Bulan dan anaknya siah, jurai Ngah Mesiah @ Ngah Rasiah iaitu datuk Puan Hajjah Aishah sendiri - Timen, Jariah adalah dua nama bapa dan emak saudaranya malah ibu beliau bernama Jumaah bukan Maah. Manakala jurai Kulop Mat Jelah - Khodijah bukan Lijah. Anak-anak Yong Aishah seramai 6 orang dan telah meninggal seorang, Abd Karim, Allahyarham Roslan, Mokhtar, Nisa, Norizan dan Sharun. Sikap mudah mesra dan menyayangi keturunan dan saudara mara patut dikekalkan oleh generasi sekarang serta dituntut oleh agama kita.

Puan Hajjah Aishah telah berumur 78 tahun dan masih boleh ingat dengan jelas semua nama anak-anak Alang Sumat dan Pandak Demat, saya terfikir generasi baru seperti anak-anak saya mampukah mengingat senarai keturunan sepertimana kemahiran yang dimiliki oleh Hajjah. Tak jauh dari rumah Puan Hajjah iaitu sebelah hilirnya terdapat rumah Pandak Logam dan Hajjah Asmah dan nampak rumah-rumah tersebut telah tiada penghuninya atau tidak diduduki lagi. Khabarnya puak waris sering menebas dan membersihkan kawasan rumah tersebut, kebetulan penulis mengambil foto ini kawasan rumah-rumah berkenaan belum dibersihkan tapi nampak masih terjaga.



Rumah Pandak Logam - 
Penyimpan Emas Kancing Tapah yang terdahulu.



Rumah Puan Hajjah Asmah - Pewaris terkini.






Khamis, 6 Oktober 2011

SALASILAH UDA GANJOR DAN LONG CHANTIK (1)


Rumah Encik Abdul Rahman bin Abdullah - 
Kampong Padang Marhom Telok Bakong.



Encik Abdul Rahman - pesara dan peneroka.

Encik Abdul Rahman adalah anak kelima dari 6 adik beradik dan bapa beliau Abdullah serta terkenal dengan nama Dolah kaki kayu. Rumah asal tempat tinggal Encik Abdullah adalah dibelakang Masjid Telok Bakong berhampiran sungai.Encik Abdul Rahman juga pemegang salasilah Uda Ganjor dan Long Chantik iaitu mewarisi pemegang salasilah yang terdahulu iaitu bapanya serta datuk beliau. Diucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kerana membenarkan salasilah tersebut dipaparkan diblog Sumpahan Tok Kadok.




Salasilah Uda Ganjor dan Long Chantik.
( Dikemaskini pada 12/10/2011 - Waris Pak Kadok )


Seketika dulu didalam Kampong Telok Bakong cuma ada enam buah rumah sahaja yang bukan penduduk asal, yang lainnya semua penduduk asal disini. Uda Ganjor serta isterinya dan Putih Sabun merupakan orang asal di Telok bakong, cuma Itam Noh merupakan puak Kampar yang berasal dari Riau Sumatera. Itam Noh  datang ke Telok bakong dengan empat adik beradiknya  Hj Beloh (Hj Dollah) - di Parit, Itam Noh di Telok Bakong, Hj Hussin di Malim Nawar serta seorang lagi yang tidak tercatat namanya di salasilah.Bagi puak ini yang telah berkahwin dengan puak Tok kadok marilah kita susun kembali salasilah ini yang akan saya sambung kejurai mana yang boleh untuk mengesan keturunan kita bersama.



Intan Busut Nanai - Zakaria.
Beliau juga dari jurai Uda Ganjor.



Encik Lokman Harun - kiri (Jurai Teh Rahmah)

Rabu, 5 Oktober 2011

SALASILAH IMAM JAESAH 5.


Masjid Jaiziah - Telok Sareh.





Salasilah Imam Jaesah 5.

Dinyatakan Jurai Anjang Minat tidak dapat ditulis didalam salasilah serta tidak diketahui juga mengapa jurai berkenaan dibiarkan kosong. Begitu juga dironut Busu Nunih sampai setakat anak-anaknya sahaja, tidak terdapat juga susunan yang terkemudian yang dilampirkan oleh salasilah. Ada kemungkinan jejak jejak ronut ini tak dapat dikesan oleh orang yang terdahulu.



Sebahagian Pekan Telok Sareh 
disebelah kiri jalan menuju ke Kampong Gajah
(diselah pekan ini Sekolah Kebangsaan).



Sebahagian lagi disebelah kanan menuju ke Kampong gajah



Rumah dibahagian depan simpang jalan masuk menuju ketepi 
tebing Sungai Perak dan disebelah Pekan telok Sareh.