Khamis, 13 Oktober 2011

SALASILAH NGAH IBRAHIM DAN PUTIH ARPAH (JURAI MARIAM @ PUTRI TEH KUDUS)




Rumah asal Puan Mariam di Kampong Pendiat,
Layang Kanan Parit.



Puan Mariam dan Kulop Hamzah (suami)



DR.Robiah (kiri)anak kedua dan suami .



Rumah kediaman yang telah diperbaharui
di Pendiat, Layang Kanan.




Kedudukan Puam Mariam dan Puan Maimunah didalam Salasilah 
Ngah Ibrahim & Putih Arpah.



Encik Hamizin dan isteri.



Puan Mariam bersama suami kedua dan anak-anak cucunya.


KETURUNAN NGAH IBRAHIM/PUTIH ARPAH....
ANAK KEPADA NGAH ROKIAH/MAT ARIFF...
DARI KIRI...TOK SIDEK,TOK ZAKARIA,TOK RAHIM,
OPAH HJH AMINAH,OPAH MUNAH DAN OPAH YAM..
( Azman Ibrahim ).



KETURUNAN NGAH IBRAHIM/PUTIH ARPAH....
ANAK KEPADA NGAH ROKIAH/MAT ARIFF...TOK SIDEK
( Azman Ibrahim )



Azman Ibtrahim (cucu  Mariam ) 
dan Isteri Intan Zahurah Zahadi


Yong Zul Fa dan suami Mat - cucu Pn Mariam.






Yong Zuraida dan Azman.




Norazrin dan isteri.




Terima kasih banyak kepada encik Azman Ibrahim yang telah mengirim gambar-gambar dari jurai keturunan Puan Mariam - Ronut dari Ngah Ibrahim. Rumah puan Mariam pada asalnya terletak di belakang Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Bakong atau dulunya Sekolah Inggeris (rumah berkenaan telah tiada) Berdekatan juga dengan rumah asal Ngah Ibrahim yang sekarang didiami oleh encik Osman Tongkah. Rumah kediaman ini juga setelah puan Mariam tiada telah didiami oleh Lop Osman iaitu adik Puan Mariam. Rumah penulis juga tidak jauh dari rumah puan Mariam ini. 


15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..ingin bertanya..ada sesiapa mengenali keturunan arwah tok MUHAMMED yg pernah berkahwin dgn arwah opah MAIMUNAH dari susur galur moyang MAT ARIFF/NGAH ROKIAH.utk makluman anak dari isteri pertama TOK MUHAMMED (kakak tiri ayah saya(IBRAHIM /YONG ARBI)masih ada di TELOK BAKONG)..AZMAN IBRAHIM

aisbatu berkata...

Waalaikumsalam,

Untuk makluman tuan Azman saya tak menyimpan sebarang data salasilah di sebelah "Tok Muhammed" iaitu datuk tuan. Saya juga menghadapi masalah untuk mengesan salasilah kerana tiadanya kerjasama atau masing-masing tidak mengetahui keturunan disebelah moyang-moyang mereka. Walaubagaimana pun jika saya berjumpa saya akan paparkan didalam blog ini.

Tanpa Nama berkata...

tak apa ...saya akan usahakan..dan terimakasih saya dahulukan jika tuan dulu yg terjumpa....namun berbanyak terimakasih di atas usaha2 tuan memaparkan salasilah keturunan saya...semoga usaha tuan diberkati.wassallam

Tanpa Nama berkata...

salam..saya baru mendapat informasi tentang"Tok Muhammed"yg bersumber dari ayahanda IBRAHIM (ayah kandung)dan sepupu tiri (ABU) saya,beliau adalah cucu tok Muhammed hasil dari perkahwinan pertama Tok Muhammed (HABSAH SAMEK),sebelum beliau berkahwin dengan opah MAIMUNAH.Di bawah ini saya sertakan salasilahnya:Tok Muhammed bin Ngah Mat Saman,dikenali juga sebagai Tok Muhammed Hassim dan bekerja sebagai penjual ayam kg. mempunyai 3 orang adik beradik iaitu Shile,Maimunah dan Alid.beliau berkahwin dan mempunyai 2 orang isteri iaitu HABSAH SAMEK dan MAIMUNAH MAT ARIFF.keturunan dari MAIMUNAH telah dicatitkan di dlm blog ini (tidak termasuk cicit-cicitnya)dan ini keturunan dari OPAH HABSAH SAMEK:anaknya HALIMAH dan berkahwin dgn OTHMAN UDA ISMAIL.nama anak-anak hasil dari perkahwinan ini akan disertakan kemudian. utk makluman tuan dan saya akan usahakan lagi pencarian ..berbanyak terimakasih di atas usaha2 tuan memaparkan salasilah keturunan saya...semoga usaha tuan diberkati.wassallam. azman ibrahim

aisbatu berkata...

Untuk tuan Azman teruskan usaha pencarian kerana pihak tuan lebih menepati susur galurnya dan memudahkan pengamatan yg tepat, jika ketemu hubungilah saya........

Tanpa Nama berkata...

salam tuan blog.
tadi saya ada search nama Umi Dr Robiah K Hamzah di google dan saya terjumpa blog tuan ni.

err sy sbenarnya masih tak faham..umi Robiah Hamzah ni keturunan diraja kee..?

-hamba Allah,peminat Umi Robiah Hamzah.

aisbatu berkata...

Waalaikumsalam,

Asal usul keturunan Tok Kadok adalah dipercayai dari keturunan Raja Siak Inderapura atau ada yg cerita dari Raja Palembang....tapi tiada dokumen yg pasti. Dr.Robiah juga dari jurai keturunan Tok Kadok dan terkait juga Pantang Larang tidak boleh menjamah ikan tapah...

cikguku berkata...



salam.. baru2 nie ayah ada bercerita tentang keturunan kami bermula cerita unyang saya iaitu Raja Daud bin Raja Ngah ( ayah pun tak tahu keturunan dari isteri Raja Ngah Ibrahim yang ke berapa ) Di khabar beliau beristeri 3.Adik beradik Unyang saya ada 4 orang iaitu Raja Mat, Raja Daud , Raja Endut dan Raja Hamidah. Persamaan cerita yang mengaitkan keturunan kami dengan Raja Ngah dengan Raja Ngah Ibrahim ialah cerita berkenaan raja Ngah kami merupakan pembesar yang terlibat dengan pembunuhan J.W.W Birch. Telah dibuang negeri dan keturunan kami dipaksa menyembunyikan nama sebenar dan segala identiti dirahsiakan agar tidak dibunuh oleh pihak British. Keturunan kami ada yang terpaksa menyamar sebagai orang kebanyakkan dengan membuang gelaran raja.Kami yakin bahawa Raja Ngah dari keturunan kami adalah Raja Ngah Ibrahim yang disebut-sebut. Raja Mat mempunyai 3 orang anak iaitu Raja Usman bin Raja Mat, Raja Abdul Rahman bin Raja Mat dan Raja Meliah bt Raja Mat. Raja Abdul Rahman bin Raja Mat akan tetap dijemput oleh Sultan ( semasa istana di Telok Anson )dalam semua majlis dan upacara pertabalan, tidak ketinggalan semasa upacara di Beting Beras Basah. Info : Untuk pertabalan, Pedang Kerajaan ( Cura Simanja Kini ) di celupkan di Kuala Sungai Perak dikawasan beting beras basah, maka berbunyi lah deringan menunjukkan sahnya raja tersebut adalah pewaris yang sah untuk menduduki tahta kerajaan sebagai Sultan Perak yang sah. Upacara ini adalah “wajib” dan tidak melakukannya maka tidaklah dianggap sah perlantikkan tersebut. Info ini dinyatakan untuk menunjukkan bahawa keturunan kami adalah yang terpenting dalam Kesultanan Perak tetapi telah terputus hububgan dan kami ingin kembali. Kepada sesiapa yang ingin membantu harap dapat hubungi saya Raja Khairuddin bin Raja Majid ditalian 014 5042235


aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Cikguku,saya sebagai pengelola blog ini membuka dan memberi laluan bagi kerjasama menjejak keturunan sepertimana yg dinyatakan diatas. Silalah berhubung jika mempunyai data dan waris yg boleh menerangkan duduk perkara untuk mengenali dan merapatkan kembali keturunan ini.

Rizal Zin berkata...

salam sejahtera ...
adakah keturunan ini sama susur dengan raja ngah iskandar ngah puteh

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Raja Ngah Iskandar Ngah Puteh tu dari daerah mana ?

Yusnita Yusoff berkata...

Boleh saya tau raja abdul rahman bin raja mat tu berasal dari mana??

aisbatu berkata...

Puan Yusnita Yusoff, saya tak punyai data atau rekod tentang Raja Abdul Rahman bin Raja Mat.Mohon maaf.

Major Raidenovich berkata...

As salam,saya ingin bertanya,adakah Ngah Ibrahim dan Ngah Prang mempunyai kaitan persaudaraan?
Terima kasih.

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Yang itu saya tak tahu kerana dalam semakan saya tiada catatan yang menunjukan adik beradik Ngah Ibrahim dicatatkan.