Khamis, 28 Julai 2011

SALASILAH ANJANG RAHMAH (TOK LAMIT & TOH PANJANG OGEK)


Jalan Masuk ke Kampong Tua Batu 16
Lambor Kanan,Perak.
( Foto lama dari Tn Hj Norashid )



Puan Anjang Rahmah dan Encik Zaaba Shuib.




Salasilah Toh Panjang Ogek.




Salasilah Anjang Rahmah.




Tuan Hj Mohd Ali (suami Puan Anjang Rahmah)




 Dari Kiri : 1) Muhammad, 2) Teh Lawiah, 3) Masitah,
4) Zaishah@Zun, 5) Ropidah, 6) Nuruddin, 
7) Sarihan dan 8) Nawawi.



Encik Zaaba Shuib dan Encik Safian Sahuri.
(ketika umur kanak-kanak).


Kami penulis blog mengucapkan sekali lagi ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada anak muda yang bernama Encik Rosdi Safian ini kerana telah memberikan kerja sama untuk menyusun dan membenarkan salasilah dari jurai cicit Tok kadok iaitu Tok Lamit dipaparkan. 


Selasa, 26 Julai 2011

SALASILAH TOK LAMIT (CICIT TOK KADOK)





Salasilah Tok Lamit (cicit tok Kadok)



Salasilah Toh Dewa Panjang Ogek.


Senarai nama-nama anak dan isteri Toh Panjang Ogek.




Gambo ni dipercayai ditangkap pade tahun 1926. Dari Kiri ke kanan. Anjang Talib B Panjang Ogek, Abdul Jabbar B. Panjang Ogek, Fatimah @ Long Mayong Bt. Kulop Ali (Isteri kepada Abdul Jabbar), Mohd Lazim B Alang Jumaat (Menantu kepada Arbi), Arbi B. Panjang Ogek .
Foto ini sumbangan dari Azizul Jabbar dan Tajul Ariffin Abd Ghani.


Salasilah Tok Lamit telah diusahakan oleh Encik Rosdi  bagi memperlihatkan asal usul keturunannya yang beliau ketahui dari Tok kadok dan Toh Dewa Panjang Ogek. Menyenaraikan susur galur salasilah bukanlah kerja mudah, namun anak muda ini begitu berminat dengan nasab dan keturunannya. Memang bagus sekali mencari sendiri asal usul keturunan serta mengetahui pantang larang sumpahan Tok Kadok.Menurutnya salasilah ini telah dipamerkan di ruang depan rumah beliau untuk tatapan.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Rosdi Safian kerana memberikan salasilah Tok Lamit ini untuk dipamerkan diblog ini.

*Atas permintaan Encik Rosdi foto-foto berkaitan beliau telah di keluarkan oleh penulis.

Ahad, 24 Julai 2011

MAKAM TOH DEWA PANJANG OGEK.(LAMBOR KIRI)



Pintu Gerbang - Jalan susur masuk ke Makam 
Toh Dewa Seri Maharaja Panjang Ogek bin Uda Khatab.



SALASILAH TOK LAMIT.
(Salasilah ini adalah sumbangan dari Encik Rosdi Safian)



SENARAI NAMA ANAK DAN ISTERINYA DIMAKAM.



Binaan Makam Toh Panjang Ogek.



Batu nisan Makam Toh Panjang Ogek





Terdapat makam-makam para waris Toh Panjang Ogek disekeliling makam ini yang turut terdapat binaan juga.Selain makam kelihatan rumah-rumah usang yang ditinggalkan dikiri dan kanan jalan masuk kemakam.











Terdapat juga Pondok Wakaf disediakan berdekatan makam.


Papan Tanda Peringatan kepada pelawat.


Makam Toh Panjang Ogek ini terletak di Kampong Lambor Kiri, Jalan masuk dari susur kiri dari jalan Besar Bota Kiri ke Ulu Dedap atau Pasir Salak.


Susur masuk ke Pejabat Persatuan Susur Galur Tok Uda Bahrum sepertimana kelihatan foto rumah dibawah.Sebelum susur masuk jalan berkenaan,susur masuk ke JPS Lambor kiri.Walaubagaimana pun susur ke JPS kenderaan tak boleh sampai ke makam berkenaan, cuma laluan penjalan kaki sahaja yang boleh menyusur ke makam kira-kira 100meter dari bangunan JPS.



Pejabat Persatuan Susur Galur Tok Uda Bahrum.

Kira-kira 450 ke 500 meter menyusur jalan berkenaan kearah tebing sungai dan terdapat simpang tiga, ambil jalan ke kiri dan dari sini 450 ke 500 meter lagi kehulu dan tuan-tuan akan melihat pintu gerbang sepertimana foto diatas. Jalan masuk adalah jalan tar dan hanya muat satu buah kereta sahaja jika berselisih dengan motor pun terpaksalah berhenti untuk memberi laluan salah satu antaranya. Terdapat juga jalan susur masuk dari Sekolah Kebangsaan Lambor Kiri, JPS dan belakang Masjid Jabariah Lambor Kiri dan susurlah ke kiri bila berada diatas ban sungai.

Khamis, 21 Julai 2011

KETURUNAN MAT LAMBOR (MOHD IBRAHIM BIN KULOP ALI ).






 Salasilah Mat Lambor.
(Dikemaskini 10/8/2011)




TOK KULOP ALI BIN NGAH PIDUP


Untuk pengetahuan semua keturunan Mat Lambor, pusara Tok Kulop Ali berada di atas Changkat Tempurung iaitu dikawasan Kampong Teluk Bakong Hulu. Pusara ini adalah satu-satunya pusara diatas Changkat ini, diberitakan bahawa Tok Kulop Ali meninggal dunia dimasa air banjir besar di Telok Bakong dan kebanyakan tempat telah tenggelam. Kawasan tanah perkuburan ketika itu terletak di sebelah Telok Bakong Hilir (sekarang ni berhampiran kunci air JPS) kawasan tanah perkuburan Islam di Changkat Melintang masih belum wujud pada masa itu. Setelah mendapatkan kebenaran dari pemilik tanah, maka jenazah Tok Kulop Ali dikebumikan di atas Changkat Tempurung. Jika penulis berkesempatan foto pusara berkenaan akan dipaparkan diruang ini.

Kulop Ali berkahwin dua, setelah isteri pertama meninggal dengan meninggalkan seorang anak lelaki iaitu haji Mohd Ali, dan beliau berkahwin sekali lagi kali kedua. Hasil dari perkahwinan kali kedua beliau mendapat 3 cahaya mata dua perempuan dan seorang lelaki.Lelaki berkenaan adalah Mohamad Ibrahim atau Mat Lambor (popular di Manong) dan popular pula namanya di Kampong kelahirannya dengan nama Mat Kanchil. Manakala 2 lagi adik beradik Mat Lambor ini tidak dapat dikesan dimana keturunan mereka berada.



Mohd Ibrahim @Mat Lambor dan Teh Ensah isterinya. 



Mohd Ibrahim @ Mat Lambor.

Mat Lambor berasal dari Telok Bakong dan merantau hingga ke Manong dan Kuala Kangsar, ianya menetap serta bekeluarga disana. anak-anak beliau juga bermastautin di daerah Manong (Kampong Ulu Piol) kecuali Puan Habsah yang berkahwin dengan orang Lambor Kiri.



Yop Aziz dan isteri Roshiah bt Kulop Sikin.




Encik Zainal Abidin bin Mohd Ibrahim @ Mat Lambor.



Encik Zainal Abidin dan Keluarganya.



Puan Habsah dan suaminya Encik Ibrahim,
Ahmad Khaharuzi (Gee) 
serta emak mertua Puan Habsah.



Keluarga Puan Habsah dan Encik Ibrahim.



Rumah kediaman Puan Habsah bt Mohd Ibrahim @ Mat Lambor, terletak di Lambor Kiri. Rumah ini bersebelahan atau dibelakang Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri. Dulu keluarga ini berumah di Pekan Lambor Kanan disebelah kedai papan (Hardware kayu kayan).



Rumah encik Ahmad Khaharuzi bin Ibrahim 
bersebelahan dengan rumah Puan Habsah.


 Khairel Khatab Zainal Abidin.


Muhammad Jibril Khairel Khatab.



Hasnaliza Ibrahim - berdiri bahagian tengah 6 dari kanan.
SMDARY( CAW TELOK BAKONG) 3A 1977.




Facebook - BYT-LAMBOR EWAH.



Norazah @ Manja dan Norpidah @ Piziz 
(anak-anak Yop Aziz )


* Terima kasih kepada penyumbang foto-foto diatas iaitu Puan Habsah, Encik Khairel Khatab, Byt Lambor Ewah dan Norpidah @ Piziz.  

Selasa, 5 Julai 2011

SALASILAH IMAM JAESAH 1.


KELAB MELAYU PULAU TIGA.

Foto Rumah Kelab Melayu Pulau Tiga diambil sekitar tahun 1920an dan kini rumah kelab ini telah dijadikan sebahagian Sekolah Kebangsaan Pulau Tiga.Foto ini adalah sumbangan dari Kolonel Mohammed Zaini bin Hj Hashim anak jati Kampong Toh Paduka Raja, Pulau Tiga. Rasanya pihak Sekolah Kebangsaan Pulau Tiga memerlukan gambar kenangan ini silalah ambil gambar berkenaan untuk kita kongsi bersama bahan bersejarah ini.




SALASILAH IMAM JAESAH.


Inilah salasilah utama yang penulis telah bentangkan sebagai asas rujukan dari 3 anak imam Jaesah cuma dari keturunan Tok Enjah dan isterinya Andak Mundam yang dilarang memakan ikan Tapah atau Pantang larang Ikan Tapah iaitu keturunan dari Tok Kadok telah selesai dibentangkan dan dipaparkan oleh penulis. Sebanyak 11 salasilah Andak Mundam telah dipaparkan diblog ini dan saya akan bentangkan pula dua lagi keturunan Imam Jaesah ini dengan jurai dan runutnya sehingga selesai untuk tuan-tuan menyemak dan meneliti saudara mara keturunan sendiri dan menyambung rangkaian-rangkaian keturunan masing-masing. Jika terdapat perbezaan nama dan kedudukan (rangking) silalah kemukakan kepada penulis blog.

Ahad, 3 Julai 2011

SALASILAH ANJANG BER.





CUCU CICIT TOK ANJANG BER.




SALASILAH TOK ANJANG BER.




SALASILAH PANDAK YAKIN.




CHE'EI (CUCU KULOP MIN) & 
ISTERI (CUCU TIMIN)



Persandingan ini adalah ditahun 1986.



Che'ei bergambar bersama anak saudaranya.

Che'ei adalah anak ketiga dari pasangan Encik Mohamad Norashid ( Bujal ) dan Puan Rawiyah, Mohamad Norashid lebih dikenali di Lambor Kanan (kampong Parit Ayo ) sebagai Bujal. Parit Air ini berada disempadan antara Kampong Lambor Kanan dan Kampong Telok Sareh. Keluarga ini dulu adalah perniaga yang berjaya di kawasan Lambor, encik Mohamad merupakan keluarga yang pertama berhijrah dari Lambor ke Kampong Medan/Kampong Dato'Harun Kuala Lumpur dan berniaga disana.