Selasa, 26 Julai 2011

SALASILAH TOK LAMIT (CICIT TOK KADOK)





Salasilah Tok Lamit (cicit tok Kadok)



Salasilah Toh Dewa Panjang Ogek.


Senarai nama-nama anak dan isteri Toh Panjang Ogek.




Gambo ni dipercayai ditangkap pade tahun 1926. Dari Kiri ke kanan. Anjang Talib B Panjang Ogek, Abdul Jabbar B. Panjang Ogek, Fatimah @ Long Mayong Bt. Kulop Ali (Isteri kepada Abdul Jabbar), Mohd Lazim B Alang Jumaat (Menantu kepada Arbi), Arbi B. Panjang Ogek .
Foto ini sumbangan dari Azizul Jabbar dan Tajul Ariffin Abd Ghani.


Salasilah Tok Lamit telah diusahakan oleh Encik Rosdi  bagi memperlihatkan asal usul keturunannya yang beliau ketahui dari Tok kadok dan Toh Dewa Panjang Ogek. Menyenaraikan susur galur salasilah bukanlah kerja mudah, namun anak muda ini begitu berminat dengan nasab dan keturunannya. Memang bagus sekali mencari sendiri asal usul keturunan serta mengetahui pantang larang sumpahan Tok Kadok.Menurutnya salasilah ini telah dipamerkan di ruang depan rumah beliau untuk tatapan.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Rosdi Safian kerana memberikan salasilah Tok Lamit ini untuk dipamerkan diblog ini.

*Atas permintaan Encik Rosdi foto-foto berkaitan beliau telah di keluarkan oleh penulis.

7 ulasan:

kmy berkata...

Gambar tahun 1926 itu, saya pun ada satu salinan. Dimana agaknya gambar tersebut diambil.

aisbatu berkata...

Tajul Ariffin Abdul Ghani - diceritekan yang gambo ni ditangkap di depan rumah salah sorang moyang-moyang di atas tapi teman tak pasti yang mana satu. Ni gambo kenangan sebelum pergi ke Mekah (teman pun tak pasti sapa yang ke Mekah).

aisbatu berkata...

Saya difahamkan lokasi gambar ini di Kg Kuchai, Lambor Kiri.

Tanpa Nama berkata...

Assalamulaikum, foto ini terdapat di ruamah Th Hj Pak Cik Ri di Kg Kucai. Kalau tidak salah yang pergi ke Mekah tu Tuan Haji Abdul Jabbar ( Penghulu Lambor kiri) dan isteri nya
Hjh Long Fatimah dan pembantu Th Hj. Mohd. lazim (Guru ugama Sek Lambor Kiri 1960an/imam mesjid Lambor Kiri Aj Jabbar )

aisbatu berkata...

Waalaikummussalam.

Terima kasih tuan atas keterangan foto lama berkenaan.

Fitree Yahya berkata...

Assalamualaikum saya cucu kepada Allahyarhamah Teh Jariah binti Mat Jasi dan Allahyarham Tok Ngah Talib bin Alang Karim...mana tahu kenal ka?

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Tuan Fitree Yahya, secara dekatnya saya tak kenai tapi hubungan kaitnya kita bersaudara kerana Lambor Kiri Lambor Kanan adalah serumpun.