Ahad, 10 April 2011

SALASILAH TOK KADOK (ANDAK MUNDAM 9)



BANGUNAN BARU PEJABAT PENGHULU
MUKIM PULAU TIGA.





SALASILAH ANDAK MUDAM 9.


Doa Zuriat.


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami perkenankanlah doa permohonanku " (Surah Ibrahim : 40 )


Tercatat didalam risalah salasilah jurai Andak Mundam 9 ini berada di Kampong Baru Pulau Tiga. Pada awal 1980an penulis pernah berurusan dengan pembuat labu atau kraf tangan didaerah Pulau Tiga, kaum keluarga disini kebanyakannya mengenali penyimpan kerongsang emas pada masa itu, iaitu Tuan Haji Sulaiman di Kampong Tua Batu 16. Pandai tangan untuk membuat labu serta barangan lain yang juga bukan sahaja dimiliki oleh keturunan dari Pulau Tiga ini, malah turut sama kemahiran ini di turunkan di jurai Uda Malak. Teh Liggam (isteri Uda Malak - Jurai Uda Nahu - Salasilah Tok Kadok 1)  dan adik beradiknya berasal dari Kampong Bendang Kering Sayong , Kuala Kangsar yang begitu mahir membuat barangan yang dibuat dari tanah liat. Barangan tersebut seperti periuk dan labu serta perkakas dapur yang lainnya.



Pokok-pokok teratai yang boleh di temui dikiri 
dan kanan jalan Raya di Pulau Tiga




Apabila teratai ini ada maka ikan mempilai laga ini pasti hidup membiak didalam air sekitar teratai ini. Ikan ini amat popular dizaman berbendang padi enam bulan dahulu. Dengan tempoh masa yang panjang ikan-ikan ini sempat membiak dengan banyaknya didalam bendang-bendang padi atau pun didalam parit ditepi jalan kebendang - sawah padi. Mengutip atau mencari ikan mempilai ini adalah kerja-kerja bebudak sekolah yang mana ketika cuti penggal menjalankan aktiviti disawah padi dan membawa ikan ini untuk dilagakan antara ikan laga milik kawan-kawan pula atau ditangkap untuk perhisan dirumah-rumah yang diletakan didalam botol tauchu atau botol-botol oren yang telah dibersihkan bagi perhiasan dirumah-rumah. Dimasa ini manalah ada kemudahan Akuarium !!!



Ikan Mempilai.(ikan laga)



Sawah padi (bendang) dengan parit salirannya yang
 membolehkan ikan-ikan membiak dengan tanpa racun perosak.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ikan2 darat yg banyak dekat bendang satu ketika dulu dah tinggal kenangan...

aisbatu berkata...

mana nak kita nyokap, ne rok dan nimba ikan lagi!!! hagram tak mandang dah sekarang, paya rakit,kubang gajah,sengkuang, bunut dan beberapa tempat lagi udah semua kering. Generasi sekarang senang, deme nuai padinye dan bebendangnye di pasaraya....ha..ha..ha

Tanpa Nama berkata...

teringat kenangan menerok dalam tali ayor di lambor kiri dulu dulu...melendut batang terok bile kena bapak badau hahaha

aisbatu berkata...

Aje bebenor tu, mane nak cari terok lagi udah tak ade...rope terok pun udah deme tak kenai. Ikan bocat, ikan bada dan ikan bulat adalah nama bagi ikan haruan. Cuma, nama bada lebih kepada saiz ikan yg lebih besar,memang melendut batang terok jika bada terkena padanya. Kenangan di kampong kite........

Unknown berkata...

Assalamualaikum,saya ingin membuat blog tentang tikar mengkuang dan cuba mencari bahan,terjumpa blog ni.saya mengambil beberapa gambar tikar mengkuang dari blog tuan.terimakasih.

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Silakan Puan Kasih Arus tiada halangan dari saya.......