Khamis, 28 April 2011

SALASILAH TOK TADU DAN ALANG MITA. (WARIS PAK KADOK)




PEMANDANGAN TEBING SUNGAI PERAK ,
TELOK BAKONG
(dari Tebing Mat Saaid ke Tebing Lamah)




SALASILAH TOK TADU DAN ALANG MITA.
(Up-date pada 3/5/2011).

Salasilah Tok Tadu ini dikirim oleh salah seorang warga Telok Bakong Hilir yang menggelarkan dirinya "Waris Pak Kadok", beliau banyak menyimpan salasilah keturunan Tok Kadok, Maharaja Lambor dan beberapa salasilah lagi yang berkaitan dengan kedua-dua salasilah tersebut. Beliau boleh dihubungi dan berbicara di FB nya, yang juga dinamakan "WARIS PAK KADOK" serta alamat e-mail warispakkadok@yahoo.com. Waris Pak Kadok juga sering membantu penulis mengatur salasilah yang tidak lengkap di blog ini dan memberi info salasilah yang berkaitan. Diharap dikalangan keturunan kita mencontohi kerjasama beliau untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kita sesama keturunan dibawah keturunan TOK KADOK.



Ini adalah foto profail FB "Waris Pak kadok"



Emas Kancing.


Hajjah Asmah bt Pandak Logam.

Mungkin salasilah ini tidak begitu lengkap atau ada perbezaan diantara salasilah yang kita simpan dan diharap hubungilah penulis blog untuk berbicara tentang jurai salasilah sebagaimana tertera diatas. Kerjasama para pelayar blog ini adalah kesenambungan kepada para waris keturunan Tok Kadok khususnya serta untuk meleraikan jurai salasilah yang masih tak lengkap atau berbeda diantara puak waris. Tuan Haji Norashid juga memerlukan salasilah berkenaan kerana jurai Tok Tadu ini adalah jurai yang ada kena mengena dengan beliau.

Ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada "Waris Pak kadok" kerana mengirimkan susunan salasilah yang asal dibawah fail excel dan penulis mengubahnya dalam fail sebagaimana tertera diatas.



Puan Zainab, Bainun dan Izham (Azham).
(selepas kenduri doa selamat - emas kancing )
Kampung Tua Bt 16,Lambor Kanan.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sdr Ariffin,
1. Mengikut catatan saya Yaman Hussain (Hussain al-Yaman)ada dua isteri. Pertama Fatimah, kedua Alang (Lambor).Anak dpd Fatimah ialah Rashidah dan Ahmad Marbawi. Anak dgn Alang ialah Mohd Khalil Ibrahim. Rashidah kawin dgn Abd Latif dapat anak berama Abdullah, Ramli(kawin dgn Zaleha Halil), Hanisah, Zubaidah, Yaakub (Amri) dan Yusuf.Manakala Ahmad Marbawi kawin dgn Jaharah bt Sohor ada 4 anak dan 11 cucu. Yaman dgn Alg Lambor dapat anak bernama Mohd Halil Ibrahim (satu nama). Halil ada 11 anak.
Semua ni saya dapat semasa saya berkunjung di rumah Ahmad Merbawi semasa beliau sakit di Dato' Keramat dan menceritakan kepada kami.Details dengan saya.Wallahualam..

2. Bila teman teliti salasilah manyak- manyak tu, teman berasa keliru sikit dengan colour code mike. Sekali pandang kuning tu isteri,hijau tu anak dan biru cucu. Bila diamati lagi tidak pula sebegit disalasilah di muka surat lain.. Nantilah kita jumpa le nanti...insyaallah..

aisbatu berkata...

Memang benar terdapat kod-kod warna yg digunakan tidak selari, saya mohon maaf tentang perkara ini. Saya akan cuba perbaiki dari masa ke semasa.

Saya memang mencari susur galur keturunan Yaman Hussain ini kerana dlm salasilah Andak Mundam agak mengelirukan. Terima kasih tuan yang mengirim susunan keturunan tersebut, saya amat mengalu-alukan pertemuan dengan tuan. Harap tetapkan tarikh dan tempat saya akan berkunjung menemui tuan. Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana sudi bekerja sama dan singgah diblog saya.