Sabtu, 20 November 2010

SUBANG EMAS PUSAKA.


Saiz diameter adalah kira-kira 5.5cm.


Perbandingan Subang Emas dengan handphone


Pandangan sisi.


Kelihatan batu delima merah.


Sebelah kiri (permuka) dan kanan (membelakang)


Pengenalan.

Subang Emas ini adalah dipusakai dari turun termurun iaitu sezaman dengan Emas Kancing Ikan Tapah di Kampong Tua Lambor Kanan. Masa dahulu subang emas ini di percayai berperanan sebagai penawar berbagai penyakit dengan air rendaman emas ini dimandi atau diminum oleh mana-mana anak cucu dari keturunannya atau pun bukan dari keturunannya untuk berubat bagi menyembuhkan pelbagai penyakit.Tidak seperti emas kerongsang tapah, ianya dikhaskan untuk sesiapa dari keturunnya yang telah melanggar atau termakan gulai ikan tapah tapi bagi Subang Emas ini pula tidak tertakluk kepada sesuatu penyakit, boleh digunakan mengikut hemat dan firasat para penjaganya. Tiada sebarang data asal usul subang emas tersebut dicatatkan dari dahulu lagi dan hanya bertukar waris sahaja yang diketahui, itu pun setakat Moyang Ngah Pidup sahaja.Pada masa kini tiada lagi kegiatan perubatan dilaksanakan oleh air rendaman emas subang berkenaan kerana kebanyakan masyarakat kita sekarang beralih kepada perubatan moden yang banyak terdapat disekeliling kita..Subang Emas tersebut dibawah jagaan Encik Abdul Karim bin Hamid serta isteri beliau Puan Jamaliah bt Lamon di Kampong Telok Bakong Batu 14 1/2 Lambor Kanan Perak.

Sedikit biodata encik Abdul Karim :


Anak kedua dari dua beradik dan merupakan anak jati orang Telok Bakong, Bekerja di kedutaan Thailand selama hampir 38 tahun, dan duduk di Datuk Keramat Kuala Lumpur. semasa bekerja di Kedutaan Thailand dulu. Mempunyai dua orang cahaya mata. iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki.Beliau boleh bertutur bahasa Thailand (siam) dengan fasih. Kini telah bersara serta menetap di kampong Telok Bakong. Isteri beliau juga Puan Jamaliah bt Lamon  anak jati kampong ini juga.




Encik Abdul Karim dan isteri Puan Jamaliah bt Lamon.




Rumah Encik Abdul Karim bin Hamid bersebelahan dengan rumah Hajjah Derma Taksiah bt Ahmad Gamat serta seberang jalan kedai kopi Cik Nah Putih Ranap Telok Bakong.Rumah ini ditepi jalan besar dari Bota Kanan menghala ke Kampong Gajah.


Cara Penjagaan
.
Kalau mengikut rutin dari penjaga terdahulu iaitu Tuan Haji Mohd Ali bin Kulop Ali atau Haji Selangor setiap tahun sebelum puasa iaitu dalam bulan Syaaban (mana-mana hari dalam bulan Syaaban) dilakukan majlis kesyukuran dengan mengadakan sedikit kenduri tahlil dan doa selamat. Dipanggil puak-puak waris yang berhampiran untuk majlis berkenaan. Hanya pewaris keturunan dari lelaki sahaja yang boleh menyimpan atau menjaga Subang Emas ini dan pewaris perempuan hanya boleh menyimpan sementara (14hari) semasa berubat sahaja.Sebenarnya Subang Emas ini ada sepasang dan yang satu lagi disimpan oleh Encik Chu Melawi dan kemudian turun kepada anaknya Encik Tamam. Diberitakan keturunan ini telah bermastautin di Negeri Melaka dan dari jurai keturunan yang mana tidaklah diketahui pula. Ini disebabkan Encik Chu Melawi ini adalah sebaya dengan Tuan Haji Mohd Ali dan kemungkinan Encik Tamam bin Chu Melawi sebaya pula dengan Encik Hamid bin Hj Mohd Ali, ada pun mereka semua ini telah tiada didunia ini lagi.Jika keturunannya membaca kisah Subang Emas ini sukacita hubungilah penulis blog.


SALASILAH KETURUNAN.
(Pemegang Subang Emas Pusaka)



En Abdul Karim bin Hamid bin Hj Mohd Ali bin Kulop Ali bin Ngah Pidup



En.Hamid bin Haji Mohd Ali (bapa En.Abdul Karim)

 Puan Rokiah bt Kulop Putih
isteri  En.Hamid dan Emak kepada En.Abdul Karim


Tatacara Perubatan 
Subang Emas.
Subang emas ini hendaklah direndam kedalam air (sebagaimana contoh di gambar lampiran) serta dalam jangka masa 15 minit, dan penjaga berdoa dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan memohon kepada Allah supaya menyembuhkan semua penyakit yang dihidapi oleh pesakit atau pewaris. Selepas itu bolehlah air berkenaan di jirus (mandi di dalam bilik air dan dijirus oleh muhrimnya serta bukan penjaga Subang Emas berkenaan jika perempuan) keatas pesakit untuk dimandikan.Selain itu juga air rendaman Subang Emas ini juga adakalanya disediakan untuk diminum, ianya mengikut penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Dahulu tiada sebarang upah (hadiah) atau pengkerasnya hanya ucapan terima kasih sahaja diperlukan atau datang lima balik pun lima (bersalam sahaja dengan lima jari).



Peristiwa Kehilangan Permata Di Bahagian Tengah Subang Emas 
.
Semasa zaman Kulop Ali bin Ngah Pidup, Subang Emas ini telah dipinjam oleh salah seorang dari keturunan sebelah Andak Bayu dengan alasan untuk berubat. Orang berkenaan telah cuba mengadaikan emas berkenaan di kedai Pajak Gadai tetapi pihak kedai pajak gadai menolak. Jadi dengan mecungkil permata berkenaan dan menjualnya berasingan taukeh pajak gadai pun menerimanya. Tidak diketahui berapa harga yang digadaikan dan belum pun sempat orang tersebut sampai kerumah, kedua-dua mata orang yang mencungkil dan menjual permata berkenaan telah pun buta. Salah seorang lagi waris Andak Bayu memulangkan kembali Subang Emas tersebut kepada penjaganya tanpa permata ditengahnya dan kekal lah sedemikian sehingga kehari ini. Diberitakan subang emas ini akan bergetar didalam simpanan jika sesuatu perkara seperti kedatangan orang jauh dan beberapa perkara lagi yang dirahsiakan kepada penulis.

Emas Perhiasan.
Bila kita bercakap mengenai emas perhiasan maka kita tak dapat lari dari kaum hawa kerana kaum ini lah yang selalu memakai barangan perhisan sebagaimana kelihatan di gambar :-

Puan Hajjah Halijjah dengan emas kancing baju
(Moyang En Abdul Karim)




Gambar hiasan



Wanita golongan bangsawan Negeri Perak dahulu memakai perhiasan emas yang lengkap dengan gelang kaki, tangan dan subang.


Antara jenis subang emas lama.









Purata besar dari 1.2cm ke 3..5cm sahaja dan berat sekitar dari 3.6grams ke 10.9grams.



Perbandingan sunting sekarang dan Subang Emas berkenaan.

Subang Emas Pusaka ini saiznya besar (saiz telinga kita sekarang lebih kecil dari subang berkenaan) dan terfikir juga bagaimana orang dahulu memakainya atau saiz badan orang dahulu lebih besar. Mengikut cerita Tuan Haji Mohd Ali, tinggi orang dahulu adalah setinggi nyior dara (bersamaan kira-kira 10 kaki). Apakah benar begitu ? Wallah hu.

Marilah kita renungkan hadis ini :-


Dari 'Auf bin Malik al-Asyja'i r.a katanya:"Kami biasa melakukan mantera pada masa jahiliyah. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah s.a.w:"Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat anda tentang mentera ?" Jawab baginda:"
Peragakanlah (bacalah) menteramu itu di hadapanku. Mentera tidak ada salahnya selama tidak mengandungi syirik."
(Muslim)

Huraian

Definisi perubatan Islam adalah melaksanakan amalan perubatan berdasarkan paradigma, nilai dan tatacara yang tidak bercanggahan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Ramai di kalangan umat Islam terkeliru dengan istilah perubatan sehingga terjebak ke dalam dunia syirik. Islam telah memberikan panduan yang jelas bahawa semua ilmu perubatan yang mengandungi sihir (jampi mentera yang melanggar syariat), bercampur dengan amalan-amalan haram (bersemah – sembelihan korban sebagai jamu) dan amalan-amalan berdamping dengan makhluk halus yang diyakini berkuasa menentukan kesembuhan penyakit adalah syirik serta amat dilarang dalam Islam. Islam meletakkan bahawa apa-apa perubatan sekalipun sama ada tradisional mahupun perubatan moden semuanya hendaklah bersandarkan kepada hukum bahawa Allah adalah Maha Berkuasa dalam menetapkan penyembuhan sesuatu penyakit. Segala macam bahan yang digunakan dalam proses perawatan tidak kira sama ada menggunakan teknologi perubatan yang telah dipermodenkan mahupun secara terapi tradisional adalah sekadar alat semata-mata. Dalam perkataan lain,segala kaedah dan ubatan yang digunakan hanyalah sebagai ´al-asbab´ dan kita wajib percaya bahawa makhluk tidak berkuasa ke atas sesuatu melainkan segalanya terletak pada ketentuan dan keizinan Allah S.W.T jua.

Maklumat tambahan :-

1) Tok Kelempayan dan isterinya Seri Bunian adalah pemilik asal Subang Emas ini, ianya  dipesan dan diberitahu melalui mulut ke mulut antara jenarasi ke jenarasi. Apakah kaitan dengan Tok Kadok ? persoalan ini belum dapat diuraikan oleh anak cucu keturunan Tok Kadok sehingga kini.


2) Pemilik atau pewaris sebelah lagi Subang Emas Pusaka adalah Chu Melawi atau Chu Mat Lawi bin Kulop Mamat dan anak-anaknya seperti berikut :-


a) Jabariah bt Chu Mat Lawi
b) Mensiah bt Chu Mat Lawi
c) Tamam bin Chu Mat Lawi
d) Mat Shah bin Chu Mat Lawi.
 

16 ulasan:

LOB BEK @ LOB GILE berkata...

EN Hamid aka Amid Haji Selangor was fond of keeping cuckoos as pet and having collections of such birds.In my childhood days I was passing by his house daily on the way to school and saw the cages hang around at every corner at the outside of his house.Some even kept in the open air cage with one limb cuffed to a string and I never saw kind of cage anymore for the last 20 years. Al fatihah for en Hamid.

LOB BEK @ LOB GILE berkata...

En Lamon, a farmer and talented carpenter.He builds wooden house, besides farming and it was his works together with En Li Mat Changgong putting up my family wooden house in the late 60s.
Both of them were jovial and easy going.Alfatihah for them.

Unknown berkata...

En.Hamid dan anaknya En.Karim memang kaki burung.Wak Lamon dan En.Li Mat Changgong pulak memang kaki tukang rumah berkemahiran tinggi,rumah saya pun mereka yang buat.Sesungguhnya AlFatihah buat mereka.

Amri Mat Saaid berkata...

salam tuan arifin

chu mat lawi tu masuk jurai mana

aisbatu berkata...

Waalaikummussalam,

Inilah yg menjadi tanda tanya Amri, sehingga kini tak dapat dikesan dari jurai mana Chu Mat Lawi ni. Jika dapat menghubungi siapa yg menyimpan sebelah lagi Subang Emas Pusaka tu, maka mungkin dapatlah tahu dari jurai mana.

Kamarul@manodin adalah perunding Takaful Ikhlas anda hubungi 019 -390 9495 sms @ emel kamarul_baharin74@yahoo.com untuk maklumat lanjut . berkata...

fuuhh..syabas bile mace blog ni rase balik zaman dedulu....sayang dulu banyak perhiasan lame....duit syiling beso...memacam le udah mane alenye ntahhhh

aisbatu berkata...

Saya cuma mengimbau kenangan lama, untuk merenung masa lampau semasa datuk nenek kita boleh berbicara berbahasa Lambor dan Telok Bakong bagi kita melihat Tok Tua Sakti dan Toh Maharaja Lambor dari sudut salasilah keturunannya masa kini.

aisbatu berkata...

Terima kasih Am,

Untuk makluman 2 atau 3 orang dari waris Chu Mat Lawi ni telah menghubungi saya termasuk la Waris Pak Kadok (dlm fb Telok Bakong). Teman tengah cuba mendapatkan info dari waris ini yg berada di Kota Damansara, menurut mereka memang benar sewaktu dulu datuk mereka ada menyimpan emas subang tersebut. Jadi memakan masa la sedikit untuk berurusan, maklum la sibuk memasing. Dah dua kali berkunjung ke Kota Damansara tapi belum dapat bertemu lagi, Insyaalah bertemu la tu......

Amri Mat Saaid berkata...

anak dan cucu wan jabai chu mat lawi ade di Kg Chubadak Tambahan Sentul..mungkin ade sesiape yg tahu

aisbatu berkata...

Link internate (geogle) blog ada masalah dan tak ada paparan segala komen dipaparkan. Mohon maaf......

faroki berkata...

Cicit dr melako..moyangnya Chu Mat Lawi..masih berada seblah masjid Alor gajah melaka. Tmn seri batu 2#

Unknown berkata...

Amirrashid5723@gmail.com
Saya Amirrashid B.Abd Manap Bin Tamam Bin Chu Mat Lawi Bin Imam Mamat.Isteri Chu Mat Lawi bernama Putih Tibah.Bapa saya Abd Manap Bin Tamam menetap di Taman Seri Bayu 2 Alor Gajah Melaka bersebelahan Masjid Alor Gajah.No Tel beliau 013-586 9921.Faroki ni siapa ya...maaf bertanya.

aisbatu berkata...

Terima kasih tuan Amirrashid kerana menyenaraikan keturunan Chu Mat Lawi, nanti saya cuba semak balik.

aisbatu berkata...

Faroki ni duduk kat Damansara ke ?

Tanpa Nama berkata...

Sy tinggal puteri subang mahsing..dekat je dgn kota damansara

Tanpa Nama berkata...

0197701372 ajlan.sy di subang mahsing.