Khamis, 28 Januari 2021

TULISAN TERBITAN DARI SURAT KHABAR "KOSMO" WARIS PAK KADUK - 17 JANUARI 2021.

 

GAMBAR tanpa tarikh ini dikatakan diambil pada satu majlis perhimpunan waris keturunan Pak Kaduk di negeri Perak.

Waris Pak Kaduk terkena sumpahan ikan tapah.  Oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR17 Januari 2021, 10:12 am - KOSMO

RAMAI orang mengetahui kisah Pak Kaduk yang lurus bendul kalah menyabung ayam ekoran bersetuju menukarkan ayam jaguh kepunyaannya dengan ayam milik Sultan.

Ayam sabung miliknya yang ditukarkan itu telah menang, menyebabkan Pak Kaduk kalah. Lebih parah kampung halamannya turut tergadai ekoran kekalahan tersebut.

Pak Kaduk sememangnya terkenal dengan pepatah ‘ayam menang sabung, tapi kampung tergadai. Ia sememangnya ada kaitan dengan sikap Pak Kaduk yang dikatakan gemar menyabung ayam dan berjudi.

Tetapi ramai yang tidak mengetahui kisah sumpahan Pak Kaduk dan ikan tapah yang sangat popular di negeri Perak sejak zaman berzaman, hinggakan ada yang beranggapan cerita tersebut adalah mitos semata-mata.

Bagaimanapun, dipercayai keturunan Pak Kaduk masih memegang kisah tersebut sebagai sesuatu yang benar.

Kisah sumpahan dikatakan terjadi rentetan daripada Pak Kaduk yang dalam keadaan sugul dan sedih ekoran kalah menyabung ayam.

Dipendekkan cerita, selepas kejadian tersebut, Pak Kaduk ternampak seekor ikan tapah yang besar di tebing sungai dan membelah perut ikan tersebut lalu keluarlah emas yang banyak.

Menurut orang-orang tua, Pak Kaduk kemudian mengambil emas tersebut dan menjahit perut ikan tersebut menggunakan benang batang pisang dan dilepaskan semula ke dalam sungai dengan lafaz sumpah yang kekal sehingga sekarang.

Pak Kaduk dikatakan telah bersumpah: “Mulai hari ini dan ke hadapannya, aku tidak akan menyabung lagi. Aku, anak isteri, cucu-cicit, piyat-piyut, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh makan, menganiaya atau mengkhianati anak ikan tapah.


INILAH tiga butir kerongsang emas yang dikatakan masih disimpan oleh waris Pak Kaduk hingga kini.

“Barang siapa yang melanggar sumpah aku akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak. Kiranya tahan badan, tidak selamat hidupnya.”

Begitulah ungkapan kisah sumpahan Pak Kaduk yang diketahui ada kaitan dengan legenda ikan tapah sehingga hari ini.

Sejak itu, semua keturunan Pak Kaduk tidak memakan ikan tapah dan pantang larang tersebut dibuat selepas mendapat pertolongan melalui emas yang keluar daripada perut ikan itu.

Dikhabarkan khazanah Pak Kaduk yang merupakan tiga butir kerongsang emas yang dipercayai daripada perut ikan tapah itu masih disimpan rapi oleh keturunannya dan akan digunakan sebagai penawar penyakit yang terjadi selepas memakan ikan tapah.

Orang ramai yang mempunyai penyakit gatal-gatal dan alahan selepas makan ikan tapah akan berkunjung ke rumah waris Pak Kaduk untuk mendapatkan penawar.

Biasanya waris Pak Kaduk akan memberikan air penawar yang sudah dibotolkan kepada mereka yang dikatakan terkena sumpahan tersebut.

 Ikan Tapah - Gambar hiasan.

Waris Pak Kaduk menyediakan air penawar tersebut dengan merendam emas ke dalam air yang akan diminum, disapu tempat yang gatal atau sebagai air mandian.

Meskipun sumpahan ini dikatakan hanya berlaku kepada keturunan Pak Kaduk yang berasal dari Perak, namun ia juga dipercayai boleh terkena kepada anak-anak mereka menerusi perkahwinan yang melibatkan keturunan ini.

Berbeza dengan sumpahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang berlanjutan hanya sehingga keturunan ketujuhnya sahaja, sumpahan Pak Kaduk pula tiada had tempoh dan tidak akan berakhir sampai bila-bila.

Kebanyakan waris Pak Kaduk kini dikatakan tinggal di Lambor Kiri, Lambor Kanan, Pulau Tiga dan Bota di daerah Perak Tengah.

 



10 ulasan:

Unknown berkata...

Asalamualaikum,nama saya ismail bin brahim bin uda moda bin kulop ahmad (nama gelaran bapa sy saan andak etat) opah saya bernama andak saadiah bt alang samah di telok bakong. setelah sy menbaca blog tulisan tuan sy dapati ada nama yg berkaitan dgn jalur sebelah opah dan datok sy sebelah bapa saya. Mengikut lisan arwah bapa sy, nama uda tilan itu adalah adikberadik opah sy (datok saudara sy) dan nama yeop ganti itu pula abg sebapa berlainan ibu kepada bapa sy. Hanya Yg sy kenal anaknya ialah zainal abidin bin yeop ganti. Sy tak tahu jalur sy ada kaitan dgn tok kadok atau tidak cuma sy hanya tahu bapa sy berasal dari telok bakong sahaja. Sy tiada menyimpan rekod jalur keturunan. Cuma ada cerita dan pernah melihat surat mati opah sy sahaja dan kenal pernah berjumpa beberapa org saudara yg ada pertalian di telok bakong itu.

aisbatu berkata...


Waalaikumusalam tuan,

Alhamdulillah tuan dah jumpa punca keturunan tuan di Telok Bakong. Sila tuan rujuk salasilah Kulup Baja didalam blog ini. Semua ada tersenarai keturunan tuan disitu. Betul nama Uda Tilan adalah adik beradik opah kamu Andak Saadiah(rasanya ada beberapa orang lagi adik beradik opah kamu tu, saya tak ada salasilah mereka), kalau tak silap semua mereka ni di Kg Paloh Telok Bakong Hilir.

aisbatu berkata...

http://aisbatu.blogspot.com/2012/01/salasilah-kulop-bahaja-uda-takor.html

Tanpa Nama berkata...

Maklumat yang diperolehi di FB. Baby yang didukung di tengah2 tu adalah pemilik kedai makan Langos skrg. gambar tahun 71/72.

aisbatu berkata...

Terima kasih atas maklumat tersebut, Sebenarnya maklumat tu telah pun dinyatakan emak saudara saya tu,hanya saya tak tulis senarai di foto berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

Saya cucu abdul rahman @ uda tilan

Tanpa Nama berkata...

Uda tilan ramai adik beradiknya antaranya Arwah mat lazim bapa zam salak, Kulop Dolah bapa Harun Nailazi Rumahnye dekat kilang padi lama tepi teben telok bakong serta Bini kerayai kg, paloh telok bakong hilir.Datok teman sepupu dengan Ud Tilan.

aisbatu berkata...

Terima kasih tuan, orang Telok bakong ni. Saya tak boleh nak keluarkan diblog kerana tak lengkap susunannya . Kalau Boleh cari le susunannya, teman ni udah tak berapa ingat adik eradik Uda Tilan ni. Maklum le tempat rujukan salasilah ni udah tak mandang belaka.

Muhammad Farish berkata...

Assalamualaikum , saya ada moyang bernama Long Kamariah Binti Abdullah, berasal dari Lambor , Meninggal 1952. Apakah ada dalam salasilah tuan?

Norain berkata...

Sy penah nmpk gmbr latar belakng ni dekat rumah mk sedara sy tp tak pasti.dan arwah mk sy pun mmg lahir dekat perak telok bakong. Nama arwah atok ngah man bin uda malek /malak kot .