Isnin, 9 Disember 2019

HIMPUNAN WARIS KULOP ISMAIL BIN ALANG MAT YEN BIN KULOP MAT SHAH BIN BUSU MAMAT





Salasilah Kulop Ismail bin Alang Mat Yen




Hari ini Kampung Teluk Bakong yg berada dlm mukim Lambor, Perak akan dikunjungi oleh waris keluarga Kulop Ismail bin Alang Mat Yen. Mereka datang dari segenap pelusuk berkampung di sini utk merapatkan lagi ikatan kekeluargaan yg sedia terjalin. Saya salah seorang daripada 44 cucu Kulop Ismail yg sudah pun berada di Kg Teluk Bakong sejak semalam. 1 September lepas saya juga cucu kpd Yeop Majlis turut serta di dlm Himpunan Waris Pandak Mohid di Bota. Dato Tarmizi Mohd Jam, Penyelaras Kawasan Parlimen Parit akan merasmikan Himpunan Waris Kulop Ismail ini.

(Yeop Abdul Rahman Hashim).



* Kulop Ismail adalah merupakan jiran sekampung penulis.Selamat berkumpul kepada semua keturunan Tok Kadok dari Jurai Kulop Mat Shah.


19 ulasan:

Shania khalid berkata...

Arwah apak selalu pesan kami tak boleh makan ikan tapah, mak pun selalu ingatkn. Teringin juga nak tahu asal usul keturunan sendiri.kami asal kampung redang sawa...tapi arwah tok dah lama berhijrah ke kg manjoi.

Shania khalid berkata...

Nama Arwah tok saya Muhammad Abu Kassim

aisbatu berkata...

Maaf Puan Shania, saya tak jumpa dlm catatan saya nama berkenaan dan mungkin Tok Muhammad berasa l dari Lambor kanan. Salasilah yg ada pada saya tak lengkap dan tak selari dengan antara satu sama lain.

Ana Shahira berkata...

Siapa tahu salasilah keturanan imam gengdek atau pun alang raib... Bleh tlg tak.. Saya nak cari asal usul keturunan saya..

aisbatu berkata...

Dekat daerah mana tu, imam gengdek atau alang raib.

Tok kasa berkata...

Assalamualaikum saya sebagai waris nak update salasilah keluarga
Dari kulop sebab bin alang chengeng

0138531036 sya skrg Di kampung nasaruddin bota

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Tok Kasa, e-mail je apa-apa salasilah atau up-date, saya akan tengok didalam e-mail. E-mail saya disebelah atas kanan blog.

Unknown berkata...

Assalamualaikum..sy mencari salasilah nama alang mat Yusuf...keturunan nya melayu bugis...

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Mohon maaf tuan, agak sukar mencari atas satu nama sahaja. Kena susur galur mengenai keturunan tersebut seperti nama tempat, keturunan dan kaitan juga jika ada. Itu pun jika saya ada salasilah tersebut boleh la dikongsikan bersama. E-mail je kalau ada kerahsiaan dari umum.

Muhammad Farish berkata...

Assalamualaikum,saya mencari asal usul keturunan saya,saya punya moyang bernama mohd noor bin saparit,berasal dari parit,kemudian menetap dan meninggal dunia di kg mandah .saya mendengar bahawa keturunannya dari kampar(tidak pasti kampar,sumatera atau kampar, perak).Beliau pernah berkata kepada anak sulung nya(atuk saya) bahawa atuk saya tidak dibolehkan makan ikan tapah..

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam

Kampar dan Tapah juga mempunyai cerita larangan memakan ikan tapah dan berkaitan juga dengan nama Tok Tua Sakti. Sejauh mana kaitan antara kedua (Kg Tua Lambor Kanan dan Daerah Tapah) tiada kajian dibuat. Tok Tua Sakti berkemungkinan adalah sesuatu jawatan di kerajaan diwaktu dulu. Sumpahan Ikan Tapah di Lambor ada penawarnya tapi di Tapah/Kampar saya tak mengetahuinya. Susur galur keturunan yg berasal dari Kampar (Malaysia) adalah kebanyakannya keturunan Rawa dan Mendeling, keturunan yang berasal dari Parit kebanyakanna adalah orang Kampar berkaitan dengan yang berada di telok bakong dan Tualang Sekah.

Mungkin tuan sedia maklum kaitan antara kedua tempat tapi berbeza sejarahnya.

Muhammad Farish berkata...

Oh begitu,terima kasih atas pencerahan...jadi saya boleh buat kesimpulan bahawa moyang saya berasal dari orang kampar seperti yang dinyatakan tuan👍

Muhammad Farish berkata...

Seperkara lagi,atok saya berkata bahawa yang tidak boleh memakan ikan tapah hanyalah Anak paling tua atau sulung sahaja,betulkah tuan?

aisbatu berkata...


Tak betul tu tuan, seluruh keturunannya berkaitan.Tidak pada anak yg tua sahaja.

Muhammad Farish berkata...

Dimanakah saya boleh rujuk keturunan tok kadok di parit?

aisbatu berkata...

Pergi ke Kg Lambor Kanan Atau Kg Telok Bakong, ramai la tuan.

Muhammad Farish berkata...

Saya baru dapat maklumat tambahan,mak kepada moyang saya bernama Teh Asiah...mereka asalnya dari kampung sadang...adakah nama itu ada direkodkan dalam salasilah tok kaduk tuan?

aisbatu berkata...


Kebanyakan dalam salasilah tidak dinyatakan duduk atau tempat, hanya nama-nama saja diletakan. Itu pun tidak penuh, contohnya Yop je sedangkan sepatutnya Yop Selidin jadi kena banyak bertanya dan perjumpaan diselaraskan. Seingat saya dulu Kg Sodang dan Tanjung Belanja ni ada senarai keturunan dari Tok Kadok tapi tidak dibukukan. Untuk pengetahuan tuan, orang Kampor Parit tu pun ada kaitan dengan salasilah kami di Telok Bakong dan Tualang Sekah. Saya tak berkesempatan untuk meneliti kesemua dengan maklumat yang terhad serta berada jauh dari kampung.

Muhammad Farish berkata...

Assalamualaikum tuan, saya baru dapat maklumat baru , sebenarnya bukan Teh asiah, tetapi Ngah Jamilah binti Alang Bilah,

Alang Bilah dan Long Kamariah (asal Lambor) ada 7 orang anak:-

1. Teh Sofiah @ Bahtiyah + Mohd Alif , ada 2 orang anak:
-Abdul Kadir
-Baharom

2. Ngah Jamilah + Saparit , ada 5 orang anak:

-Bahauddin
-Siah
- Yang ensah
-Mohd Noor
-Abdul Hamid

3. Lijah @ Halijah
-hajah Kelsom ,
-wan mat yah,
aripin


4.Hashim ada 3 orang anak:
-Enah @ Robayah ( Isteri Haji ahmad ngah idris, duduk di bota kiri)
-Peah
-Senik

5.Husin
6.Lope
7. Puteh

-sahak
-limah