Jumaat, 15 Februari 2019

MISTERI SANG KELEMBAI - GAJAH BATU DI AIR MATI TELOK BAKONG.


MISTERI SANG KELEMBAI DAN GAJAH BATU.


Bungkahan batu gajah yang dipercayai 
disumpah oleh Sang Kelembai.



Foto diambil pada Julai 2018.

WUJUD KAH GAJAH DI PERSEKITARAN AIR MATI.

Dahulu kala,didaerah ini terdapatnya gajah liar atau yang dipelihara oleh orang kampung dan ketika itu gajah sebagai kenderaan untuk mengangkut balak atau sebagai kenderaan tunggangan. Ketika Sultan Muzaffar Shah 1 (SMS 1) dahulu sampai di Kampung Gajah dari Telok Intan, beliau menggunakan tunggangan Gajah untuk dibawa ke Kampung Tua. Kemudian mengikut ceritanya tak berapa lama berada disitu beliau terus ke Padang Marhom Telok Bakong dan bersemanyamlah baginda disitu bersama kerajaannya. Beliau juga ada beberapa ekor memelihara Gajah sebagai mana cerita yang penulis tulis didalam blog ini.Oleh itu binatang yang bernama gajah ini memang wujud didaerah atau kawasan ini. Jika zaman SMS 1 pun telah diakui wujud disini apatah lagi zaman sebelumnya. 

Dari cerita orang tua dahulu, sekitar Padang Marhom dan Changkat Melintang ini terdapat tiga kerajaan sebelum SMS 1 didirikan. Penulis tak dapat mengingat nama-nama kerajaan berkenaan kerana semua catatan mengenainya telah musnah dan tak ramai yang tahu tentang cerita tersebut, lagi pun tiada catatan serta kajian mendalam tentangnya oleh pakar sejarah. Sebagaimana penulis senaraikan antara barangan atau batuan yang terdapat didaerah Gajah Batu didalam cerita Air Mati adalah antaranya Gajah Batu, Batu Dalong, Pengantin Bersanding dan Jemuran padi yang menjadi Batu, selain itu "terowong lome" juga diaerah ini. Maksudnya Bukan Gajah Batu sahaja yang berada disini tapi berbagai lagi yang dikaitkan dengan Sang Kelembai.

Kalau mengikut semakan penulis dengan orang-orang tertua di Kampung Telok Bakong, rata-rata mereka semua bercerita dengan cerita Sumpahan Sang Kelembai lah yang menyebabkan gajah liar itu menjadi batu. Apakah rupa bentuk Sang Kelembai ini ? apakah kuasanya yang menyebabkan boleh menyumpah atau menegur sesuatu mahklok menjadi batu ? apakah juga satu kampung dijadikan batu ?


Jika dilihat keberadaannya batu dalong didalam tasik ini,ianya melambangkan kewujudan sesebuah kerajaan yang memerintah disini,kerana batu dalong adalah merupakan tempat pengujian dan penyeksaan pesalah-pesalah yang didapati mengingkari undang-undang didalam kerajaan yang memerintah. Bagaimana pula pengantin yang sedang bersanding dan kenapa semua ini ditenggelamkan didaerah ini. Mungkinkah kerajaan disini ditenggelamkan oleh Allah kerana kekufuran mereka terhadap yang Maha Besar, yang menjadikan alam ini.


Batu Dalong (Meja Penyiksaan).

Tiada sebarang catatan mahupun kajian yang memberikan jawapan kepada semua pertanyaan yang cuba dirungkai mengenai sejarah Tasik Air Mati di Changkat Melintang ini. Hanya kaitan cerita dongengan saja rata-rata penduduk setempat menyatakan kepada generasi-genarasi sekarang dan mungkin yang akan datang pun.

4 ulasan:

Abra Cadabra berkata...

Jalan terbaik nak sampai ke sini kena melalui Padang ragut ke dari Makam Sultan Perak 1 ke dari hospital Changkat Melintang tu Tuan?

aisbatu berkata...

Gajah batu ni dibelakang Kauters Hospital Changkat Melintang je tuan Abra. Kena cari jalan kat belakang tu tapi rasanya tahun lepas boleh lagi ikut itu,sekarang ni saya tengok dah balik jadi hutan. Agak merbahaya sebab kita berpijak atas reba-reba hutan sedangkan selut dibawah pun tak jejak dek kaki.

bear berkata...

mohon tuan,boleh ulas sedikit dari cerita orang tua2 rupa bentuk sang kelembai ni,negeri perak ni kaya dengan sejarah dan mistik sesuatu kawasan dan benda,cuma belum semuanya dikongsikan untuk umum,selamat maju jaya tuan,teruskan dan rungkailah sejarah demi sejarah negeri perak..

aisbatu berkata...

Rupa bentuk atau wajah "Sang Kelembai" ni, kalau merujuk kepada orang tua-tua dahulu adalah tiada beza dengan kita manusia, malah Kelembai ni adalah manusia biasa. Cuma kononnya jari telunjuknya seruas menjadi batu.Cerita mengapa jadi batu susah untuk menceritakan kerana dongenan juga. Kalau ada peluang nanti saya cuba tulis diblog dengan cerita khas dia.

Banyak juga versi cerita dan rupa paras sang kelembai ni di internet jika tuan baca.Terpulanglah versi mana yang dipilih kerana anggapan kita dizaman ini adalah "dongenan" saja.