Emas Kancing Tapah yang tersimpan lama mengubati pantang larang dari generasi ke generasi hingga kini berjaya mengubati penyakit yang disebabkan termakan ikan tapah. Yang lahir dari perut tapah serta yang terbit dari sumpah,iaitu Sumpahan yang dituturkan dari Sumpahan Tok Kadok.
Emas Kancing Ikan Tapah.
(Foto terbaru)
Emas Kanching Tapah - Foto Lama.
(Izham Pandak Logam).
Menurut ceritanya setelah sebahagian emas di dalam perut ikan tapah di tebus guna untuk membebaskan anak dan isteri Tok Kadok serta kampong halaman, maka sebahagian lagi telah dibuat barang perhiasan iaitu emas cucuk sanggul, subang (lebih mirip sunting - anting anting) dan cincin beberapa bentuk. Tukang emas yang mahir waktu itu adalah di Kampar, Indonesia, jadi sebahagian lagi emas itu di tinggalkan atau diberi kepada waris dan adik beradik Tok Kadok disana. Semua alat hiasan emas ini telah dibahagi-bahagikan diantara puak waris dan hanya tinggal emas kancing serta alatan sabung ayam Tok Kadok di Kampong tua batu 16.
Air penawar emas kancing Tapah.
Mungkin pelayar blog Sumpahan Tok Kadok atau anak cucu keturunan Tok kadok tertanya tanya apakah barangan selain emas kancing yang ditinggalkan bersamanya. Saya turunkan senarainya disini :-
1) Emas Kanching - tersimpan rumah pusaka di Kampong Tua bt 16 Lambor Kanan.
2) Cucuk Sanggul - ianya tidak pasti kerana ianya masih ada atau telah hilang
3) Subang - contoh subang berkenaan.
Diberitakan subang ini tidak diketahui lagi dimana, sepatutnya tiada pembahagian atau faraidkan semua emas yang berkaitan dengan Tok Kadok serta juga sepatutnya hanya seorang penjaga sahaja yang memelihara emas berkenaan.
4) Cincin -
Tersimpan didaerah Malim Nawar atau Tapah tidak pula dinyatakan kampung dan nama orang yang menyimpannya . Setakat ini tiada berita yang cincin berkenaan masih wujud atau telah hilang.Tiada gambaran rupa bentuk cincin yang boleh dinyatakan disini kerana tiada siapa yang dapat menerangkan kerana puak waris yang menyimpan atau yang tahu sudah tidak ada lagi.
5) Alatan atau barang Sabung Ayam - ? ianya menjadi misteri kepada waris yang menyimpannya.
Seketika dulu emas kancin akan menjadi penghisan pengantin perempuan kepada puak waris apabila mejlis persandingan diadakan, samada malam berinai dan majlis persandingan. Yang pernah mengenakan emas kancin ini semasa hari persandingannya adalah Hajjah Derma Taksiah.
Seketika dulu emas kancin akan menjadi penghisan pengantin perempuan kepada puak waris apabila mejlis persandingan diadakan, samada malam berinai dan majlis persandingan. Yang pernah mengenakan emas kancin ini semasa hari persandingannya adalah Hajjah Derma Taksiah.
Puan Hajjah Derma Taksiah.
Apabila ada majlis bersunat bagi kanak-kanak dizaman berkenaan, maka ia juga menjadi hiasan pada anak lelaki semasa majlis doa selamat dihias laksana pengantin dan dipakaikan dengan emas kancin dibaju melayu. Menurut Tok Anjang Saman semasa ianya masuk jawi bukan main meriahnya dengan hiasan emas kancing ini. Semestinya dipakaikan dengan emas kancing barulah majlis dianggap meriah.
Tok Anjang Saman (Pelita)
Masuk jawi.
Pada zaman itu semua sepakat dan hormat kepada adat yang memestikan pemakaian emas kancing disemua majlis perkahwinan dan bersunat (masuk jawi) bagi waris yang terdekat. Namun sekarang ianya tidak lagi menjadi hiasan kepada kedua-dua majlis berkenaan, sejajar dengan perubahan zaman, maka tinggallah kenangan pada generasi yang tua dan kepada generasi baru mengenang melalui cerita yang dituturkan serta yang ditulis oleh blog Sumpahan Tok Kadok.
Dikemaskini pada 21/10/2015 .
Dikemaskini pada 21/10/2015 .
Yang dimaksudkan oleh pelayar blog atau komen tersebut.