Khamis, 26 Mac 2015

KETURUNAN DAENG SUPUK DI TELOK BEDAYUNG, LAMBOR KANAN.






Salasilah Daeng Supuk.


Mungkin terdapat perbezaan nama atau kedudukan didalam salasilah ini, oleh itu mohon pihak waris turut membetulkan jika terdapat perbezaan.


SALASILAH TOK KAYO + TOK LINDUNG.
(Susunan dari Dato' Tarmizi Mohd Jam )
Teluk Bedayung Lambor Kanan.


Salasilah Wan Leman + Alang Jumat.
(Opah Ummi  1/1/1/4 - Yang huruf merah).


* Bakyah ialah mak kepada arwah Lebor Kudung. Umi Slamah ialah isiteri arwak Pak Lok Ye (orghang yang bercakap dalam video atas tu.

Kulop Mempadi tu menantu Imam Aini yang digelo orghang Mat Dindin. Anaknye Mijah yang kawin dgn Brahim di rumah Mat Saham di baruh sane.

Tokki Taeh juge kawin dgn Opah Mah dpat anaknye Wan Sihah (mak Su, Din, No).

Hajah Aminah tak tahu kawin dengan sape tetapi memang tak ade anak.



Che.E Bujai, Abdullah CD dan Dato'Tarmizi Mohd Jam.




Inilah pusara atau kubo moyang Tun Razak Husin yg berada betui2 depan sebelah kiri romah arwahnya Tok Napih. Itu opah Ummi yg jadi waris dekat Tun Razak tengah nyuci kubo yg hanya makai batu ayo sbg batu nisannya.

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salasilah yang sama juga terdapat di Pahang dan Johor serta terdapat beberapa perbezaan.
1. Daing Supuk dicatat sebagai Daeng Sopo (Tanah Bugis).
1.1 Isteri Khatib Kampar iaitu Tok Pong dicatat sebagai Puteri Pong atau Puteri Fong.
1.1.1 Tok Noh dikenali sebagai Tok Mat Noh tinggal di Pekan Pahang
1.1.2 Tok Safar - Pekan Pahang
1.1.3Tok Mohi - tinggal di Bentong, Pahang dikatakan dikenali sebagai Lebai Muhammad bin Abdullah
1.1.4 Tok Ali- di Budu
1.1.5 Tok Sahi dikatakan di Budu atau Telaga Dalam

KMY

Tanpa Nama berkata...

Manakala bagi anak-anak Che Mat bin Lambak pula ialah
1. Sulong Halimah Mat X Sulaiman Salleh
2. Anak Che Mat ialah Ngah @ Kiah Che Mat. Suaminya Mat Taib b. Andak (Datuk Najib b Tun Abd Razak b.Hussein b Mat Taib b Andak)
3. Dato' Jusoh Mat- Menteri Besar Pahang sebelum Merdeka
4. Dato' Sir Mahmud b. Mat- Menteri Besar Pahang sebelum Merdeka
5. Abu Talib
6. Khatijah Mat X Tok Panglima Dalam Abu Bakar
KMY

aisbatu berkata...

Tuan KMY, saya juga keliru dengan percanggahan berkenaan dan memerlukan data yang lain khususnya di Telok Pedayung (puak waris seperti Opah Ummi) dan data salasilah Bugis dari Sungai Manik bagi melihat kedudukan berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

Silapnya sikit sangat iaitu tentang Mat Taib sahaja, dimana Mat Taib adalah menantu Che Mat. Yang sebenar anak Cik Mat ialah Kiah atau Ngah @ Kiah Che Mat.
Oleh itu sambungan DS1B seharusnya bermula dengan Ngah @ Kiah Che Mat

KMY

Tanpa Nama berkata...

Difahamkan yang bersangkut dengan Daing Supuk ialah Tok Pong. Khatib Kampar adalah menantu Daing Supuk.Tok Pong adalah anak Daing Supuk.

KMY

Tanpa Nama berkata...

Mungkin cara penulisan salasilah ini mendahulukan nama-nama lelaki. Kekadang sukar nak mencari para isteri penama penama yang ditulis.

aisbatu berkata...

Ada kebenaran juga pada pandangan tuan tu tapi banyak juga yang data salasilah disertakan sekali nama-nama para isteri yang tercatit di dalam salasilah. Bukan mudah juga untuk mengisi semuanya tapi seharusnya juga ia dilengkapi dengan semua nama-nama.

aisbatu berkata...

Pencanggahan nama dan duduk salasilah pun pening juge mengatornye.

azmanum berkata...

Salam.. saya juga ada buat salasilah keluarga. Ada juga saudara tok nenek yg dikatakan tinggal di lambor kanan kini dah putus hubungan. Hubungi saya di 0194744841 azman sekiranya berminat.

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Tuan Azman, jika tuan ingin bertukar pendapat tentang salasilah Daeng Supuk, saya agak sibuk untuk menalipon dan jika sudi berhubunglah melalui e-mail saya aisbatu2003@gmail.com. Nanti apabila lapang boleh saya aturkan petemuan jika tuan free.

Unknown berkata...

Salam tuan kami ni tak tahu keturunan ikut arwah mak sebelah kabau sebelah keling tapi tgk belah bapa pada grant moyang imam musa bin imam seraja indera kuburnya dipasir kubu dan kalau belah kg pulau lamborkiri rata rata bugis moyang hj din meninggal tahun 45 kena tembak dgn bintang 5 cari makan nya berdagang kerbau semusim di siam semusim di pahang ikut kata aruah opah baru baru ni jumpa cucu saudara moyang di betong sebab anak saudara moyang ahmad@mat perak korjenya ngumpul korbo kalau dapat soreh moyang imam ini ada sangkut tak dgn datuk maharaja lela

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam, tuan pasior garam.

Keturunan Bugis di Lambor dan Kg Gajah atau didaerah Perak Tengah ramai tuan. Contoh di Teluk Pedayung dan di hilir Lambor. Satu lagi Kg Kota, dan di Lambor Kiri pun sama. Jika tiada simpanan salasilahnya amat sukar untuk kita menemukan asal atau kaitan dengan Datuk Maharaja Lela. Saya juga mencari salasilah dan kaitan tersebut kerana datuk saya dulu berkata ianya moyang kamu juga.

Unknown berkata...

Boleh tak dapatkan salasilah Bahari bin Anjang mat tamin bin alang tain.. Duduk d Lambor kanan/ kg talang. Dah meninggal dah. Salah seorang anak nya Nizar bekas navy.
Khabarnya tok nenek asal datang nama Raden shariman/sulaiman dari Solo. Boleh misscall sy 0132996469, nti sy call smula tuan ais batu

aisbatu berkata...

Dayaa Damyaa,

Terima kasih kerana melayari blog ini dan sama-sama kita mencari waris melalui nya, saya juga cuba menyemak dulu salasilah yg ada pada saya atas nama yg Dayaa berikan dan jika terjumpa apa-apa maklumat akan saya maklumkan balik.

blacktiram berkata...

asalamualaikum Tuan pasir garam,

saya terbaca tuan ada sebut nama moyang saya tu IMAM MUSA BIN IMAM SERAJA INDERA. saya keturunan mereka jugak moyang saya UDA MAT DIAH BIN IMAM MUSA BIN IMAM SERAJA INDRA. rumah saya masih di kg pasir kubu lg.

Unknown berkata...

Assalammualaikum, saya ingin mengetahui salasilah keluarga saya. Nama arwah atok saya Ahmad zakaria b.Pandak Samad. X silap saya abah saya ade citer yg atok saya ni sepupu kpd Abdullah CD.

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Kalau sebelah Abdullah CD memang di Lambor Kiri, setakat ini saya belum menemui salasilahnya.Mohon maaf Lynda Hamdan.

hamai.mara@gmail.com berkata...

Salam. Saya ni keturunan daripada Tok Londang dengan isteri pertamanya yang melahirkan Haji Abdul Samad dan yang melahirkan anak bernama Hajjah Latifah binti Abdul Samad dan yang melahirkan anak betnama Zuzaizah@Samsiah. Tok Londang ni keturunan dari sebelah Bugis ke atau Acheh? Sekadar bertanya.

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Mohon maaf tuan,Saya pun tidak mengetethuinya secara detail.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum, saya keturunan daeng sopo dari pahang. Kalau ikut salasilah di atas, datuk saya ialah Abu Talib (DS1E). Gembira dpt berjumpa waris dari Perak

Unknown berkata...

Aslkm,Bole Cari salasilah saya juga tuan,Tok Dan moyang saya..andak putih Dan uda musa

Unknown berkata...

Arwah ayah sy berasal Dari lambor Kanan,pernah bercerita kmi nie Dari keturunan Raden..tuan Ada info apa2 mengenai keturunan Raden yg mendiami kg Tua Di lambor kanan

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Taniah tuan Awanama kerana telah menemui salasilah Daeng Sopo.Bagi salasilah Andak Putih Uda Musa, agak sukar saya mencarinya kerana setakat ini belum lagi saya berjumpa nama demikian di salasilah. Harap tuan kirimkan aturan dari atas hingga ke tuan (jika ada) untuk sedikit panduan bagi saya buat rujukan.

Untuk keturunan Raden atau kerabat DiRaja, memang sukar mencarinya kerana persengketaan lama dizaman mereka telah melenyapkan susunan salasilah tersebut. Tak siapa berani membuka salasilah keturunan Raden di Lambor (menurut Tok saya dulu). Mungkin nak betemu orang yg boleh bercerita tentang agak sukar kerana generasi tersebut telah tiada.

rizal johari berkata...

saya waris dari tok Ali, Cucu pada Daeng Sopo.
Berminat untuk mengetahui kisah Daeng Sopo yang di katakan membawa tok ali ke Perak .
Keturunan Tok Ali ramai di Kg Budu , lipis , Raub

aisbatu berkata...


Alhamdulillah, saya tak tau pulak keturunan Tok Ali di Kg Budu. Lipis dan Raub saya pernah pergi dan telo bahasa mereka tak jauh macam orang Lambor.

rizal johari berkata...

ada kisah sebalik nya , Khatib Kampar membawa isteri Puteri Puang@Pong ke Lipis . Di sini kemudian lahir Tok Ali, Tok Sahi dan Tok Mohi . Ramai waris bersemenda di berdekatan kawasan sini .
Manakala Tok Noh Dan Tok Safar ramai waris di Pekan

Tanpa Nama berkata...

Keturunan saing Suluk di Riau

aisbatu berkata...


Ya tuan memang ada, setakat tahun 60an mereka masih berhubung tapi generasi berkenaan tidak terus menurunkan salasilah serta memberitahu kita untuk meneruskan delegasi berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

Opah saya yang tinggal di Bagan Datoh bernama Raja Rahmah Binti Raja Mat Amin Bin Daeng Sopok

rizal johari berkata...

boleh hubungi saya 0123862845. Saya berminat untuk mengetahui keturunan daeng Sopo di Perak