Sabtu, 15 November 2014

SALASILAH TOK NOJEH - JURAI TOK TEH ASMARA.


Berikut teman paparkan salasilah Tok Nojeh yang disusun oleh Kolonal Zaini dan yang turut juga dipaparkan oleh beliau diruang tamu didepan rumahnya. Atas permintaan dari Tengku Putera Puteri maka teman tunaikan permintaan tuan untuk sama-sama kita tengok dan sambung jurai-jurai yang berkenaan sehingga ke jurai hari ini. Kepada Tuan Haji Nasron di Sungai Manik Telok Intan,turut juga boleh menyemak salasilah ini bagi melihat keseragamannya antara salasilah ini dengan yang disimpan beliau. Asal keturunan Tok Nojeh ini,ade yang kata Bugis dan ada yang kate Minang dan juga teman serahkan pada mike me semua le untuk menentukannya.Bak kata Tuan Haji Nasron, teman pun tak tau yang mane satu.


Salasilah Tok Nojeh - Kolonal Zaini.


Tok Nojeh.


Tok Teh Asmara.


Tok Teh Asmara - dari Tengku Putera Puteri.




Setinggi tinggi tahniah kepada penyambung dan penyimpan salasilah Tok Nojeh ini, iaitu Kolonal Zaini yang telah mengusahakannya dari jurai keturunannya lagi hinggalah pada beliau hari ini.

9 ulasan:

Unknown berkata...

Assalam Tuan Kolonal: Saya adalah salah seorang cucu kepada Yeop Ahmad bin Kulup Resat iaitu abak kepada Saadiah. Disini ingin saya menyambung kepada galur yagn telah tuan masukkan kepada galur Yeop Ahmad. Isteri Yeop Ahmad namanya Musiah bt. Meor Akil. Anak-anak mereka 10 0rang semua semuanya. Yang meninggalkan zuriat seramai 6 orang .Yang lain mninggal kecil. Mereka adalah adalah Abdul Aziz, Shamsuddin, Baharuddin, Saadiah, Halijah, Arbaesah dan Ibrahim.Anak Abdul Aziz adalah Ramlah.Anak Shamsuddin adalah Ahmad Farid, Sallehuddin, Khatijah dan Zainab. Anak Baharuddin adalah Mohd. Mahyuddin, Normah, Na Rosnani,Maziahani, Robitah dan Masitah(isteri pertama)Faizah, Ahmad Zainuddin, Badariah, Salamiyah, Kamaluddin dan Ahmad Hisham(isteri kedua) Anak Saadiah adalah Arfah, Kamaruddin, Harunnarashid, Zulkifli, Maimunah dan Nor Kamariah, Anak Halijah adalah Kamarul Azman, Hendun dan Faridah. Anak Arbaesah adalah Azmi Murad,Ahmad Hisham, Azmarina dan Raziatul Aziah. Abdul Aziz isterinya orang Tg. Tualang.Isteri Shamsuddin namanya Kalsum bt. Meor Hamzah.Isteri pertama Baharuddin dipanggil Mek Tanjung dan Tuan Fauziah. Suami Saadiah namanya Abdullah bin Mat Akat dan suami Arbaesah namanya Harun bin Hj. Karim . Ibrahim bujang hingga ke akhir hayat. Harap dapat Tuan kolonal sambung jaluran ini jika perlu. Terima kasih

Unknown berkata...

Maaf terdapat kesilapan: Ibu Yeop Ahmad bernama Musiah bt. Meor Akil .Isteri yeop Ahmad namanya Salmiah bt. Kulup Sagap.

Unknown berkata...

Maaf sekali lagi..Ada sesuatu yang tertinggal: Suami Halijah namanya Tajuddin bin Pandak Husain, keturunan Tok Kadok juga sebab anak cucunya dilarang makan ikan tapah.

aisbatu berkata...

Terima kasih Puan Arfah Abdullah kerana sudi melihat jurai salasilah serta menyambung ronutnya. Saya akan susun balik dan paparkan kat blog atas jurai Puan Arfah.

Unknown berkata...

pembetulan: baharuddin beristeri dua

1)che tanjung bt che putih
-che mohd mahyudin
-normah
-che na rosnani
-mazihani
-robitah
-mashitah

2)fauziah bt ismail (nama sebenar tuan halimah bt tuan salleh )
-faizah
-ahmad zainuddin
-badariayah
-salamiah
-kamaluddin
-ahmad hishamuddin ( 0169374991 tuk erat lg susur galur blh cal or wasap)

aisbatu berkata...

Terima kasih atas maklumat dan pembetulan maklumat yg dikirimkan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Salam perkenalan. Nama saya Fuad. Asal kedua Allahyarham orang tua saya ialah dari Kg Dendang, Beruas. Saya diberitahu, ramai kaum kerabat kami, ada dimerata, luar dendang bawa ke tepus, tg belanja, dan juga lambor selain dari pintu gerbang. Kebetulan nama moyang saya juga adalah Bilal Abdul Samad, jadi adakah kemungkinan Bilal Abdul Samad dari Jurai Puan Arfiah itu orang yg sama. Setakat ini selain moyang saya, ada lagi seorang adik beradik beliau juga asal dari kg dendang. Semoga dapat tuan tolong carikan. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Maaf, yg saya maksudkan ialah jurai kolonal zaini spt diatas. Boleh hubungi saya di email a_fuat41@yahoo.com.my atau wassap 0182390494

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Mohon maaf saya tak dapat nak buat rujukan kerana orang lama yg mengetahui jurai ini dah tak ada. Jadi saya tak dapat pastikannya.