Isnin, 22 September 2014

KUBU ISTANA PADANG MARHUM .




Makam Sultan Muzaffar Shah 1- Tanah Abang Telok Bakong.
(1).

Paparan blog Sumpahan Tok Kadok pada kali ini adalah foto terbaru binaan makam di sekitar Tanah Abang Padang Marhum atau bahase orang Telok Bakong Padang Mohom. Sebenarnya penulis blog telah lama mencari sumber berita tentang pembinaan kubu serta kelengkapan didalam kubu ini seperti, meriam,istana dan kenderaan yang digunakan oleh baginda dizaman itu. Walaupun sedikit sebanyak sumber penulis perolehi dari datuk penulis melalui ibu tapi cerita lengkap tidak dapat diperolehi dari orang-orang tua samaada di sekitar Kampong Padang Marhom atau di Telok Bakong dan diMukim Lambor amnya.Lakaran peta dan foto dimuatkan sekali sebagaimana kedudukan asal didalam kubu berkenaan dipaparkan (mengikut hemat penulis) untuk rujukan dan tontonan tuan puan pelayar blog Sumpahan Tok Kadok.



 Pandangan dari hadapan makam.


Makam telah di atap dan persekitarannya di letak tiles.


Laluan tangga dan penghadang.


Pintu pagar yang berkunci.


Peta kedudukan Kubu dan Makam .


1. Makam Sultan Muzaffar Shah 1.
2.Makam ?
3.Kolam Buaya Emas.
4.Lokasi Makam yang dipercayai Makam Anak Bentara & Pohon Buloh Apa.
5.Kubu arah Utara - Tanah dah dirobohkan.
6.Parit yang dikorek disekeliling Kubu.
7.Kubu yang memanjang arah utara.
8.Kubu arah Darat dan Lokasi Laluan Rahsia.
9.Kubu arah Darat.
10.Laluan Masuk.
11.Foto Kubu Sebahagian Darat dan Selatan.
12.Sebahagian Kubu Bahagian Baruh dan Selatan juga dan laluan Rahsia arah Tebing..
13.Kawasan yang dipercayai Pintu Gerbang Kubu.
14.Parit diarahkan dan dipertemukan ke Sungai Air Mati.
15.Parit arah Selatan juga dipertemukan ke sungai.
16.Papan tanda arah Makam dari Kg Gajah atau dari pekan Telok Bakong.
17.Papan tanda dari arah Bota Kanan atau dari Hospital Changkat Melintang.


"Sebagai langkah persiapan menghadapi bala tentera Siam itu, sekelian rakyat membina sebuah parit yang dalam, bermula dari Tanah Air Mati ke Sedingka lalu membawa sampai mengelilingi istana di Tanah Abang. Panjang parit itu sejauh 5 hari perjalanan dan dipanggil sebagai Parit Siam. Rakyat jelata diminta berkubu di Tanah Abang dan di Tanah Abang itu sendiri dibina dengan kubu tanah setinggi 10 hasta".

"Petikan dari blog Indera Kencana".


Kalau mengikut cerita arwah datuk saya ketinggian kubu ini mencecah 25kaki dan dikemuncak kubu adalah rata kira-kira seluas 4kaki.



Perkampungan melayu sekitar Tanah Abang.
(hanya gambaran penulis).


Jalan masuk kekawasan istana & kubu pada awal 1960an.


Lokasi yang dipercayai Makam Anak Bentara dan Buloh Apa
(anak panah).(4)

"Di suatu petang sebelum pecah perang itu, sedang laskar-laskar sibuk menyiapkan kelengkapan perang dan biti-biti perwara menyiapkan bekalan makanan, Anak Datuk Bentara lalu di sekeliling kubu istana dengan menaiki seekor gajah. Adapun anak Datuk Bentara itu masih lagi kecil, masih lagi belum berkhatan dan berasah gigi. Melihatkan kubu istana yang tinggi itu, timbullah keinginan di hatinya untuk naik ke kubu. Anak Datuk Bentara itu pun memacu gajahnya ke atas kubu dan sampai sahaja di tengah pendakian, gajah itu terdiam. Sukar untuk menongkah ketinggian kubu.

Dalam condong pendakian itu dengan tidak semena-mena, Anak Datuk Bentara terjatuh dari belakang gajah itu lantas berguling-guling hingga ke kaki kubu tanah. Langsung menemui ajal di situ. 

Melihatkan kejadian itu, Datuk Bentara dan sekelian yang ada di istana itu sangat berdukacita. Mereka kemudiannya menyempurnakan jenazah putera Datuk Bentara itu dan di makamkan berhampiran dengan rumpun Buluh Apa. Makam itu kini dikenali sebagai Makam Anak Bentara ".

"Petikan dari blog Indera Kencana".

Betapa tingginya kubu tersebut, mungkin waktu itu gajah juga mendongak untuk menaiki kubu tersebut dengan bahasa disini disebut "tojai" je. Penulis sempat melihat lokasi Buloh Ape" dan Makam Anak Bentara. Sebagaimana lokasi didalam foto diatas, buloh ape dah tak ada dan batu nisan makam anak Bentara pun dah tak ada juga. Kalau dulu lalu dekat situ pun kena" kaligate" atau bengkak-bengkak badan atau pun gatal-gatal. Kini tiada lagi pohon buluh apa serta batu nesan anak Bentara dikawasan berkenaan,namun berdasarkan pengamatan penulis semasa berumur belasan tahun waktu itu, terakamlah lokasi tersebut sebagaimana difoto diatas.



Parit disebelah Utara Kubu.(6)


Kubu  yang disebelah Utara (5).





Kubu yang memanjang dari tebing Air Mati hingga ke Darat
disebelah arah Utara.(7)


Kubu disebelah Darat - Kiri jalan keluar.(9)


Pintu pagar jalan keluar (masuk) Makam.(10)


Kubu sebelah Darat - Kanan


Dihujung Foto - Kubu sebelah Selatan.(11)


Kubu arah Tebing Air Mati (Baruh) & Selatan.(12)


Kubu arah selatan.

Kelihatan kubu yang disebelah selatan (dihujung foto) dan sebahagiannya telah diratakan untuk laluan atau jalan didalam kebun kelapa sawit.



Makam - Tiada tanda nama siapa empunya makam.(2)

Suatu ketika dulu tebing Air Mati ini cukup dalam airnya dan terkenal dengan pembiakan ikan air tawar yang menghuninya, dengan ikan lome apabila tiba musimnya membuak banyak untuk tangkapan nelayan sungai di Telok Bakong. Jika hidup lagi penjaga Tasik Air Mati ketika ini,alangkah terperanjatnya beliau kerana tiada lagi kapal peladang boleh melalui kawasan yang dulu cukup terkenal dengan kerajaannya, kini telah kering tanpa ikan lome. Lihatlah tiga foto yang dibawah disekitar tebing depan Makam Sultan Perak yang pertama ini.


No.(13)


Sungai Air Mati dah jadi tanah darat.


Dah boleh tanam Kelapa Sawit


Jika dulu kawasan sungai Air Mati ini amat dalam
tapi kini zaman dah berubah.


Papan tanda tunjuk arah Makam. (17).

Blog Sumpahan Tok Kadok di keluaran akan datang akan cuba memaparkan bagaimana kubu ini dibina dan berapa orang rakyat bergotong royong membina kawasan kubu istana Sultan di Padang Marhum Tanah Abang ini. Cerita berkenaan merujuk dari cerita- cerita penduduk tempatan yang menerimanya dari orang tua-tua dahulu atau dari datuk nenek moyang kami turun temurun, dari mulut kemulut dan mungkin tak diterima oleh pakar pakar sejarah tapi penulis ingin berkongsi cerita bersama pelayar-pelayar blog Sumpahan Tok Kadok agar ianya tak hilang dari ingatan para pembaca serta penduduk Kampong Telok Bakong dan Kampong Padang Marhum. 

Nantikan keluarannya.......................




*Tojai - bermakna graf ketinggian kubu apabila dilihat dari atas kubu menghampiri 75darjah ke 90darjah.

*Kaligate - sejenis penyakit gatal atau allergy.






6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pokok kelapa sawit keliling makam tu teroka sah atau teroka haram? Keliling makam itu tanahnya ada pemilik ke da siapa pemilik tanahnya?

aisbatu berkata...

Diawal 60an keliling makam ini ditanam getah dan dua abang teman pernah menoreh dikebun berkenaan dan hasil getahnya dibagi dua, kebun ini waktu itu milik Tn Hj Seman. Sama ada geran atau idak tak le teman tau kerana kajian teman hanya mencari cara binaan kubu dibuat, reka bentuk istana, kelengkapan didalam kubu dan perkara -perkara yg ada kaitan dengan Padang Mohom.Itu pun bertahun-tahun mencari datanya.

Tanpa Nama berkata...

Teman dengor cerita deme tengah bersiap untuk menyambut Sultan Perak datang ke Telok Bakong masa pertabalan nanti sebab itu makam dibaik-pulih

aisbatu berkata...

Memang betui la tu, turut diubah suai makam Tok Temong di Kuala kerana pertabalan Sultan Perak.

Unknown berkata...

Assalam tuan aisbatu..

maaf bertanya.
ada terdapat cerita atu bukti penemuan objek di kawasan ini,
contohnya tembikar lama atau barang2 logam. bolehkah sy menghubungi tuan
secara peribadi.

sekian terima kasih.

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Penemuan barang lama, tembikar atau barang logam (keris) atau pun sebagainya dikawasan ini,memang dari dulu dah ada tapi tidak diwar-warkan kerana mereka menganggap harta individu. Kalau nak hubnugi saya e-mail je aisbatu2003@gmail.com.