Khamis, 6 Februari 2014

BUKIT TUNGGAL (GUNUNG TUNGGAI) KAMPONG GAJAH.



Bukit Tunggal 
Pemandangan dari Jalan Telok Sareh ke Tanjung Tualang.


Simpang dari Tanjung Tualang 
(Kiri ke Kg Gajah dan Kanan ke Bota Kanan)

Baru baru ini dibawah peruntukan kerajaan negeri.,Pejabat Daerah Kampong Gajah telah membersihkan semula laluan ke Bukit Tunggal tersebut dan berhasrat menjadikan Bukit Tunggal sebagai kawasan pelancongan. Trek 4x4 dan scram.

Bukit Tunggal juga merupakan laluan perjalanan sejarah Sultan Pertama Perak dari Kampong gajah ke Tanah Abang dengan menunggang gajah. Ia juga selalu dikunjungi oleh persilat-persilat traditional ke kemuncaknya untuk mendalami ilmu-ilmu persilatan di zaman dulu. Jadi jika ia kembali menyusuri sejarahnya Bukit tunggal maka ianya telah berulang kembali tapi dengan aktiviti perlancungan dan riadah yang sihat bagi zaman kita hari ini. Moh kita pulak mula mendaki Bukit tunggal ini sebagai menyambut saranan kerajaan negeri untuk menjadikan Bukit tunggal kawasan perlancungan.



Peserta rombongan yang berkunjung yang sampai 
di puncak Bukit Tunggal.





Bangunan yang telah dibina bagi pendaki dan pengunjung Bukit Tunggal.


Pacuan 4 roda yang turut mendaki.


Laluan atau Trek yang dibina  untuk ke Bukit Tunggal.

* Foto-foto Bukit Tunggal adalah sumbangan dari Encik Mohd Nizam bin Rasli, Kampong Gajah.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dulu2 teman peghronah bebeghrape kali manjat gunung ni...
paling ghramei manjat mase musim cuti sekolah..
ade gue kat ataih tu..

aisbatu berkata...

Teman pun tak ponah naik keataih tu, opah teman zaman 60an dulu ponah naik. Kate opah ari tu, memang ade gue diataih sane.

Tanpa Nama berkata...

baguih latu tapi jangan pula lama lama jadi sarang maksiat pulak

shahrilhakime berkata...

kalo betoi le bagei dikate.... bertambah lg le produk pelancongan kat Perak ni... awok tumpang gembire .......

Tanpa Nama berkata...

Gen 12: Assalam Pakcik... ssuatu yg d arapkan sbab scara tk lnsung sdikit sbanyak org luar / tmpatan tau kwjudun bkt tunggal ( gnung tunggai) mngkin ksan2 pninggalan Tentra Britis akn dkji smula, lagi satu pling ssuai xtvt Para Glider, mngkin grop2 dri bkt jugra akn dtang ksni nnti untuk mmbuat tinjaun ksesuaiannya.....

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Bukit Tunggal merupakan tempat yang menyerupai "Gunung Ledang" di Johor (Melaka)seketika dulu. Ianya dikunjungi oleh para persilat dari Nusantara. Kenapa ianya dipanggil "Tunggai" ? bukan sekadar ianya nunggai di tempatnya, namun jauh dari itu.......

Tanpa Nama berkata...

Gen 12.... tu sbhgian dri identiti gng tunggai, bgi saya ia lbeh kpda kubu strategi tentera british, d tapak pndok batu tu adalah bekas kubu british dn saya sndiri prnh mlihat kesan tsbt brupa kemah zink orang tua2 pnggil BEROP stu ktka dlu dlm thun 60an

aisbatu berkata...

Menarik tu...jika tuan ada cerita berkenaan kirimkan kat saya untuk kita kongsi bersama diblog ini. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Mak saya pernah bercerita sewaktu kecil dia dgn sepupu pernah sesat dibawa penunggu gunung tunggal ni sampai atas. nasib ada org terjumpa. Mak kata dia ikut seseorang tp kata org yg jumpa tu dia nampak kelibat pak belang.

aisbatu berkata...

Kalau Pak Belang di Bukit Tunggai ni memang ade, abang saya berburu disini bertemu dengannya. Sama-sama aim pelanduk, last peluru senapang pi dulu tapi kemudian dia lari jauh sikit dan mengekori abang saya sampai nak balik.....bab penunggu tu, susah nak cerita tapi memang wujud....

Flying Fishbone berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aisbatu berkata...

Gunung (Bukit Tunggal) di daerah Kampong Gajah, Perak. Puan kena ke masuk dari Kg Telok Sareh. Sekarang ni puan boleh menggunaka kenderaan 4x4 untuk kelokasi.

Unknown berkata...

Salam chor... Insya Allah ahad ni grop Vet PVTUDM akan naik bkt tunggal. 2001 dlu pnah bwak grop Para Glider try nk trjun tapi tk sesuai utk mendarat keculi guna motof parA glider

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Alhamdulillah, teruskan dengan aktiviti disana, selamat berjaya dan hati hati di musim hujan.

ANWARFAUZI berkata...

Nak tanyer gua yg paling bawah ade kea di bukit tunggal tu

aisbatu berkata...


Mohon maaf tuan, saya dah tak ingat keadaan gua tu, dibawah ada ke tidak saya tak ingat tapi seingat saya diatas kemuncak tu yang ada.

Tanpa Nama berkata...

Masa dulu duk Pulo 3 awal 60-an ade pegi dgn beberape org ahli keluarga dan jiran. Pegi ikut jalan redang Padang Kotak kampong orang jawa.

aisbatu berkata...

Awal 60an memang ramai yg pergi....