Kancing emas penawar
18hb.Januari 2014/16Ribiul Awal 1435.
NAMA Tok Kaduk atau Pak Kaduk mungkin lebih dikenali melalui pepatah berbunyi 'menang sorak, kampung tergadai' namun ramai yang tidak mengetahui pengakhiran kisah hidupnya.Selepas kalah dalam pertarungan ayam sabung, kisah Tok Kaduk sebenarnya tidak berakhir di situ dan pengajaran daripada kisahnya bukan sekadar untuk dijadikan bahan seloka.Jika benar seperti yang diceritakan oleh warisnya, kancing atau kerongsang emas ikan tapah Tok Kaduk adalah peninggalan yang amat bernilai dan berguna kepada masyarakat.Bukan sekadar barang kemas tetapi kancing itu dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kulit dan gatal akibat alahan kerana memakan ikan tapah.
Bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengenai kelebihan kancing emas itu, penulis berkunjung ke Kampung Tua Batu 16 yang terletak di Mukim Lambor, Perak.Usaha menjejak waris sebenar Tok Kaduk iaitu Allahyarhamah Hasmah Pandak Logam tidak kesampaian apabila diberitahu beliau telah meninggal dunia pada tahun lalu.Semasa hidupnya, Hasmah merupakan pemegang kancing emas ikan tapah yang mewarisi barang kemas itu daripada arwah bapanya Pandak Logam Pandak Demat.Bagaimanapun, penulis dipertemukan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tua, Zenal Ngah Haleb yang juga pernah menjadi pemegang kancing itu selama hampir lapan tahun.Zenal yang pada mulanya agak keberatan untuk bercerita akhirnya memberitahu bahawa 'penawar' itu tidak lagi berada di dalam simpanannya."Memang saya pernah sediakan air kancing emas, tetapi itu atas kepercayaan yang diberikan oleh Tok Hasmah dulu.
"Selepas kematiannya, saya serahkan semula kancing itu kepada warisnya di Selangor."Sebenarnya masih ramai yang datang untuk minta air penawar di sini, tapi saya hanya mampu cakap ia tiada di sini,'' katanya kepada S2. Menurut Zenal, penyediaan air penawar kancing emas biasanya dilakukan sekali setahun di dalam majlis 'kenduri kancing'.Beliau berkata, pada majlis yang turut dihadiri oleh penduduk kampung itu, waris Tok Kaduk akan mengeluarkan kancing emas dari peti besi untuk direndam selama sehari semalam."Air di dalam bekas takungan itu turut dibahagikan kepada orang kampung untuk disimpan."Bila air di dalam takungan semakin berkurangan, saya akan tambah semula air,'' katanya.
Pada pertemuan itu, Zenal mengingatkan orang ramai supaya tidak lagi mencari beliau untuk mendapatkan air penawar kerana tidak lagi menjadi pemegang kancing emas."Kadang-kadang saya kasihan sebab ada yang datang nak berubat dari jauh tapi balik dengan hampa,'' ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140118/re_06/Kancing-emas-penawar#ixzz2qiZ1m0NI
© Utusan Melayu (M) Bhd
Air Penawar Emas Kancing.
Encik Zenal Ngah Haleb.
Kebiasaannya pengambil alihan waris pemegang Kancing Emas Tapah diwarisi dari generasi yang diamanahkan, mungkin telah diwariskan dikalangan waris yang di Selangor. Mungkinkah boleh emas Kancing ini dibawa keluar dari Kampong Tua ? menurut pesan Tuan Haji Sulaiman dulu ianya tidak boleh dibawa keluar dari Kampong Tua. Maka sama-samalah kita tunggu siapakah pemegang amanah yang seterusnya..............
2 ulasan:
Mak sy pon pnh cerita hal ni. Menurut mak sy, mak sy pon dr kalangan waris pak kaduk. Nama arwah atuk sy ngah abd latip. Mak sy suruh lengkapkan carta keluarga tp blum sempat nk buat. :-)
Kenali atau mengetahui keturunan kita untuk tunaikan permohonan ibu tuan tu....selidikilah ia moga-moga ikatan silaturahim dapat kita hubungkan antaranya.
Catat Ulasan