Selasa, 30 Oktober 2012

KETURUNAN (SALASILAH) DATO SAGOR + TOK KADOK



Dato Sagor.

Atas permintaan para waris dan sahabat handai penulis, berikut saya paparkan kedua-dua keturunan dari salasilah Tok Kadok dan Tok Sagor iaitu melalui perkahwinan anak saudara Sunai bin Pandak Abir & Teh Sariah (Tok Kadok) Sazali dengan Puan Fadila Shuhimi (Tok Sagor).


SALASILAH TOK SAGOR




SALASILAH KETURUNAN TOK KADOK (SUNAI)

Teh Sariah dan Pandak Abir berkahwin sepupu (cucu Alang Sumat dengan cucu Pandak Demat), dan tapak rumah mereka diwarisi oleh saudara Leman di Telok Bakong.



SUNAI (BERKETAYAP PUTIH)



Keluarga Sunai.


Sazali & Isteri (Fadila)



Fadila Shuhimi.
(Keturunan Tok Sagor)



Muhamad Azhar Sunai.

Kedua-dua keturunan ini menyambung tradisi kekeluargaan dari  kedua belah pihak yang kini menetap di San Peng Kuala Lumpur.Alhamdulillah semoga mereka aman bahagia bersama anak cucu yang mewarisi generasi Tok Kadok serta Tok Sagor di masa akan datang.Terima kasih atas kerjasama tuan-tuan semua yang sama-sama terlibat secara langsung atau tak lansung dalam memaparkan salasilah berkenaan, jika terdapat penambahan kepada salasilah berkenaan sila berhubung dengan penulis untuk sama-sama kita susun atur salasilah berkenaan.

17 ulasan:

MAHARAJA LAMBOR berkata...


ASSALAM. KETURUNAN TOK SAGOR DENGAN KETURUNAN TOK KADOK ADALAH SATU KETURUNAN. CUBA SAUDARA ARIFFIN LIHAT SALASILAH ORANG KAYA-KAYA SERI AGAR DIRAJA PERTAMA- TUN MAHMUD - TOH BANGSAWAN SERI- TUN MALIM@MAHARAJA LAMBOR SERTA SALASILAH PAK KADOK SEMUA BERPUNCA DARI SATU PODU. DARI KG. PULAU LAMBOR KIRI.SELEPAS MAHARAJA LAMBOR, MENIGGAL DI GANTI KAN OLEH TOH NGAH JABAT, SELEPAS TOK NGAH JABAT- TOK PANDAK ENDUT SELEPAS PANDAK ENDOT MENINGGAL DI GANTIKAN NGAH KAMADIN@ngah kamarudin.- salasilah pembesar perak- prof fawazi basri. DARI PADA KETURUNAN TOK NOJAH(HAMZAH/ ANDAK MUDAM)PULAU TIGA, DARI KETURUNAN MAHARAJA LAMBOR- PAK KADOK KADOK- KETURUNAN YANG SAMA.JAWATAN TOK SAGOR ADALAH JAWATAN KETURUNAN- ORANG BESAR LAPAN.

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Serta Salam Maharaja dan salam Tun Malim.....

Terima kasih kerana memberi maklumat berkenaan, memang benar jawatan Orang Besar Lapan disandang oleh keturunan yg sama. Untuk menyelidikinya memakan masa yg lama dan memerlukan salasilah diantaranya selain mempunyai kepakaran penyelidikan seperti saudara KMY atau Kolonal Zaini. Mereka ini mewarisi pemikir-pemikir keturunan dari golongan yang tuan nyatakan diatas. Pada saya, saya sendiri tak mampu mengikuti, mengingati dan saingi kepakaran sebagaimana mereka berdua. Saya percaya banyak rujukan yg perlu kita rungkai bagi memperlihatkan satu salasilah yg merangkumi keturunan-keturunan yg tuan nyatakan.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...sy sedang mencari salasilah keturunan Pandak...nama datuk sy Pandak Bat bin Mustapha, org kuala kangsar...nombor utk dihubungi 011-3748 4988

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Agak sukar untuk saya mencari atas nama Pandak Bat sahaja, ini kerana setelah disemak tiada satu pun yg bernama Pandak Bat. Mungkin salasilah yg ada dalam simpanan saya bukan jalur salasilah yg tuan cari.

Mohon maaf tuan yg bertanya.

Shahrir 571 berkata...

saya adalah cucu kepada MAT NASIB dan ibu saya adalah anak kepada beliau

aisbatu berkata...

Simpan lah susunan salasilah Tok Sagor ni tuan Shahrir dan sambung susunan jurai Mat Nasib, biar generasi akan datang melihat cacatan datuk nenek moyang mereka.

Tanpa Nama berkata...

Salam..saya cicit kepada Ngah Bulan binti Mat perang...adakah moyang saya salah seorang cucu dato sagor

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Dalam senarai salasilah tidak terdapatnya nama seperti yg disebut tapi ada susunan disalasilah yg lompong, jadi saya pun tak tahu dan tak berani nak mengatakan yang nama berkenaan tiada dlm salasilah.

Tanpa Nama berkata...

Almarhum pandak kasim ayahanda kepada moyang saya lebai jais.. Almarhum pandak kasim abg kepada dato sagor

Tanpa Nama berkata...

Almarhum pandak kasim ayahanda kepada moyang saya lebai jais.. Almarhum pandak kasim abg kepada dato sagor oleh kerana semua kaum kerabat hendak di hukum mati oleh british pandak kasim abg kepada dato sagor bawa diri ke bagan datoh

aisbatu berkata...

Assalam tuan,

Jika ada senarai nama keturunan Almarhum Pandak Kasim sila lah kirimkan kepada saya untuk kita melihat susunan salasilah berkenaan yang dipaparkan diblog ini.Kerjasama tuan amat dialu-alukan.

Tanpa Nama berkata...

Salam, Moyang saya sebelah bapa bernama Kulop Karap - saya nak tanya adakah sesiap pernah dengar nama ni )sebab banyak juga orang yang pakai nama Kulop ) . Ayah pernah beritau pantang makan ikan tapah. Sekian terima kasih kepada yang sudi respon. Wallahualam.

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Tuan, saya fikir itu nama timangan (gelaran) sebab kebanyakan nama orang tua-tua kita di Perak banyak nama gelor je, nama betuinya tersembunyi. Saya semak dlm berbagai salasilah yg ada pada saya tidak terdapatnya nama Kulop Karap ni dan banyak yg bubuh nama Kulop sahaja. jadi sukarlah untuk menentukanya.

Airin Tasya berkata...

Pernah dengar tak nama Pandak bin Kota? Nenek moyang saya iaitu onyang saya (masih hidup lagi) pernah bercerita bahawa ayahnya iaitu Pandak mempunyai ramai adik beradik tapi dah berpecah belah. Dia berkata kami ialah keturunan raja bugis yg berasal dari seberang masa berperang dgn lanun (mengikut apa yg saya dengar). So sekarang nak tahu, keturunan kami ni ada kaitan ke dgn semua yg di atas?

aisbatu berkata...

Cik Airin Tasya,

Assalam, jika keturunan bugis diLambor memang ianya berkaitan iaitu di Kampong Kota dan DiTelok Pedayung Lambor Kanan serta di Lambor Kiri juga berkaitan.Tok kota adalah pembuka Kampung Kota di Kampung Tua Bt 16 Lambor Kanan. Beliau Bugis dari Selangor/Johor. Bugis dari keturunan Luwo/Raja Bugis di Telok Pedayung.

Jaie Hazlan berkata...

Asalamualaikum tuan. Ingin bertanya keturunan tok sagor ada ke di Kuala Selangor. Adakah nama anak tok sagor diberi nama gelaran lebai pinte @ bilal pinte?

aisbatu berkata...


Waalaikumusalam, berikut adalah senarai anak-anak Tok Sagor

Anak-anak
Dato' Sagor
1. Long Mabu
2. Alang Siap
3. Uda Bidah
4. Itam Jailah
5. Anjang Abdullah
6. Teh Nasa
7. Mat Dagang
8. Kulob Satar
9. Alang Ismail

Tapi jika ada perbezaan nama adalah diluar pengetahuan saya.