Selasa, 10 Januari 2012

SALASILAH TOK NOJEH .



Kiri : Hajjah Khadijah bt Bedu,
Tengah: Md Hashim (Md Radzi) bin Md Diah
Kanan : Md Diah bin Uda Kassim
(Hj Mohd Perak Shafie - Imam )
.
(Kg Toh Paduka Raja, Pulau Tiga).
Dikemaskini Kolonel Mohammed Zaini 26/1/2011.

Kolonel Mohammed Zaini bin Hj Hashim adalah berasal dari Kampong Toh Paduka Raja, Pulau Tiga. Foto diatas adalah datuk serta moyang-moyang beliau. Tidak ramai yang berminat dan sanggup mencari salasilah keturunan hingga ke ronut-ronutnya sebagaimana yang dilakukan oleh beliau. Penulis telah berkunjung kerumahnya pada 8/6/2011 di Subang Jaya bersama Che'ei  bin Mohamad Norasid (Bujal). Penulis kagum dengan daya usaha Kolonel mencari serta menulis salasilah yang begitu banyak dan memakan usaha yang bertahun-tahun untuk disiapkan. Syukur alhamdulillah, atas daya usaha beginilah rangkuman salasilah dapat dibukukan atau setidak-tidaknya catatan bagi tatapan generasi akan datang. Kelihatan juga rumah melayu dibelakang foto yang begitu cantik dengan seni ukirannya. Bukan saja salasilah yang dapat disimpan, malah beliau juga dapat menyimpan foto-foto lama dari keturunan ke keturunan.




Carta Salasilah yang di gantung di bahagian 
ruang tamu rumah Kolonel Mohamad Zaini.



Carta Salasilah serta foto-foto keluarga 
Kolonel Mohamad Zaini.



Inilah bahagian keturunan yang lapisan diatas bagi salasilah 
Imam Jaesah dan yang telah berkaitan pula dengan 
Andak Mundam atau pun keturunan Tok kadok.


Tok Nojeh.


Buku Cetakan Salasilah (Keturunan Imam Jaesah)


Sebahagian salasilah yang kelihatan dalam foto diatas adalah terkandung didalam kertas gulung yang panjangnya 20kaki lebih yang ditulis oleh datuk kolonel Zaini dan kemudian disambung Kolonel sendiri. Sebahagian lagi beliau telah mencarinya sendiri dalam tempoh masa 40tahun, banyak kenangan pahit manis beliau bagi menyelidiki keturunan yang merangkumi keturunan Tok Kadok di daerah Perak Tengah serta kini telah berkembang sehingga keseluruh negara.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah di atas usaha anda

Tanpa Nama berkata...

Blh dijadikan sbg rujukan.. tak ramai yg tahu mengenainya...

aisbatu berkata...

...ada lagi yg menyimpan salasilah Tok kadok tuan tapi sukar untuk dapatkannya kerana yg empunya dah tak ada dan yg muda-muda pulak tak menghiraukan naskah salasilah tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Vet-RMAF
salam kol tahniah atas usaha yg murni ni ditambah lagi dengan gabungan dan dorongan dari jurai2 berlainan tpi dari 1 rumpun tmbahan lagi usaha yg tk knal jemu dari bloger aisbatu dn org2 kuat yg tk jemu2 mncari.

Mohd Zaini berkata...

Saudara Arifin,
Caption gambor atas sekali tu tidak tepat. Yang itu ialah kiri opah saya Hjh Khadijah bt Bedu, kanan tu datuk saya Md Diah bin Uda Kasim (Hj Mohd Perak Shafie - Imam), dan yang btengah tu pak cik saya Md Hashim (Md Radzi) bin Md Diah.Sekian

aisbatu berkata...

Mohon maaf tuan, kesilapan catatan yang tidak disengajakan. Saya dah betulkan kesilapan berkenaan. Terima kasih.

mariterjunsungai berkata...

mana nak cari buku toh nojeh ni?

aisbatu berkata...

ala mak...ngapa nak terjun sungai pulak..ayo tengah dalam (sebak)weh?

Untuk tuan "mariterjunsungai" saya dan Kolonel Zaini sedang cuba mengumpul dan membukukan salasilah Tok Nojeh ni tapi memakan masa untuk up-date dari masa kesemasa. Jika tuan berkelapangan dan mempunyai datanya boleh hubungi saya melalui e-mail.

tengku putera puteri berkata...

Assalammualaikum tuan.. blh sy dpt maklumat terkini susur galur tok nojeh ni.. sy dr jurai imam bongsu..email ymputera@gmail.com

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Tengku, maklumat yg bagaimana tu, kalau susunan yg terbaru dari jurai imam bongsu masih belum saya perolehi. Mungkin dengan Tuan Haji di Sungai Manik tu ada yg baru.

tengku putera puteri berkata...

Tuan maklumat yang saya maksudkan susunan itulah. saya tidak kenal dgn tuan haji dan jika boleh tuan tolong sampaikan dan emailkan kepada saya. sebab maklumat yang ada di sebelah jurai iman bongsu dan dibawah jurai TOK TEH ASMARA + A.MUSTAFA. dlm catatn itu kalu ikut turutan baharuddin bin yob ahmad bin kulup resat bin kulup abd samad bin A.mustafa. jika tuan dapat maklumat blh la whatsap dgn saya 0169374991. segala kerjamasa drp pihak tuan amat saya hargai.(saya dapat senarai tu drp ghazali@sahok bin anjang mahmud)

tengku putera puteri berkata...

tuan blh ker sy dapatkan semua susunan daripa jurai tok nojeh ini sekian.

aisbatu berkata...

TPP,

Saya cuba tengok dulu diruang mana yg boleh saya senaraikan melalui salasilah Tok Nojeh ni, sepertimana yg tuan inginkan(Imam Bongsu - Tok Teh Asmara). Memakan masa juga untuk mengirimkan kepada tuan, tapi Insyaallah. Saya pun tak pernah jumpa Tuan Hj Nasron kat Sungai Manik hanya melalui talipon sahaja. Dari perbualan tu beliau mempunyai salasilah yg besar dan lengkap dengan tulisan jawi.

Zainal Arifin Baseri berkata...

assalam tuan-tuan, hari ni tergerak hati untuk mengintai susur galur tok kadok dan dato' sagor. saya berasal dari Kg. Gajah. saya difahamkan bahawa arwah opah saya ada dalam salasilah yng didokumenkan oleh Tan Sri ramli Ngah Talib. saya cuba cari masih belum jumpa. dalam salasilah Tok Nojeh ada nama tukang anjang dan tukang tindung. saya tak pasti sama ada nama tersebut org yang sama dengan moyang saya. kalau ada sambungan salasilah tukang anjang boleh saya lihat? email saya zainal_a@ppj.gov.my terima kasih.

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Terima kasih tuan Zainal kerana sudi melayari blog ini,mungkin memerlukan masa untuk menelitinya dan saya akan hubungi tuan kembali melalui e-mail.