Terdapat tiga atau empat makam yang menggunakan
batu nisan Acheh serta beberapa buah makam
lagi menggunakan batu nisan biasa.
Batu nisan Acheh yang masih utuh.
Batu nisan ini agak besar dari yang lain
dan mungkin ini adalah pembesar tersebut.
Yang ini agak kecil sedikit dan mungkin isteri atau permaisurinya.
Dan yang ini mungkin anaknya.
Mungkin makam anak-anaknya.
Batu nisan yang hampir tenggelam.
Arah laluan masuk untuk ke tempat pemakaman.
Pada simpang tiga ini belok ke kanan.
Petunjuk Lokasi Makam.
Dari jalan besar arah dari Bota ke Kampong Gajah iaitu sebelum corner simpang Kampong Batu 16, Kampong Tua, tuan-tuan akan melihat papantanda Kampong Paloh. Dari sini memasuki simpang berkenaan kira-kira 500meter terdapat lagi simpang tiga dan beloklah kekanan menyusuri jalan tepi sungai, dan dari sini pula kira-kira 350meter atau 400meter kehulu, tuan-tuan akan sampai depan rumah seperti foto dibawah iaitu rumah Allahyarham Encik Mansur. Makam-makam berkenaan berada didepan rumah tersebut.
Rumah peninggalan Encik Mansur yang kini didiami oleh anaknya.
Jika melalui jalan dari Telok Bakong Hilir ianya masuk melalui Kampong Mat serta akan melalui Rumah Pam Air sepertimana foto dibawah dan lebih kurang 200meter menyusuri tebing sungai,dari sini tuan-tuan akan sampai didepan rumah encik Mansur serta akan menemui makam-makam tersebut.
Jalan masuk dari Telok Bakong Hilir (dari Kg Mat)
Foto sumbangan dari Cik Shazlea Shayla @ Maria.
Foto sumbangan dari Cik Shazlea Shayla @ Maria.
Belok ke kiri dan akan berjumpa Rumah Pam Air.
Dari pam air ini menyusur tebing sungai ke hilir.
Jika dilihat dari sejarah, Telok Bakong (Tanah Abang - Padang Marhom) adalah merupakan pusat pemerintahan negeri Perak pada zaman dulu iaitu Sultan Muzaffar Shah 1 dan makam baginda berada disana. Sebenarnya Telok Bakong juga mempunyai 4 lokasi makam yang bersejarah :-
1) Padang Marhom, Makam Sultan Muzaffar Shah 1.
2) Changkat Piatu - sebelah darat Telok bakong, makam Mahkota Alam.
3) Makam Pembesar di Telok Bakong Hilir (Kg Paloh).
4) Makam Pembesar Melayu di Telok Bakong Tengah.
Mengenai makam pembesar yang dipaparkan diatas penulis hanya mendapat info yang sedikit dizaman remaja dahulu oleh orang-orang tua di Kampong, mereka mengatakan bahawa makam tersebut adalah pembesar melayu yang memerintah dikawasan Telok Bakong atau didaerah jajahannya. Siapakah pembesar atau pemerintah yang diabadikan dikawasan ini ? tiada catatan yang jelas mengenai makam ini. Merujuk kepada catatan yang di bukukan oleh N.A.Halim mengenai sejarah negeri perak, tiada senarai nama atau catatan yang ditulis mengenai makam ini dan dari maklumat pembantu beliau encik Aziz 75 tahun yang kini telah bersara serta menetap di Melaka yang sering bersama beliau, masih banyak lagi makam bersejarah dinegeri Perak yang tak dapat dikenal pasti kerana kekurangan info serta kajian lantaran pihak-pihak yang mengetahui sesuatu sejarah ditempat berkenaan tidak menyampaikan kepada generasi berikutnya kerana berbagai sebab dan masalah.
Buku tulisan N.A.Halim.
Encik Aziz bin Mohd -
disamping kereta yang digunakan sewaktu ketika dulu.
(Pemandu yang bersama-sama N.A.Halim).
En.Aziz - ketika berehat bersama N.A.halim
Salah satu kenderaan yang digunakan semasa penyelidikan
pihak Muzium termasuklah di Perak Tengah - Telok bakong.
Seharusnya ada satu kajian yang menyeluruh keatas makam-makam sepertimana dinyatakan diatas oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi mengetahui sejarah serta nama pembesar tersebut. Jika usaha-usaha untuk menyelidiki tidak dilakukan, maka tinggallah makam-makam ini didalam lipatan sejarah yang tidak diketahui oleh umum, khususnya para penduduk Kampong Paloh dan Kampong Telok Bakong serta penduduk Negeri Perak amnya.