Punggai Hilir - salah satu kawasan yang
dikatakan perkampongan Bunian.
Bunian merupakan mahklok Jin dan rupa paras menyerupai manusia,serta boleh bertukar menyerupai manusia yang hampir atau biasa dengan kita dengan merupa-rupa seakan dengannya. Banyak tempat yang dikaitkan dengan mahklok ini dan salah satu tempat yang dipanggil "Punggai" ulu dan hilir adalah dipercayai perkampongan mereka. Penulis cuba membawa tuan-tuan ke suatu daerah yang dikaitkan dengan mahklok ini dengan pengalaman orang-orang terdahulu dibawah keturunan Tok Kadok. Bahasa masyarakat atau panggilan di Telok Bakong menyebut kawasan bendang dan kawasan-kawasan dusun disebut "darat" yang terletak dikawasan sebelah matahari terbit dan apabila berada disini pula kawasan penempatan (kampong) disebut "baruh" itu adalah bahasa kebiasaan orang-orang disini.
Bunian.
Bunian ada pelbagai jenis dan tinggal biasa nya berhampiran manusia.Ada yang mengatakan Bunian,separuh Jin Dan Separuh manusia.Bunian tinggal di laut,daratan , gunong dan tempat tinggi/Kayangan.Bunian semua Islam tetapi ada yang jahat/nakal,pemabuk dan derhaka.Yang ulama, Alim dan cerdik pandai juga ada.Mereka ada kampong, malah negeri !!.Ada raja,menteri, panglima dan rakyat biasa.Kehidupan mereka hampir sama dengan manusia. Jika yang Ulama nya memang Tinggi ilmu Islam nya. Bunian adalah dalam Kumpulan Jin Taraf Tinggi. Mereka bolih menguasai Jin, lebih lebih lagi Jin Kafir !!!. demikian serba ringkas pengertian bunian dari Tok Syeikh.
Pengalaman dengan Bunian 1.
Allahyaharmah Hajjah Arpah -
( foto sumbangan Encik Safri, cucu beliau ).
Dari cerita pengalaman oleh Hajjah Alang Arpah, beliau pernah bertemu orang bunian ini sewaktu pergi menoreh getah di kawasan Paya Rakit. Menurutnya sedang beliau mengayuh basikal dikawsan pokok rembia dan berair menuju ke ladang getah beliau terasa basikalnya ditolak dari sebelah kiri basikalnya dan beliau terjatuh. Lalu seorang pemuda yang memakai pakaian kemas serta bertali leher menyapanya....nasib baik mak cik tidak dilanggar oleh lori yang lalu tadi...ujar pemuda tersebut dan Hajjah Alang Arpah terpinga-pinga dan dalam keadaan kehairanan beliau menyapa pemuda tersebut....anak ni nak kemana pagi-pagi subuh ni ? nak pergi temuduga di Taiping...jawap pemuda tersebut. Dalam benak fikiran hajjah macam mana ada jalan raya pula dekat alor pokok rembia berkenaan dan mana ada penempatan atau rumah orang dikawasan tersebut !!! menghairankan. Saya pergi dulu mak cik....sapa pemuda tersebut beredar dari tempat hajjah berdiri dan menuju alor lembah dekat pokok rembia tersebut dan kemudian ia pun menghilang.Kebun getah Hajjah terletak di Paya Rakit.
( Foto sumbangan dari A.Syaharuddin )
Tempat yang dinamakan Paya Rakit- ianya mengunjur dari hujung Kubang Gajah di sebelah darat Kampong Telok Bakong sehingga di belakang Kampong Talang, Lambor Kanan..
Perkampongan Bunian di Paya Rakit Lambor Kanan.
( Foto sumbangan dari A.Syaharuddin )
Pengalaman Bunian 2.
Wak Pi'e, berbendang di Punggai Hulu dan waktu itu padi sedang masak meranum, beliau dan isterinya Wan Lebor serta keluarganya berehat di dangau bendang kerana matahari telah tinggi diatas kepala menunjukan bahang kepanasannya sambil mereka mengisi perut setelah dari pagi bekerja membanting padi. Melihat dari dangau kelihatan macam Wan Lebor terbongkok bongkok masih memotong padi bersama dua tiga lagi perempuan didalam sawah padi, Wan Lebor terus menyapa suaminya...eh siapa pula yang sedang memotong padi kita tu, yang tu rope aye je ? sedangkan kita tiada mengupah orang untuk kerja-kerja tersebut, masing-masing tercengang kehairanan. Seketika tu mereka membiarkan sahaja orang-orang yang didalam bendang berkenaan dan tak lama selepas tu nampak orang-orang berkenaan berjalan menuju ke rumpun semak dihujung sawah lalu hilang dari pandangan mata. Siapakah mereka-mereka itu dan macam mana pula alam mereka adakah bersawah padi sebagaimana kita ? kedua-dua suami isteri berkenaan hanya saling pandang memandang antara mereka.Tidak terdapat pun padi yang telah dipotong oleh kumpulan berkenaan yang kelihatan tadi tapi macam mana pula jelas kelihatan mereka memotong padi ? adakalanya kelihatan juga dikawasan tersebut orang lalu lalang tidak tentu keharuan...................
Wak Pi'ei (Hj Shafie Bin Chu Talak).
Hjjah Kamariah Bt Kulop Keria -
Wan Lebor ( isteri Hj Shafie ).
Punggai Hulu- tempat bendang Wak Pi'e.
Pengalaman Bunian 3.
Penulis juga mempunyai pengalaman mengenai bunian ini, waktu itu penulis berada di kampong dan kerja menorah getah serta berbendang (sawah padi) sahaja lah yang termampu kerana nak melanjutkan pelajaran tersekat pada kemampuan kewangan yang terhad. Saya menoreh getah di tempat yang bernama Kubang Gajah dan pada mulanya apabila tengah hari seringlah tercium bauan seperti masakan dan gulai yang wangi serta menyelerakan dikawasan kebun getah tersebut, saya hanya berasa hairan macam mana pula penempatan atau rumah orang berbatu jauhnya dari kebun getah dan takkan lah orang memasak di kawasan kampong bauan masakan sampai kesini.Dilain waktu pula kawasan kebun getah tersebut berbau wangian, seolah-olah disembur dengan minyak wangi, adakalanya riuh rendah bunyi kanak-kanak bermain dan apabila saya cari dari mana arah bunyi riuh rendah itu tak berjumpa pun.
Kebun Getah di Kubang Gajah.
(sekarang telah ditanami dengan kelapa sawit)
Semua peristiwa ini memeningkan kepala saya kerana ianya tidak dapat dipandang dek mata zahir kita dan pada suatu ketika datanglah seorang gadis bertanya kepada saya, kenalkah saya pada diri dia.....saya jawap tak kenal dan siapakah dia tanya saya kepadanya. "Awak selalu berada di halaman rumah saya dan sering mendengar riuh rendah adik beradik saya" tutur gadis itu kepada saya....dan saya pun terkejut dari lena kerana terlalu mengantuk serta tertidur dipangkal pokok getah sementara menunggu titisan susu getah memenuhi mangkuk cawan getah untuk dipungut dan dijadikan getah keping. Rupa-rupanya didalam kebun getah ini terdapatnya sebuah rumah bunian serta keluarganya tinggal disitu, gadis tersebut juga sering datang dalam mimpi saya untuk berkahwin dengannya.Akhirnya saya ambil keputusan untuk berubat dengan seorang Ustaz bagi memisahkan saya dengannya.
Pengalaman Bunian 4.
Pak Ahmad biasa menorah getah di kebunnya dan pada hari tersebut dia pergi lebih awal dari kebiasaannya dan membawa kerontong (lampu pelita minyak tanah yang dibesarkan sumbunya) iaitu menoreh getah dengan cara pelita minyak tanah ini diletakkan atau diikat dikepala untuk memudahkan menyuluh pelan getah untuk ditoreh.Kebanyakan pelan getah baru ditoreh kerana pokok getah yang masih muda dan masih berada dibawah sekitar 2 kaki dari pangkal pokok getah, jadi adakalanya kena sedikit bertenggung untuk menoreh dan pada hari itu apabila sampai di pokok getah yang lilitan pangkalnya agak besar dia sedikit tunduk dan menyangkung terasa punggungnya terlanggar dan tercucuk sesuatu, lalu beliau berpaling kearah tempat tersebut untuk melihat dan lampu pelitanya terarah ke bawah. Alangkah terkejutnya dia kerana yang terlanggar tadi rupanya hulu keris yang tersarung bersama sarungnya.
Gambar hiasan - Keris.
Mungkinkah ada sesiapa yang tercicir keris tersebut, tak munkin fikir Pak Ahmad kerana kebun getah dia adalah laluan terakhir dihujung kebun dan tak siapa yang berada disitu. Untuk sementara beliau membawa keris tersebut kerumah, kalau kalau ada yang kehilangan keris bolehlah diserahkan kata Pak Ahmad. Pada malamnya beliau bermimpi yang keris tersebut adalah dari alam bunian dan diberi pada dia untuk simpanannya .Keris ini masa penulis melihatnya lok lima dan besi bewarna hitam serta sarungnya kayu yang cantik.
Pengalaman Bunian 5.
Puan Puteh bersawah di Punggai Hilir dan kawasan bendangnya pun tak la luas dan itu pun hak pusaka yang sekangkang kera. Disamping mengerjakan sawah beliau juga mengambil upah menanam padi dan kerja-kerja kampong. Orangnya lurus dan tak banyak bercakap dan rajin berkerja, terutama mengambil upah merumput didalam bendang dengan menggunakan "Keri". Pada suatu ketika keri beliau telah hilang dan beliau amat susah hati kerana sekarang musim padi sedang menghijau selepas beberapa ketika ditanam dan perlu dibuang rumput-rumput dicelah padi dan ketika ini racun tidak digunakan,hanya bergotong royong antara orang kampung menggunakan keri serta alatan lainnya. Pada hari berikutnya beliau menemui seorang perempuan tua yang tak dikenalinya, orang tua tersebut menyuruhnya kebendang Puan Puteh kerana didangau bendangnya ada terselit di atap rembia sebilah Keri untuk kegunaannya.
Keri.
Pada mulanya beliau enggan pergi kerana tidak mempercayai kata-kata orang tua itu, setelah dinasihatkan oleh jirannya maka Puan Puteh memberanikan diri ke dangau (pondok) bendangnya. memang benar ada terselit sebilah keri disitu. Tanpa menyedarinya keri tersebut adalah milik bunian, apabila beliau mengambil upah merumput kerja-kerjanya bukan saja pantas tapi ruang bendang yang dibersihkannya menjadi lebih cepat dari biasa. Beberapa ketika Puan Aminah terus menggunakan keri tersebut dan sehinggalah pada suatu hari anak-anaknya bermain dengan keri tersebut serta tertinggal dihalaman rumahnya, serta terus menghilang di halaman rumahnya. Di esok harinya kembali datang orang perempuan tua itu kerumah Puan Puteh dan menyapanya dengan berkata....."mengapa lalai serta menghilangkan keri tersebut ianya tak kan kembali lagi kepangkuan kamu" dan orang tua tu pun menghilang dari pandangan Puan Puteh.
Penulis pernah melihat "Keri" tersebut tiada beza dengan keri kita yang digunakan diwaktu itu, cuma mata keri ini agak lebar dan besar dari keri-keri yang digunakan oleh orang kampong di Telok Bakong dan sepuh antara hulu keri dan keri menggunakan cairan damar, keri ini kelihatan sungguh tajam. Bagi orang kampong telok Bakong ada juga menggunakan cairan plastik sebagai bahan pemeterinya.
* Al-fatihah kepada Hajjah Alang Arpah, Hj Shafie dan Hajjah Wan Lebor dan Encik Ahmad yang bercerita pengalaman mengenai bunian diatas semasa hayatnya kepada penulis.
Dari semua pengalaman ini boleh lah saya rumuskan yang mahklok Bunian ini memang wujud dan mereka juga mempunyai dunianya sendiri. Mempunyai alatan bertani, keris, batu permata emas dan perak, dan sebagainya bahkan dari cerita orang yang berjaya memasuki alam mereka dunia bunian lagi canggih dari kita. Apa yang canggihnya tanya saya kepada mereka ini?...tengok tv pakai parabola, waktu itu proton saga belum ada lagi tapi mereka dah pakai kereta tersebut, makan minum macam kita juga, masyarakatnya serupa manusia juga dan kesurau dan masjid sama macam kita. Tapi masa dan waktu di alam mereka seolah-olah lambat dan perlahan,sehari dialam mereka sama macam sebulan dialam kita. Duit pula ? tanya saya lagi....serupa kita juga dan beliau menghulurkan duit kertas RM1.00 yang dibawa dari alam bunian, saya lihat tiada beza tapi kertasnya cukup halus. Ada diantara kalangan masyarakat kita bersahabat dengan bunian dan menjadi "bomoh" untuk merawat pelbagai penyakit serta menyediakan bilik-bilik khas untuk mereka dirumah masing-masing. Tak kurang juga berkahwin dengan orang bunian ini....wallahhu.
Cuba kita lihat penerangan dari Tok Syeikh ini............
ASAL USUL BUNIAN.
Jika kita memperkatakan Darihal BUNIAN, Kita mesti tahu asal Usul nya dahulu.Bunian ialah Campuran Manusia dan Jin.Saya akan tulis darihal Asal Usul dan Keturunan Jin dahulu.
ASAL JIN.
Jin berasal dari Lidah Api.Jin berada di Bumi sebelum Nabi Adam AS di jadikan. Ulama memngatakan Jin mendiami Bumi 4000 tahun, sebelum Nabi Adam AS.Makhluk paling ramai di Alam Maya ini adalah Malaikat.Kedua nya Jin dan ketiga nya ialah Manusia.Ulama membahagikan seperti berikut.10 Bahagian Mahklok...9 bahagian Malaikat dan 1 bahagian Jin.1 bahagian Jin di bahagi 10 ..9 bahagian Jin dan 1 bahagian Manusia.9 bahagian Jin dan 2 bahagian Jin Islam dan 7 bahagian Jin Kafir.Jin Kafir di bahagi 10 lagi,1 bahagian Jin Kafir dan 9 bahagian Syaitan !!!.Bermakna Manusia adalah 0.01 %,Jin Islam adalah 0.2%, Jin Kafir 0.7%...Kesimpulan nya ...1.Malaikat..2.Jin Syaitan,.3.Jin Kafir.4.Jin Islam dan 5.Manusia.
Bolih kah manusia berkawin dengan Jin dan Apakah Hukum nya dalam Islam.
Banyak Ulama Islam mengatakan, Bolih manusia mengawini Jin.Dan dalam Islam Bolih dan Harus !!!.
Asal Usul Bunian ialah Campuran antara Manusia dan Jin...Contoh terbesar ialah Perkhawinan antara Nabi Sulaiman AS dan Puteri Balqes dan di Nusantara Perkhawinan Raja Nara Singa dan Puteri Purnama Dewi, melahirkan Sultan Ahmad...Sultan Ke 3, Kesultanan Inderagiri.
KELOMPOK BUNIAN.
.
1.Raja dan Puteri...Diraja.
2.Ulama dan Orang Alim.
3.Pembesar...Panglima dan Penghulu.
4.Rakyat biasa.
MAKANAN BUNIAN.
Sama macam kita, tetapi mereka KURANG makan daging atau ayam.Mereka banyak makan sayuran dan cendawan.
UGAMA BUNIAN.
Pada Pengalaman, pendapat Guru Guru saya..Semua Bunian berugama Islam TETAPI ada yang Nakal,minum Arak,Buat Maksiat dan Alim Ulama.Keilmuan Ugama Islam mereka di BAWAH ,manusia Beriman/Alim.Sebab itulah, banyak mereka Belajar di dalam Kuliah Kuliah Manusia.Perkara ini berlaku dalam Kuliah Tasauf saya di Melaka.Guru saya kata pada saya.."Pak Syeikh, ada Bunian belajar, dalam Kuliah kita".Jawab saya !!!Betul, Ustaz ada 3 orang,seorang tua dan 2 orang muda, mungkin anak nya ".Ustaz saya memang tahu, saya memang bolih mengesan kehadiran Makhluk Halus !!!.Saya pernah beritahu beliau (Ustaz) saya, hal ini..kata nya" Itu Laduni keturunan".Wallah hu, saya sendiri tidak tahu dan tak pernah belajar pun !!!.
Bolih kah Bunian Merasuk Kita !!!
Bolih !!!.Jika kita menggangu mereka, mereka akan merasuk kita.Tetapi bagi saya, bab bunian merasuk ,senang kita ubatkan !!!Bab mereka SYOK kat kita....ini sukar sedikit nak ubati !!!.
Apakah Yang Di takuti olih Bunian !!!
1.Paku Wafak.
2.Tahi Besi.
3.Kayu Penunduk Gunong Merah ....hanya tumboh di Puncak Gunong Ophir sahaja.
4.Doa Nabi Sulaiman AS....Kena belajar kat saya....
Dalam banyak kes, Bunian memang tidak merasuk kita.Mereka banyak yang membantu kita.Tetapi bagi Saya pula, Saya tidak MENGHARAP KAN mereka kerana Saya takut TERMAKAN BUDI !!!.Bagitu juga Pendapat Guru Guru saya.Lebih baik kita kuat kan Amal dan Zikir dan Terus Mohon Pada Allah SWT.Hanya 2 kes sahaja saya jumpa, Bunian merasok Orang.Kedua mereka ini Remaja lelaki dan yang merasuk nya, Bunian Perempuan !!!.Seorang dari Remaja ini, mengambil Batu di Pantai Batu 4, Port Dickson dan seorang lagi mengambil Ikan di Pantai yang sama juga !!!.