JAMBATAN BOTA.
Keadaan Jambatan selepas Banjir 1967.
Jambatan ini terputus kerana tolakan air banjir yang kuat serta dilanggar oleh kayu-kayu balak yang hanyut dari hulu sungai. Dalam suasana bah ini terdapat juga beberapa buah rumah dihanyutkan air, di daerah Telok Bakong Hilir di kawasan rumah Encik Mat Din, Encik Mat Said, Encik Lop dan Encik Mat Ganti mereka terpaksa berjaga malam bila musim bah ini kerana arus sungai perak akan menolak hanyutan sampah sarap yang merupakan kayu balak yg besar di kawasan rumah mereka kerana kedudukan Telok serta arus sungai yang akan menuju ke Kampong Salak. Jika tidak berjaga-jaga ada kemungkinan kayu-kayu balak berkenaan akan melanggar rumah-rumah dikawasan ini.
Heli (cakcibo) yang dipandu oleh mat saleh dari Australia mengangkut bekalan makanan iaitu beras dan ikan berkurong (sardin le tu) untuk di hantar kepusat-pusat penempatan bantuan banjir. Di Telok Bakong heli ini cuba turun di sekolah kebangsan tepi tebing berhampiran Masjid, malangnya kipas heli ini dah terkena pucuk nyior dan hampir berpusing. Jadi heli ni tak jadi turun dan hanya melontarkan semua bekalan dari atas heli sahaja. Waktu itu penulis blog masih kecil lagi tapi dah ingat dah heli ini, ramainya warga Telok Bakong berebut-rebut mengambil ikan sardin serta beras. Seluroh daerah Parit memang ini lah heli yang digunakan untuk menghantar bekalan dan mana-mana petugas yang mengenali puak waris dapat lah menumpang naik heli ini untuk sama-sama menghantar bekalan di daerah atau point yang ditetapkan.
Semua jalan utama ditenggelami air
dan ketika ini kenalah pakai sampan.
Macam pesta juga bila keadaan mula banjir ni.
Waktu ini cuma lori je yang boleh meranduk air bah.
Musim banjir ni, banyak la pokok pisang kena tebang untuk buat rakit. Paling mudah untuk buat rakit adalah dari batang pisang awak kerana batang pisang awak tidak mudah tenggelam serta terapung di air banjir tapi kalau sudah tiga empat hari tenggelam juga.
Foto-foto adalah sumbangan dari Encik Zainuddin bin Ahmad anak kepada Puan Bariah bt Ngan Man bin Uda Malak bin Alang Sumat bin Busu Mamat. Beliau juga merupakan anak saudara Kulop Ayo (Kulop Mat Amin) di sebelah bapanya.
Foto-foto adalah sumbangan dari Encik Zainuddin bin Ahmad anak kepada Puan Bariah bt Ngan Man bin Uda Malak bin Alang Sumat bin Busu Mamat. Beliau juga merupakan anak saudara Kulop Ayo (Kulop Mat Amin) di sebelah bapanya.
Puan Bariah bt Ngah Man -
(emak kepada Encik Zainuddin)
Encik Zainuddin bersama keluarganya.
Masa remajanya bersama Hj Dzul.
Ribuan terima kasih kepada Encik Zainuddin bin Ahmad kerana menyumbangkan gambar-gambar lama beliau kepada blog "Sumpahan Tok Kadok" dalam tajuk bah besor Tahun 1967.