Khamis, 22 Disember 2011

MAKAM PEMBESAR MELAYU DI TELOK BAKONG HILIR (KG PALOH).





Terdapat tiga atau empat makam yang menggunakan 
batu nisan Acheh serta beberapa buah makam 
lagi menggunakan batu nisan biasa.


Batu nisan Acheh yang masih utuh.


Batu nisan ini agak besar dari yang lain 
dan mungkin ini adalah pembesar tersebut.


Yang ini agak kecil sedikit dan mungkin isteri atau permaisurinya.



Dan yang ini mungkin anaknya.


Mungkin makam anak-anaknya.




Batu nisan yang hampir tenggelam.



Arah laluan masuk untuk ke tempat pemakaman.


Pada simpang tiga ini belok ke kanan.

Petunjuk Lokasi Makam.

Dari jalan besar arah dari Bota ke Kampong Gajah iaitu sebelum corner simpang Kampong Batu 16, Kampong Tua, tuan-tuan akan melihat papantanda Kampong Paloh. Dari sini memasuki simpang berkenaan kira-kira 500meter terdapat lagi simpang tiga dan beloklah kekanan menyusuri jalan tepi sungai, dan dari sini pula kira-kira 350meter atau 400meter kehulu, tuan-tuan akan sampai depan rumah seperti foto dibawah iaitu rumah Allahyarham Encik Mansur. Makam-makam berkenaan berada didepan rumah tersebut.



Rumah peninggalan Encik Mansur yang kini didiami oleh anaknya.


Jika melalui jalan dari Telok Bakong Hilir ianya masuk melalui Kampong Mat serta akan melalui Rumah Pam Air sepertimana foto dibawah dan lebih kurang 200meter menyusuri tebing sungai,dari sini tuan-tuan akan sampai didepan rumah encik Mansur serta akan menemui makam-makam tersebut.


Jalan masuk dari Telok Bakong Hilir (dari Kg Mat)
Foto sumbangan dari Cik Shazlea Shayla @ Maria.


Belok ke kiri dan akan berjumpa Rumah Pam Air.


Dari pam air ini menyusur tebing sungai ke hilir.


Jika dilihat dari sejarah, Telok Bakong (Tanah Abang - Padang Marhom) adalah merupakan pusat pemerintahan negeri Perak pada zaman dulu iaitu Sultan Muzaffar Shah 1 dan makam baginda berada disana. Sebenarnya Telok Bakong juga mempunyai 4 lokasi makam yang bersejarah :-

1) Padang Marhom, Makam Sultan Muzaffar Shah 1.




2) Changkat Piatu - sebelah darat Telok bakong, makam Mahkota Alam.




3) Makam Pembesar di Telok Bakong Hilir (Kg Paloh). 

4) Makam Pembesar Melayu di Telok Bakong Tengah.   

Mengenai makam pembesar yang dipaparkan diatas penulis hanya mendapat info yang sedikit dizaman remaja dahulu oleh orang-orang tua di Kampong, mereka mengatakan bahawa makam tersebut adalah pembesar melayu yang memerintah dikawasan Telok Bakong atau didaerah jajahannya. Siapakah pembesar atau pemerintah yang diabadikan dikawasan ini ? tiada catatan yang jelas mengenai makam ini. Merujuk kepada catatan yang di bukukan oleh N.A.Halim mengenai sejarah negeri perak, tiada senarai nama atau catatan yang ditulis mengenai makam ini dan dari maklumat pembantu beliau encik Aziz 75 tahun yang kini telah bersara serta menetap di Melaka yang sering bersama beliau, masih banyak lagi makam bersejarah dinegeri Perak yang tak dapat dikenal pasti kerana kekurangan info serta kajian lantaran pihak-pihak yang mengetahui sesuatu sejarah ditempat berkenaan tidak menyampaikan kepada generasi berikutnya kerana berbagai sebab dan masalah.



Buku tulisan N.A.Halim.


Encik Aziz bin Mohd  - 
disamping kereta yang digunakan sewaktu ketika dulu.
(Pemandu yang bersama-sama N.A.Halim).




En.Aziz - ketika berehat bersama N.A.halim



Salah satu kenderaan yang digunakan semasa penyelidikan 
pihak Muzium termasuklah di Perak Tengah - Telok bakong.

Seharusnya ada satu kajian yang menyeluruh keatas makam-makam sepertimana dinyatakan diatas oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi mengetahui sejarah serta nama pembesar tersebut. Jika usaha-usaha untuk menyelidiki tidak dilakukan, maka tinggallah makam-makam ini didalam lipatan sejarah yang tidak diketahui oleh umum, khususnya para penduduk Kampong Paloh dan Kampong Telok Bakong serta penduduk Negeri Perak amnya.

Rabu, 21 Disember 2011

MAJLIS PANTAS PADA 10/12/2011 SMSMS 1 LAMBOR KANAN.


PERSATUAN ALUMNI
SEKOLAH MENENGAH SULTAN MUZAFFAR SHAH 1
LAMBOR KANAN (PANTAS)


Sesi bergambar barisan Ajk Pantas, mantan guru-guru
dan guru SMSMS 1.


Presiden Pantas - En.Abdul Razak Tajuddin.


Pengetua Sekolah Menengah Sultan Muzaffar Shah 1 
Lambor Kanan.


Cikgu Baharuddin Yaakub
(Mantan Guru SMSMS 1).



Kelihatan Presiden dan Setiausaha Pantas.






En.Zahari Mat Lihom - kiri sekali.






Persiapan awal kauter pendaftaran Pantas.


Kaunter pendaftaran.

Pada bekas-bekas murid atau pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Sultan Muzaffar Shah 1 Lambor Kanan silalah mendaftar sebagai ahli "Pantas" bagi kita sama-sama menghadiri majlis-majlis perjumpaan untuk mengumpulkan semua bekas-bekas pelajar yang pernah menuntut ilmu disekolah ini. Ajk Pantas akan merancang beberapa siri perjumpaan dikalangan semua bekas pelajar SMSMS 1 terutamanya mungkin pada hari lebaran nanti.Sila lah berhuhung dengan talian dan alamat dibawah untuk pendaftaran sebagai ahli :

Persatuan Alumni
Sekolah Menengah Sultan Muzaffar Shah 1, Lambor Kanan, KL (Pantas)
Pejabat ART Construction,
No.101 Tingkat 1, Bangunan SGMS
Jalan Chow Kit 50350
KUALA LUMPUR.

Tel : 03-40417989 H/p : 012-3076089.



Penyampaian Cenderahati kepada
 bekas guru En.Baharuddin Yaakub. 


Presiden Pantas menyampaikan Cenderahati 
kepada Pengetua Sekolah Menengah.


Ajk Pantas - En.Mohamad Ramli.


 Puan Zainon Suffian, En.Baharuddin dan En.M.Ramli.

Semua foto-foto adalah sumbangan dari Encik Mohamad Ramli Ajk Pantas. 

Ahad, 11 Disember 2011

SALASILAH PUTIH SABUN DAN ITAM NOH.


Rumah Wan Ensah dan Uda Kamaruddin.
di Telok Bakong (Bahagian Tengah).



Salasilah Putih Sabun dan Itam Noh.

Sebagaimana makluman yang penulis nyatakan sebelum ini Putih Sabun adalah warga tempatan dan berkahwin dengan Itam Noh yang merupakan orang dari Kampar kepulauan Riau Indonesia (bukan Daerah Kampar Sumatera). Dari keturunan ini ramai menetap didaerah Telok Bakong Tengah yang dipersisiran tebing air mati. Penulis masih mengesan adik beradik Putih Sabun kerana data salasilah ini tidak lengkap jika tidak sampai ke peringkat atas. Disamping itu keturunan ini berada di merata tempat seperti di Changkat Lada, Batu Gajah dan beberapa tempat di Ipoh. 



Sawah Padi (bendang) kepunyaan Wan Ensah.

Bendang Wan Ensah di Punggai Hulu dan disebelah kanan bendang ini kepunyaan Hj Mohd Ali serta disebelah kiri milik Anjang Sapi. Jiran-jiran mereka adalah milik Odin (kedai), Itam Jisah, Anih, Teh Rahmah (Hj Harun)dan beberapa tanah milik kaum kerabat yang bersaudara.Kini kebanyakan keturunan ini merantau meninggalkan kampong mencari rezeki diperantauan.

Ahad, 4 Disember 2011

NAMA TEMPAT DAN SOROTAN SEJARAH DIBAHAGIAN DARAT TELOK BAKONG.


CHANGKAT KULOP MALI.
(Jalan menuju puncak Changkat Kulop Mali)



Diatas puncak Changkat Kulop Mali.

Kenali tempat-tempat disebelah darat Telok Bakong yang sesetengahnya menjadi tempat orang-orang kampong dulu bersembunyi dan lari dari tentera Jepun & Komunis dan aktiviti menanam padi pendulu (padi bukit), ubi dan jagung sebagai makanan asas ketika itu yang sukar didapati lantaran kesusahan keadaan dunia yang tidak aman. Rumah-rumah juga dibina didalam daerah yang saya nyatakan ini, kebanyakannya bentuk rumah yang dibina adalah menggunakan kayu-kayu didalam hutan serta beratapkan rembia dan berdindingkan buluh sahaja. Mungkin ekonomi penduduk waktu zaman ini amat susah dan daif sekali serta mumudahkan perlarian kedalam hutan jika keadaan yang memerlukan, kain baju amat terhad serta kain dibundut (dibungkus) sahaja. Ini menunjukan ianya dalam keadaan stand-by sahaja bila keadaan memerlukan bundut tadilah yang dicapai dulu untuk melarikan diri dan keluarga.



Foto ini adalah sumbangan dari Fb Orang Parit, pada zaman itu kemudahan untuk membuat rumah dari kayu amat terhad dan gambar ini adalah contoh terbaik bagi menggambarkan keadaan rumah-rumah dizaman tersebut.


Tempat-tempat berkenaan adalah sebahagian sahaja yang dapat disenaraikan ianya seperti berikut :-

1. Bunut.

Tempat ini bisanya orang-orang kampong menanam padi pendulu dan menanam jagung. Kawasan ini juga terdapatnya kaum cina berkebun.

2. Changkat Kulop Mali



Kubang Lesung.

3.Kubang Lesung.

Kubang Lesung ini adalah bersempadanan dengan Suak Padi dan Gedung Batu (tanah dan kebun getah orang asli ). Serta disempadankan dengan aliran sungai sengkuang, sungai sengkuang ini pula di setiap hujung tahun diadakan pula gotong royong menerok ikan dengan menggunakan "Terok" . Keramaian untuk menjalankan kerja-kerja menerok ini bergantung kepada kesepakatan dikalangan penduduk kampong kerana kerja-kerja berkenaan memerlukan kehadiran sekumpulan sekurang-kurangnya 5 atau 6 orang. Tempat yang biasa dijalankan aktiviti menerok ialah Sungai Kubang Gajah, Sungai Tangga, Paya Rakit, Sungai Condong dan beberapa tempat lagi.

4. Pulau Megat - ianya berhampiran dengan Punggai Hulu dan selari dengan aliran dengan sungai Kubang Gajah dihilirnya.



Rumpun tanjung yang ditumbuhi pokok-pokok itu
adalah dinamakan Pulau Megat.

5.Paya Rakit - tempatnya luas mungunjur dari hujung Kubang gajah hingga ke belakang Kampong Talang. Kebanyakannya Paya rakit ini dulu didiami oleh kaum cina dan aktiviti mereka adalah berkebun dan menanam sayuran.


Paya Rakit.

6. Punggai Hulu.


Punggai Hulu.

7. Punggai Hilir.


Punggai hilir.
8.Padang Kerbau.


Padang Kerbau Darat.
Padang kerbau ini mengunjur dari 
punggai hulu hingga ke punggai hilir.



Dihujung rimbunan pokok-pokok berkenaan adalah disempadanan oleh Kubang Gajah, Punggai Hilir, Paya Rakit, Changkat Piatu dan Padang Kerbau Darat. Pemandangan ini dirakamkan dari Kubang Gajah dan jalan tanah difoto ini adalag hujung Padang kerbau untuk ke Paya Rakit.



Disini iaitu dihujung padang kerbau darat ini beberapa keluarga menanam padi pendulu (padi bukit), jagung dan ubi kayu sehingga penghujung tahun 1970an. kini telah menjadi diantara kawasan padang ragut untuk ternakan haiwan peliharaan warga Telok Bakong. Foto ini dirakam dari Kubang Gajah menghala ke Punggai Hilir.


9. Changkat Tempurung.


Jalan menuju dan mendaki Changkat Tempurung.

Di puncak Changkat Tempurung ini terdapat sebuah pusara iaitu Kulop Ali bin Ngah Pidup, moyang kepada penulis. Pada waktu kematiannya berlaku musim banjir yang besar dan semua kawasan telah ditenggelami oleh air termasuklah Tanah Perkuburan (tanah wakaf) di Hilir Telok Bakong bersebelahan dengan kunci air sekarang. Tanah Wakaf di Changkat Melintang masa itu belum wujud lagi. 

10. Changkat Piatu.


Changkat Piatu - Pemandangan dari hujung Kubang Gajah.


Changkat Piatu adalah tempat terletaknya cerita "Mahkota Alam" yang menjadi misteri dan cerita lagenda bagi penduduk sekitar Telok Bakong pada suatu ketika dahulu. Sekarang kawasan ini telah ditanami dengan kelapa sawit dan bersempadanan dengan Tanah Rancangan Nasaruddin. Dari semakan penulis masih ada dikalangan orang-orang lama di Telok Bakong mengetahui kewujudan cerita-cerita Mahkota Alam ini.

11. Kubang gajah.


Tanaman Kelompok Risda Kubang Gajah.

Changkat Kubang Gajah.


Changkat Kubang Gajah -
Rimbunan Pokok getah.


Aliran sungai yang begitu dalam sewaktu dulu, 
kini hanya aliran lesu sahaja.


Sungai Kubang Gajah ini mengunjur dari
Punggai Hulu hingga ke muka aliran sungai Paya rakit.


Laluan aliran sungai Kubang gajah yang
terhalang dek tumbuhan paya,
Pokok Gegeli dan Bemban.



Aliran Sungai Kubang Gajah.
(telah cetek akibat perubahan alam)



 Jalan menuju Kubang Gajah melalui atas Padang Kerbau.

Changkat Kubang Gajah.

Daerah ini bersempadanan dengan Changkat Kulop Mali disebelah baratnya, Selinsing di utara dan ditimurnya pula adalah Paya Rakit. Manakala di selatan pula Padang Kerbau dan Punggai Hilir, pernah suatu kajian dari pihak swasta ketempat ini mendapati kewujudannya hasil bumi yang senonim dengan Negeri Perak iaitu Bijih Timah. Waktu itu dari hasil kajian mereka bijih timah berkenaan masih muda.

12.Pulau Tabak.
13.Doyan Gendang.



Rumah Puan Embang dan Encik Kamaruddin (Munai)

Kawasan dibelakang rumah berkenaan mengunjur ke darat adalah dipanggil Doyan Gendang.

14.Pulau Tahi.
15.Lubuk Pulai


Laluan dari Kubang Lesung menuju ke Lubok Pulai.

16.Lubok Kepor
17.Lubok Anchor
18. Sungai Tangga.

Sungai Tangga, Sungai Sengkuang dan Sungai Chondong merupakan tempat-tempat beberapa orang kampong seperti Pak Cik Mat Din dan Pak Cik Anjang Asin menghasilkan arang bagi menampung bekalan kepada Apor Tukang Besi di Telok Bakong yang diusahakan oleh adik beradik anak-anak Chu Talak bin Alang Sumat.

19. Sungai Sengkuang




Aliran sungai Sengkuang bersempadan 
dengan kebun getah orang asli di suak padi.


20. Sungai Chondong
21. Padang Kerbau Baruh (tepi sungai Perak)



Padang Kerbau Baruh (tepi sungai).

22.Tanjung Keling.


Kawasan dibelakang rumah Pak Cik Odin Jamal ni membawa ke darat adalah dinamakan Tanjung Keling dan disebelah kanan rumah ini dinamakan tanah gomen (goverment) yang merupakan tapak cadangan Sekolah Menengah dan kemudian dibatalkan dibina di Lambor Kanan.

Nama-nama tempat berkenaan masih kekal lagi dengan nama tersebut dan sebahagian besarnya dinyatakan didalam geran-geran tanah pada pemilik tanah dan dusun tersebut. Pada generasi sekarang mereka tidak didedahkan dengan nama-nama tempat berkenaan serta kurang mengetahuinya. Di bahagian Sungai Selising dan Changkat Piatu kebanyakannya dimiliki oleh keturunan dari waris Lambor Kanan dan Kiri serta Kg Tua Bt 16. Sementara di Kubang Gajah juga dimiliki oleh puak waris dari Bt 16 termasuklah Tok Pandak Logam.