Lukisan penulis mengikut yang digambarkan oleh orang lama .
Telok Bakong yang berada dizaman itu - Kapal peladang
atau Bot Penambang Sungai Perak (Jeti Telok Bakong).
Telok Bakong yang berada dizaman itu - Kapal peladang
atau Bot Penambang Sungai Perak (Jeti Telok Bakong).
KAPAL PELADANG
Tahukah anda sewaktu ketika dulu pengankutan melalui sungai adalah keperluan utama perhubungan antara kampong ke pekan kecil dan seterusnya ke Bandar seperti Telok Anson (Intan) Kampong Gajah, dan Parit. Bot Penambang yang dipanggil sebagai “Kapal Peladang” bahasa orang Telok Bakong, beroperasi begitu lama diperairan Sungai Perak yang melalui serta singgah bebagai jeti utama tebing Sungai Perak, pemberhentian setiap jeti umpama stesyen bas atau LRT masa sekarang.
Terdapat beberapa Tebing disepanjang tepi Sungai Perak melalui Telok Bakong hingga ke Kampong Paloh sebagaimana berikut :-
1) Tebing Lamah
2) Tebing Pekan Telok Bakong
3) Tebing Kilang Padi (Syarikat Kerja Sama)
4) Tebing Atit Jajit
5) Tebing Kulop Mat Tisin- Bapa kepada Tuan Haji Yeop-Naib Kadi dulu (kemudian dipanggil Tebing Mat Said)
6) Tebing Bolah (Hasbollah) - Tebing Penambang di Kampong Paloh untuk ke Kuchai.
Di Telok Bakong jeti penambangnya ditebing Pekan Telok Bakong jika paras air sungai dalam, dan jika paras air cetek ianya menggunakan tebing berhampiran pantai sungai Kilang Padi untuk perkhidmatan bot penambang berlabuh. Masa perjalanan untuk ke Parit dari Telok Bakong adalah kira-kira 5 jam, jika bertolak dari jam 8.00pagi dan akan sampai kira-kira 1.00 tengah hari di jeti Pekan Parit.Waktu ini penumpang mestilah segera membeli barangan keperluan yang diperlukan serta segera pula menunggu Kapal Peladang di Jeti Parit kerana perkhidmatan terakhir adalah dalam pukul 5 hingga ke 6 petang sahaja. Harga tambang untuk perkhidmatan bot penambang ini sekitar RM1.20 untuk satu hala perjalanan. Terdapat jeti-jeti penambang di sepanjang perjalanan ke Parit, iaitu di Bota Kiri dan Kanan (jeti - Jambatan Bota kiri & Kanan sekarang), Layang-Layang Kiri dan Kanan, Pendiat serta adakalanya bot-bot penambang ini mengambil penumpang di Rumah Rakit disetiap tebing Kampong disepanjang perjalanan. Sebagaimana operasinya bas-bas dari Parit ke Kampong Gajah dulu, kalau boleh semua orang atau penduduk memberhentikan bot atau bas-bas didepan laman tangga rumah masing-masing.
Gambar hiasan - Bot kepunyaan JWW Birch di tebing Sungai Perak dekat Belanja. (Swettenham) kelihatan di sudut kiri gambar manakala Birch sedang duduk di atas perahu di sudut kanan.
(Sumber: Swettenham's Malayan Journals 1874-1876). Pernahkah JWW Birch ini singgah di Telok Bakong waktu itu dengan bot serta kawalan ketat oleh gurka ?
Telok Intan zaman 50an.
Hanya dua buah bot penambang beroperasi dari Parit ke Telok Intan pergi dan balik dibawah satu syarikat (penulis tak dapat mengenal pasti syarikat berkenaan kerana tak dapat menjejaki data yang detail). Diantara pekerja bot-bot penambang ini yang turut dipanggil sebagai Kapal Peladang dalam bahasa orang Telok Bakong ialah Tuan Haji Mohamad (Mat Kasu) sebagai pemandu bot. Tuan Haji Ba’ie bekerja dibahagian Mekanik, Encik Mat Nongok (Mat Husin) dan Encik Mat Ni dan kedua-duanya bekerja sebagai atau dibahagian mana tidak diketahui juga.
Tuan Haji Mohamad (Mat Kasu) kanan bersama Tuan Haji Sufian.
TEBING PEKAN TELOK BAKONG.
Ditepi tebing Telok Bakong dulu ada sepohon pokok sena
yang besar sebagaimana kelihatan di gambar.
yang besar sebagaimana kelihatan di gambar.
Pekan Telok Bakong dizaman ini adalah sederet dengan kedai basikal Pandak Tut dan sebahagian lagi ditepi tebing . Kedai kopi mamak , Kedai runcit berbangsa Cina iaitu Leng Chong, Kedai basikal berbangsa India, kedai runcit Imam Tarim (bapa kepada Ngah Pok) serta beberapa kedai barang-barang harian dijual disini. Dari segi pengamatan penulis setelah mendengar cerita pengalaman dari warga tua/lama Telok Bakong , memang sewaktu ketika dahulu Pekan Telok Bakong adalah Pekan yang meriah dengan kegiatan jual beli dari berbagai lapisan masyarakat disekitar Lambor Kanan dan Kiri serta warga Telok Bakong sendiri. Wujudnya kedai-kedai yang banyak merupakan penafsiran kepada kegiatan jual beli yang besar dan meriah dikalangan penduduk yang begitu ramai dikala itu.
Deretan Kedai Pekan Telok Bakong .
Pekan Telok Bakong.
TEBING BOLAH (HASBOLLAH).
Tebing Bolah ini merupakan jeti tanah sahaja untuk perhubungan antara Kampong Kuchai dan Kampong Paloh yang menggunakan sampan (perahu) untuk menyeberang. Masa ini hubungan kekeluargaan amat rapat kerana ada diantara anak beranak keturunan Tok Kadok ini merupakan anak beranak tinggal sebelah menyebelah tebing sungai sahaja dan perhubungannya adalah melalui sungai dan sampan penambang. Cara untuk memanggil penambang, baik di Kuchai atau di tebing Kampong Paloh hanya seseorang itu berkebolehan melaung seperti Tarzan....Ooooooo!!! penambang keme nak nyeberang!!!! maka perkhidmatan sampan penambang pun bermula la.Tambang untuk menyeberang hanya serendah 10 sen untuk satu hala (ini sekitar tahun 70 an) jika sebelum itu tambangnya mungkin 1 sen sahaja. Perkhidamatan sampan penambang ini berakhir sekitar awal 80 an. Peringkat orang tua-tua dah tiada dan peringkat orang muda atau generasi baru telah berhijrah pada awal-awal 80an ini.
(Foto Hiasan) Bot Penambang di zaman 50an hingga 60an.
Pemandangan dari Kampong Paloh -bekas tapak Sampan Penambang
(Tebing Hasbollah) ke arah Tebing Kuchai.
(Tebing Hasbollah) ke arah Tebing Kuchai.
Sampan penambang dari parit ke Tanjung Belanja.
TEBING BAKONG.
Tidak terdapatnya jeti penambang di Tebing Bakong dan penduduk disini biasanya menggunakan sampan sendiri dalam urusan ke Pekan Telok Bakong dan Tebing Chu Talak untuk urusan Tukang Besi atau pun urusan jemputan pembaca doa selamat bersama Tuan Haji Din (tenaga pengajar Al-Quran dan Muqaddam serta imam di Mardrasah Tuan Din Telok Bakong).
TEBING LAMBOR KANAN.
Dizaman ini di Lambor Kanan salah satu tebingnya ialah Tebing Kulop Simpul (sekarang dekat rumah Ahmad -Tukang Rumah ).
Terima kasih kepada penyumbang gambar-gambar yang disiarkan :-
Telok Bakong On-Line, Orang Parit Face Book, Puan Hajjah Derma Taksiah, Encik Rahim Itam Saidin dan lain-lainnya yang turut terlibat secara langsung atau tidak.
TEBING LAMBOR KANAN.
Dizaman ini di Lambor Kanan salah satu tebingnya ialah Tebing Kulop Simpul (sekarang dekat rumah Ahmad -Tukang Rumah ).
|
Terima kasih kepada penyumbang gambar-gambar yang disiarkan :-
Telok Bakong On-Line, Orang Parit Face Book, Puan Hajjah Derma Taksiah, Encik Rahim Itam Saidin dan lain-lainnya yang turut terlibat secara langsung atau tidak.