Sabtu, 20 November 2010

SUBANG EMAS PUSAKA.


Saiz diameter adalah kira-kira 5.5cm.


Perbandingan Subang Emas dengan handphone


Pandangan sisi.


Kelihatan batu delima merah.


Sebelah kiri (permuka) dan kanan (membelakang)


Pengenalan.

Subang Emas ini adalah dipusakai dari turun termurun iaitu sezaman dengan Emas Kancing Ikan Tapah di Kampong Tua Lambor Kanan. Masa dahulu subang emas ini di percayai berperanan sebagai penawar berbagai penyakit dengan air rendaman emas ini dimandi atau diminum oleh mana-mana anak cucu dari keturunannya atau pun bukan dari keturunannya untuk berubat bagi menyembuhkan pelbagai penyakit.Tidak seperti emas kerongsang tapah, ianya dikhaskan untuk sesiapa dari keturunnya yang telah melanggar atau termakan gulai ikan tapah tapi bagi Subang Emas ini pula tidak tertakluk kepada sesuatu penyakit, boleh digunakan mengikut hemat dan firasat para penjaganya. Tiada sebarang data asal usul subang emas tersebut dicatatkan dari dahulu lagi dan hanya bertukar waris sahaja yang diketahui, itu pun setakat Moyang Ngah Pidup sahaja.Pada masa kini tiada lagi kegiatan perubatan dilaksanakan oleh air rendaman emas subang berkenaan kerana kebanyakan masyarakat kita sekarang beralih kepada perubatan moden yang banyak terdapat disekeliling kita..Subang Emas tersebut dibawah jagaan Encik Abdul Karim bin Hamid serta isteri beliau Puan Jamaliah bt Lamon di Kampong Telok Bakong Batu 14 1/2 Lambor Kanan Perak.

Sedikit biodata encik Abdul Karim :


Anak kedua dari dua beradik dan merupakan anak jati orang Telok Bakong, Bekerja di kedutaan Thailand selama hampir 38 tahun, dan duduk di Datuk Keramat Kuala Lumpur. semasa bekerja di Kedutaan Thailand dulu. Mempunyai dua orang cahaya mata. iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki.Beliau boleh bertutur bahasa Thailand (siam) dengan fasih. Kini telah bersara serta menetap di kampong Telok Bakong. Isteri beliau juga Puan Jamaliah bt Lamon  anak jati kampong ini juga.




Encik Abdul Karim dan isteri Puan Jamaliah bt Lamon.




Rumah Encik Abdul Karim bin Hamid bersebelahan dengan rumah Hajjah Derma Taksiah bt Ahmad Gamat serta seberang jalan kedai kopi Cik Nah Putih Ranap Telok Bakong.Rumah ini ditepi jalan besar dari Bota Kanan menghala ke Kampong Gajah.


Cara Penjagaan
.
Kalau mengikut rutin dari penjaga terdahulu iaitu Tuan Haji Mohd Ali bin Kulop Ali atau Haji Selangor setiap tahun sebelum puasa iaitu dalam bulan Syaaban (mana-mana hari dalam bulan Syaaban) dilakukan majlis kesyukuran dengan mengadakan sedikit kenduri tahlil dan doa selamat. Dipanggil puak-puak waris yang berhampiran untuk majlis berkenaan. Hanya pewaris keturunan dari lelaki sahaja yang boleh menyimpan atau menjaga Subang Emas ini dan pewaris perempuan hanya boleh menyimpan sementara (14hari) semasa berubat sahaja.Sebenarnya Subang Emas ini ada sepasang dan yang satu lagi disimpan oleh Encik Chu Melawi dan kemudian turun kepada anaknya Encik Tamam. Diberitakan keturunan ini telah bermastautin di Negeri Melaka dan dari jurai keturunan yang mana tidaklah diketahui pula. Ini disebabkan Encik Chu Melawi ini adalah sebaya dengan Tuan Haji Mohd Ali dan kemungkinan Encik Tamam bin Chu Melawi sebaya pula dengan Encik Hamid bin Hj Mohd Ali, ada pun mereka semua ini telah tiada didunia ini lagi.Jika keturunannya membaca kisah Subang Emas ini sukacita hubungilah penulis blog.


SALASILAH KETURUNAN.
(Pemegang Subang Emas Pusaka)



En Abdul Karim bin Hamid bin Hj Mohd Ali bin Kulop Ali bin Ngah Pidup



En.Hamid bin Haji Mohd Ali (bapa En.Abdul Karim)

 Puan Rokiah bt Kulop Putih
isteri  En.Hamid dan Emak kepada En.Abdul Karim


Tatacara Perubatan 
Subang Emas.
Subang emas ini hendaklah direndam kedalam air (sebagaimana contoh di gambar lampiran) serta dalam jangka masa 15 minit, dan penjaga berdoa dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan memohon kepada Allah supaya menyembuhkan semua penyakit yang dihidapi oleh pesakit atau pewaris. Selepas itu bolehlah air berkenaan di jirus (mandi di dalam bilik air dan dijirus oleh muhrimnya serta bukan penjaga Subang Emas berkenaan jika perempuan) keatas pesakit untuk dimandikan.Selain itu juga air rendaman Subang Emas ini juga adakalanya disediakan untuk diminum, ianya mengikut penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Dahulu tiada sebarang upah (hadiah) atau pengkerasnya hanya ucapan terima kasih sahaja diperlukan atau datang lima balik pun lima (bersalam sahaja dengan lima jari).



Peristiwa Kehilangan Permata Di Bahagian Tengah Subang Emas 
.
Semasa zaman Kulop Ali bin Ngah Pidup, Subang Emas ini telah dipinjam oleh salah seorang dari keturunan sebelah Andak Bayu dengan alasan untuk berubat. Orang berkenaan telah cuba mengadaikan emas berkenaan di kedai Pajak Gadai tetapi pihak kedai pajak gadai menolak. Jadi dengan mecungkil permata berkenaan dan menjualnya berasingan taukeh pajak gadai pun menerimanya. Tidak diketahui berapa harga yang digadaikan dan belum pun sempat orang tersebut sampai kerumah, kedua-dua mata orang yang mencungkil dan menjual permata berkenaan telah pun buta. Salah seorang lagi waris Andak Bayu memulangkan kembali Subang Emas tersebut kepada penjaganya tanpa permata ditengahnya dan kekal lah sedemikian sehingga kehari ini. Diberitakan subang emas ini akan bergetar didalam simpanan jika sesuatu perkara seperti kedatangan orang jauh dan beberapa perkara lagi yang dirahsiakan kepada penulis.

Emas Perhiasan.
Bila kita bercakap mengenai emas perhiasan maka kita tak dapat lari dari kaum hawa kerana kaum ini lah yang selalu memakai barangan perhisan sebagaimana kelihatan di gambar :-

Puan Hajjah Halijjah dengan emas kancing baju
(Moyang En Abdul Karim)




Gambar hiasan



Wanita golongan bangsawan Negeri Perak dahulu memakai perhiasan emas yang lengkap dengan gelang kaki, tangan dan subang.


Antara jenis subang emas lama.









Purata besar dari 1.2cm ke 3..5cm sahaja dan berat sekitar dari 3.6grams ke 10.9grams.



Perbandingan sunting sekarang dan Subang Emas berkenaan.

Subang Emas Pusaka ini saiznya besar (saiz telinga kita sekarang lebih kecil dari subang berkenaan) dan terfikir juga bagaimana orang dahulu memakainya atau saiz badan orang dahulu lebih besar. Mengikut cerita Tuan Haji Mohd Ali, tinggi orang dahulu adalah setinggi nyior dara (bersamaan kira-kira 10 kaki). Apakah benar begitu ? Wallah hu.

Marilah kita renungkan hadis ini :-


Dari 'Auf bin Malik al-Asyja'i r.a katanya:"Kami biasa melakukan mantera pada masa jahiliyah. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah s.a.w:"Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat anda tentang mentera ?" Jawab baginda:"
Peragakanlah (bacalah) menteramu itu di hadapanku. Mentera tidak ada salahnya selama tidak mengandungi syirik."
(Muslim)

Huraian

Definisi perubatan Islam adalah melaksanakan amalan perubatan berdasarkan paradigma, nilai dan tatacara yang tidak bercanggahan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Ramai di kalangan umat Islam terkeliru dengan istilah perubatan sehingga terjebak ke dalam dunia syirik. Islam telah memberikan panduan yang jelas bahawa semua ilmu perubatan yang mengandungi sihir (jampi mentera yang melanggar syariat), bercampur dengan amalan-amalan haram (bersemah – sembelihan korban sebagai jamu) dan amalan-amalan berdamping dengan makhluk halus yang diyakini berkuasa menentukan kesembuhan penyakit adalah syirik serta amat dilarang dalam Islam. Islam meletakkan bahawa apa-apa perubatan sekalipun sama ada tradisional mahupun perubatan moden semuanya hendaklah bersandarkan kepada hukum bahawa Allah adalah Maha Berkuasa dalam menetapkan penyembuhan sesuatu penyakit. Segala macam bahan yang digunakan dalam proses perawatan tidak kira sama ada menggunakan teknologi perubatan yang telah dipermodenkan mahupun secara terapi tradisional adalah sekadar alat semata-mata. Dalam perkataan lain,segala kaedah dan ubatan yang digunakan hanyalah sebagai ´al-asbab´ dan kita wajib percaya bahawa makhluk tidak berkuasa ke atas sesuatu melainkan segalanya terletak pada ketentuan dan keizinan Allah S.W.T jua.

Maklumat tambahan :-

1) Tok Kelempayan dan isterinya Seri Bunian adalah pemilik asal Subang Emas ini, ianya  dipesan dan diberitahu melalui mulut ke mulut antara jenarasi ke jenarasi. Apakah kaitan dengan Tok Kadok ? persoalan ini belum dapat diuraikan oleh anak cucu keturunan Tok Kadok sehingga kini.


2) Pemilik atau pewaris sebelah lagi Subang Emas Pusaka adalah Chu Melawi atau Chu Mat Lawi bin Kulop Mamat dan anak-anaknya seperti berikut :-


a) Jabariah bt Chu Mat Lawi
b) Mensiah bt Chu Mat Lawi
c) Tamam bin Chu Mat Lawi
d) Mat Shah bin Chu Mat Lawi.
 

Khamis, 18 November 2010

KAITAN TELOK BAKONG – LAMBOR DENGAN RAUB PAHANG SERTA KETURUNAN TOK KADOK.

Kira-kira 400 tahun yang lampau telah terdapat seorang pahlawan yang bernama TOK PERAK yang berkhidmat dengan Sultan Perak waktu itu dan kemungkinan mereka ini berasal dari Perak(Lambor - Minangkabau) dan kaitan dengan keturunan Tok Kadok. Atas sebab-sebab yang sukar dimengertikan maka TOK Perak ini telah pun pergi ke Negeri Pahang membuka kampong dan daerah disana. Pada tahun 1974 salah seorang keturunannya telah datang ke Lambor Kanan (Telok Bakong) dan khususnya berubat dengan Tuan Haji Sulaiman kerana keluarganya terkena sumpahan ikan tapah. Alhamdulillah penyakit tersebut sembuh setelah meminum air kancing emas berkenaan. Salah seorang daripada keturunan ini telah pun menulis sebuah buku mengenai sejarah Raub Pahang dan memasukan cerita kedatangan salah seorang waris mereka ke Lambor  dan Telok Bakong serta tulisan waris berkenaan yang ditulis dalam tulisan jawi dan telah pun ditulis kembali dalam tulisan rumi.

Siapakah Tok Perak ini dan apakah kaitan dengan keturunan Tok Kadok, telah diceritakan dizaman 60an salah seorang keturunan dari jurai Alang Sumat iaitu Ngah Man bin Uda Malak telah tinggal disana beberapa waktu di salah satu kampong disana kerana lari merajuk. Ini berikutan terdapatnya bapa saudara sepupu disana dan puak-puak Lambor serta Telok Bakong ramai disana menghuni beberapa kampong di Ulu Dong.Penulis pernah kesana pada tahun 80an dan loghat orang-orang disana menyerupai loghrat Telok Bakong Lambor dan kalau tersilap macam kita berada di Perak pula.Boleh kah kita menjejakinya lagi pada zaman ini dengan tiada sebarang panduan dan kalangan yang tua-tua sudah tiada sama ada di sebelah Perak dan Raub.Saya timbulkan cerita ini kerana ingin memberitahu semua warga Telok Bakong Lambor bahawa pernah suatu ketika dahulu hubungan antara Raub, Lipis juga Ulu Dong berkaitan juga dengan keturunan Tok Kadok. Berikut saya muatkan tulisan dari petikan buku tersebut untuk tatapan semua kuhususnya untuk kisah kaitan dengan Telok Bakong dan Lambor. Buku ini tiada didalam pasaran dan cuma ada pada waris-waris Tok Perak sahaja jadi atas sebab yang tidak dapat dinyatakan disini saya cuma muatkan petikan yang ada kaitan dengan Telok Bakong Lambor sahaja.Sila klik pada muka surat yang dipaparkan untuk tujuan memudahkan pihak tuan-tuan membaca bahagian muka surat tersebut.

Gambar hiasan - Sungai Pahang (kampong Lubok Paku)

 Gambar hiasan-Sungai Pahang dan rakitnya.



Gambar hiasan - Sungai Perak.


 Sekitar pulau Uban didalam Sungai Pahang.


Sungai Pahang dekat Temerloh.
Bot Penambang.

 Jeti Penambang di Sungai Pahang

Tempat yang bernama "Padang Pak Beruk " adalah di hulu Kampong Padang Changkat dan keluarga Saari Ngah Kidi adalah di belakang pekan Telok Bakong. Tuan Haji Sulaiman bin Pandak Logam  bin Pandak Demat adalah pemegang emas kancing di batu 16 Kampong Tua Lambor Kanan.


Ahad, 7 November 2010

PERBUALAN AISBATU DENGAN TOK SYEIKH DARI PERUBATAN 7 PUTERI.


"Perubatan islam ini diasaskan oleh kami suami isteri iaitu Tabib Syeikh Mohamad Din dan Tabib Radin Saripah Normala pada tarikh 18 jun 2000, semasa tinggal di Kg Tanah Merah Baru Sungai Udang, Melaka.. berpengalaman mengubati orang semasa berumur 16 tahun lagi. Setelah memasuki tentera dan berkahwin, kami juga mengubati orang tetapi tidaklah secara aktif. Hanya pada tarikh 18 jun 2000 kami aktif sepenuh masa dalam perubatan islam ini..SetelahTabib syeikh Mohamad Din tamat berguru dari Allahyarham Tabib Mohamad Nabun. bekas tabib kepada Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Syah, sultan selangor ke-8.". 

SEBARANG PERTANYAAN DAN MASALAH SILA E-MAIL KAN KEPADA syahrolhisyam99@gmail.com ATAU HUBUNGI DI TALIAN : 017-2095292 ATAU 014-7201103   PERLU DI INGAT KAN KEPADA ANDA SEMUA....SAYA HANYA BERMINAT UNTUK PERUBATAN SAHAJA::::BAB TARIK HARTA DAN DUIT SAYA TIDAK BERMINAT DAN SAYA TIDAK AKAN MELAYAN SESIAPA YANG INGIN " MENARIK HARTA".

Khamis, 4 November 2010

MADRASAH NUR AMBIA' TELOK BAKONG HILIR, PARIT PERAK..


Surau atau Madrasah ini telah diperbaharui dan dibina dengan batu serta gambar ini hanya tinggal kenangan kepada jenerasi baru di Telok Bakong. Kami akan tulis nama-nama yang kami kenal didalam gambar ni untuk tuan-tuan kenali orang-orang lama di Telok Bakong.Ada yang kenal pada wajah sahaja tapi nama betul atau gelaran dah tak ingat dah, pengecaman wajah dan nama adalah dari bonda saya iaitu Hajjah Fatimah bt Haji Mohd Ali yang berusia 83 tahun.

1.Tuan Haji Zamzuri
2.Hajjah..................... (isteri Tuan Haji Zamzuri )
3.Hajjah Mariah
4.Puan Aminah (isteri Pak Cik Baki - kedai kopi )
5.Puan Alang Lihah (isteri Encik Saring).
6.Puan Long Yah (kakak bidan Ah)
7.Puan Mendut (adik Kulop Ayo) - Mak We Ranon isteri Mat Sarip.
8.Hajjah Sarimah (isteri Tuan Haji Sabran)
9.Puan Che'An (bidan Kerajaan klinik bidan Telok Bakong)
10.Tuan Haji Dolah (Pak Kolah-nama gelaran)
11.En.Mat Sarip
12.En.Chu Lungam (nama gelaran atau timangan).
13...........................................(bapa mertua en.Bari)
14.Tuan Haji Sabran.
15.Encik Ahmad Bisu
16.Tuan Haji Yeop Alif
17.En.Mayit (teksi)
18.Tuan Haji Rashid
19.Puan Sa'i riah (isteri Pak Kolah)
20.Puan Fatimah (isteri En.Zaini)
21.Tuan Imam Jabor
22.En.Nor Rapor
23.(Ayah Ri Dayit)
24.En.Zaini (Penjual kain baju/barangan terpakai)
25.Cikgu Ahmad Fadzulah (orang Bota Kiri - suami Cikgu Nor)
26.En.Mat Repi (datuk Pandak Tut - kedai basikal Telok Bakong)

Sumber gambar ini diambil dari Telok Bakong Blogspot, Telok Bakong on line. Al-fatihah kepada mereka-mereka yang telah pergi yang berada didalam gambar ini dan semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, amin.





MADRASAH BARU NUR AMBIA'.

Isnin, 1 November 2010

SALASILAH NGAH PIDUP



Kampong Salak - Foto dari TBO.

Dikemaskini pada 24/05/2012.


 

"Wahai Tuhanku kurniakanlah kepada ku dari sisiMu Zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan ". (Surah Ali Imran ayat 38).

Salasilah Ngah Pidup ini kebanyakan keturunannya di Telok Bakong Hulu dan Tengah bawa ke darat, mohon kerjasama semua untuk memenuhkan jurai keturunan ini kerana anak cucunya telah menghubungi saya supaya lengkapkan senarai tersebut. Sila komen atau pandangan serta data jurai yang tuan-tuan tahu untuk saya up-date senarai berkenaan.


a)Sebelah jurai Panjang Kodin iaitu Ngah Talih, Ngah Talih ni adalah bapa kepada Pak Alang Buta.(anaknya Ahmad Bidin - Polis di Johor bahru)
b)Disebelah Ngah Saman (Anjang Pelita) cucunya En.Azhar Mat Ganti, En.Aziz Mat Din (emaknya Latifah)
c)Jurai Kulop Ali pula ramai tapi saya ambil satu darinya iaitu HjhFatimah Hj Mohd Ali (emak Ariffin/Lah- Huri-juga emak mertua Umi bt Nordin).Belah Hamid iaitu Abdul Karim (romahnya dekat Hjh Derma Taksiah, romah batu)
d) Jurai Alang Sa'ain juga ramai iaitu Amri Mat Saaid, Hjh Umi bt Nordin, Puan Hamidah Saidin.En.Embee Uda Sirun
e) Jurai Alang Golek - Ahmad Sahi (emaknya - Ham), Anak En. Kiman berkedai di Padang Cangkat tu.
d) Sebelah Itam Puru - masalah sikit saya langsung tak tahu jurai dibawahnya.


4/1/2011.
Terdapat pembetulan dari Jurai Mat Lambor @ Mohd Ibrahim iaitu data dari Encik Khairel khatab (cucu ).


5/2/2011.Terdapat nama dibawah jurai Itam Puru iaitu Puan Yah isteri kepada Mat Minin.






Puan Sa'ayah Bt Yeop Ahmad -
Isteri kepada Encik Idris Bin Kilau (Pak Cik Idris tukang rumah).

Puan Sa'ayah merupakan dari jurai Andak Bayu dan beliau adalah orang Bakong dan berpindah ke Telok Bakong serta berumah di daerah belakang Sekolah Agama Padang Marhom jalan menuju ke Punggai Hilir. Suami beliau adalah seorang tukang rumah dan lebih dikenali diTelok Bakong dengan nama Deris Uban.






Zainuddin (Ramlee) bin Idris.
(Anak Puan Sa'ayah)

SALASILAH PANDAK DEMAT(PANDAK LOGAM)


Salasilah ini disenaraikan oleh En.Daud bin Hj Sulaiaman serta untuk kita semua sambung selebihnya.