Kejadian Tanah Rebak ditebing Jalan Kampong Paloh
- Telok Bakong Hilir.
Pada penghujung tahun 2014 telah berlakunya bah khususnya di Kuala Kangsar dan Perak Tengah, iaitu Mukim Lambor dan Kampong gajah. Kejadian banjir ini telah lama tidak berlaku kebiasaannya selepas bah tebing sungai telah menerima hakisan seperti difoto dan akan disusuli pula dengan tebing sungai yang rebak. Bah banyak yang merubah hak milik tanah dari zaman dulu lagi khususnya pemilik yang mempunyai tanah ditepi dan ditebing sungai, apa tidaknya geran ada tapi sebahagian tanah didalam sungai akibat tanah tebing yang rebak dan runtuh. Seperkara lagi dilaluan Jalan Kampong Paloh ini terdapat permakaman lama pembesar melayu zaman dahulu yang patut dijaga dari rebakan tanah tebing yang boleh mengancam makam-makam tersebut. Jarak pemakaman ini sudah menghampiri tebing berkenaan, mohon pihak-pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan dan mencegah berlakunya rebakan tanah disepanjang jalan kampong Paloh ini.
Beberapa tempat di lihat tebing sungai
rebak dengan teruk.
Jalan susur sungai Kampong Paloh - Telok Bakong Hilir
(jalan masuk dari Telok Bakong ).
Rumah Pam Air Telok Bakong Hilir.
Antara makam-makam pembesar melayu
yang telah hampir ditebing sungai Perak.
Dari Kampong Paloh hingga ke Kampong Kota telah banyak makam-makam bersejarah di tepi sungai jatuh ke sungai akibat tebing yang rebak. Antara yang menjadi mangsa adalah kubur moyang penulis di Kampong Kota. Semoga pihak-pihak yang berwajib akan memantau perkara ini bagi menghindari hilangnya kesan sejarah nenek moyang kita yang terdapat di Kampong Paloh ini.
Foto adalah sumbangan dari Puan Normah Bt Hj Zainuddin
- duduk sebelah kanan sekali.