Encik Syaqir - tengah.
Encik Syaqir yang berasal dari keturunan Hj Alang & Hjh Embun Telok Sareh Perak (belakang Madrasah Telok Sareh Ulu) dan bertugas di Kem Keramat di Kuala Lumpur. Encik Syaqir dari jurai Itam Mat Lodin @ Lumut bin Pandak Demat. Beliau hanya terkena air ikan tapah di kawasan rawat & rehat (R&R) hentian Temerloh dan tidak pula menyangka akibat dari air ikan tapah tersebut membuatkan kaki beliau telah lebor (tercedera ) sepertimana kelihatan difoto yang dikirmkan beliau kepada blog "Sumpahan Tok Kadok". Bila disebelah malam bisa dari luka atau lecor disebabkan ayor ikan berkenaan yang dipanggil hangat pijor dan sakit yang sudah tentu menganggu untuk lena tidur. Inilah rupa penangan ayor ikan tapah bila terkena kepada puak waris yang berketurunan dari Tok Kadok.
Luka atau Lebor akibat terkena air ikan tapah.
Celah kaki yang melecur.
Menurut encik Syaqir beliau dan ayahnya encik Abdul Rani telah pergi ke Kampong Tua Batu 16 Lambor Kanan untuk mengambil air kancing Tapah bagi mengubati penyakit tersebut. Sehingga artikal ini ditulis sakit beliau telah berkurangan setelah mengambil air kancing berkenaan dari penjaga emas kancing di batu 16 (Encik Tarmizi -rumahnya di Telok Sareh). Kami semua mendoakan semoga penyakit encik Syaqir segera semboh seperti sediakala, Insyaalah....
Kalau dilihat dari penangan ayor ikan tapah sahaja, luka dan lebornya sepertimana kelihatan di gambar diatas, apatah lagi bila memakan daging ikan tapah !!! Jika direnungkan perkara tersebut siapakah yang dari keturunan Tok Kadok yang nak mencuba menempah penyakit untuk menjamah hidangan ikan tapah di luar dari Negeri Perak. Sumpahannya juga merangkumi ikan tapah yang diluar Negeri Perak.