Isnin, 31 Disember 2012

ILMU GAJAH PUTIH.



GAJAH PUTIH.


Disuatu sudut kampong dahulu terletakannya sebuah rumah orang kebiasaan,berpadi huma bersawah lebar, memotong getah dan kerja-kerja harian sebagai penduduk kampong. Pak Yop (bukan nama sebenar) membesar di Kampong yang dipanggil Telok Bakong, sememang sedari kanak-kanak lagi beliau mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu kudrat atau tenaga yang kuat serta perkara luar biasa yang ada pada dirinya. Perkara luar biasa pada dirinya seperti menyelam di sungai dengan selaman begitu lama, melihat mahlok halus baik disungai atau didarat serta beberapa perkara lain lagi yang sukar diterangkan.

Pada usia muda beliau sudah memiliki keistimewaan demikian dan ianya mungkin tidak janggal diwaktu usia mudanya dan lebih banyak dirahsiakan oleh keluarganya diwaktu itu.Apabila beliau merantau ke Telok Intan dan bekerja sebagai pekerja bot penambang dan pelbagai pekerjaan lain yang dibuatnya maka pekembangan ilmunya tidak diketahui lagi. Semasa dulu pelantar penambang kebanyakannya dibuat dari batang pinang yang banyak ditanam dan dijadikan sempadan tanah yang bersebelahan. Bagi menanam tiang-tiang turus pelantar penambang dikala itu tiada jentera digunakan kebanyakannya menggunakan khidmat orang-orang yang bertenaga 5 atau 6 orang. Kalau Pak Yop hanya beliau seorang saja sudah memadai untuk menyiapkan sebuah pelantar penambang.


Pokok Pinang yang ditanam untuk pensempadanan tanah.

Maka Pak Yop terus bekerja sehingga keusia pertengahannya dan mengumpul wang sebagai simpanan hari tuanya. Setelah itu beliau kembali ke kampong asalnya dan ingin membina rumah tangganya sendiri. Beberapa ketika beliau berada dikampong  dan bekerja seperti biasa iaitu membantu ibu bapanya kerja-kerja kampong, dimasa inilah bapa beliau merasakan anaknya telah berubah dan tidak seperti dahulu. Suka termenung dan menyendiri tidak hiraukan pekerjaan atau aktiviti kebiasaannya. Seperkara lagi beliau tidak boleh memegang sebarang alatan yang dibuat dari besi, sesuatu objek besi yang dipegangnya akan berubah bentuk seolah-olah ianya akan menjadi separuh cair dan objek berkenaan tak dapat digunakan lagi.Suatu pagi apabila bapa Pak Yop hendak menggunakan basikal tua kepunyaan beliau, alangkah terkejutnya beliau kerana basikal raleigh nya sudah berbentuk "U" akibat sentuhan anaknya sendiri.



Pokok pinang yang sayup meninggi.

Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku lantaran keadaan Pak Yop waktu itu sudah dikhutiri tidak normal. Lebih-lebih lagi diwaktu bulan penuh mengambang, kekuatannya akan berada didalam keadaan yang luar biasa.Saudara mara sepakat untuk mencuba merantai dan mengikatnya kepohon kelapa berhampiran rumahnya sebelum perkara-perkara yang tak diingini berlaku, setelah dipujuk Pak Yop merelakan ianya diikat dipohon kelapa sebagaimana kehendak bapanya. Maka seluruh badannya diikat dengan rantai besi yang bersaiz besar. 



Agak mengejutkan apabila siap dirantai dan Pak Yop bertanya "udah siap ke kome pasang rantai ni" kata Pak Yop pada semua yang hadir, dan beliau berkata lagi "kalau udah siap berabor le". Semua yang hadir terpinga-pinga kenapa Pak Yop berkata demikian. Baik lah kata bapa saudara Pak Yop...udah siap!!! . "Kalau gitu udah siap dengan ikat elok-elok..ha.."ini ilmu Gajah Putih udah datang" sahut Pak Yop. Maka selesai je Pak Yop bercakap semua rantai besi terputus dan terpelanting tak jauh dari badan Pak Yop dan dengan selamba je Pak Yop berjalan balik kerumah.

Sebenarnya Pak Yop tak gila atau mengacau penduduk kampong tapi semua para warisnya bimbang dengan keadaan beliau sedimikian, semenjak dari itu Pak Yop kembali merantau dan hilang lah salah seorang keturunan Tok Kadok ini diperantauan dan khabarnya beliau tidak kembali lagi keperkampongan asalnya.