Isnin, 16 Julai 2012

KHABOR DARI KG TUA BT 16,LAMBOR KANAN PERAK DR.



Rumah penyimpan emas Kancing (Ikan Tapah).
Rumah peninggalan Pandak Logam.



Wakil penyimpan yang diamanahkan untuk air kancing
(Pak Cik Zenal Ngah Halit)


Air Kancing Emas Tapah.


Rumah peninggalan yang bersejarah bagi waris-waris Tok Kadok.



Rumah Pak Cik Zenal Ngah Halit - tak jauh dari rumah Pandak Logam.



Saudara Jaafar Ariffin.

Foto- foto adalah sumbangan dari Encik Jaafar Ariffin dari Fb Kg Tua, blog Sumpahan tok kadok banyak menerima pertanyaan dari pelbagai pihak untuk mengetahui dimana penawar bagi sesiapa yang termakan ikan Tapah serta dengan siapa boleh berhubung untuk mendapatkan air rendaman emas kancing tersebut. Dengan terpaparnya khabor dari Kampong Tua ini maka pada sesiapa yang memerlukan penawar tersebut silalah berjumpa dengan Pak Cik Zenal sepertimana foto-foto diatas. Terima kasih kepada Fb kampong Tua dan foto sumbangan dari saudara Jaafar Ariffin.



KISAH LAGENDA PUTERI LIMAU PURUT (2).


Makam Puteri Limau Purut.

(Sambungan dari kisah Puteri Limau Purut 1)


                           Olih Bendahara Garang di ambilnya sebagai anak angkat.Bendahara Garang percaya Bana tentu akan datang mengetuai bala tentera Acih untuk menyerang Perak.Olih yang demikian di arah kan nya Tok Ribut untuk memberi tahu Pembesar Pembesar di seluruh negeri Perak supaya datang ke Geronggong dengan orang orang nya untuk menentang musuh.Ada pun akan Tok Ribut ini perjalanan nya semacam ribut laju nya.Mana mana pokok yang melentang jalan nya habis tumbang di langgar nya.Apa bila ia hendak berhenti di tuju kan nya peda pokok pokok yang besar besar lalu di pelok nya, baru lah dapat ia berhenti.Alang alang pokok habis tumbang di buat nya.Sebab itu lah di tugas kan kerja memberi tahu Pembesar Pembesar Perak itu kepada Tok Ribut.Apa bila semua sudah berhimpun Bendahar Garang mula lah membahagi bahagi kan kerja peda tiap tiap Pembesar Pembesar itu.Ada yang membaik Kota dan ada pula yang membela senjata senjata.Ada pula yang di kerah untuk membuat beratus ratus perigi serta pula di bubuh dengan daun daun jelatang di dalamnya.Pendek nya, masing masing dengan kerja nya.

                                  Tersebut kisah Raja Acih, apabila keadaan telah pulih semula di dapati nya Bendahara dan rakan rakan nya telah tidak ada, pintu penjara telah pecah dan Sultan Perak pun tidak ada lagi di dalam penjara itu.Baginda pun tersangat murka di atas kejadian itu.Peda masa itu juga sa orang pahlawan Acih telah membawa Bana kehadapan nya.Apa lagi lah, kemurkaan Baginda pun bertambah tambah lagi.Lalu di perentah nya bunuh Bana itu.Bana pun mendatang kan sembah, 'Ampun tuanku.Patik pohon jangan lah patik ini di bunuh. Patik berjanji patik lah yang akan membunuh Bendahara Perak itu kerana patik telah berguru peda nya.Patik tahu akan kekuatan nya."Raja Acih pun suka cita nya mendengar kan sembah Bana itu.Baginda pun memerintah kan bala tentera nya pergi menyerang Perak.Baginda yakin akan dapat menawan negeri Perak.Olih itu Baginda pun memerentah hamba rakyat nya yang ingin hendak pindah ke Perak bulih  lah ikut bersama sama dengan asykar asykar nya.Banyak hamba rakyat nya yang hendak pergi membawa segala anak bini masing masing sehingga penuh sesal dalam kapal kapal perang orang Acih itu.Maka berlayar lah kapal kapal Acih itu sahingga sampai ke Kuala Perak lalu modik ke hulu.Tidak berapa lama modik sampai lah ke satu tempat tidak jaoh dari Kota Geronggong itu.Naik lah mereka kedarat serta membuat persediaan untuk bermalam di situ.Yang perempuan nya mulai lah menyediakan alat alat memasak nasi.Mereka pun mula lah mencari cari apa apa benda yang bulih di buat tungku.Mereka pun terjumpa dengan ketul ketul ubi lalu di buat mereka tungku.Tetapi alangkah malang nya apabila nasi hampir masak tungku ubi itu pun terbakar.Periuk nasi itu pun terbalik lah dan nasi nya tumpah ruah ke tanah.Peda malam itu mereka tidak dapat makan.Untuk tempat tempat tidur pula mereka ambil daun daun jelatang yang lebar lebar itu di buat nya sebagai tikar.Apabila di baring badan pun tampil lah gatal.Begitu juga yang menggunakan ayer telaga.Pendek kata peda malam itu tidak lah mereka tidur kerana asyik tergaru garu saja.

                                   Peda pagi besok nya mereka pun tampil lah berperang dengan orang orang Perak.Apakan daya, perut lapar, badan gatal, tergaru garu.Dalam masa kelam kabut berperang itu Bana pun tercongak congak dalam orang ramai mencari Bendahara Garang.Senjata Lawi Ayam ada di tangan nya.Bendahara Garang ternampak akan Bana tercongak congak itu lalu di sergah nya,"Hey Bana, kamu durhaka."Bana pun terkejut akan sergah Bendahara Garang itu, sambil memegang kemas akan Lawi Ayam nya.Sekali lagi di sergah olih Bendahara Garang, tetapi tidak di peduli olih Bana bah kan mara juga ia menuju ke hadapan Bendahara Garang.Bendahara Garang pun mengangkat lembing nya lalu di lejang nya peda perut Bana tembus, kena pula beberapa pokok tembus juga.Bana pun rebah langsong mati di situ juga.Apa bila asykar asykar Acih mendapat tahu yang Bana sudah mati di tangan Bendahara Garang maka masing masing pun bertempiaran lari membawa diri.Mana mana yang sempat ke kapal mereka pun berlayar lah balik ke negeri mereka.Yang tak sempat mereka menyerah diri, menjadi orang tawanan.Ada pun akan mayat Bana itu sempat juga orang orang Acih itu melarikan ke hilir lalu di tanam di sabuah tanjong yang sekarang ini dalam kawasan Kg. Telok, mukim Kg. Gajah.(kubur nya telah jatuh ke ayer)

                                 Rakyat Acih yang telah lari membawa diri dengan kapal telah sampai ke negeri lalu mengadap Raja mereka.Mereka telah menyembah kan apa yang telah berlaku masa perang itu.Baginda pun tersangat murka, merah padam muka nya lalu Baginda bersumpah tidak membenar kanrakyat Baginda bermastautin di negeri Perak lagi.Khabar nya sumpah itu telah pun berlaku kerana jarang benar orang orang Acih datang tinggal menetap di negeri ini.(di kampung kampung di tepi sungai Perak)Jika ada sekali pun kehidupan mereka tidak berapa elok.Begitu lah cerita orang tua tua di kampung.
                                  Ada pun orang orang Acih yang menjadi orang tawanan terlalu banyak sangat, tak tertanggong olih Kerajaan Perak.Olih yang demikian di perentah olih Bendahara Garang orang orang Acih yang laki laki membuat kerja membaik dan membesar kan Kota.Yang perempuan nya, janda dan dara di lelong.Janda di lelong dengan harga empat sa gantang padi.Anak dara di lelong dengan empat sa kupang.Begitu lah hal nya di Perak peda masa itu.

                                Dengan pimpinan Bendahara Garang Perak pun telah kembali aman seperti sedia kala.Tak berapa lama lepas itu Baginda pun mangkat lalu di makam kan dalam kawasan Kota itu juga mengikut adat istiadat raja raja di negeri perak ini.
                                  
                                 Sekian lah cerita Tuan Putri Limau Purut dan Perang Acih yang telah di ceritakan olih A.y.Hj.Abd.Latif dari Kg. Jawa, Pulau Tiga peda tahun 1958.Kemudian di susun untuk pengetahuan kita dan anak anak cucu kita peda bulan januari 1979, bersamaan dengan bulan safar 1399.
                                 Sebagai penutup saya mengucap kan syuur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah memberi saya petunjuk dan pertulungan untuk menyiap kan cerita ini sa hingga siap.Saya berharap peda pembaca pembaca yang bijaksana jika ada di dapati cerita ini tidak berapa sedap peda serba serbi nya di harap jangan lah di jadikan kejian kerana saya bukan lah dari peda ahli karang mengarang.Cuma tujuan saya ia lah hendak di buku kan cerita ini supaya dapat di baca olih anak anak cucu kita kemudian kelak .Banyak orang tua tua kita yang tahu akan cerita cerita lama sudah pun meninggal dunia bersama sama dengan cerita cerita yang ada peda mereka itu.Jika tidak di buku kan harus lah habis hilang semua nya.


Sedikit Tentang Datok Bendahara Garang
Ada pun akan Datok Bendahara Garang ini , nama batang tubuh nya ia lah Megat Menjanis anak Megat Abdullah ,cucu Megat Musatafa dan cicit Megat Terawis ibni Daulat Pagar Ruyung.Beliau ia lah Bendahara yang ke tiga dalam Kerajaan Negeri Perak ini.Gelaran olih orang ramai ia lah Bendahara Kukut kerana tangan nya rosak olih penyakit.Beliau mendapat gelaran Bendahara Garang selepas ia dpat menyelamat kan Sultan dari tahanan olih Raja Acih.

Megat Menjanis atau Bendahara Garang ini ia lah sa orang yang kemah lembut laku nya, bertimbang rasa terhadap orang yang di bawah nya hurmat peda orang yang di atas.Ia sa orang yang pendiam.Apa bila ia marah di bawak nya suka.Ia sangat pemalu dan lekas pula merajok tetapi lekas pula baik nya.Lagi pula sangat umanah dan setia.Pendik kata Bendahara Garang ini, bak kata orang , di rebus tak empok di baker tak hangus dan di rendam tak basah.Ini lah dia Megat Menjanis ,Bendahara Garang ,Bendahara yang ketiga di negeri Perak ini.
Selain dari yang tersebut di atas beliau suka juga peda syaer,pantun dan seloka.Sa orang dari sahabat karibnya ia lah Tok Mencalang ,sa orang ahli pantun dan seloka yang datang dari Sayung dan menetap di Geronggong ini.

Sekian lah sedikit sebanyak tentang Bendahara Garang ini.
                       

Sabtu, 14 Julai 2012

KISAH LAGENDA PUTERI LIMAU PURUT ( 1 ).



Makam puteri Limau Purut .



Makam Puteri Limau Purut
(Dikemaskini Mei 2016)


JKR - Perak Tengah
(Pengirim foto - Encik Zabidi)

Penulis masih mengekalkan petikan cerita rakyat ini sebagaimana yang ditulis oleh pengarangnya didalam buku salasilah Tok Nojeh tanpa mengubah ejaan serta tulisannya, mari lah kita hayati sendiri cerita berkenaan.





Salasilah Tok Nojeh  - Kg Tok Paduka Raja
Pulau Tiga Kg Gajah, Perak DR.



PUTERI LIMAU PURUT.

Telah di ceritakan olih orang yang empunya cerita, di zaman dahulu kala ada saorang raja di negeri Perak bernama Sultan Mahmud Iskandar Syah yang bersemayam di atas takhta kerajaan yang berpusat di Geronggong dalam Mukim Pulau Tiga.Baginda tidak mempunyai putra atau putri, cuma berempat saudara saja, dua laki-laki dan dua perempuan. Yang laki-laki bergelar Yang di Pertuan Muda bersemayam di Kg. Pulau Tiga (sekarang Kg. Tok Paduka Raja) Baginda ini telah meninggal dunia terlebih dahulu dan telah di gelar dengan gelaran Al Marhum Pulau Tiga.Yang perempuan,saorang bergelar selepas mangkat ialah Syah Alam Muda Pulau Tiga iaitu tuan Putri Limau Purut. Setengah orang menggelarnya tuan Putri Menara Konkong. Ghalibnya Putri Limau Purut. Saorang lagi bergelar Syah Alam Bongsu Sayong kerana meninggal dunia di Sayong.Nama-nama batang tubuh mereka tidak di ketahui.

                        Peda satu hari datang lah satu rombongan di raja dari Aceh ke Istana Sultan Perak di Geronggong kerana hendak meminang tuan Puteri Limau Purut.Rombongan itu pun naik lah menghadap Baginda serta menyembahkan kedatangan rombongan di raja itu.Selepas mendengar sembah rombongan itu maka Sultan pun bertitah supaya di tanggoh kan jawapan nya ke lain masa.Maka balik lah rombongan itu ke negeri mereka lalu menghadap dan menyembah kan perkara penanggohan itu.

                        Ada pun akan tuan Puteri Limau Purut itu, apa bila ia mendapat tahu yang Raja Acih hendak meminang nya, maka amat lah masyghol hati nya yang bercita-cita hendak berkelah-kelah ke hulu supaya dapat menenangkan hatinya yang duka itu.Maka bersiap-siap lah segala inang pengasuhnya akan segala alat-alat perkelahan di raja serta di muatkan ke dalam perahu.Angkatan tuan Putri dengan beberapa buah perahu itu pun modik lah kehulu sambil singgah di merata-rata kampung di tepi sungai itu.Mana-mana tempat yang di singgah nya orang-orang kampung pun datang lah mengadap serta membawa persembahan seperti beras,sayur-sayuran dan lain lain sahingga penuh dalam perahu itu.

                        Tidak berapa lama modik sampai lah mereka ke satu tempat lalu mereka singgah dan naik ke darat serta bersiap-siap untuk berkelah.Dayang-dayang dan inang pengasuh nya pun tampil lah membuat kerja masing-masing.Ada pun akan tuan Putri itu tidak pula ketinggalan dari peda menulung dayang dayang nya.Dengan takdir Tuhan sedang tuan Putri itu menyiang mentimun maka terkena lah mata pisau itu ke jari nya dan luka.Tuan Putri itu pun berseru."Jika darah luka di jari beta ini putih, beta akan mangkat di sini." Dengan takdir Tuhan juga darah yang keluar dari luka itu pun putih.Tidak berapa lama lepas itu tuan Putri itu pun mangkat lah.

                         Perkhabaran kemangkatan tuan Putri itu pun di persembahkan orang lah kepada Sultan di Geronggong.Baginda pun amat lah duka cita di atas kemangkatan Paduka Adinda tuan Putri Limau Purut itu.Baginda pun berangkat lah modik serta membawa segala alat-alat kelengkapan di raja untuk mengkebumi kan tuan Putri itu di situ juga.Olih Baginda tuan Putri itu pun di anugerahi gelaran Syah Alam Pulau Tiga.Makam nya masih ada lagi di tempat itu juga.Sekarang sudah di bena baru olih pehak Museum Negara peda penghujung tahun 1977.

*mengikut cerita orang tua-tua kampong - Makam Syah Alam ini tidak pernah tenggelam olih mana-mana banjir walau macam mana dalam disekeliling nya sekalipun. -Tambak makam ini tidak bertumbuh rumpai semenjak dari dahulu kala lagi. Disekelilingnya  penoh dengan rumput yang tebal.

                          Ada pun akan Sultan, apa bila sampai balik ke istana, Baginda pun menghantar utusan ke Acih memberi tahu yang tuan Putri Limau Purut sudah meninggal.Baginda Raja Acih pun tersangat murka apa bila mendengar khabar yang di bawa olih utusan Perak itu.Baginda menuduh membuat helah saja, dengan sekejap ketika itu juga mengerahkan bala tentera nya untuk bersiap sedia menyerang negeri Perak.Apa bila tiba masa nya angkatan perang Acih pun berangkat lah menuju ke Perak.Tidak berapa lama berlayar sampai lah angkatan perang Acih ke Perak lalu berperang.Malang nya Kerajaan Perak tidak ada membuat apa-apa persiapan dan juga perkara ini tidak di sangka sangka akan berlaku.Lagi pula Bendahara tidak ada di Kota peda masa itu kerana beliau sedang berubat di Ulu Kinta peda Penghulu orang asli di situ.Perak pun kalah lah,Sultan pun di tawan dan di bawa ke Acih serta di penjara kan.


Setelah selesai asykar-asykar Acih balik, Orang Orang Besar Perak yang ada peda masa itu ia lah Bana, Tok Ribut, Tok Gagah, dan Tok Bidara pun mengadakan masyuarat untuk memberi tahu Bendahara di Ulu Kinta.Keputusan nya Bana dan Tok Gagah ialah orang yang pergi menemui Bendahara.Tok Ribut dan Tok Bidara tinggal di Kota.Peda saat yang baik mereka pun berangkat lah.Setelah berapa lama berjalan sampai lah mereka itu ke tempat Bendahara itu berubat lalu di ceritakan olih mereka itu peda Bendahara segala peristiwa yang telah berlaku peda Raja nya.Dengan ayer mata yang berlinang Bendahara pun berkata."tuan-tuan,Teman berasa sedih di atas berita ini.Tetapi apa bulih buat sudah takdir.Peda masa ini teman sedang sakit dan sedang berubat.Insyallah seminggu lagi sembuh lah penyakit teman ini."Dengan Takdir Tuhan sampai saminggu penyakit Bendahara pun sembuh lah.

                   Peda satu hari di panggil nya lah Penghulu orang asli itu mengadap lalu berkata."Penghulu Teman bersyukur peda Allah kerana penyakit teman sudah semboh mika mengobati.Apa yang teman nak bagi peda mika pun teman tak tahu.Nak bagi mika wang mika pun banyak wang .Olih itu begini saja lah.Teman serahkan peda mika Ulu Kinta ini untuk mika menjaga.Cukai nya mika kutip lah."Ada pun kuasa yang di serah kan olih Bendahara peda Penghulu itu masih lagi di pegang olih keturunan ini peda masa ini bergelar Orang Kaya Kaya Panglima Kinta.(Kepada pehak cerdik pandai di harap dapat di selidiki dengan mendalam di atas perkara ini sama ada betul atau tidak. penyusun)

                Lepas itu Bendahara dan dua Orang Besar Perak itu pun balik lah ke Kota Geronggong.Tidak berapa lama di Geronggong Bendahara pun berangkat pula ke Singapura kerana hendak membeli jin.Sampai di singapura Bendahara pun naik ke darat lalu bertemu dengan saorang orang tua sedang duduk termenung, di hadapan nya ada empat ekur burung serindit.Bendahara pun memberi salam langsong bertanyakan jika sekira nya orang tua  itu hendak menjual kan burong nya.Apabila telah mendapat tahu yang burung itu hendak di jual nya dengan harga yang telah di tentukan maka Bendahara pun bersetuju hendak mengambilnya serta di bayar nya harga burung itu sekali.Lepas itu dengan tidak berlengah lengah  lagi Bendahara pun membawa ke empat empat ekur burung itu ke kapal langsong berlayar menuju ke Pulau Sembilan.

                             Tidak berapa lama berlayar maka sampai lah kapal itu ke Pulau Sembilan.Disitu di lepaskan nya burong serindit sa ekur.Lepas itu modik pula ia sehingga sampai ke Pasir Garam. Disitu di lepaskan nya seekur lagi.Yang dua lagi itu di lepas kannya di sebelah hulu Perak sehingga sampai ke temong sana.Ada pun akan empat burung serendit itu ia lah empat jin yang di pelihara olih Bendahara untuk bersam sama menjaga negeri Perak ini.Nama nama jin itu ia lah Bintang Kemabur, Perkaka, Gagak Sura dan Pulikat.(setengah setengah pawing selalu meminjam nama nama jin ini untuk mengubat pesakit pesakit mereka-Penyusun)

                               Selepas selesai kerja melepaskan burung serendit (jin) itu Bendahara itu pun balik lah ke Geronggong lalu bersiap sedia segala alat alat peperangan untuk menyerang Acih serta mengambil balik Sultan Perak yang kini dalam tahanan di sana.Bala tentera seluruh negeri Perak pun di kerah untuk datang berhimpun di Kota.Apabila telah berhimpun semua, peda saat yang baik angkatan perang Perak pun belayar lah menuju ke Acih.Yang bersama dalam angkatan perang itu ia lah Bana dan Tok Gagah kerana ia berani dan gagah menentang musuh.Tok Ribut dan Tok Bidara tinggal di Kota.Apabila sampai mereka pun tampil lah berperang.Olih kerana rakyat dan Raja Acih memang tersangat gagah dan berani maka kalah lah orang Perak.Bendahara dan dua Orang Besar nya pun tertangkap dan di penjara kan. Raja Acih tersangat murka peda Orang Besar Perak itu lalu di hukum bunuh mereka bertiga.

                                 Ada pun hukuman bunuh ke atas Bendahara dan rakan rakan nya itu telah sampai ke pengetahuan Raja Permaisuri Acih.Baginda pun lalu mengadap serta mendatangkan sembah."Ampun Tuanku. Apa lah salah nya yang besar Tuanku hendak bunuh Bendahara Perak ini?Jika setakat itu saja salah nya tidak lah patut di bunuh.Patik sekarang sedang hamil dan mengidam hendak santap buah durian Gangga Puri di hadapan anjung istana kita ini.Titahkan lah Bendahara itu mengambil nya.Jika tidak upaya ia mengambil nya baru lah di hukum bunuh."Baginda Raja Acih pun terasa betul akan sembah permaisuri nya itu dan berasa amat sukacita kerana mendapat tahu yang permaisuri nya sedang hamil.Baginda pun menitah memanggil Bendahara Perak dan apaabila Bendahara telah sampai Baginda menitah menyuruh Bendahara mengambil buah durian itu.Jika tidak Bendahara akan di bunuh.Bendahara pun sanggup lah mengambil buah durian itu tetapi memohon supaya dapat di tanggohkan dalam seminggu lagi.Permohonan Bendahara itu pun di kabul kan Bendahara itu pun balik lah ke tempat nya lalu membuat amalan ilmu hikmat nya.Cukup masa seminggu Bendahara pun mengadap Raja Acih serta memohon pula supaya di buat kan sebatang kayu sepanjang dua depa dan besar nya dua pemelok.Hujong dan pangkal nya di tajam semacam gasing.Apabila siap kayu itu pun dibubuh di pangkal poko durian itu.Peda saat yang baik Bendahara pun keluar lah dengan berpakaian hulubalang serba hitam, duduk berdiri lutut di hadapan kayu yang dua pemelok itu serta bertafakur memasangkan hakikat dan maarifat nya ,sambil memohon kan peda Tuhan supaya kerja nya itu berhasil.Lepas itu ia pun bangun berdiri serta di tepok nya hujung kayu itu di sebelah kanan maka terjongkit lah kayu itu di sebelah kiri. Kemudian di tepok nya kayu itu di sebelah kiri pula maka terjongkit lah kayu itu ke atas lalu di pangku nya kemudian di lambong nya ke atas. Maka melayang lah kayu yang dua pemelok itu ke hujong pokok durian di hadapan istana itu.Lepas itu kayu itu pun turun lalu di lurut nya semua dahan dahan di sebelah anjong istana itu ke bawah dan dahan dahan itu menimpa anjong itu hingga roboh.Raja Acih serta Permaisuri nya bersama sama dengan dayang dayang yang sedang memerhatikan Bendahara mengambil buah durian itu bertempiaran lari membawa diri masing masing untuk menyelamat kan nyawa.Dalam masa yang kelam kabut itu lah Bendahara dan kawan kawan nya berkejar menuju ke penjara dan memecah kan pintu penjara itu lalu di ambil mereak Sultan dan di bawa lari menuju ke kapal dan terus berlayar menuju ke kuala sungai Acih.Apabila sampai di kuala di dapati kuala sungai itu telah di sekat dengan tiga lapis rantai besi.Ini ia lah ilmu hikmat Raja Acih.Bendahara pun mengambil pedang bernama Corek Si Mandangkinil lalu di tetak nya tiga kali tetak, putus ketiga tiga rantai itu.Mata pedang itu pun sumbing tiga.Kunun nya masih ada lagi tiga sumbing di mata pedang itu peda masa ini.Lepas itu kapal itu pun berlayar lah.Apabila sampai ke tengah lautan di dapati Bana tidak ada berserta dalam kapal itu.Bana telah belot.Belayar lah kapal itu membawa Raja Perak balik dari tawanan di Acih dengan selamat nya.

                        Adapun Baginda Sultan tersangat lah suka cita hati nya kerana telah selamat dari mara bahaya yang telah menimpa diri Baginda.Baginda bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah menyelamat nya.Baginda tidak pula lupa akan Bandahara yang telah bersusah payah mengeluar kan Baginda dari penjara dan membawa balik dengan selamat nya.Untuk membalas jasa Bendahara itu Baginda dengan suka cita nya menganugerah kan gelaran Bendahara Garang peda beliau.
                          Adapun akan Bendahara Garang pula, sunggoh pun Sultan telah dapat di kembalikan ke Perak dari Acih tetapi ia tidak percaya yang Raja Acih akan berdiam diri saja.Bana masih tertinggal di Acih.Tentu ia beralih tadah peda Raja Acih.Akan Bana ini,mengikut cerita orang anak Raja juga dari Acih.Dia di hantar ke Perak menyamar diri untuk belajar ilmu hikmat peperangan dan lain lain peda Bendahara Garang.



Allahyarham Tuan Haji Md Shaharudin bin Mansur adalah pengarang serta penyusun cerita Puteri Limau Purut ini yang diturunkan dari jenerasi ke jenerasi dan telah di bukukan melalui usaha Kolonel Mohd Zaini.


(Bersambung ke siri kedua).